Aku tengok screen telephone ku. Panggilan dari Danny. Danny tanya kalau malam ni bolehkah dia jemput aku di homestay kami dan bawa aku makan malam di luar dengan dia.
Tapi aku menolak. Sebab malam ni kami akan sibuk membuat kimchi.
"Hensem si Danny tu kenapa kau tolak? jumpa sajalah.. Kimchi tu biar kami 5 orang pun boleh buat tanpa bantuan kau." Kata Linda. Dia pula yang tidak puas hati. Aku ketawa. Linda memang pantang tengok lelaki kacak.
" Hensem saja yang ada dalam kepala kau ya? ingat boleh kenyang ke dengan muka hensem?" Balasku. Linda mencebik mendengar kataku.
" Habis tu? Dia tak nampak macam miskin pun.. apa salahnya jumpa and get to know each other?Jihan sudah sudah ada buah hati, kita bila lagi? maksud aku.. kau bila lagi? Kalau ada yang mau tu jangan la jual mahal" Kata Linda lagi. Aku terdiam. Betul lah tu. Aku memang bercadang bagi peluang dengan Danny. Tapi bila cara Danny yang 'daring' sangat mengorat aku. Aku rasa tak selesa. its turn me off.
" Don't worry Linda, aku dah janji akan keluar dengan dia next week, for now aku nak enjoy masa dengan korang, my bestie" ujarku sambil tepuk bahu Linda.
" Oh?! okay.." sahut Linda sambil tutup tingkap. Aku sempat melihat ke langit sebelum Linda menutup tingkap. Aku nampak bintang-bintang bertaburan di langit.
" Cuaca sangat cantik malam ni." Aku ubah topik.
" ya.. cantik. Sebab tu Faris dan Jihan sudah bakar arang di tempat BBQ dekat mini garden di bawah, lepas habis buat kimchi kita pangang ikan bakar, tadi tukang kebun tu ada hantar ikan sungai besar-besar untuk kita makan" ujar Linda. Aku tertarik mendengar kata-kata Linda.
"Ikan? Ikan apa?"
"Entah.. ikan apa tu.. tapi ikan sungai katanya tadi.." Jawab Linda dan bergerak ke pintu. Aku mengekori Linda dari belakang. Aku dan Linda pergi ke dapur. Nina dan Susan sudah pun berada di dapur dan mula membasuh sayur-sayur yang hendak digaramkan. Lobak merah dan lobak putih kami hiris memanjang dan nipis-nipis. Daun bawang di potong panjang sejengkal.
"Apa boleh kami bantu?" Kata Faris yang muncul bersama Jihan. Muka Jihan nampak ceria.
"Hmmm.. sediakan bawang putih, halia, buah pear dan bawang holland, halia tu tak perlu banyak. tiga ulas pun jadi lah" Kata Linda sambil bagi pisau pada Faris dan Jihan. Sambil sama-sama melumur garam pada daun-daun kubis kami berbual-bual kosong. Tentang air terjun, tentang bunga reflesia dan tentang aktiviti besok.
" Hmmm.. tadikan.. masa di bilik air.. aku rasa lain macam tau.. macam rasa ada sesuatu sedang perhatikan aku" Kata Nina. Kami serta merta menumpukan perhatian pada Nina.
" Maksud kau" Tanya Susan.
" Sesuatu?" Sampuk Faris hampir serentak dengan Susan.
"Ya.. tapi bila aku lihat sekeliling bilik air aku tidak nampak apa-apa yang mencurigakan. Tapi bila aku teruskan mandi aku rasa lain macam.. aku rasa ada yang sedang perhatikan aku.. aku tak pandai explain tapi memang rasa macam ada orang lain di dalam bilik air tu" Terang Nina panjang lebar.
"Hmmm.. mungkin itu hanya mainan perasaan saja tu" Sampuk Jihan.
" Mula-mula aku pun fikir macam tu.. tapi makin lama aku dalam bilik air aku makin rasa sesuatu.. macam rasa ada aura sesuatu yang susah aku terangkan.. tapi aku boleh rasa ia wujud" Kata Nina bersungguh-sungguh.
" Nina. kau ada petik apa-apa tak masa kita hiking tadi.. bunga ke? ambil batu-batu, atau patahkan kayu di denai kita lalu tu tadu?" Tanya ku. Sebenarnya kami berenam sudah faham benar pantang larang kalau pergi hiking. Tak boleh sembarangan ambil atau petik tumbuhan, mulut tidak boleh cabul atau celupar berkata-kata ketika sedang hiking di dalam hutan. Biasanya yang mulut cepular sikit kalau berkata-kata ni Linda orangnya. Nina ni biasa-biasa saja bahasanya.
"Eh.. kau ni Airis! bukan sekali dua kita hiking sama-sama. Takan lah benda basic macam tu aku nak langgar" Nafi Nina.
" Betul juga. Cuma terfikir kut-kut ada yang ikut kau.. manalah tau kau terambil sesuatu.. tapi yelah.. takan kau tak tahu benda asas tu" Balasku.
" Tapi.. lepas keluar dari bilik air tu? macam mana? masih rasa macam ada sesuatu?" Tanya Susan pada Nina.
" Lepas keluar bilik air .. perasaan tu terus hilang.. kamu pula? masa di bilik air kamu tadi tiada rasa apa-apa?" Aku dan Linda serentak mengeleng. Homestay kami duduki ni memang besar. Bilik aku dan Linda mempunyai bilik air sendiri. Begitu juga bilik Susan dan Nina. Bagaimana pun untuk bilik Jihan dan Faris, mereka terpaksa mengunakan bilik air yang bersebelahan dengan dapur. Bagaimana pun view dari bilik mereka paling cantik.
"Tak ada! bilik air sebelah tu okay saja" kata Jihan. Faris pun geleng.
"Aku pun masuk bilik air tadi.. tak ada rasa apa-apa" kata Susan.
"Hmmm.. mungkin itu hanya perasaan aku saja" Kata Nina. Kami pun sambung buat kimchi sampai siap.
****
" Linda.. Airis.. korang ada pad? minta satu dua keping" Kata Nina sebaik saja masuk bilik kami.
" Pad? kau datang bulan" Kata Linda.
" Ya.. ada tak?" Tanya Nina lagi.
" Er.. aku tak ada bawa!" Kata Linda sambil mengeleng.
" Hmmmm jap aku check hand beg aku.. aku selalu stand by sekeping dua dalam hand beg" Ujar ku lantas ambil hand beg ku. Sebenarnya aku punya period pun sekitar tarikh ini, dua ke tiga hari ini, dalam jangkaanku.
" Ah.. ada 3 keping sini" Kata ku lantas bagi Nina dua keping dan simpan satu keping untuk diri sendiri.
"Oh... thank you Airis.. kaulah penyelamat aku!" Kata Nina dengan senyum lebar. Pad bertukar tangan.
" Aku simpan sekeping lah sebab rasa-rasa aku pun dah dekat-dekat tarikh period ni" Ujarku lagi.
" Takpe besok pagi kita beli stok pad, terus beli dua packs. Untuk aku dan kau. Just in case!" Kata Nina dan bangun ingin balik ke biliknya.
"Wait..." Linda menyampuk. Aku dan Nina serta merta pandang muka Linda hampir serentak. Linda pandang muka Nina dengan riaksi yang sukar kami baca. Mukanya serius.
" Apa?!" Tanya Nina kurang sabar.
" Something very fishy you know!" Kata Linda masih dengan teka teki dia.
" Apanya yang fishy?" Tanya ku ikut kurang sabar.
" Kamu tak perasan?"
Serentak aku dan Nina mengeleng.
" Nina rasa sesuatu masa di bilik air.. rasa macam diperhatikan.. dan dalam masa yang sama.. Nina.. datang bulan.. Kamu tak terfikir tak apa yang aku fikir" Kata Linda. Nina segera menutup mulutnya yang hampir terlompong. Aku tiba-tiba rasa bulu romaku meremang. Kami berpandangan sesama sendiri. Dalam kepala masing-masing mula terpikir sesuatu.
" Linda.. kau jangan takutkan aku!" Marah Nina. Mukanya macam orang kecut perut ketakutan.
" Aku bukan niat nak takutkan kau.. tapi kebetulan macam hal ini berkaitan pula" Sambung Linda.
" hmmmm.. Nina rasa macam sesuatu asyik perhatikan dia masa dia dalam bilik air.. hanya dia yang rasa macam tu. Kita yang lain tak rasa macam tu... dan hanya dia saja yang masa ni datang bulan" Ujarku perlahan sambil pandang muka Nina dan Linda silih berganti.
" Dan ada sesuatu yang suka pada gadis yang datang bulan.. " Sambung Linda serentak itu aku rasa meremang seluruh badan. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa kami bertiga sedang diperhatikan.
" Jangan sebut..." Kata Nina. Mukanya pucat. Aku angguk. Linda pun sama.
"Apa pun ini cuma teori saja.. ia cuma kebetulan saja.. " Kata Linda menyedapkan hati Nina. Tapi sebenarnya aku mula tidak sedap hati. Bulu romaku kembali meremang. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
" hmmm.. kejap Nina " Aku mengambil hand beg ku sekali lagi. Kali ini aku keluarkan botol kecil, berisi essential oil - lemon.
" Mari.. sapu di bahagian tangan dan badan kau" Nina mendekat. Lalu melakukan seperti yang aku arahkan.
" Thank you Airis!" Aku menganguk. Tidak lama kemudian Nina pun kembali ke bilik dia. Jihan, Faris dan Susan sudah berkumpul di bawah. Di mini garden sambil memangang ikan. Perutku mula terasa lapar. Aku dan Linda berpandangan.
" Tiba-tiba tadi aku pun rasa sesuatu" Kata Linda.
" Maksud kau?" Tanyaku ingin mendapatkan kepastian sebelum mengaku aku juga rasa sesuatu tadi selepas bercakap-cakap dengan Nina tentang teori kami yang dia datang bulan berkaitan dengan sesuatu yang pelik dia rasakan itu.
" Kau tak rasa..? bulu roma aku meremang.. aku rasa macam kita sedang diperhatikan.. Aku rasa energy yang sangat negative.. ada aura yang tidak menyenangkan.. negative vibe!" Ujar Linda.
" hmmm.. sama. So? macam mana? mereka yang lain ada di bawah.. kita join? takan kita nak berkurung di bilik pula" Kataku. Apa pun perasaan meremang tadi tu sudah hilang.
"hmmm.. turunlah. Ajak Nina sekali. Tak sesuai dia sendiri-sendiri dalam bilik" Kata Linda. Kami pun pergi ke bilik Nina. Tapi rupanya dia sudah turun dan bergabung dengan mereka yang lain di bawah. Jadi aku dan Linda pun join mereka.
" Eh.. dah siap pangang!" Tegur Linda. Ikan bakar sudah ready untuk di makan. Nasi pun sudah sedia.
" Mari.. mari.. makan" Kata Faris. Aku mencari-cari Jihan. Seperti tahu Faris berkata padaku.
" Jihan on the phone dengan buah hati dia.. agaknya sanaaa.. di hujung mini garden ni.. maklum lah nak privacy.. bersweet-sweet dengan kekasih" Linda tergelak mendengar kata Faris. Aku pun ikut ketawa. Pura-pura ketawa sebenarnya!
Kami mula makan dan berbual-bual kosong. Tidak lama lepas tu Jihan muncul dan ikut makan. Ikan pangang cicah sambal tomato ala-ala sambal ayam penyet. Sup sayuran dan juga telur dadar. Masing-masing kelihatan begitu berselera. Cuaca sangat cantik, cahaya bulan terang dan bintang-bintang bertaburan di langit. Hal yang kami katakan di bilik bersama Nina dan Linda tu hampir kami lupakan kerana suasana terasa normal kembali.
" Linda cakap Danny ajak kau makan di luar tadi.. " Kata Jihan lalu duduk di sebelahku. Nina dan Faris naik ke dapur di atas, kononnya hendak memotong buah tembikai untuk pencuci mulut. Linda dan Susan sibuk dengan handphone masing-masing. Aku senyum nipis dengar kata-kata Jihan. Cepat sungguh berita Danny ajak aku keluar sampai di telinga Jihan. Ini mesti Linda yang bagitau.
" Ya.. tapi aku menolak. Aku cakap nanti balik KK baru set satu masa untuk keluar dengan dia" Jawabku ringan tanpa memandang Jihan.
" Oh! So kau akan keluar dengan dia.. "
"Yup! apa salahnya bagi peluang dengan dia" jawabku sambil senyum. Jihan diam seketika dan merenung muka ku lama.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?!" Tanyaku merasa sedikit kekok dengan renungan Jihan.
" Aku tak pasti kau ingat atau tidak.. semalam ada shooting star.. masa tu kau sudah mula mabuk.." Ujar Jihan sambil ketawa kecil.
" Aku masih ingatlah.. kau doakan aku jumpa my true love.. kenapa? kau rasa doa kau sudah termakbul?" Kataku sebelum sempat Jihan menyambung kata-katanya. Serentak kami ketawa bersama!
" Why not?! tiba-tiba dalam hutan masa kita tengah hiking.. macam Danny kena hantar untuk mengorat kau.. cuma selang beberapa jam aku doa pada shooting star!" Kata Jihan sungguh-sungguh. Aku mula memikirkan kata-kata Jihan. Macam kebetulan yang keterlaluan! benar kata Jihan. Kami di dalam hutan bila Danny datang menyapaku dan riaksinya macam orang kena panah cupid! Terutama bila dia memandangku dengan mata yang 'bercahaya'!
" Eh.. mengarut betul lah!" Dan aku ketawa. sayang sekali Danny yang di 'hantar' oleh shooting star yang Jihan katakan itu, belum lagi memudarkan perasaan ku pada Jihan. Buktinya aku rasa sedih dan sakit hati bila Faris beritahu Jihan bergayut di telphone dengan buah hatinya tadi!
****