Chereads / Terlewatkah aku?(bahasa melayu) / Chapter 13 - Bola api

Chapter 13 - Bola api

Jihan tenung muka aku agak lama. Dia berhenti ketawa dan buat muka serius. Aku terkebil-kebil dengan ekpresi muka penuh tanda tanya.

" Airis! kau rasa macam mengarut tapi cuba kau fikir, kita berada dalam hutan.. can you believe that? entah datang dari mana.. Danny muncul dan tiba-tiba show so much interest on you! dan malam ni pun dia ajak kau keluar. Macam mana aku tak fikir yang my wish dimakbulkan?" Dia berhenti seketika sambil terus memandang aku dengan muka serius.

" Dan I remember dia cakap dengan kau Airis, He said, I promised to my self If I have a chance to meet you again, I'm not gonna let you go! " Kata Jihan lagi. Sebelum aku sempat membalas kata-katanya dia bagi isyarat jari telunjuknya supaya aku dengar habis apa yang ingin dikatakannya padaku.

" That scene! yang Danny approached kau dengan his obvious attention on you, keep replaying in my head Airis" Dia berhenti seketika seperti mencari ayat yang sesuai untuk meneruskan teorinya tentang Danny dan shooting stars.

" Mungkin... Danny is your true love you as I wish to the shooting stars!" Sambung Jihan sungguh-sungguh. Aku memutarkan bola mata kemudian mengeleng tanda tidak setuju.

" Kalaulah dia my true love.. kenapa aku tak rasa apa-apa pun dengan dia.. tak rasa excited.

tak rasa berdebar-debar atau rasa gemuruh ke apa.. tiada! malah aku rasa tak selesa dengan cara dia.. you know! like you said. He was so daring with his attention on me!" Kataku panjang lebar. Jihan kemudiannya ketawa. Bunyi ketawa Jihan terdengar gemersik bunyinya di telingaku dan dia kelihatan bertambah kacak bila ketawa.

dup dap dup dap!

Ah.. Jantungku! Aku melarikan mataku ke arah lain. Bukan masanya untuk rasa berdebar-debar! Tidak sepatutnya berdebar-debar untuk kawan baik sendiri. Kami membesar bersama! what the hell! Ternyata orang yang kini buat hatiku bergetar bukanlah Danny tetapi yang sedang tertawa di depanku-Jihan! Dan dia bakal bertunang dan sangat gembira dengan bakal tunangnya. Jadi aku hanya ada satu pilihan iaitu buang jauh-jauh semua 'rasa' yang sedang berdenyut di jantungku ini untuk Jihan.

" Terlalu banyak tengok drama korea kau ni Airis. Kalau dalam tv, bila jatuh cinta selalu mesti rasa gemuruh.. rasa berdebar-debar.. rasa macam kena kejutan letrik lah.. macam-macam! itu semua drama, hakikatnya bukan macam tu.." Kata Jihan dengan penuh yakin.

" Eleh.. macamlah kau tau. Kau pernah rasa jatuh cinta tak? jadi yang sebenarnya jatuh cinta ni bagaimana ikut pendapat kau?" ujarku sambil mencebik. Jihan tersenyum ringan. Senyum nipis yang sangat manis di mataku.

" hmmmmm! Aku rasa jatuh cinta? Aku jatuh cinta dengan Shila! aku tak rasa semua tu, berdebar-debar ke apa. Tapi aku yakin aku in love dengan dia. Whenever I think about her I felt happy and excited!" Ujar Jihan dan aku rasa dadaku tiba-tiba terasa ngilu. Sakit. Perit.

"So kau sangat pasti...yang you in love with Shila" Ujarku hampir berbisik seperti berkata pada diri sendiri.

" I think I am" balas Jihan sambil tengok muka ku. Aku senyum pahit dan melarikan mataku. Aku takut Jihan terlihat luka di mataku.

" Wow! I'm happy for you" ujar ku. Aku senyum selebar-lebarnya.

Fake! I'm so fake! Aku lantas bangun.

" Wait!! kita sambung topik ni nanti, aku nak ke bilik air kejap" Dalihku. Padahal aku rasa airmataku mulai bergenang di bibir mataku. Sebelum Jihan nampak itu, aku sebaiknya menenangkan diri di bilik air. Lantas aku berlalu ke atas rumah dan cepat-cepat mengunci diri di bilik air. Airmataku berderai.

"bodoh.. bodoh..bodoh!" marahku pada diri sendiri. Aku kesat airmata yang membasahi pipiku. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Airis! pakai topeng kau sekarang" bisik ku pada diri sendiri. Aku lihat cermin bilik air. Mataku sedikit merah. Nampak sangat ketara macam baru habis menangis. Aku mengeluh. Aku basuh mukaku beberapa kali hingga aku rasa muka ku nampak segar. Nampak biasa. Aku cuba senyum pada pantulan wajahku di cermin beberapa kali sampai aku puas hati. Sampai aku yakin senyuman aku tidak kelihatan palsu. Bila aku turun semula dan bergabung dengan mereka yang lain aku nampak mereka sedang sibuk mendengar cerita Faris tentang bola api.

" Benda tu kelihatan macam bola api yang terbang pada waktu malam..." Kata Faris dengan muka serius. Aku tidak tahu hujung pangkal cerita Faris tapi topik ini agak menarik!

"Macam shooting stars?!" sampuk ku sebaik saja duduk di sebelah Linda. Semua mereka memandang aku. Termasuk Jihan. Nina ketawa.

" Bukanlah! Shooting stars kelihatan di langit waktu malam. Tapi B kuasa dua ni biasanya boleh nampak macam bola api yang kelihatan terbang rendah .. mungkin 15 hingga 20 meter dari tanah... terbang di celah-celah pokok, berlegar-dengar dari rumah ke rumah.." Kata Nina lagi.

"B kuasa dua? maksud kau..." Aku terpegun. Biasanya B kuasa dua tu setahu aku merujuk pada mahkluk mitos yang di panggil Balan-balan atau pun Penanggal. Mitosnya ia adalah manusia biasa pada siang hari tetapi boleh menjadi mahkluk balan-balan atau pun penanggal pada malam hari, dimana manusia yang menjadi balan-balan itu menanggalkan kepalanya dari paras leher dengan jantung, hati dan anak perut berjuntaian terbang mencari mangsa. Jantung yang ikut terbang bersama kepala itu kononnya menyala dan dari jauh ia kelihatan seperti bola api. Biasanya mangsa mahkluk mitos balan-balan atau pun penanggal itu, adalah perempuan mengandung atau perempuan baru bersalin serta bayi yang baru dilahirkan. Ia juga suka pada gadis-gadis yang datang haid!

"Ya...jangan sebut nama penuh dia. kau faham sekarang?" kata Nina. Muka Nina serius dan tegang. Aku buat muka tanda tanya. Aku lihat Susan dan Linda pandang muka ku dengan serius sambil jari telunjuk Linda letak di bibirnya.

"Itu yang aku cakap tadi kan... Sesuatu yang suka pada darah.. B kuasa dua itulah. Tadi Faris nampak bola api terbang dan berlegar-legar tidak jauh dari sungai tempat kita BBQ semalam tu, aku rasa benda itu lah yang Nina rasa yang macam perhatikan dia masa di bilik air.. dan masa kita di bilik tadi" Terang Linda. Aku angguk setuju.

"Faris! kau betul-betul nampak? Bola api? dia bergerak macam mana? laju tak?" Tanyaku sambil pandang muka Faris dengan rasa ingin tahu yang kuat.

" Hmmmm tak laju dan tak perlahan sangat. Aku panggil Jihan suruh tengok tapi bila Jihan datang.. ia sudah menghilang. Pada mulanya bola api itu kelihatan kecil dan bergerak perlahan.. tapi lama kelamaan bila ia semakin mendekat bola itu nampak makin besar.. masa tu aku terus panggil Jihan tapi sebab tu juga aku terhilang jejaknya" jawab Faris. Merinding bulu romaku mendengar. Aku serta merta melihat-lihat halaman Homestay itu.

" Ya..masa kau naik ke bilik air tadi Airis, Faris tiba-tiba panggil suruh aku lihat bola api terbang, tapi ia sudah menghilang bila kami berdua lihat ke tempat Faris cakap nampak bola api tu" Sampuk Jihan. Wah! walaupun hal ini agak menyeramkan tapi aku rasa ia sesuatu yang amat menarik juga. Aku mula membayangkan bebola api terbang dalam gelap malam di sekitar sungai tempat kami BBQ semalam!

"Sebenarnya masa Nina di bilik kami tadi pun.. kami ada rasa sesuatu.. macam diperhatikan.. macam ada energy yang pelik di dalam bilik.. Aura negatif yang kuat!"Kata Linda.

"Ya.. betul. Rasa seperti diperhatikan!" sampuk ku menegaskan. Nina juga angguk mengiakan.

"kamu biar betul?" kata Jihan sambil memandang aku, Linda dan Nina. Faris dan Susan ikut memberi pandangan yang sama pada kami bertiga. Linda mengangguk manakala riak muka Nina seperti memikirkan sesuatu.

"So korang rasa ... masa macam yang Nina rasa di bilik air? Rasa diperhatikan?" Tanya Susan dengan muka pucat ketakutan. Dia mula memandang sekeliling. Aku serta merta ikut memandang sekeliling mini garden Anne's haven homestay. Semuanya nampak tenang dan seperti biasa. Bintang bertaburan di langit. Angin bergerak lembut. Sesekali kedengaran bunyi cengkerik. Tidak ada yang luar biasa. Tapi kerana 'bola api' yang Faris nampak tadi menyebabkan perasaan kami semua jadi luar biasa. Seram pun ada!

" Ya.. memang ada rasa begitu masa di bilik tadi. Tapi sekarang, masa ni.. yang kita sedang kumpul ramai-ramai ni, perasaan tu tak ada! tidak ada rasa aura yang macam dalam bilik tadi" Jawab Linda pada Susan. Aku setuju dengan Linda sebab tidak ada apa-apa aura yang seperti yang aku rasa seperti tadi.

"hmmmm tapi kita sekarang BBQ in the open...aku terbayang-bayang that thing lurking at us from a far.. terutama aku" ketus Nina kurang senang. Aku ikut risau.

" Hmmmm.. Nina. Jangan fikir yang bukan-bukan.. jom sambung makan" Kata Faris. Tapi muka dia kelihatan resah. Hakikatnya dialah yang nampak bola api itu tadi. Kami kemudian ubah topik. Kami mula berbincang tentang aktiviti yang kami rancang untuk hari berikutnya dan terlupa akan hal bola api itu. Tiada apa-apa yang aneh selepas itu. Habis makan ikan pangang dan beberapa masakan lain yang kami masak di mini garden itu, sekitar jam 10 malam kami pun naik ke rumah penginapan kami.

"Tok.. tok..tok..."

Aku terbangun bila terdengar bunyi pintu bilik di ketuk kuat. Tadi sekitar jam11 malam aku masuk ke bilik untuk tidur, rasa penat sangat lepas hiking ke air terjun langanan siang tadi. Aku toleh ke katil Linda sebelum bangun untuk buka pintu. Linda tidur mati sedikit pun tidak rasa terganggu dengan bunyi ketukan pintu bilik kami. Aku sebagai light sleeper memang mudah terjaga.

"Linda.. Airis... buka pintu..." Suara Nina. Aku pun buka pintu dengan mata terpisat-pisat. Nina dan Susan menerpa masuk.

" Nina.. Susan.. kenapa?" Tanyaku dengan hairan. Aku pandang jam di dinding sekilas, samar-samar aku lihat jam sudah pukul 3 pagi.

"Pukul 3 pagi ni apa kamu buat tak tidur lagi" Kataku.

"Shhhhhh.. dengar aku cakap" Kata Nina. Susan yang berada di belakang berkata.

" Airis.. dengar dulu.. kami pun dah tidur tadi"

" Jadi? apa halnya" Aku pandang Nina dan Susan silih berganti. Mereka tarik aku duduk di atas katilku.

" Tadi.. sedap-sedap aku tidur.. aku terdengar bunyi sesuatu di hujung katilku" Kata Nina. Tiba-tiba bulu romaku meremang mendengar cerita Nina.

" Bunyi apa?" tanya ku cuba mengawal rasa seram.

" Bunyi macam orang makan sesuatu dengan lahap.." Kata Nina. Mataku terbeliak mendengarnya. Susan mengangguk mengiakan kata-kata Nina.

"Betul Airis aku pun dengar.. tapi masa tu aku ingat bunyi tikus jadi aku tak ambil peduli.. tapi makin lama bunyi tu makin kuat..masa tu aku nampak Nina bergerak-gerak macam rasa tidak selesa" Kata Susan. Bulu romaku makin berdiri tegak mendengar kata Susan.

"Jadi kamu nampak apa benda yang bunyi macam orang makan tu?" Tanya ku dengan suara ketakutan.

" Bila dengar bunyi pelik tu di hujung katil aku.. aku ketakutan.. aku tak banyak cakap dan tarik Susan keluar dan terus ketuk bilik kau.." Kata Nina dengan muka ketakutan. Aku serta merta pandang ke pintu yang tertutup. Apa benda itu ikut ke bilik kami?

" Aku sempat nampak rambut.. rambut panjang di bawah katil Nina sama mahu keluar dari bilik" Kata Susan.

" Oh my gad! rambut? Susan kau nampak rambut bawah katil aku?" Tanya Nina pada Susan dengan muka yang pucat.

" Ya.. rambut panjang hitam berjuraian dari bawah katil kau di hujung kaki, sebab tu bila kau tarik aku.. aku lari lebih laju dari kau" Kata Susan dengan muka pucat.

Hanya Linda yang tidur lena tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tapi apa pun aku rasa lega sebab tidak ada rasa perasaan seperti diperhatikan atau rasa ada aura yang lain seperti sebelumnya. Mungkin 'benda' itu tidak ikut kami.

"Biar betul.. rasa macam aku dengar cerita dalam movie pula. kau pasti kau nampak rambut Susan?" tanyaku sambil pandang muka Susan dengan serius.

" Kau tahu kan aku bukan jenis yang buat-buat cerita macam tu, aku pun tak sangka akan dapat pengalaman macam ni di sini!" Kata Susan sambil gosok-gosok lengannya mungkin kerana bulu romanya berdiri sebab takut.

" Hmmmm tak sangka kan. eh.. seramnya" Kataku sambil membayangkan rambut yang panjang terjuntai keluar dari bawah katil.

" Airis.. essential oil kau ada lagi?" tanya Nina.

" hmmm ada. Kau nak?" Sahutku sambil menarik beg ku. Mengeluarkan botol-botol berisi minyak lemon, citrus dan lime.

" mana satu kau mau?" tanya ku

" Semua! kononnya ia tak suka bau limau.. malam ni kami tidur sini dengan korang boleh?" tanya Nina sambil gosok minyak-minyak itu ke seluruh badannya. Susan ikut berbuat begitu.

" Aku lagi rasa selamat kalau kita tidur ramai-ramai dalam bilik ni.." balasku. Nina segera baring di sebelahku. Susan pula tanpa membangunkan Linda segera ikut baring di katil Linda. Aku rasa sangat mengantuk tetapi sukar untuk tidur sebab terbayang-bayang akan rambut panjang dan bunyi macam orang makan yang di ceritakan oleh Nina dan Susan tadi.

****