Chereads / STRAYS : Peluang Kedua / Chapter 3 - BAB 2 : BURUK

Chapter 3 - BAB 2 : BURUK

Aku orang yang buruk sebab itulah benda buruk terjadi pada aku.Tak tahulah sama ada aku tipu diri sendiri ataupun memang betul.Aku kena percaya benda tu supaya aku boleh terus bertahan.Khairul terbaring diatas lantai dengan darah mengalir dari hidung dan mulutnya, terdapat gigi geraham yang tercabut berada di tepinya. Meja dan kerusi-kerusi di ruang dapur rumahnya berselerak dan salah satu kerusi patah.Dengan perlahan, Khairul menoleh ke tepi, seorang lelaki tua sedang merokok di ruang tamu, kelihatan tangannya kemerahan dan terdapat kesan darah. Khairul dengan perlahan cuba berdiri namun dia hampir terjatuh kerana kakinya yang menggelatar lemah."Kemas dapur...Kalau aku datang balik lepastu masih bersepah. Lagi teruk kau kena." arah lelaki tua itu sambil berdiri dari sofa dan berjalan pergi dari ruang tamu itu. Khairul hanya terdiam saja sambil mengelap darah yang berlemuran di wajahnya.Aku dibuang sekolah akhirnya."Diorang akan buat hidup kau macam neraka kat sekolah ni." Hahaha...Nasuha, kehidupan aku memang dah cukup macam neraka dah.Air pancut dibuka, Khairul membasahi badannya, terdapat kesan birat, lebam dan beberapa parut pada bahagian belakang badan, perut dan dadanya. Matanya tertutup, air yang membasahi luka di badannya terasa pedih namun dia tahan saja.Selepas mandi, dia mengemas dapur, Khairul mengambil gigi geraham yang berada di lantai dan membalingnya memasuki tong sampah dengan tepat."Marah betul dia kali ni..." keluh Khairul kemudian memasukkan satu jari telunjuknya ke dalam mulut, gigi geraham hujungnyalah yang tercabut dan berada di lantai tadi."Kau memang anak setan! Sepatutnya kau pergi mati je dengan dia!" jeritan orang tua tu masih bermain di kepala aku. Aku memang harap aku mati masa tu pun.Kau fikir aku nak hidup sangat ke?Sepatutnya kau bunuh je aku daripada seksa aku macam ni...orang tua."Gaduh lagi ke, Khai?" tanya seorang lelaki dengan apron, dia sedang berada di belakang gerai burger. Khairul mendekatinya dengan senyuman pahit kemudian mengambil tempat duduk di tepinya."Macam biasalah." keluh Khairul, wajahnya masih berlebam dan berluka. Lelaki itu memerhatinya dengan wajah penat kemudian menyambung kerjanya."Dengan muka macam tu...Kau halau pelanggan je nanti." kata lelaki itu."Takde orang kisahlah keadaan orang yang susunkan burger diorang." balas Khairul, dia menyandarkan kepalanya pada tiang gerai burger itu."Ikut kaulah. Tolong bukakan plastik daging tu." arah lelaki itu, dia menghalakan spatula di tangannya kearah bekas berisi barangan membuat burger."Roger." Khairul mengikut arahannya dan membuka salah satu plastik daging burger yang berada di dalam bekas itu."PT3 bukan dah dekat ke? Kau sambung kerja ke atau berhenti sekejap fokus peperiksaan? Sejujurnya aku nak kau fokus study je. Tambahan lagi, boleh aku merasa sikit lebih profit kalau tak perlu bayar kau dalam beberapa bulan, haha." Lelaki berapron itu mula bersembang dan menyakat Khairul, riak wajah Khairul terus berubah dingin seketika."Aku kena buang sekolah." balas Khairul, mulut lelaki itu seumpama terjatuh ke lantai tanah, dia terus menoleh kearah Khairul."Khai, seriuslah?!" Lelaki itu terkejut beruk."Aku dah dapat dua amaran lepastu buat lagi kes...Sekolah memang tak bagi peluang dah untuk aku.""Haish, pening kepala aku. Apalah nak jadi dengan kau ni, Khai? Aku bukannya nak persoalkan ayah kau jugak...tapi dia tak kisah ke?" keluh lelaki itu dan menepuk wajahnya."Dia cukup kisah sampai bantai aku. Lebam-lebam ni ada jugak hasil kerja dia." Khairul menundingkan ibu jari kearah wajahnya, lelaki itu meletakkan saja tangannya di bawah dagunya."Khai...""Tapi hei, aku sekarang boleh fokus semua untuk menjadi saudagar burger berjaya dengan kau. Malangnya kau tetap kena bayar aku, mungkin dalam masa yang lama lagi, Hazim." Khairul tersenyum kearah Hazim.Riak wajah Hazim berubah terganggu, dia mengalihkan pandangannya dari Khairul dan menghembuskan nafas yang panjang."Iya-ya..." balas Hazim, dia cuba mengendahkan apa yang didengarinya tadi namun sangat terang kelihatan dia sedang marah, Khairul tidak dapat melihat wajahnya itu dek Hazim mengalihkan pandangan darinya.***Sesuatu memang berubah.Nasuha memasuki kelasnya, tiba-tiba suasana kelas itu berubah tegang dan senyap, semua pelajar yang berada di situ memandang Nasuha.Air liur ditelan, Nasuha berjalan ke arah tempat duduknya dan cuba mengendahkan mata-mata yang memandangnya namun setelah beberapa saat, mereka semua kembali melakukan hal masing-masing.Nasuha gemuruh, dia rasa tidak senang dan memerhati sekeliling. Tiada sesiapa yang mendekatinya, malah Hanna dan rakan-rakannya juga langsung tidak mengganggu Nasuha.Aku masih dijeling tapi mereka tinggalkan aku sendirian...Pintu bilik 'Unit Displin' diketuk beberapa kali, Cikgu Syahir membukanya. Nasuha berdiri dihadapan bilik itu, riak wajah Cikgu Syahir terus berubah malas."Assalammualaikum, cikgu." kata Nasuha."Waalaikummusalam...Apa pula hal kali ni, Nasuha? Saya tengah takde mood langsung nak layan apa-apa kes sekarang ni, kamu semua memenatkan." keluh Cikgu Syahir."Saya nak tanya je. Apa jadi dengan budak lelaki haritu? Yang pukul Syauqi.""Khairul? Dia kena buang. Dia dah dapat dua amaran sebelum ni, pasal pukul dan gaduh juga." balas Cikgu Syahir, Nasuha terkejut seketika namun dia kembali tenang."Kenapa kamu tiba-tiba nak tahu pasal dia? Jangan cakap dengan cikgu kamu yang mintak dia pukul Syauqi..." Cikgu Syahir menjeling Nasuha."Saya tak! Haih...Saya nak tahu saja." keluh Nasuha."Ikutlah...Daripada apa yang cikgu dengar, kalau ada orang bayar dia, dia akan pukulkan orang lain untuk orang tu. Tapi haritu, pertama kali dia kata dia pukul Syauqi sebab dia hanya tak suka je dengan Syauqi." cerita Cikgu Syahir sambil menyilang tangan, Nasuha mengangguk faham saja.Khairul...Aku memang tak faham kenapa kau pukul Syauqi dan dia pun tak bagi aku jawapan yang terang haritu.Nasuha memasuki semua kelas tingkatan 4 yang lain dan melihat senarai murid-murid tetapi tidak menjumpai nama Khairul.Dia pelik kemudian dia melihat pula kelas tingkatan 5, tiada juga murid bernama Khairul. Nasuha pergi pula ke bahagian kelas tingkatan 3, satu demi satu kelas dia periksa sehinggalah tiba di kelas hujung tingkatan 3 iaitu kelas 3-D.Nama 'Khairul Azman bin Mohd Zaki' berada di dalam senarai murid-murid kelas itu. Nasuha menumbuk perlahan pintu kelas itu kemudian mengetap giginya."Dia bawah tahun aku?" keluh Nasuha, rasa bersalah bercampur keliru menyengatnya.Langit ditutupi awan-awan yang gelap, Nasuha yang sedang berjalan pulang sambil berjalan kaki menoleh keatas. Dia menepuk bahagian poket belakang begnya, terasa kosong saja."Aduhai. Aku takde bawak payung hari ni." keluh Nasuha sendirian. Air hujan mula turun dengan perlahan, Nasuha segera berteduh ke arah bangunan kedai-kedai di tepi jalan.Hujan turun menitik dan tidak terlalu lebat, Nasuha duduk di bangku berdekatan dengan sebuah kedai runcit dan melihat hujan sambil menyepak-nyepak kakinya ke udara.Budak lelaki yang dengar masalah aku dan yang pukul salah seorang pembuli aku tengah bermain dekat kepala aku. Tindakan dia tak masuk akal...Aku cuba fahaminya namun aku tak dapat jawapan langsung.Tiba-tiba hujan semakin lebat. Nasuha tersedar dari mengelamun dan terus menghembuskan nafas panjang."Lebatlah pulak...""Lebat pulak..."Nasuha dan Khairul serentak berkata, dengan pantasnya, Nasuha terus menoleh ke tepi. Khairul sedang berdiri di tepi bangkunya, terdapat plaster di hidung dan mulutnya, matanya yang sebelum ini lebam sudah sedikit pulih."Khairul?" Nasuha terkejut."Kau...Nasuha?" Khairul juga tidak menyangka Nasuha orang yang menegurnya. Mereka memandang sesama sendiri dengan agak lamanya sebelum mengalihkan pandangan masing-masing."Hah...Aku tak sangka aku jumpa kau lagi." kata Khairul dengan senyuman, Nasuha kembali memandangnya."Aku dapat tahu yang kau kena buang...Aku sorry." balas Nasuha, Khairul menyandarkan badannya pada dinding."Kenapa kau nak 'sorry' pulak?" soal Khairul."Entahlah...Aku just rasa bertanggungjawab je pasal apa kau buat, PT3 dah dekat, sempat ke kau cari sekolah lain sekarang? Dengan rekod kau lagi. " Nasuha kelihatan risau, senyuman Khairul berubah pahit."Aku tak berniat nak sambung belajar dah. Nampak tak ni? Aku nak jadi penjual burger Ramlee berjaya Malaysia." Khairul mengangkat beg plastik yang dibawanya, berisi barangan membuat burger seperti patty daging dan roti."Lawaklah kau ni...Mana ada mak ayah yang biarkan je anak dia tak belajar?" keluh Nasuha, Khairul terdiam seketika kemudian tergelak kecil."Mungkin." kata dia perlahan."Tapi still, aku nak minta maaf juga. Aku harap aku boleh buat sesuatu untuk kau, balas balik jasa baik kau. Diorang memang berhenti kacau aku..." Nasuha tersenyum kearah Khairul."Beli burger gerai aku kerja.""Kau memang serius kerja jual burger ke? Mana aku tahu gerai mana kau kerja?" soal Nasuha, Khairul menoleh kearah hujan seketika, masih lagi lebat."Lepas hujan reda, aku tunjukkan kau." balas Khairul."Ah, baik." Nasuha mengangguk saja."Boleh tak aku nak duduk jugak?" pinta Khairul."Okay..." Nasuha memberi ruang untuk Khairul, dia duduk bersebelahan Nasuha dan menyandar semula kepalanya ke dinding.Ah...Awkwardnya...Nasuha memandang Khairul seketika lagi, dia perasan akan lebam dan luka-luka baru yang sebelum ini tiada."Maaflah tapi...aku kena tanya jugak. Kenapa dengan muka kau?" tanya Nasuha."Gaduh. Inilah kehidupan aku, menumbuk-ditumbuk...""Aku tahu ni bukan tempat aku nak cakap tapi kau ada issue." kata Nasuha."Nak buat macam mana? Aku memang bukannya orang baik. Cepat marah, tak pandai...Selesaikan semua benda dengan tangan." Khairul melihat buku jarinya yang masih berluka merah kemudian mengenggam tangannya."Mesti ada masalah yang buat kau macam ni. Sejak aku kena buli, aku mula pandang semua benda dengan dendam jugak dan kemarahan. Soal kenapa tiada siapa yang faham dan nak tolong aku. Tapi tiba-tiba kau datang, tangan kau selamatkan aku. Aku tak rasa kau teruk sangat orangnya." Nasuha memandang Khairul dengan wajah serius."Sebabkan kau, aku tak rasa nak bunuh orang dah, hahaha." Dia kemudiannya tersenyum dan tergelak pula dengan lawaknya sendiri, mata Khairul terbuka luas, dia teringat akan seorang lagi wanita yang senyum dan tertawa hampir sama macam Nasuha.Wanita yang sedikit tua, dengan kaca mata dan tudung merah."Kau tak tahu banyak pasal aku." keluh Khairul, dia mengalihkan pandangan dengan riak wajah yang sayu. Nasuha terdiam lagi.Tidak lama kemudian hujan mulai reda, Khairul segera berdiri diikuti Nasuha, dia mengeluarkan kunci motor dari poket seluarnya."Mari." ajak Khairul."Eh? Naik motor ke?" soal Nasuha sambil mereka berdua berjalan turun dari bangunan kedai tadi."Ya. Jangan risau aku tak pernah accident lagi bawak motor." balas Khairul."Kau ada helmet ke untuk kita dua?""Alah...Kita lalu jalan taman je, takde polis pun."Khairul menaiki motor biru yang sedikit usang, Nasuha berdiri dan berfikir seketika, dia masih ragu-ragu."Haih...Nah kau pakailah helmet ni. Aku tak pakai." Khairul menyerahkan helmet putih yang berada di bakul motor itu."Hum." Nasuha mengangguk sambil mengambil helmet itu.Nasuha duduk di belakang motor Khairul, mereka berdua terus bergerak pergi dari kawasan bangunan kedai tadi dan keatas jalan taman. Khairul membawa motor itu tidak terlalu pantas dan ia mengejutkan Nasuha yang menganggap remaja lelaki seperti Khairul pasti memecut seperti yang lain.Namun dia bawa dengan agak berhemah, genggaman tangan Nasuha pada pemegang di belakang motor biru itu yang tadinya ketat berubah tenang."Dah sampai." Mereka berhenti di hadapan gerai burger kecil di tepi jalan berdekatan dengan sebuah taman perumahan, Hazim berada di situ dan sedang mengemas gerainya."Aku dah beli barang dan aku bawak customer pertama hari ni." tegur Khairul sambil menunding ibu jarinya ke arah Nasuha yang sedang mendekati dia dan Hazim."Eh? Siapa?" soal Hazim."Nasuha." balas Khairul sepatah sambil bergerak kearah belakang gerai."Um, hai, Nasuha...Aku Hazim, boss si Khairul. Korang kawan ke?" tanya Hazim pula kepada Nasuha.Alamak...Kitorang ni...Kenalan sekolah je ke?Kawan ke?"Lebih kuranglah...haha." balas Nasuha dengan janggalnya, Hazim memandangnya pelik seketika."Kau nak burger apa, Nasuha?" tanya Khairul yang membuka api gas."Aku order...burger ayamlah." kata Nasuha, Khairul terus mengambil daging burger ayam keluar dari plastik pakejnya."Okay, sekejap ya.""Boleh tak aku bayar dulu? Berapa ya?" Nasuha mengeluarkan dompetnya."Tiga ringgit setengah." balas Hazim yang tiba-tiba mencelah."Baik, nah." Nasuha menyerahkan wang kepada Hazim sedang Khairul mula membuat burger yang dipesan Nasuha tadi.Selepas beberapa minit..."Siap." Khairul meletakkan burger ayam yang telah dibungkus berhadapan Nasuha yang duduk di meja gerai burger itu."Ah, terima kasih." Nasuha terus membuka bungkusan itu, burger ayam itu masih berasap dan beberapa cebisan sayur terjatuh.Khairul duduk berhadapan Nasuha."Makanlah.""Kau nak tengok aku makan ke?""Aku kena tahu kau suka atau tak...Kepuasan pelanggan penting.""Baiklah...Bismillah." Nasuha memakan burger ayam itu, Khairul memerhati saja dia."Sedaplah. Boleh tahan." puji Nasuha, Khairul tersenyum.Well, rasanya macam burger ayam Ramlee yang lain...tapi dia nampak gembira sangat...Tak pernah pulak nampak dia senyum macam tu."Dekat je gerainya dengan taman aku, kau tinggal dekat-dekat sini jugak ke?" tanya Nasuha sambil memandang kearah taman perumahan yang berdekatan dengan gerai burger itu."Ya, aku sama taman dengan kau." balas Khairul."Nampaknya kita boleh jumpa lagilah, kan?" Nasuha menoleh kearah Khairul."Datanglah sini kalau kau ada selera burger. Hazim jual murah sikit daripada lain." kata Khairul sambil menoleh seketika kearah Hazim yang sedang berada di belakang gerai."Uhm...Baik aku pergi balik dulu sebelum ayah aku marah." Nasuha mula ingin melangkah pergi."Aku boleh je tolong bawakkan kau balik." tawar Khairul."Takpelah...Nanti kalau ayah aku nampak kau bawak aku balik, banyak soalan dia nanti. Lain ceritalah kalau jauh, apapun, bye-bye." Nasuha melambai tangannya."Faham...Hum, bye." Khairul mengangkat tangan kanannya, Nasuha berjalan pergi. Khairul memerhati saja dari belakang, angin bertiup dan rambut Nasuha yang panjang berterbangan di belakangnya, dengan cahaya matahari petang yang berubah jingga.Nasuha kelihatan seperti bersinar, senyuman Khairul hilang dari wajahnya, tangannya yang tadi terangkat terjatuh ke bawah.Kau terlalu bersinar bagi aku.Aku diikat dalam kegelapan ni.Tolonglah...jangan jumpa aku lagi, Nasuha. Jangan anggap aku kawan kau, jangan anggap aku sesiapa...Aku tak nak cemarkan kau dengan kegelapan aku.