Chereads / Terlewatkah aku?(bahasa melayu) / Chapter 10 - Dia boyfriend kamu?

Chapter 10 - Dia boyfriend kamu?

" Saya kesal dulu saya tidak make a move.. are you single Airis?" Tanya Danny buat aku terkedu! Serentak itu aku lihat Jihan pandang Danny seakan-akan ingin menelannya. Aku jadi ketawa melihat riaksi Jihan dan bila melihat aku ketawa sambil memandang Jihan, Danny pun ikut menumpukan pandangannya pada Jihan. Dahinya berkerut melihat Jihan.

"Dia boyfriend kamu Airis?" Tanya Jihan sambil pandang muka ku dan Jihan silih berganti. Nina memberikan senyum penuh makna pada ku. Muka Jihan serius sedikit pun tidak tersenyum pada Danny. Danny jadi kelihatan kekok dipandang dengan tajam oleh Jihan.

" No.. Bukan lah. Ini Jihan dan itu Nina, By the way Jihan dan Nina dulu juga study di kolej yang sama. Jihan was our senior.. Kami kawan baik " Ujarku memberitahu dan pandang sekilas ke arah muka Jihan yang ketat.

"But.. Bila saya masuk semester satu, Jihan sudah semester akhir" Tambahku lagi.

" Oh really? hai...korang! rupanya kita semua ex student dari kolej yang sama" Sapa Danny dengan ramah. Nina senyum lebar dan sambut huluran tangan Danny.

" Hai Danny. Nice to meet you. ya.. rasanya saya ingat kamu sebab kamu ketua pasukan Kelab Alam sekitar. Kamu agak terkenal juga!" Kata Nina. Danny jadi tersipu malu. Danny kemudiannya hulur tangan untuk berjabat dengan Jihan.

" hmmmm.. mana kawan-kawan kau yang lain? mustahil kau hiking sorang-sorang" Tanya Jihan.

" Mereka di belakang.. tu.." Danny tunjuk ke belakang. Lebih kurang 60meter di belakang beberapa hiker sedang bergerak perlahan. Kelihatan Faris dan Susan tertinggal di belakang bersama kumpulan Danny.

"Hmmm.. ok. jom gerak. nanti kita lambat pula.. kami nak singgah tengok bunga reflesia lagi lepas dari Air terjun Langanan ni.." Kataku mula mengorak langkah. Danny cepat-cepat ikut rentak langkahku. Jelas aku lihat Jihan menunjukan rasa kurang senang. Tapi tiba-tiba telephonenya berbunyi. Dia segera sambut pangilan itu.

" hello.. hey! Shila.. " Dengar nama itu mood aku terus ke laut. Jihan tertinggal di belakang sebab dia berhenti untuk bercakap dengan buah hatinya di telephone. Aku, Nina dan Danny meneruskan pendakian. Linda agak jauh di hadapan. Dia berhenti menunggu kami bila menyedari kami tertinggal jauh. Wajahnya penuh tanda tanya bila terpandang Danny yang melangkah di sebelahku sambil berbual-bual dengan Nina dan aku.

" Siapa si hensem ni?" tanya Linda tanpa bertapis-tapis. Nina ketawa. Danny tersengih bila digelar si hensem oleh Linda.

" Ini Danny, peminat si Airis!" Balas Nina selamba. Danny senyum lebar. Aku jengilkan mataku dengan tajam pada Nina tanda protes.

" Its true!" sahut Danny dan pandang ke arah ku lalu kenyitkan matanya. Aku memutarkan bola mataku. Nina ketawa.

" Wow! Airis ada peminat hensem.. I'm so jelly! hai hensem.. saya Linda" usik Linda sambil senyum penuh makna.

" Hai Linda.. nice to meet you! harap kamu tak kisah saya join hike dengan kamu.. " Sahut Danny tapi matanya kembali ke muka ku. Senyumnya lebar. Macam orang baru menang loteri.

" Ehem.. saya sangat tak kisah.. kan Airis?" jawab Linda dengan ketawa nakal. Aku jadi kekok. Aku pandang Danny dengan perasaan bercampur baur. Apa motif sebenar dia ni? tanpa segan silu kononnya nak mengorat aku? hmmmm! tak kuasa aku nak layan. Tapi betul lah tu dia ni hensem..

" Whatever.. jom terus jalan. Area ni banyak pacat.. nanti banyak pula pacat yang hinggap" Kataku ubah topik. Kami segera meneruskan perjalanan. Nina berjalan di belakang Linda dan automatik Danny berjalan di belakang ku. tidak lama kemudian kami sampai di trail yang ada signboard 2.5km. Rupa tumbuh' tumbuhan di sepanjang trail itu kelihatan menarik tapi kami tidak ada masa untuk berhenti menikmatinya kerana kami ingin cepat sampai ke air terjun.

" Sudah dekat.. macam boleh dengar dah bunyi Air terjun dari sini" kata Danny. Apa yang Danny katakan itu benar, aku boleh dengar sayup-sayup bunyi air terjun. Aku jadi teruja. Aku lihat Danny juga teruja.

" Ya.. boleh dengar dari sini" Aku mengiakan.

Kami mempercepatkan langkah. Sekitar 500 meter dari air terjun tu, kami sudah nampak air terjun dari jauh dan sudah boleh rasa percikan air terjun macam hujan gerimis. Maklumlah Air terjun tertinggi di Sabah. Tinggi air terjun sekitar 120 meter.

" Wahhhh akhirnya sampai" Jerit Linda. Masing-masing senyum lebar dan rasa lega. Aku macam biasa mula keluarkan phone dan mula merakam pemandangan air terjun di depanku. Tidak lama kemudian Jihan, Susan dan Faris serta kawan-kawan Danny pun sampai. Ketika aku menoleh ke arah Danny aku baru perasan yang dia sedang menghalakan telephonenya ke arahku. Senyumnya lebar. Matanya 'bercahaya'. Aku terpegun. Rasa macam dejavu. Rasanya aku pernah melihat senyuman seperti itu. Dan mata 'bercahaya' seperti itu. Siapa? mata siapa yang ada aura yang sama seperti yang ada di mata Danny sekarang? Senyuman Danny bertambah ranum bila menyedari aku merenungnya.

" Airis!" Suara Jihan dari belakang. Aku segera menoleh ke arah Jihan yang bergerak ke sisiku.

" Heyy" Sapaku gembira melihat Jihan.

"hmmm.. kejap" Jihan bagi isyarat aku supaya jangan bergerak dan tangannya menyeluk saku. Mataku mengikuti tangannya yang menyeluk saku. Aku hairan. Tiba-tiba dia keluarkan botol comel berisi garam. Dahi ku berkedut. Bingung.

" Shhhhh.." Jihan senyum lalu dia membuka botol garam itu dan tunduk ke kaki ku. Mataku terbeliak bila melihat beberapa ekor pacat bergayut di seluar bahagian betisku. Ternyata banyak pacat yang hinggap. Aku tahan diri supaya tidak terjerit. Menahan rasa geli. Jihan tuang garam ke arah pacat-pacat itu dan satu persatu menjatuhkan diri dari seluarku. Aku lega.

" Kurang asam punya pacat" rungutku.

" Cuba check dekat kaki.. atas stokin.." Ujar Jihan lagi. Aku segera memeriksa. Mujur tidak ada pacat!

"Thank you!" Ucapku pada Jihan dan dia menepuk bahuku. Dia pandang aku dengan masam muka.

" Kau tinggalkan aku. Napa tak tunggu?" Komplen Jihan.

"Takan lah aku bosan-bosan tunggu kau habis dating dengan Shila dalam phone?" Tanya ku sambil mencebik.

" Atau kau sengaja tinggalkan aku supaya dapat berkepit dengan budak tu?" Kata Jihan sambil menunjuk ke arah Danny dengan muncungnya. Aku ketawa. Aku lantas memandang Danny. Dia sedang memerhati gelagat aku dan Jihan dari jauh. Dahinya berkerut. Tapi bila Jihan ikut memandang ke arahnya. Danny segera mengalihkan pandangannya ke arah air terjun.

" Aik.. takan jeles? lagi pun apa salahnya aku bagi peluang dengan Danny. Dia nampak bersungguh-sungguh" Balasku. Jihan memutarkan bola matanya dan menoleh ke arah Danny sekali lagi.

" Seriously Airis?!"

" Why not?!"

" Lelaki yang daring macam tu mengorat perempuan.. tak ada segan silu, tak ada tapis-tapis.. kau boleh percaya? Obviously baru saja jumpa satu minit terus cakap dia mahukan kamu.. Dont be so naive Airis!" Nada Jihan sedikit geram.

"I"m not! Don't worry. Kau ingat aku easily fall for any guys yang sweet talker dengan aku? come on la Jihan.. Btw Danny hensem juga.. kan?" balasku sambil ketawa ringan.

"hmmmm... yang hensem tu lah yang selalunya buaya darat" Guman Jihan masih tidak mau mengalah. Aku ketawa lagi.

" Dont judge too soon.. remember? entah-entah esok lusa bila kenal dia lebih mendalam, kau pula yang jadi bestfriend dia.." kataku lagi. Jihan diam. Memproses kata-kataku.

" Sorry.. Aku just care about you. But you're right. I judge too soon" Aku agak terkejut dengan ungkapan Jihan. Aku pandang mukanya dalam-dalam. Mudah pula dia mengaku salah hari ni. Tapi kami memang ada history pasal-Dont judge too soon!

" its okay.. jom! mari ambil selfie di sini" ujarku sambil keluarkan phone. Automatik Jihan dekatkan kepalanya dengan kepala ku. Berlatar belakangkan Air terjun. satu snap.. dua snap.. tiga snap! Aku puas hati. Jihan nampak hensem dengan lesung pipitnya bila tersenyum lebar dalam gambar selfie yang baru diambil.

" Sebelum kita habis basah.. jom kita pergi ke area sana lagi.." Aku tunjuk ke arah Linda dan yang lain di bahagian lebih dekat dengan air terjun. Aku dan Jihan bergabung dengan Linda dan yang lain. Kami main air sekejap. Tangkap banyak-banyak gambar dan video sebelum buat keputusan untuk beredar. Jam menunjukan jam 2 petang bila kami beredar dari air terjun Langanan. Danny juga bergabung dengan kumpulannya. Tapi dia sempat minta nombor telephone ku sebelum kami bersurai. Bila ingat Jihan sudah ada Shila, aku fikir apa salahnya aku bagi peluang dengan Danny. At least mungkin Danny boleh jadi distraction untuk aku. Sebab sejak Jihan ada Shila, aku rasa kehilangan. Aku rasa sakit hati dan sengsara berpura-pura okay. Hakikatnya aku makan hati berulam jantung!

" Sorry Danny. Probably im going to used you" bisikku perlahan bercakap pada diri sendiri.

****