Setelah hampir 1 jam aku pusing ke kiri dan ke kanan sebab sukar untuk melelapkan mata, aku akhirnya tertidur juga. Tapi kemudiannya,
"Airis...."
Suara bisikan. Suara perempuan. Kepalaku terasa berat. Aku cuba buka mata tapi aku tidak berdaya melawan rasa kantuk.
"Airis.."
Sekali lagi suara bisikan itu terdengar jelas di telingaku. Aku paksa diri buka mata. Samar-samar aku lihat Nina yang berbaring bertentangan dengan ku merenungku dengan tajam. Mukanya begitu dekat, hanya dalam jarak satu kaki saja dari mukaku sendiri. Maklumlah kami berkongsi katil yang sempit. Disebabkan lampu bilik dipadamkan, aku tidak dapat lihat muka Nina dengan jelas.
"Nina?" Tanya ku hairan dengan suara serak. Rasa mengantuk mula hilang bila melihat mata Nina yang rupanya berlinangan airmata.
"Nina! Kau kenapa? kau nangis..." Spontan aku sentuh pipi Nina dan cuba sapu airmatanya.
"Airis.. I don't felt good" sahut Nina. Nafasnya kedengaran tidak teratur, berombak-ombak.
" Why? Kau sakit? What happened?" Aku bangun dan sentuh dahi Nina. Oh my god! Dahi Nina panas membahang.
" Nina! Kau demam!"
" I can't sleep Airis! Bila tutup mata aku mimpi benda tu datang dan hisap darahku. Dalam mimpi aku jadi kaku dan tak dapat buat apa-apa hanya biarkan dia hisap darahku.. dia hisap dari bawah.. in between my legs. Sungguh menakutkan!" Kata Nina lagi sambil menangis.
"Aduh.. ngerinya mimpi kau! Mungkin sebab tadi Susan cakap dia nampak benda tu duduk di hujung katil kau, ia buat sampai kau termimpi-mimpi, its okay.. mimpi saja. Benda tu tidak ada dalam bilik ni.. " Aku cuba pujuk Nina bila dia mula menangis. Tapi sebenarnya bulu romaku meremang bila mendengar mimpi Nina itu.
"No Airis. Aku mimpi benda tu sampai dua kali! aku rasa macam mahu gila! Aku jerit kuat tapi suaraku tidak keluar.. Aku minta tolong tapi tiada sesiapa pun datang tolong!" Kata Nina dengan nada bersungguh-sungguh. Kemudian dia sambung,
"First mimpi, aku tersedar sebab bunyi mesej di phone.. Aku berpeluh-peluh sebab mimpi tu. Aku tak kejutkan korang sebab its just a nightmare and I felt so tired, then aku tertidur semula tapi turn out aku mimpi benda yang sama. Mimpi tu ulang semula! I felt trapped and hopeless. Aku tersedar kali kedua pun sebab kau tak sengaja tendang kaki aku tadi" Cerita Nina sambil menahan tangisnya.
"I'm so scared!" Tubuh Nina mengigil. Napasnya juga turun naik dengan cepat. Mukanya merah padam.
"Nina! You need medicine! Dahi kau sangat panas.. kau demam teruk ni..buka baju kau.. aku cari ubat dan ambil towel basah untuk lap kepala dan badan kau supaya suhu badan kau turun" Aku bingkas bangun dan mengambil towel muka. Bergegas ke dapur, aku cari kotak kecemasan dan jumpa sepapan tablet penadol actifast. Aku kemudian isi besen kecil dengan air dari peti sejuk dan rendam towel muka tadi ke dalamnya. Ketika bergegas keluar dari dapur aku terlanggar seseorang.
" Aduh..." kepala terasa sakit. Aku gosok dahiku yang terhantuk. Aku mendongak dan melihat orang yang aku langgar.
"Airis!"
"Jihan!"
Ujar kami serentak. Ternyata aku terlanggar Jihan. Kelapaku terhantuk bahunya yang keras macam batu. Jihan selalu pergi gym patutlah bahunya keras macam batu!
"Kau buat apa?" Tanya ku sambil memastikan air dalam besen kecil di tanganku tidak tumpah.
"Sorry! Aku nampak kau berlari-lari ke dapur tadi masa aku keluar dari bilik air. I'm curious, apa kau buat dengan besen berisi air ni?"Tanya Jihan sambil kedua tangannya pegang bahuku kiri dan kanan, memberhentikan aku yang mahu bergerak kembali ke bilik.
"Nina! Dia demam. She got nightmare! Its a long story.. tapi badan Nina sangat panas! Jom.." Jihan tak banyak tanya dan ikut aku masuk ke bilik. Sampai di bilik Susan dan Linda rupanya sudah terjaga dan sedang memujuk Nina.
"Pergi! Pergi! Jangan kacau aku" teriak Nina. Aku tergaman! Nina kenapa? Dia kelihatan macam mengila. Merancau-rancau seperti dia tidak kenal Susan dan Linda.
"Nina.. kau kenapa? Kami kawan kau lah.. Linda! Susan!" Kata Linda sambil cuba mendekati Nina. Tapi Nina malah menjerit.
"Jangan dekat.! Pergi! Pergi! Aku bunuh kamu kalau dekat! Pergi! Jangan kacau aku!" Jerit Nina pada Linda sambil seperti cuba mengangkat kaki seolah-olah mahu menerajang Linda. Tadi Nina masih baik-baik saja. Tapi kenapa tiba-tiba dia macam kerasukan? Kami semua tergaman. Hairan bercampur panik!
"Nina histeria! Airis, jangan dekat" Kata Jihan yang tiba-tiba tarik tubuhku menjauh dari Linda dan Susan yang sedang bergelut dengan Nina yang tiba-tiba mengamuk, dia mula memukul Susan dan Linda.
"Pergi! Pergi! Jangan kacau aku setan!"
Jerit Nina sekuat hati. Jihan dengan pantas menangkap kedua tangan Nina supaya dia tidak terus memukul sesiapa diantara kami. Bila tangannya dikunci oleh Jihan, Nina mula meronta dan kakinya mula menendang-nendang Jihan. Aku tercegang dan tidak tahu hendak berbuat apa. Linda dan Susan menerpa dan mengunci kaki Nina yang cuba menendang mereka.
"Arghhhhh" Jihan kesakitan dan aku lihat Nina mengigit bahu Jihan. Aku menerpa ingin menolong.
"Airis! Siram Nina dengan air di tangan kau!" Arah Jihan sambil cuba bertahan dengan Nina yang meronta-ronta. Faris pun muncul mungkin selepas terdengar bunyi bising dari bilik kami. Tanpa buang masa aku dekati Nina dan siram ke muka dan tubuh Nina air yang masih di tanganku dengan harapan Nina akan tersedar. Nina menjerit-jerit kesejukan dan meronta-ronta. Faris yang mulanya tercengang tiba-tiba..
"Pakkk.."
Tangannya melayang menampar kuat muka Nina. Kami semua terdiam melihat tindakan Faris yang diluar jangkaan.
"Faris!"
Jerit kami semua hampir serentak!
Nina berhenti meronta selepas tamparan Faris menyebabkan mukanya terpaling ke arah kiri. Dia terkulai seperti pengsan.
"Faris! Kau tampar terlampau kuat" kataku panik dan cepat memeriksa Nina. Nina tidak pengsan tetapi dia kelihatan lemah dan letih.
"Nina kau ok?"tanya Jihan sambil mula melonggarkan pegangan di tangan Nina bila lihat Nina seperti lemah. Hanya nafasnya turun naik perlahan dan tubuhnya basah akibat disiram air tadi. Nina buka mata dan pegang pipinya. Sakit tentunya! Aku lihat pipinya merah akibat tamparan Faris.
"Maaf.. " spontan Faris memohon maaf bila lihat Nina memegang pipinya.
"Kenapa ni? Kenapa kamu semua kumpul sini.. kenapa basah ni..." Kata Nina dengan suara yang lemah.
"Kau tak ingat?" Tanya Linda dan Susan serentak! Nina memandang kami semua dengan muka tanda tanya. Dia kemudian memandangku.
"Airis.. aku mimpi lagi. Mimpi yang sama!" Kata Nina sambil menangis. Nampaknya benda terakhir yang dia ingat adalah perbualan kami tadi sebelum aku keluar untuk membasahkan towel muka dan mengambil ubat di dapur!.
"Nina.. kau! Macam kerasukan tadi.. kau merancau-rancau. Bila aku cuba pegang kau.. tiba-tiba kau marah dan cuba pukul aku" Kata Susan.
"Aku kerasukan?" Tanya Nina dengan terkejut.
" Ya!" Sahut kami semua hampir serentak.
"Aku.. aku cuma mimpi. Lepas cakap dengan Airis tadi, lepas dia keluar mataku tiba-tiba rasa sangat berat dan bila sedar aku terperangkap semula dalam mimpi yang sama. Benda berambut hitam panjang dengan lidah yang juga panjang cuba hisap darahku. Aku melawan dan cuba melarikan diri.. " Kata Nina. Dia kemudian menyambung..
" aku sangat penat.. aku tak berani tidur! Aku takut mimpi itu datang lagi.." Nina menangis tersedu-sedu, aku segera peluk Nina cuba memujuknya. Sambil memujuk Nina, aku cerita pada Jihan dan Faris apa yang berlaku sebelumnya yang menyebabkn kami berempat tidur sebilik. Tentang bunyi sesuatu seperti sedang makan di hujung katil Nina dan juga benda berambut panjang yang Susan nampak di bawah katil Nina. Jihan kemudian tepuk bahuku lepas aku habis bercakap.
" Airis.. kita kena pergi malam ni juga" kata Jihan dengan nada serius. Aku pandang dia dengan muka tanda tanya. Apa maksud Jihan?
" Mari jumpa pak Harto.. dia mesti boleh tolong" Sambung Jihan lagi. Sebut nama Pak Harto, aku faham maksud Jihan. Dari kecil aku rapat dengan Pak Harto, jadi kalau ada sesiapa mahu berubat dengan Pak Harto, akulah yang akan mereka cari untuk hubungi Pak Harto.
" Ya Airis.. aku takut Nina 'kena' semula. Dia macam tidak stabil" sampuk Linda sambil memandang Nina sekilas.
" Setuju! Aku pun seram untuk terus berada di sini" kata Susan sambil mengosok-gosok lengannya sendiri seolah-olah cuba menyapu turun bulu romanya yang meremang. Faris menganguk-angguk.
" Baik. Aku cuba call pak Harto. Harap dia angkat phone. Sekarang jam berapa?" Tanyaku
"Jam 3 pagi. Kalau kita gerak sekarang dalam jam 4 mungkin dah sampai rumah dia" Kata Jihan. Aku ambil phone dan dail nombor telephone Pak Harto. Mujur dia angkat dan lepas aku ceritakan apa yang terjadi, Pak Harto bagi beberapa petua untuk perjalanan kami ke rumahnya. Dia menyuruh kami bawa dahan dan daun-daun limau kasturi. Garam dan bakar kulit bawang.
"Sorry guys! Vacation end" Kata Jihan lalu menyuruh kami berkemas apa yang patut. Mulanya Jihan bercadang hanya aku dan Jihan saja yang bawa Nina jumpa Pak Harto untuk berubat. Tetapi Susan dan Nina tidak sanggup berada di homestay itu menunggu sampai pagi, jadi kami semua berangkat ke rumah Pak Harto yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke rumahnya.
"Airis.. kau ok?" Tanya Jihan sambil tenung mukaku dengan pandangan concern. Jantungku berdetak kuat sebaik saja mata kami bertentangan. Hal yang berada diluar kawalanku. Aku tunduk pura-pura membetulkan bajuku.
" Er.. ok.. ok" Sahutku sedikit gugup.
" Kau pucat" Ujar Jihan lagi.
"Tak cukup rehat. Penat. Mengantuk," Sahutku perlahan.
"Bahu kau ok? Tadi Nina gigit kuat bahu kau!" Tanyaku bila teringat adegan tadi.
"Hmmm.. sikit ja. Bahu aku ok!" Sahut Jihan. Aku menguap lalu mengosok mataku yang mengantuk dan letih.
"Airis.." suara Jihan serak, sebelum sempat aku menyahut, tiba-tiba Jihan tarik lembut kepalaku ke bahunya.
"Tidurlah.. nanti sampai aku kejutkan" Kata Jihan lembut sambil senyum nipis. Aku tergaman tapi tidak menolak. That is my favourite shoulder.. why not! Tapi bila teringat Shila, hatiku serta merta macam dicucuk duri. Ngilu!
Sepanjang jalan aku tertidur dengan enak berbantalkan bahu Jihan yang sedikit keras. Bila Jihan kejutkan aku, kami sudah sampai di depan rumah Pak Harto. Nina menahan dirinya dari tertidur tetapi menguap berkali-kali. Mujur Linda dan Susan wide awake dan kedua mereka terus berusaha berbual dengan Nina supaya Nina tidak tertidur. Takut Nina bermimpi lagi dan diserang histeria semula.
"Naiklah.." Pak Harto suda terpacak di depan pintu rumahnya yang terbuka lebar. Kami naik ke dalam rumah dengan muka masing-masing menahan mengantuk. Nina dibaringkan di tengah ruangan. Pak Harto menyuruh Nina tidur.
" Tak mahu.. nanti saya terperangkap dalam mimpi lagi.. " Nina enggan.
" Hanya dengan cara itu bapak boleh tangkap dan keluarkan dia dari mimpi kamu Nina" Pujuk Pak Harto. Aku pandang Nina dan angguk pada Nina, cuba yakinkan dia untuk ikut cakap Pak Harto. Muka Nina jadi pucat ketakutan. Pak Harto tiba-tiba mengalihkan pandangannya padaku lalu berkata,
"Airis.. kau datang dekat. Gengam tapak tangan Nina sepanjang dia cuba tidur, dengan itu dia akan rasa lebih tenang dan selamat.. Nina, jangan takut. Airis akan pegang tangan kamu, kalau benda itu muncul Airis akan kejutkan kamu serta merta" Aku mendekat dan pegang tangan Nina. Akhirnya Nina akur. Pak Harto membaca sesuatu. Mulutnya terkumat kamit. Sekejap saja Nina mula tertidur. Mataku juga tiba-tiba rasa sangat berat.
"Airis! Kau mesti terus berjaga!" Kata Pak Harto mengingatkan. Aku mengangguk dan sedaya upaya melawan mataku yang semakin berat. Tidak lama kemudian nafas Nina mula kedengaran kasar dan dia seperti bernapas seperti orang yang sedang berlari laju. Nina merancau-rancau dan kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Ini bukan kali pertama aku melihat Pak Harto merawat orang yang di ganggu benda mistik. Pak Harto membentak Nina yang mula merancau dengan suara kuat sambil memegang lembut ubun-ubun Nina dengan membaca sesuatu. Nina kemudian mendesah kuat tapi selang beberapa minit kemudian dia beransur tenang. Dia kemudiannya tertidur lena. Pak Harto memberi isyarat untuk aku melepaskan tangan Nina. Aku menarik napas lega.
" Pergi lah rehat.." katanya padaku kemudian berpaling pada Jihan.
"
Jihan. Tolong angkat Nina ke bilik tetamu, kamu tidur dulu beberapa jam sebelum pagi.. kamu semua mesti sangat letih" Jihan mengangkat Nina dan bergerak ke bilik tetamu, aku mengekori Jihan dari belakang. Faris pula di berikan bantal dan mini blanket, nampaknya Faris dan Jihan akan tidur di ruang tamu memandangkan bilik tetamu hanya ada satu. Kami yang lain termasuk Nina berkongsi bilik tetamu. Masing-masing rasa letih dan mengantuk. Aku terlena sebaik saja kepalaku tersadai di bantal empuk yang di sediakan di bilik itu.
.....
To be continue...