Mata Khairul terbuka perlahan, dia sedang terbaring diatas katil, kakinya patah, seluruh badannya berbalut. Dia cuba menggerakkan kepalanya namun terasa pedih yang amat, dia tetap lakukannya, Khairul tersedar.Dia berada di dalam sebuah wad, sendirian."Ibu..."Orang pertama yang aku fikirkan bila aku terjaga dari koma ialah ibu.Selama dua minggu aku tidak sedarkan diri selepas kemalangan, pertama kali dalam hidup, aku terasa lemah sangat. Seluruh badan aku sakit, dengan luka dari serpihan kaca yang tertusuk pada badan, kena buat pembedahan juga untuk membuangnya sebab aku terpelanting keluar dari tingkap kereta.Ibu pun koma tetapi dalam keadaan lebih teruk dari aku. Sekali saja aku dapat jumpa ibu, banyak mesin berada di sekeliling dia, aku tak sanggup lihat ibu dalam keadaan sebegitu.Selama seminggu ibu bertarung untuk terus hidup tetapi...dia menghembuskan nafas terakhirnya secara tiba-tiba.Ramai orang bergerak pergi dari tapak perkuburan, yang tinggal hanyalah Khairul yang berada di kerusi roda dan ayahnya. Mata Khairul kelihatan kemerahan dan lebam dek menangis tidak henti sedang wajah ayahnya kosong saja."Kenapa...kau hidup dan bukan dia?" soal ayah Khairul, riak wajah Khairul berubah gerun mendengar soalan itu."Kami boleh cipta 'kau' berapa kali kami nak. Aku sayangkan dia bukannya kau...Kenapa kau tak mati je...Tinggalkan je aku berseorangan. Aku tak nak kau."Aku menoleh ke arah wajah orang tua aku pada masa tu, matanya memandang aku dengan jijiknya, tidak lama kemudian, riak wajahnya berubah bengang dan tangannya terus mencekik aku."A-yah!" Aku tak tahu apa terjadi, tiba-tiba saja..."Kau!" Dia menjatuhkan aku ke tanah, dia tersenyum sambil masih mencekik aku."Mati...""Mati...Mati..." Ayah Khairul menjatuhkan Khairul ke lantai tandas dan masih mencekiknya kuat, Khairul memandang saja wajah ayahnya itu. Kedua-dua tangannya memegang erat tangan ayahnya, seluruh badan Khairul bergetar.Aku...tak nak lawannya...Kau memang benci aku gila, hah, orang tua.Bunuh jelah aku...Aku pun benci aku.Hazim : Apa pulak kau buat kali ni?Hazim : Aku serius pecat kau kalau kau tak datang kerja bila aku balik nanti!Hazim : Apa-apa kau buat. Jumpa aku balik.Mesej Hazim yang aku terima, aku bacanya lambat. Maaflah...nampaknya aku memang tak boleh jumpa kau lagi.Terima kasih, Hazim. Kau orang pertama yang layan aku macam manusia selepas sekian lamanya."Aku ada kau sekarang, kita ada sesama sendiri...Itu dah cukup bagi aku.""Apa kau rasa, Khai? Rambut pendek untuk aku...Kau rasa...can-cantik ke?"Nasuha.Selama kita lari ni, aku sukakannya, masa-masa dengan kau. Aku tak pernah berseronok sebegitu dengan orang lain sebelum ni.Kau bertuah, Nasuha. Ayah kau masih sayangkan kau, dia tumbuk muka aku untuk kau.Nasuha..."Aku memang...serius nak bunuh diri aku tadi. Aku takut...aku tak nak balik...Aku tak nak terus rasa sakit macam ni. Tapi entahlah, aku lega...kau tarik aku...Aku lega yang kau muncul, bukan orang lain."Bayangan akan semasa pertama kali bertemu dengan Nasuha, semasa dia menarik Nasuha dari pagar jambatan, semasa mereka berjalan-jalan di Concubine Lane dan semasa mereka berada diatas katil bersama, semuanya bermain di kepala Khairul.Tak...Jangan mati lagi.Kau tak boleh mati lagi! Khairul!"Arghhh!" Khairul tiba-tiba mendapat kekuatan untuk menarik tangan ayahnya dari tengkuknya dan menyepaknya jauh daripadanya.Khairul terus ke belakang sehingga terlanggar dengan dinding, dia menutup tengkuk yang kemerahan dan terdapat kesan cekik. Ayah Khairul ingin menyerang Khairul semula namun tiba-tiba seorang lelaki memasuki tandas itu, dia tidak sedar apa yang terjadi dan hanya membasuh tangannya saja di singki."Kenapa kat lantai tu?" tegur lelaki itu apabila perasan Khairul yang terduduk di lantai sambil menutup tengkuknya, dia menoleh pula ke arah ayah Khairul yang kelihatan bengis kemudian terus sedar akan situasi yang sedang terjadi."Blah..." kata ayah Khairul."A-Apa kau buat dengan budak ni?" Lelaki itu menghalang ayah Khairul dari mendekati anaknya, Khairul menoleh kearah lelaki itu, ayah Khairul mengetap giginya.Aku kata aku bunuh budak tu kali ni.Takde apa...akan halang aku!"Blaaaaarghhh!" Wajah ayah Khairul berubah bentuk, lelaki di hadapan Khairul itu terkaku melihat apa yang terjadi."Mengandung?""Ya...Sayang mengandung." balas Aina, dia kelihatan gembira. Sejujurnya pada masa itu, aku tak bersedia.Aku langsung tak bersedia."Na-nama dia...Khairul...Sayang nak nama dia Khairul..." kata Aina selepas budak tu lahir, dia menangis...Bising betul. Nampak pelik, aku tak pernah suka budak-budak malah bayi pun."To-Tolong sayang, bang! Khai-Hahaha...Dia terberak dekat baju sayang..." Aina tergelak sambil mendukung budak tu, tahinya berlemuran di pakaian Aina.Jijik...Aku tak suka..."Tolonglah...diamkan dia..." Aku menutup wajah aku dengan bantal sedang Aina cuba menenangkan budak tu.Khairul...Aku tak pernah suka kau tapi Aina sayang aku, itu dah cukup bagi sebab untuk aku jaga kau.Tapi Aina dah takde...Hidup aku takde makna...Kehidupan kau pun takde..."Aku sayang kau, Zaki."Aku sayang kau sorang saja, Aina.Otot-otot badan Zaki berubah besar dan bulu yang tebal keluar, wajahnya berubah seumpama serigala, dengan rambutnya memanjang ke belakang. Gigi-gigi dan kukunya memanjang dan berubah tajam."Kurghhh!" Zaki terus membelah wajah lelaki yang menghalangnya tadi, darah terpercik ke merata tempat dan terkena pada pakaian dan wajah Khairul, mata Khairul terbeliak dan dia terus berdiri."Keluar! Keluarlah!" Khairul menggenggam tangan kanannya erat, kali ini, dia perlukan bilah pedangnya. Namun tidak ada apa yang keluar, Zaki cuba menerkam anaknya tetapi Khairul dapat mengelak kemudian terus bergegas keluar dari tandas dan berlari sepantas mungkin."Ngaaaarghhhh!" Zaki mengaum dan memecahkan pintu tandas sambil meloncat keluar, Khairul berlari saja dan berlanggar dengan beberapa orang di koridor hospital itu. Ada juga beberapa orang tersedar akan Zaki yang sudah berubah menjadi rasaksa."Ahhhh!" Seorang lelaki menjerit ketakutan sehingga dia terjatuh ke lantai. Dalam keadaan cemas itu, tiada yang perasan akan keadaan Khairul yang berlemuran dengan darah."Takkanlah! Kau jugak, orang tua!" keluh Khairul sambil berlari, Zaki mengejarnya dengan meloncat ke sana dan ke sini melalui beberapa dinding dan tiang. Makin ramai sedar akan kewujudannya menyebabkan ramai orang berlari berdekatan dengan Khairul."Lari!" jerit ramai orang, menyedarkan mereka-mereka yang tidak sedar akan apa terjadi untuk segera berlari, Khairul memasuki bahagian lobi kecemasan bersama beberapa orang lagi. Zaki berhenti di hadapan pintu lobi kecemasan, air liur meleleh dari mulutnya."Keluarrrghhh! Khaaaairrrrullll! (Keluar! Khairul!" jerit dia, Khairul mengendahkan saja jeritan itu, orang ramai makin ketakutan, seorang wanita terjatuh di tepinya dan terkaku saja di situ. Zaki mengendahkan saja dia dan sambung mengejar Khairul."Bagiiiii.....Akuuurrr laluaaannnn! ( Bagi...Aku laluan!" arah Zaki, orang ramai yang ketakutan memberikan saja ruang untuknya, Zaki terus meloncat ke hadapan, Khairul memandang ke belakang, dia sudah berada di tengah-tengah lobi kecemasan hospital itu, Zaki pula sedang menuju ke arahnya pantas. Beberapa orang masih melarikan diri namun Khairul terhenti, Zaki melompat ke arahnya namun tiba-tiba dia ditembak beberapa kali oleh senapang patah (shotgun)."Apa kau buat! Lari!" arah pegawai keselamatan yang menembak Zaki tadi, Khairul menoleh ke arahnya, dia menghembuskan nafas panjang."Siaaaaalll! Sakit!" jerit Zaki, dia masih hidup, tembakan yang terkena padanya hanya menggoresnya saja, pegawai keselamatan itu terus mengangkat semula senjatanya namun Zaki membaling meja kaunter yang berada berdekatan menyebabkan pegawai keselamatan itu terpelanting dan tembakannya tersasar."Orang tua...Apa jadi dengan kau?" soal Khairul."Kaurrrr! Kaaaau....yang b-beebuat hiduphhh aakhuu machammm ni! Kaurrrr! (Kau! Kau...yang buat hidup aku macam ni! Kau!" Zaki masih belum hilang minda sepenuhnya, dia menunding jari ke arah Khairul."Jangan bunuh orang lain dah! Bunuh aku! Cepat!" Kali ini Khairul mengalah, kalau dia harus mati agar orang lain tidak, dia akan lakukannya, tekad Khairul. Zaki lagi sekali melompat ke arah Khairul sebelum ditembak lagi menyebabkan dia terjatuh ke lantai."Ke belakang, Khairul!" arah Rose. Dia, Shaurya dan dua orang lagi anggota polis menembak Zaki bertubi-tubi tanpa henti. Khairul menoleh kebelakang."Polis..." keluh dia."Tunggu apa lagi! Larilah!" jerit Rose, kumpulan polisnya berjalan sehingga berada dihadapan Khairul dan terus menembak saja Zaki dengan pistol tangan mereka. Khairul hanya melihat saja, tidak bertindak, seluruh badan Zaki sudah berlubang dengan peluru."Dia...Dia ayah aku! Makhluk tu ayah aku!" kata Khairul. Tepat selepas semua anggota polis kehabisan peluru mereka, Rose dan Shaurya menoleh kearahnya."A-Ayah kau?" soal Rose."Ya..." balas Khairul."Arrrrgh.....Sakit! Sakittt! Sakit!" Zaki masih hidup, walaupun peluru menusuk badannya, kulitnya terlalu keras menyebabkan peluru tidak dapat menembusi badan Zaki sepenuhnya.Semua anggota polis segera mengisi peluru mereka, Zaki terus menerkam salah seorang anggota polis, dia menggigit tengkuk polis itu kemudian meludahkan cebisan daging dan darah ke arah anggota polis lain."Sial!" Shaurya, Rose dan seorang lagi anggota polis menjauhkan diri mereka dari Zaki, Rose sempat melepaskan sedas tembakan yang terkena pada dahi Zaki namun itu tidak dapat menghentikannya dari menyerang Rose pula."Urgh!" Shaurya menolak Rose ke tepi menyebabkan bahagian bahu kanannya di gigit Zaki, Rose terduduk di lantai dan dia tetap melepaskan lagi tembakan ke wajah Zaki menyebabkan dia melepaskan gigitannya pada bahu Shaurya."Shaurya!" jerit Rose, risau akan keadaan rakannya itu."Jangan risaukan saya, akak Rose! Tembak rasaksa tu lagi!" balas Shaurya sedang dia berada di lantai dan cuba menghentikan pendarahannya sendiri, Rose dan seorang lagi anggota polis itu meneruskan tembakan mereka, kali ini, Zaki mengelak peluru mereka dengan meloncat ke siling, dinding dan tiang.Dia dapat mendekatkan dirinya dan terus menikam dada anggota polis dengan kukunya yang tajam, Zaki menjadikan badan polis itu sebagai perisai menyebabkan Rose tidak dapat menembaknya.Tiba-tiba, Khairul melompat ke arah Zaki dengan tangan kanannya sedia untuk dihayun, Rose kelihatan terkejut beruk. Urat-urat yang tebal mulai tumbuh di lengan sehingga tangan kanan Khairul.Cukup tu! Banyak orang mati sebab aku!Kau nak aku, kan? Orang tua!Marilah dapatkan aku!Bilah pedang keluar dari lengan kanan Khairul dengan mengoyakkan dagingnya, Khairul terus menetak dada ayahnya menyebabkan Zaki terjatuhkan badan polis yang digunakannya tadi sebagai perisai."Arrgghhh!" Khairul menjerit kesakitan, bilah pedang yang keluar dari lengannya itu menyakitkan dirinya sendiri namun dia segera mengendahkannya dan menjeling tajam ayahnya yang sudah berubah itu.Aku tak faham apa yang terjadi pada aku.Tetapi kekuatan ni dan senjata ni...terasa semula jadi dengan aku. Seumpama aku lahir dengannya.Zaki menyerang Khairul dengan hayunan kukunya yang tajam bertubi-tubi, Khairul mengelak dan menepis semua serangannya. Pergerakkan mereka pantas dan membuatkan Rose tidak dapat memproses apa yang terjadi. Zaki dapat mencalarkan bahagian kiri perut Khairul namun Khairul juga dapat mencalarkan juga tepi tengkuk Zaki.Mereka terhenti seketika, Khairul mengambil beberapa langkah ke belakang sedang Zaki memerhatinya saja dengan matanya yang berubah seperti mata binatang. Khairul menoleh kearah Rose seketika."Bawa abang polis tu pergi! Sa-Saya boleh lawan ayah saya." arah Khairul."Apa bendanya kau, Khairul?!" soal Rose."Pergi jelah, puan Rose." kata Khairul sebelum melancarkan dirinya ke arah Zaki lagi. Rose bergegas mendapatkan Shaurya dan membantunya untuk berdiri."Akak Rose...A-Apa kita dapat buat?" keluh Shaurya sedang masih dalam kesakitan."Kau nampak tu, Shaurya? Manusia macam kita takkan dapat buat apa-apa. Kena letak kepercayaan kita dekat budak tu akhirnya. Kita mati sia-sia je cuba lawan rasaksa tu/ " balas Rose dengan pandangan kecewa, Shaurya juga mengalah dan tertunduk lemah, sedang itu, Khairul melukakan lagi Zaki dengan bilah pedangnya."Aku! Tahan selama ni orang tua! Kau pukul! Pukul dan pukul aku! Aku tak mintak pun hidup ni! Aku terselamat!" jerit Khairul sambil menyerang Zaki."Dhiiiammm! (Diam!)" Zaki menangkap Khairul dan menghentaknya di lantai."Akhuuu! Pun....tak mintak khaaau! Tapi dhiiaaa nakkk anaaakkk! (Aku pun tak mintak kau! Tapi dia nak anak!) " balas pula Zaki, Khairul menikam tangan Zaki yang menahannya di lantai, Zaki terlepaskannya, Khairul menyepak Zaki jauh daripadanya.Sementara itu, Rose segera membawa Shaurya ke arah wad kecemasan, kelihatan ramai jururawat sedang bergerak membawa pesakit-pesakit yang berada di situ untuk melarikan diri selepas dapat mengetahui apa yang sedang terjadi."Tolong sesiapa!" pinta Rose, dua orang jururawat berhenti dan mendapatkan Shaurya dari Rose. Mereka membantu Shaurya bergerak ke arah katil hospital kosong yang berdekatan, Rose tercungap-cungap kemudian mengelap darah dan peluh dari wajahnya."Puan Rose...Nampak Khairul tak? Mana dia?" Nasuha menegur Rose, dia sedang dibawa oleh Ehsan menggunakan kerusi roda. Rose menoleh ke arah Nasuha dengan riak wajah terganggu."Kau tahu Khairul tu sebenarnya rasaksa jugak betul tak? Dia tengah lawan rasaksa yang serang hospital ni sekarang!" balas Rose, mata Nasuha terus terbuka luas, dia terus ingin menggerakkan kerusi rodanya sendiri."Nasuha!" Ehsan terkejut melihat tindakan Nasuha itu."Ayah! Kita kena tolong Khairul! Puan Rose!" Nasuha cemas."Tolong? Apa kita boleh buat? Kita mati je bila berhadapan dengan rasaksa tu Dia dah bunuh dua orang polis. Khairul je yang boleh lawan dia. " keluh Rose, riak wajah Nasuha berubah sayu. Ehsan melihat saja keadaan anaknya itu, dia kelihatan sedih juga.Tiba-tiba pintu wad kecemasan pecah dengan Khairul terpelanting masuk ke dalam, dia terheret di lantai sehingga terhenti di hadapan Rose, Nasuha dan Ehsan."Ahhh!" seorang jururawat wanita yang berdekatan dengan pintu melarikan dirinya namun dia kepalanya terus dipancung Zaki yang meloncat masuk ke dalam wad kecemasan itu."Khairul!" jerit Nasuha, Terdapat banyak luka cakar di badan Khairul dan lukanya dalam, Khairul membuka matanya dan dia melihat Nasuha."Na-Nasuha..." Suaranya kedengaran lemah, Rose terus mengacukan pistolnya ke arah Zaki."Apa kebendanya tu!?" Ehsan tidak percaya akan makhluk yang sedang dilihatnya, Zaki menunjukkan kedua-dua tangannya sudah berlemuran darah, Rose tahu, tembakannya tidak dapat menyakiti Zaki sepenuhnya."Lari..." Khairul berdiri semula, dia hampir terjatuh namun dia mengangkat tangan kanannya, bilah pedangnya juga sudah berlemuran dengan darah."Jangan harap!" Nasuha menarik belakang baju Khairul kuat, namun Khairul menariknya semula. Zaki terus menyerang lagi, dia menolak Khairul ke tepi menyebabkan dia terlanggar beberapa katil hospital dan menghancurkan almari."Tiiiadaaa...yanggrrr akan....tolonhggg kaurr! (Tiada yang akan tolong kau!)" Zaki mencekik Khairul kemudian menghentaknya pula pada dinding, Khairul mengetap saja giginya sedang dia tidak dapat melawan lagi."Aku memang tak boleh lawan kau orang tua. Kau selalu menang dengan aku. Aku tahu...kau marah...aku hidup...Aku minta maaf." Setitis air mata keluar dari mata Khairul, Zaki hanya bertambah geram, dia membaling Khairul ke arah tingkap menyebabkan Khairul terpelanting ke tempat parkir, dia berlanggar pula dengan kereta.Zaki terus meloncat keluar dari tingkap yang sudah pecah hasil dia membaling Khairul tadi, dia menjeling Khairul yang tersandar lemah pada kereta yang dilanggarnya tadi. Dia tercungap-cungap namun tetap cuba berdiri."Jangan...bunuh sesiapa lagi dah...Kau nak bunuh aku je,kan? Bunuhlah..." keluh Khairul, kaki bergetar sedang dia cuba kekal berdiri."Khairul!" Nasuha berdiri dari kerusi rodanya, dia hampir terjatuh namun dia tetap terus ke hadapan. Akhirnya Nasuha terjatuh lemah pada tingkap di mana Khairul berdiri tadi, dia melihat Zaki yang mendekati Khairul yang sudah nyawa-nyawa ikan, kuku tajamnya kelihatan."Tak! Jangan! Khairul!" jerit Nasuha, matanya yang berkaca terus pecah dan air mata mengalir laju, Ehsan dan Rose mendekatinya.Khairul memandang Nasuha dari jauh, dia tersenyum kecil."Tan-Tanpa...kau, cahaya harapan... masa dep-pan akan pudar.... Sekurang-kurangnya, aku dapat...mati sebagai seseorang ya-yang...baik. Aku buktikan mereka salah!" Khairul menguatkan nada suaranya, Nasuha sedar ayat itu asalnya dari komik Ms.Star, ayat terakhir Mantis sebelum mati.Zaki melompat ke arah Khairul untuk membunuh anaknya itu, Khairul menutup mata, meredhai apa yang bakal terjadi.Nasuha meletakkan kedua-dua tangannya ke hadapan dan terdapat lubang ditengah-tengah, kedua-dua matanya mengeluarkan cahaya kuning yang terang."Star Beam!" jerit Nasuha dan sebuah pancaran cahaya kuning yang terang keluar dari lubang di antara dua tapak tangannya, pancaran itu terkena belakang Zaki dan terus menyebabkan dia terpelanting jauh dan membakarnya sedikit.Semua yang berada disitu terkejut melihat apa yang terjadi, pancaran itu masih menolak Zaki sehingga dia terbang ke udara. Akhirnya pancaran itu terhenti dan Zaki langsung tidak kelihatan, Khairul memandang saja Nasuha, matanya masih mengeluarkan cahaya kuning.Kalau kau Mantis aku maka aku Ms.Star kau, Khai. Dan aku takkan benarkan kau mati.