Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 7 - BAB 6 : MANTIS

Chapter 7 - BAB 6 : MANTIS

Serangan laser menuju laju ke arah Ms.Star yang berada di lantai tanah dan sedang cedera, tiba-tiba Mantis menolak Ms.Star menyakibatkan dia terkena serangan laser itu."Tidak! Mantis!" jerit Ms.Star dan terus bergegas ke arah Mantis, separuh badannya sudah terbakar, Mantis terbaring saja dan mengalihkan pandangannya perlahan pada Ms.Star."Kenapa?" soal Ms.Star sambil mengambil tangan Mantis."Dunia ni tak boleh hilang kau...Star. Tanpa kau, cahaya harapan masa depan akan pudar. Sekurang-kurangnya, aku dapat mati sebagai seseorang yang baik. Aku buktikan mereka salah." balas Mantis dengan senyuman sebelum menghembus nafas terakhir, Ms. Star terus menangis dan mengeratkan genggaman tangannya pada Mantis."Orang jahat memang bagi masa untuk dia habiskan dialog ya?" soal Khairul dengan senyuman pahit, dia dan Nasuha sedang berada di sebuah taman dan berteduh di bawah pondok pada sebuah taman, langit sudah kelihatan jingga menunjukkan sudah waktu petang."Tapi tak sangka pulak Mantis korbankan diri dia untuk Ms.Star. Agak mengejutkan, seronok cerita ni." kata Khairul dengan takjubnya."Komik Ms.Star lebih matang dari kartun aku tengok masa kecil dulu. Dalam kartun tu, lama Mantis jadi jahat tapi dalam komik, dia mati untuk Ms.Star lepas dua isu." balas Nasuha.

"Aku rasa nak beli lagi komik ni."

"Nampaknya ada peminat baru bersama aku."Tidak lama kemudian, malam pun tiba. Khairul dan Nasuha berjalan mengelilingi taman itu. Beberapa lampu berwarna-warni terbuka di sekeliling, kelihatan juga beberapa orang yang berada di situ membuka tikar dan duduk bersama."Mana kita nak tidur ni, hah?" soal Nasuha."Entahlah." balas Khairul."Kalaulah boleh tidur hotel ke apa...Ah, lupakan jelah, kita terus kena tangkap kalau pergi hotel." keluh Nasuha."Tahu pun." kata Khairul, mereka tergelak kecil bersama kemudiannya.Sedang mereka berdua menaiki motor pula, tiba-tiba hujan turun dengan pantas dan lebatnya. Dalam keadaan cemas, Khairul melajukan motorsikalnya untuk mencari tempat berteduh. Akhirnya, mereka berteduh di bangunan hotel dan kedai berdekatan."Macam mana kita nak gerak bawah hujan macam ni?" keluh Khairul, Nasuha mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil, dia kelihatan bingung."Ada hotellah sini." Nasuha menoleh ke arah papan tanda yang berada di atas mereka berdua."Nasuha, aku tahu kau nak tidur selesa dan aku takde masalah bayar hotel bawah seratus untuk sehari tapi jangan haraplah akan ada hotel bagi kita masuk, tunjuk je IC, automatik diorang call polis dan tamatlah pelarian kita." Khairul membentuk kedua-dua lengannya untuk membuat bentuk 'X'."Tak cuba tak tahu, Khai. Kau nampak matang dan aku bukan nak cakap apa tapi untuk budak sekolah menengah, aku nampak tua sikit juga. Apa salahnya cuba? Mana tahu diorang kasi?" Mata Nasuha seumpama bersinar dek lampu dari papan tanda menyala ke arah wajahnya, Khairul menghembus nafas panjang."Diorang nak call je polis, kita terus cabut lari...Biarlah bawah hujan lebat ni pun.Nasuha dan Khairul memasuki bangunan hotel itu, ianya kecil saja, dengan satu kaunter di hujung bangunan itu. Seorang wanita tua dengan cermin mata besar sedang menjaganya, Nasuha mendekati kaunter."Hai, Auntie...Ada bilik kosong ke?" tanya Nasuha."Oh...Ah...Kejap ya...Saya check...Uhm..." balas wanita tua itu, dia bercakap perlahan, Khairul pula mendekati mereka berdua."Ada...banyak lagi kosong...Haha...Akak nak satu bilik ya?" soal wanita itu dengan senyuman, Nasuha melayan lawak wanita tua itu dengan senyuman dan gelak kecil juga."Ya-ya." balas Nasuha."Berikan...IC ya?" pinta wanita tua.Khairul dan Nasuha terus terkaku dan memandang sesama sendiri, mereka kemudiannya mengalihkan badan mereka ke belakang dan mendekatkan wajah sesama sendiri."Dah kata dah...Diorang mintak IC." bisik Khairul."Hum..." Nasuha kelihatan terganggu. Mereka menghadap semula wanita tua itu, Nasuha tersenyum pahit ke arahnya, wanita tua itu membuka matanya sedikit luas dan memerhati Nasuha dan Khairul.Pakaian mereka sudah sedikit basah dan mereka berdua membawa beg yang usang, rambut Nasuha yang sedikit serabai, Khairul dengan mata yang sedikit lebam dan dahi yang dibalut."Oh...Takpelah, kak...50 ringgit ya satu malam...Bilik 3...." Tawar wanita tua itu, Nasuha dan Khairul terkejut."Esok...balik rumah ya..." pesan wanita tua itu, Nasuha dan Khairul memandang saja dia, Nasuha tersenyum kemudian mengangguk perlahan."Baik, Auntie.""Dan...jangan buat benda pelik-pelik." tambah wanita tua itu lagi."Tak. Jangan risau. Kami takkan." Khairul tersenyum pahit.Khairul dan Nasuha memasuki bilik hotel, Nasuha terus melompat ke arah katil dan bergolek-golek diatasnya."Ah...Memang...selesa...Rindu katil aku..." Nasuha tersenyum lega, Khairul membuka jaketnya, bilik hotel itu kecil saja dengan hanya ada katil, almari kecil, meja dan televisyen kecil berada di hujung bilik itu."Betapa rindunya aku dengan rumah pun. Aku masih tak terasa nak balik dan hadap diorang." keluh Nasuha, dia meletakkan tangannya diatas wajahnya, terbayangkan ayah dan wajah-wajah pembulinya."Katil ni lagi selesa dari katil aku..." Khairul meletakkan kepalanya saja diatas tilam katil itu."Baring jelah sekali." ajak Nasuha."Takpelah.""Aku mandi dulu...Satu badan aku rasa melekit." Khairul berdiri semula, dia mengambil begnya dan terus berjalan masuk ke dalam bilik air.Air pancut dibuka dan Khairul membuka balutan di dahinya, luka gores di dahinya masih kemerahan. Dia membasahkan satu badan, matanya tertutup perlahan."Sekurang-kurangnya, aku dapat mati sebagai seseorang yang baik."Ayat dari komik menyentuh hati aku. Penderitaan aku...Tindakan aku...Kejahatan aku...Semuanya takde makna ke bila aku mati nanti?Aku bakal dihukum melalui kematian aku ke?Jauh sangat kau fikir, Khairul...Selepas Khairul selesai mandi, Nasuha pula memasuki bilik air. Khairul memakai semula jaketnya dek kesejukan kerana penghawa dingin yang berada di dalam hotel mereka. Dia terduduk di tepi katil dan menyandarkan kepalanya sambil menonton televisyen."Banyak lagi serangan pelik berlaku di Amerika, mayat manusia dijumpai dalam keadaan sudah dimakan..."Pintu bilik air terbuka, Nasuha keluar dan Khairul menoleh kearahnya. Mata Khairul terbuka luas, Nasuha tersenyum kemudian menggulingkan rambutnya yang sudah terpotong pendek menggunakan jari telunjuknya."Bagi kau okay tak, Khai?" tanya Nasuha, senyumannya janggal dan telinganya kemerahan."Ken-Kenapa kau potong rambut kau?" Khairul terus berdiri dan mendekati Nasuha, dia kerisauan."Entahlah...Aku terfikir je...kalau aku potong rambut, lagi susah kalau polis nak cam aku, kan? In case kalau ada yang cari atau jumpa kita." balas Nasuha, Khairul mengeluh nafas lega."Apa kau rasa, Khai? Rambut pendek untuk aku...Kau rasa...can-cantik ke?" Nasuha malu-malu, Khairul memandang saja dia kemudian menutup mulut dengan tangan kanannya."Ca-Cantik je bagi aku.""Hum." Nasuha mengangguk saja dengan senyuman.Kemudiannya, mereka berdua menonton televisyen, Nasuha duduk diatas katil manakala Khairul di lantai dan menyandarkan kepalanya pada tilam katil itu."I'm happy that I met you, Andrew...I love you.""I-I love you too, Emma."Apabila dua watak di televisyen itu mendekatkan wajah mereka untuk babak ciuman, Nasuha dan Khairul mengalihkan pandangan masing-masing.Awkwardnya...Tengok movie macam ni sama-sama dengan Khairul.Dia guna banyak duit dia untuk aku. Entah macam mana aku nak bayar balik semua yang dia berikan pada aku. Rasa bersalah sangat tapi pada masa sama, Khairul buatkan aku tak risau juga. Seumpama, tiada masalah pun bagi kami bila dia ada bersama.Susah nak terangkan tapi Khairul, kau buat aku rasa selamat. Walaupun aku dalam bilik dengan seorang budak lelaki sekarang.Khairul menguap, Nasuha sudah terbaring namun dia masih memerhati Khairul."Khai...Tidurlah atas katil ni sekali...""Hah? Takpelah. Tak selesa nanti, untuk kau dengan aku." balas Khairul. Nasuha diam saja buat seketika."Bagi je aku satu bantal. Aku takde masalah tidur kat lantai." pinta Khairul."Khai...Tolonglah, naik atas katil ni sekarang." arah Nasuha, Khairul terkedu, dia keliru atas permintaan Nasuha itu.Khairul duduk diatas katil sementara Nasuha masih terbaring, tangan kanan Nasuha tiba-tiba memegang tangan kiri Khairul."Khai...Ingat tak apa aku cakap? Yang aku akan ambil tanggungjawab, pasal apa-apa terjadi masa kita lari ni?" soal Nasuha."Y-Ya...Kenapa dengan kau ni?" Khairul kelihatan tidak selesa, dia menoleh ke tepi, cuba untuk tidak memandang Nasuha."Kau bagi aku macam-macam...Aku tak bagi apa-apa balik pun pada kau. Tengok aku, Khai."Khairul mengalihkan pandangannya semula ke arah Nasuha, mata mereka bertembung, bibir Nasuha bergetar."Aku...boleh bagi kau...diri aku." kata Nasuha sedang bibirnya masih bergetar, Khairul terus menggerakkan tangannya dari tangan Nasuha dan berdiri dari katil itu, dia juga mengambil beberapa langkah ke belakang."Khai-""Jangan Nasuha...Aku-...Aku tak tolong kau untuk benda macam tu. Hargai diri kau. Kau lagi berharga dari duit yang aku keluarkan. Untuk aku, kau berharga dari apa-apa pun, aku tak nak kau...buat macam ni..." Tanpa Khairul sedar, suaranya serak dan matanya berkaca. Nasuha juga berdiri dan dia tersedar akan Khairul yang kelihatan sangat terganggu dan tidak selesa."Khai. Aku sorry, okay, aku faham. Aku sorry...buat kau macam tu. Aku tak tahu kenapa dengan aku, aku bodoh. Khai." Nasuha mendekati Khairul namun tiba-tiba air mata terjatuh dari matanya."Khai...""Hah? Aku...nangis? Kenapa dengan aku ni?" Khairul segera mengelap air matanya, Nasuha memandang saja dia dengan pandangan sayu bercampur keliru.Aku bodoh. Kenapa aku lupa? Dia budak sekolah menengah saja sama macam aku. Kami ni budak-budak je."Khai...aku serius minta maaf. Aku jijik dengan diri aku. Kenapa aku terfikir benda macam tu? Aku tak tahu. Aku just bodoh." Nasuha juga hampir menangis namun dia menahan dirinya sendiri, Khairul mengambil nafas dan menghembuskannya, menenangkan dirinya."Sudah tu. Aku maafkan kau. Tapi ingat je Nasuha. Ingat apa aku cakap." pinta Khairul, Nasuha mengangguk faham.Lampu bilik ditutup, Khairul terbaring di lantai dengan bantal di kepala sedang Nasuha tidur di atas katil. Khairul melihat tapak tangan kirinya kemudian menggenggamnya erat.Aku tak...faham apa aku rasa tadi.Badan aku terasa lemah, aku rasa takut?Aku tak pernah rasa takut macam tu.Walaupun masa gaduh dengan banyak orang...Masa aku dekat dalam bilik displin, hadap orang tua tu. Aku tak pernah rasa setakut itu.Apa yang aku takutkan?Fikiran aku, terbayangkan benda buruk dan aku bencinya.Aku benci benda yang aku bayangkan benda kotor. Aku tak sukakannya...Aku takut.Aku tak nak jadi macam budak-budak lelaki yang murahkan perempuan-perempuan tu. Aku benci mereka. Fikiran dan mulut kotor mereka."Hati-hati...ya..." kata wanita tua penjaga hotel itu sedang Nasuha dan Khairul berjalan keluar dari hotel itu. Mereka berdua menoleh ke belakang dengan senyuman."Baik, Auntie. Terima kasih!" kata Nasuha, penjaga hotel itu tersenyum dan mengangguk perlahan.Sejurus mereka keluar dari hotel, Khairul dan Nasuha berjalan pula ke arah motorsikal Khairul sambil memakai helmet mereka."Hei, Khai." panggil Nasuha, Khairul menoleh kearahnya."Pasal semalam aku just nak cakap lagi. Aku sorry..." kata Nasuha."Takpe, Nasuha, aku..." Kata-kata Khairul terhenti sedang dia memandang wajah Nasuha, dia menggenggam tangannya erat."Aku kisah pasal kau. Tak nak kau buat benda bodoh macam tu lagi.""Aku janji." Nasuha tersenyum dan mengangkat jari kelingkingnya. Khairul juga turut tersenyum, mereka berdua menaiki motorsikal."Oh ya...Aku pun kisah pasal kau, Khai." kata Nasuha. Khairul mengangkat ibu jarinya, mereka berdua terus bergerak pergi dari bangunan hotel dan kedai itu.Apabila Khairul memecutkan motorsikalnya untuk memotong kenderaan lain, biasanya Nasuha akan tersentuh bahunya, namun kali ini, dia menghentikan tangannya dari menyentuh Khairul."Teruknya jem depan tu..." kata Khairul sambil memperlahankan sedikit motorsikalnya, terdapat kesesakan lalu lintas yang panjang dan sibuk di hadapan mereka, Khairul menyelit perlahan-lahan melalui kenderaan-kenderaan yang rapat, terdapat juga pemandu motorsikal yang lain.Khairul terpaksa menghentikan motorsikalnya, tersekat di belakang beberapa motorsikal yang lain."Apa jadi?" soal Nasuha."Entahlah." Khairul juga keliru, biasanya motorsikal dapat menyelit tanpa masalah walaupun sesak, tetapi kelihatan ada sesuatu yang menghalang malah motorsikal untuk lalu.Terdapat kemalangan berlaku di hadapan melibatkan beberapa kenderaan, ramai orang keluar dari kereta mereka dan kelihatan marah pada seorang pemandu lelaki yang menaiki kereta berwarna kelabu, kemungkinan dia punca berlakunya kemalangan itu."Tak nampak jalan ke, hah?!""Bodoh!"Pemandu lelaki yang berada di dalam kereta kelabu itu mengunci dirinya di dalam kereta, dia menundukkan kepalanya dan dalam keadaan cemas."Aku tak buat salah! Dia yang laju tiba-tiba...Dia yang laju!" keluh dia, matanya terbuka luas sedang seluruh badannya menggeletar.Semua orang bising...Bising dekat aku...Jerit dekat aku!"Semua benda kau tak boleh buat! Apa gunanya kau!"Diam..."Bodoh!"Diam."Kau yang salah!"Diam!Lelaki itu tiba-tiba keluar dari kereta dan dia menumbuk seorang lelaki yang berdekatan dengan keretanya, semua orang yang mengelilingi keretanya memandangnya dengan jelingan yang tajam dan wajah bengang."Diam!" jerit lelaki itu.Khairul dapat mengedepankan motorsikalnya, dia dan Nasuha dapat melihat apa yang terjadi dan mereka berdua terkejut melihatnya."Seriuslah...gaduh tengah-tengah jalan ni." keluh Nasuha."Mungkin lelaki yang kena keliling tu salah...Haih...Memang susahlah gerak macam ni. Teruk jugak accident." kata Khairul pula.Kedengaran bunyi siren mendekati, kereta polis dan ambulans mendekati kawasan kemalangan itu, kenderaan lain memberi laluan bagi mereka."Orang bodoh macam kau! Mesti kena lokap punya!" kata lelaki yang ditumbuk pemandu tadi, riak wajah pemandu lelaki itu bertambah cuak, dia memerhati saja kereta polis yang mendekati.Dua orang polis keluar dari kereta, pemandu lelaki itu tercungap-cungap, mereka berdua berjalan ke arah dia dan orang-orang yang mengelilingi kawasan kemalangan itu. Jururawat dari ambulans pula turun untuk melihat keadaan yang tercedera."Tak...Aku...Hah!" Pemandu lelaki itu panik.Aku bunuh kau semua!Bunuh...kau semua..."Arrrrrghhhhhh!" Pemandu lelaki itu jerit, suaranya berubah garau dan dia terus terjatuh ke lantai jalan, beberapa orang yang mengelilinginya menjauhkan diri sedang dua orang polis tadi tiba padanya."Bertenang encik." kata seorang polis wanita yang cuba mencapai lelaki itu, tiba-tiba apabila wajah lelaki itu terangkat, wajahnya berubah menjadi seperti labah-labah, matanya banyak dan mulutnya bergerigi.Polis wanita itu tidak percaya apa yang sedang dilihatnya namun sebelum dia dapat proses apa terjadi, makhluk itu melompat ke arahnya dan terus menggigit wajahnya."Urghh!"Semua orang yang berada di situ juga terus panik, keadaan berubah huru hara dengan orang ramai melarikan diri mereka. Darah terpercik ke merata tempat, polis lelaki yang bersama polis wanita tadi mengeluarkan pistol tangannya."Berhenti sekarang!"Makhluk itu telah memakan separuh wajah polis wanita itu dan dia terus melompat ke arah polis lelaki itu pula.Khairul dan Nasuha tidak pasti apa terjadi, melihat keadaan huru hara di mana ramai orang sedang melarikan diri, mereka berdua keliru, begitu juga pemandu-pemandu lain yang masih berada di dalam kenderaan mereka."Bsssssshhh...Bissssshingggg!" Makhluk berupa manusia dan labah-labah itu melompat dengan bahagian kepala polis lelaki itu melekat pada gigi geriginya, dia melompat pada seorang lelaki, beberapa kaki tumbuh dari tepi badannya, ia terus menusuk tepi badan lelaki yang diserangnya itu."Ah! Tolong!" jerit lelaki itu sebelum kepalanya di gigit makhluk itu.Khairul melihat jelas apa yang terjadi, dia terus menggerakkan motorsikalnya ke belakang, dia menoleh ke arah Nasuha yang tidak dapat melihat apa yang terjadi sepenuhnya tapi dia sedar akan betapa seriusnya keadaan itu apabila melihat wajah Khairul yang separa pucat."Lari!" jerit Khairul pada pemandu motorsikal lain yang berada di belakangnya, mereka bertambah bingung dan keliru. Khairul dalam keadaan cemas turun dari motorsikalnya, dia memegang tangan Nasuha dan terus berlari."Khai! Apa jadi?!" soal Nasuha."Ada rasaksa bunuh orang!" balas Khairul.Ramai orang sudah berlari di sebalik kenderaan-kenderaan yang tersangkut di situ, makhluk labah-labah itu melompat pada salah satu kenderaan, penghuni kenderaan itu terus keluar dari kereta dan menjerit ketakutan. Makin ramai sedar apa yang sedang terjadi dan terus meninggalkan kenderaan mereka untuk melarikan diri."Apa tengah terjadi? Ak-Aku takut, Khai!" Nasuha menutup telinganya sambil menutup matanya, jeritan, bunyi seram makhluk labah-labah itu dan huru hara yang sedang dihadapinya membuat langkah Nasuha lemah."Aku tak tahu! Pegang je tangan aku...Kuat-kuat!" kata Khairul.Makhluk labah-labah itu membunuh ramai orang dengan pantas, jalan yang dilalui dan ditinggalkannya berlemuran dengan darah dengan badan manusia-manusia yang separa di makan bergelimpangan. Makhluk itu telah mendekati Khairul dan Nasuha yang sedang berlari dengan orang ramai yang lain.Wanita yang berlari di tepi Khairul dan Nasuha diterkam makhluk itu, Nasuha terjatuh dan genggaman tangan Khairul terlepas."Nasuha!" Khairul menghentikan dirinya, Nasuha sedang berada di lantai jalan, lututnya terluka dek terjatuh tadi. Apabila dia membuka matanya, makhluk itu sedang berada di tepinya dan memakan separuh kepala wanita yang diterkamnya tadi.Ia menolehkan kepalanya ke arah Nasuha, darah terpercik dan terkena pada pipi Nasuha. Ratusan mata memandang tepat pada Nasuha membuat dia beku, jeritan ketakutan pun tidak keluar dari mulut Nasuha."B....Bunuhhhhh! Shhhhhemuaaa! Bisssshiiiing...""Nasuha!" Khairul memukul kepala makhluk itu dengan helmet motorsikalnya, makhluk itu tertolak ke belakang dan wajahnya kemek, beberapa matanya juga pecah.Khairul menghentak lagi wajah makhluk itu lagi beberapa kali dan menyepaknya jauh, makhluk labah-labah itu berhenti bergerak seketika, Khairul terus bergerak ke arah Nasuha dan terus membantunya berdiri."Nasuha..." Khairul memegang tangannya erat, Nasuha menggeletar sedang dia perlahan-lahan cuba berdiri."Khai..." Nasuha hampir terjatuh, Khairul perasan akan luka di lutut Nasuha."Shhhhaaaakittttt!" Makhluk itu kembali bergerak semula, Khairul terus menoleh ke belakang, makhluk itu terus meloncat ke arahnya , dia menolak Nasuha ke tepi dan makhluk itu menerkamnya, terus menggigit bahu Khairul."Argh!" Khairul meraung kesakitan."Khairul!" jerit Nasuha, ketakutan, dia tidak mampu bergerak untuk membantu Khairul."Lepas-kan aku! Argh!" Khairul menolak kepala makhluk itu apabila ia cuba menggigit kepala Khairul, gigi geriginya menusuk kedua-dua tapak tangan Khairul."Aku dapat mati sebagai seseorang yang baik. Aku buktikan mereka salah."Aku dah nak mati ni...dan yang aku ingat ialah ayat dari komik yang aku baca.Darah dari tapak tangan Khairul tertumpah pada jalan dan wajahnya, dia mengetap giginya namun dia semakin lemah, gigi makhluk itu semakin mendekati wajahnya.Nasuha.Aku seronok. Seronok dapat lari dan luangkan masa aku dengan kau.Aku tak pernah ada kawan sebelum ni. Tak pernah ada orang teman aku makan...Kau pertama bagi aku.Orang pertama yang berjalan-jalan dengan aku.Orang pertama yang buatkan aku takut.Orang pertama yang aku kisahkan selepas sekian lama.Lari je...Nasuha...Lari.Aku memang sepatutnya mati...Dah lama dah pun..."J-Jangan...sentuh, Khai!" Nasuha dengan kekuatan yang tersisa, dia menarik kepala makhluk itu dari wajah Khairul."Aaaaaaarrggghhhh" Makhluk itu menyepak Nasuha menyebabkan Nasuha terpelanting dan berlanggar dengan kenderaan di belakang mereka, dia terus terduduk lemah dan tidak sedarkan diri.Darah mengalir dari dahi Nasuha."Nas-Nasu-Nasuha!" jerit Khairul, dia kelihatan bengang dan kembali memandang makhluk labah-labah itu.Tak.Aku tak boleh mati sekarang.Aku kena pertahankan Nasuha.Jangan mati sekarang. Selagi Nasuha ada, jangan mati!Aku perlukan sesuatu...Kalau aku ada kuasa.Aku boleh bunuh benda ni!Khairul tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk membaling makhluk itu daripadanya, mereka berdua menghadap sesama sendiri, Khairul memandang makhluk labah-labah itu dengan jelingan yang tajam."Kurrghhh!" Makhluk itu mengaum.Urat-urat yang tebal tumbuh dari tangan hingga lengan kanan Khairul."Ugh...Argh! Arrrrrgghhhh!" Bilah pedang keluar dari lengan Khairul, membelah dagingnya sendiri, darah yang banyak tumpah ke bawah sedang bilah pedang itu keluar.Bilah pedang di lengan yang sama seperti karakter Mantis, keluar dari lengan kanan Khairul.Khairul menuju ke arah makhluk itu, dia meluncur di lantai jalan dan membelah bahagian kiri kaki makhluk itu menyebabkan ia tidak dapat bergerak seketika. Makhluk itu menghalakan wajahnya pada arah Khairul, cuba menggigitnya namun Khairul dengan pantasnya membelah wajah makhluk itu pada dua bahagian.Badan makhluk itu terjatuh ke lantai tanah, Khairul terkaku seketika dan tercungap-cungap, dia seperti tersedar semula dan melihat lengan kanannya dengan bilah pedang yang tumbuh padanya."Apa ni? Hah? Apa jadi dengan aku?" soal dia, Khairul cuba menyimpan semula bilah pedang itu ke dalam lengannya namun dia tidak cukup kuat untuk menggerakkannya."Masuk balik...Masuk balik! Masuk!" keluh dia sedang dia berkali-kali menolaknya tetapi tiada hasil, dia melihat pula sekeliling, mayat-mayat orang ramai yang bergelimpangan di merata tempat, makhluk labah-labah yang dibunuhnya, Nasuha yang masih tidak sedarkan diri dan cedera di kepala."N-Nasuha!" Khairul bergegas ke arah Nasuha, dia menggoncangkan badan Nasuha dengan tangan kirinya. Mata Nasuha terbuka perlahan, pandangannya yang kabur perlahan-lahan berubah terang.Benda pertama yang dilihatnya ialah wajah Khairul yang cemas dengan darah di wajahnya."K-Khai...Kau okay?" tanya Nasuha."Aku...Aku...tak tahu..." balas Khairul sambil menggeleng, Nasuha terasa akan kesakitan kepalanya membuatkan dia meletakkan tangan kanannya di kepala."Kepala aku..." keluh Nasuha."Kena bawak kau ke tempat selamat." kata Khairul namun dia teringat akan tangan kanannya."Tolonglah masuk balik. Masuk!" Khairul ketakutan, dia kembali panik tentang tangan kanannya semula namun tiba-tiba, dengan perlahannya, bilah pedang itu masuk semula ke dalam lengan Khairul dan urat-urat yang tumbuh tadi mengecil sehingga hilang.Khairul menggenggam lengan kanannya, lega ia kembali pada normal."Khai..." panggil Nasuha. Khairul kembali memandangnya."Aku tak boleh gerak." keluh Nasuha, Khairul berfikir cara untuk membantu Nasuha dan akhirnya...Khairul mendukung Nasuha dari belakang, mereka berdua berjalan sehingga ternampak beberapa kereta polis, ambulans dan orang ramai yang berkumpul di hujung jalan. Khairul melajukan langkahnya ke arah ambulans."Tolong! Tolong kawan saya!" pinta Khairul, beberapa jururawat mendekatinya, salah seorang jururawat lelaki mengambil Nasuha dari Khairul dan mendukungnya ke arah ambulans mereka."Kamu pun perlukan rawatan..." kata seorang jururawat lagi namun Khairul hanya memandang saja sedang Nasuha di bawa pergi."Oh? Dia tak hilang akal? Menarik-menarik..."

Seorang lelaki berambut perang panjang sedang berada di langit dan melihat apa yang terjadi, irisnya hijau menyala, dia menyilang tangannya dengan senyuman bangga di wajahnya.