Chereads / Terlewatkah aku?(bahasa melayu) / Chapter 8 - I hate you

Chapter 8 - I hate you

" Kau habis minum 2 botol soju.. patutlah kau mabuk.. " Aku dengar suara Jihan tapi mataku terlalu berat untuk buka. Suaranya sangat dekat dengan muka ku. Tidak lama kemudian aku rasa tubuhku di letak perlahan-lahan di atas tilam yang empuk.

" Jihan..." Aku tarik tangan Jihan sebelum dia lepaskan badanku ke atas tilam sepenuhnya. Mataku masih tertutup rapat. Tapi aku enggan ditinggalkan keseorangan di bilik. Malam masih muda mereka yang lain masih di tepi sungai.. having a good time. Aku pula mabuk dan tidur awal? ini tak boleh jadi. Tapi malangnya mata ku terasa sangat berat!

"Kau tidurlah.. kau mabuk ni.. kau habiskan 2 botol soju!" ulang Jihan. Aku dengar dia ketawa kecil dan aku rasa tangannya mengemas beberapa helaian rambutku yang jatuh ke muka ku. Jarinya terasa menyelitkam anak rambutku ke belakang telingaku. Aku cuba buka mata. samar-samar aku nampak muka Jihan yang memandangku dengan pandangan lucu.

" Apa yang lucu?" tanya ku. Dia hanya senyum dan mengeleng. Dia tidak kelihatan mabuk. yalah.. kalau Jihan pun mabuk, mana mungkin dia boleh angkat aku dari tepi sungai hingga ke homestay kami.

" Berapa botol kau minum?" tanyaku.

" Tak habis pun sebotol.. Shila call tadi kan.. Aku tak sempat pun minum banyak" oh! ya.. sebab ada call tadi. Masanya banyak di habiskan bergayut di telephone dengan Shila.

"hmmmm.. Shila. bakal tunang kau..." Aku jadi sakit hati bila ingat Shila. Entah kenapa? aku cemburu?

" Kau tidurlah.. aku .." sebelum Jihan habiskan kata-katanya aku tangkap lengan Jihan sekali lagi. Dia angkat kening dan tenung mukaku.

"Jangan tinggalkan aku.." Rayu ku tanpa segan silu. Mungkin kerana pengaruh alkohol, aku jadi berani. Aku jadi tamak. Aku mahu bersama Jihan malam ni! Aku mahu Jihan. Aku mahu peluk Jihan.. Aku mahu rasa bibir Jihan.. Aku.. aku... Arghhh! Rasanya aku perlu tampar diri sendiri supaya aku sober! gila sungguh dengan apa yang merasuk kepalaku bila aku mabuk. Seolah-olah aku mahu rogol Jihan! Kau mabuk! jangan buat sesuatu yang nantinya akan buat kau malu dan menyesal Airis! Aku memarahi diri sendiri.

" Ok.. ok.. aku stay. Mungkin aku patut cari minuman yang buat mabuk kau reda.." Ujar Jihan. Aku geleng kepala kuat. Masih memegang lengan Jihan kuat.

" Jangan bergerak.. stay!" kataku keras. Jihan ketawa. Dia tahu aku mabuk. ya.. aku tahu aku mabuk. Dan aku tak mahu berfikiran waras.. Aku ada alasan untuk paksa Jihan stay dengan aku di sini. Aku rasa sangat terdesak mahu Jihan dekat dengan aku. Aku mahu Jihan pandang aku sebagai kekasih.. bukan sebagai adik..bukan sebagai kawan.. atau ahli keluarga!

" Kau pelik malam ni. 1st time kau acting macam ni bila mabuk.." tegur Jihan. Dia hela napas panjang.

"Aku acting macam mana?"

" Kau acting so needy.. so clingy.."

Aku ketawa dan tarik Jihan dekat dengan ku.

"Duduk sini" kataku sambil tepuk-tepuk tilam di sebelah ku. Jihan putarkan bola matanya tetapi datang duduk juga disebelahku. Aku tidak lagi berbaring tetapi duduk di sebelah Jihan.

"Aku mimpi Shila" kataku sambil melentokkan kepala ku dengan manja di bahu Jihan. Kalau aku sober. Aku tidak akan buat begitu. Tetapi aku tahu aku mabuk dan aku tidak peduli! Aku mahu bermanja dengan Jihan malam ini. Biarlah malam ni Jihan aku punya!!

"What?!"

" I said I dream about Shila" ulang ku. Jihan tunjuk muka keliru. Aku ketawa. Muka keliru Jihan nampak sungguh kacak. Aku rasa macam mau hujani muka kacak Jihan dengan sejuta ciuman. Arghhhh.. pikiran ku mulai gila semula! stop it Airis! jangan ikutkan sangat mabuk kau!

Aku mabuk? Aku mabuk cinta dengan Jihan. kataku berdolak dalik dengan diri sendiri dan dengan itu aku ketawa. Jihan hanya mengeleng kepala lihat aku ketawa sendiri. Aku ketawa sendiri macam orang gila. Aku sedar tapi aku tak peduli dan aku tidak berdaya untuk peduli. Aku salahkan alkohol dalam sistem badanku.

" Dalam banyak-banyak orang.. kau kata kau mimpi Shila?" tanya Jihan. Dia ketawa lagi sambil geleng-geleng kepalanya. Dia nampaknya terhibur dengan apa yang di lihatnya.

" Betul.. Aku mimpi Shila.."

"Okay... lepas tu? bila kau mimpi Shila.. ?" Jihan nampaknya memutuskan untuk layankan saja kata-kataku.

" Tadi... aku tertidur di kereta. Aku mimpi kau dan Shila.. kamu kiss di tepi sungai..." Aku kemudian terdiam. Terbayang Shila dalam mimpi ku menikam dadaku dengan pisau tajam. Terbayang darah membuak-buak di celah pisau yang terbenam di dadaku. Aku rasa ngeri!

" Aku kiss Shila? tapi kau tak pernah jumpa Shila.. macam mana kau tahu dia Shila.." Tanya Jihan dengan muka menahan rasa lucu. Dia layankan saja celotehku. Aku tahu dia fikir aku reka-reka cerita sebab aku mabuk.

" Kau yang bagitau aku.. kau cakap ini Shila .. bakal tunang kau,.. sebelum tu aku nampak kamu kiss" Jawabku dan saat itu aku rasa macam mahu tersedak sebab scene itu terbayang di kepalaku lalu menghantar satu tusukan tajam ke jantungku. Sakit! walaupun ia hanya mimpi!

" Okay... so! aku.. yang ada dalam mimpi kau.. bagitau.. dia adalah Shila.. lepas tu?"

Aku dengan mata kuyu cuba buka mataku lebar-lebar dan kemudian aku angkat kedua-dua belah tanganku lalu tarik muka Jihan dekat dengan mukaku dan berkata..

" Kau tinggalkan aku berdua dengan Shila.. Shila tiba-tiba suruh aku janji.." Aku pandang tepat ke mata Jihan.

"Janji apa?" senyuman gelihati kelihatan bermain-main di muka Jihan.

"Shila suruh aku janji yang aku akan jauhkan diri dari kau.. Dia cakap dia tahu kita memang rapat dari kecil.. but that must be stop since she was with you know.." Aku sangat kagum dengan diri sendiri. Biarpun aku sedar aku mabuk. Tapi aku mahu berikan tepukan pada diriku sendiri sebab aku masih ingat dengan detail mimpi aku tadi!

" Then apa riaksi kau?"

" At first aku setuju dan janji yang aku akan jauhkan diri dari kau... tapi.. lepasku.. dia buat aku marah.. lepas tu dia pun marah.. dan kami bergaduh.. dia tampar muka aku.. aku tarik rambut dia..." Jihan ketawa berdekah-dekah dengar mimpi yang ku ceritakan. Dia menekan-nekan perutnya kerana kelucuan.

" Kau tarik rambut? come on Airis.. you can do better than that!" kata Jihan sambil sambung ketawa.

" Aku tumbuk dan tampar randomly.. tapi bakal tunang kau Shila memang lebih kuat dari aku.. dia tiba-tiba... " Aku berhenti dan tenung muka Jihan dengan serius. Jihan berhenti ketawa. Dia buat muka tanda tanya. Berlagak serius.

" Tiba-tiba?" katanya dengan muka kurang sabar.

" Tiba-tiba ada sesuatu yang berkilat ditangan Shila.. kau teka apa?" Mulut Jihan terlompong. Riak mukanya yang terlompong seakan-akan terkejut. Tapi aku tahu ia adalah riaksi terkejut yang dibuat-buat. Aku tahu dia hanya layankan saja kata-kataku. Tapi aku selesa bila Jihan mau layan kerenahku.

" Pisau?"

angguk. Aku diam seketika. Memutar semula rakaman mimpi dalam kepalaku.

"Pisau yang tajam!" Aku terbayang semula pisau tajam yang menusuk ke dadaku. Aku jadi berpeluh dan rasa sangat takut. Aku nampak darah membuak-buak di baju ku.. di dadaku. Aku nampak jelas mimpi tadi tengah hari.

" Darah... dadaku ada banyak darah.. pisau tajam tu terpacak tepat ke jantung ku.. " nafasku tiba-tiba rasa sesak. Aku tidak dapat menahan diri lalu menangis.. Aku menangis kuat.

" Shila tikam aku.. dia bunuh aku" Kataku sambil menangis sedih. Aku mula tengelam dalam kesedihan.

"shhhh... itu mimpi saja. Hanya mimpi buruk.. Airis.. tengok sini! semua tu mainan tidur.. " Pujuk Jihan dengan muka panik bila aku mula menangis. Tapi aku tidak mampu berhenti menangis. Jihan tarik kepalaku ke dadanya dan gosok belakangku dengan lembut. Sambil pujuk aku dengan sabar.

Tidak lama kemudian aku diam. Aku dongak ke muka Jihan. Dia kehairanan.

"Jihan! I hate you" Serta merta muka Jihan berkerut.

" But why?"

" I hate both of you! Shila and you!" Jihan menepuk dahinya. Dia kelihatan pasrah. That how I felt about them at the moment! I hate them both!

" Aku tau kau mabuk.. tapi serius lah.. hate is a strong words Airis.." Nada Jihan mula kurang sabar. Aku tiba-tiba menangis. Aku rasa hatiku sakit sekali. Jihan kelihatan hilang akal bila lihat aku menangis.

" Airis.. what on earth kau mabuk macam ni? you never act like this before.." Mukanya masam dia benar-benar mula hilang sabar. Tiba-tiba aku rasa mual.. aku bingkas bangun dan meluru ke bilik air. Jihan terpinga-pinga melihatku. Aku muntah dengan teruk di bilik air. Habis muntah aku rasa aku kehilangan tenaga. Hampir saja aku terjelumpuk di bilik air tetapi Jihan sempat sambut tubuhku sebelum aku jatuh ke lantai.

" Oh my god Airis.. kau betul-betul buat hal malam ni.." Runggut Jihan sebelum aku rasa badanku di angkat dan di baringkan ke atas tilam. Mataku terasa sangat berat dan perlahan-lahan aku tertidur....

****