Aku lihat jam. Sudah jam 10 malam. Jihan dan Faris masih tidak kelihatan. Aku bergabung dengan Linda, Nina dan Susan. Kami keluarkan kad turup dan mula bermain kad Lap lap fu. Suasana jadi riuh rendah dengan gelak ketawa kami berempat. Tak lama kemudian Jihan dan Faris muncul. Memandangkan permainan kad Lap lap fu hanya perlu 4 orang pemain jadi Faris dan Jihan terpaksa jadi penonton. Jihan automatik duduk di sebelahku dan mula ikut mengira kad turup di tanganku. Kad di tanganku biasa saja. Tidak terlalu buruk tidak terlalu cantik. Aku susun kad ku menjadi 'Lap' dengan heart Ace di kepala, King diamond dan 10 heart. Manakala 'Pia Tu' - Jack dan 10 bagi kad barisan tengah dan Fa diamond di barisan bawah. Jihan angguk tanda setuju dengan susunan kad yang aku buat. Lap lap fu antara permainan kad turup kegemaran aku dan Jihan. kemenangan selalunya bergantung strategi pemain menyusun kad yang mereka dapat.
" Faris.. tolong susun kad aku.. aku nak ambil something special kejap" Kata Susan lalu serah daun turupnya kepada Faris. Dia bangkit menghilang beberapa minit. Dia kemudiannya muncul semula dengan beberapa botol plum soju. Nina ketawa besar dengan muka teruja melihat botol-botol soju yang Susan bawa.
" Macam ni baru happening" kata Nina. Dia segera ambil sebotol. Dia tarik plastik berisi kekacang dan juga keropok lalu letak di hadapan kami semua.
" haha.. semangatnya bila nampak soju" Tingkah Linda. Aku ikut ketawa.
" Terbaiklah Susan" kataku sambil ambil satu botol. Lepas aku tercuri dengar perbualan Jiran dan Faris tadi, aku kira mungkin soju pilihan terbaik untuk ringankan hatiku yang tadinya berat. 'Topeng' di muka ku terasa membebankan apa lagi dengan Jihan yang duduk rapat di sebelahku. Susah untuk aku berlagak tiada apa-apa berlaku, sedangkan di dalam hatiku sedang berperang cuba menafikan 'rasa' yang baru aku sedari terhadap Jihan.
"hmmmmm.. soju plum. favourite korang!" Komen Faris dan ambil sebotol. Jihan juga capai sebotol. Dia lagakan botolnya dengan botol ku sambil mengucapkan 'cheers'.
Nampaknya nasibku tidak baik. Selepas main lebih dari 10 kali aku kalah teruk. Duit siling yang menjadi taruhanku habis. Nina dan Linda asyik menang. Manakala Susan sebagai "Chong'' sekejap menang sekejap kalah. Akhirnya Faris masuk sebagai pemain mengantikan aku, sebab aku sudah kehabisan duit syiling untuk di pertaruhkan, dengan syiling-syiling Jihan sekali habis kalah. Aku hanya mampu ketawa. Setelah habis sebotol soju, hatiku memang terasa ringan. Aku mula banyak cakap. Susan, Nina dan Linda juga sama. Bunyi ketawa kami memecahkan keheningan malam. Mujurlah anak sungai itu agak jauh dari rumah-rumah penduduk sekitar.
Tiba-tiba telephone Jihan berbunyi, Jihan ambil telephone bimbitnya dan lihat nama pemanggil. Terpapar nama Shila. Spontan Jihan senyum lebar dan slide icon menyambut panggilan. Dia bangun dan bergerak menjauh dari kumpulan.
" Sejak ada buah hati.. asyik berseri-seri si Jihan" tegur Faris lalu pandangan matanya jatuh ke muka ku. Aku senyum. Senyum yang di buat-buat. Faris kelihatan seperti mahu membaca air muka ku. Ini buat aku sedikit gemuruh tapi aku sedaya upaya berlagak biasa.
" We all happy for him.. Dia spesis tak pandai mengorat. Tak sangka dia yang dapat jodoh duluan" ujarku sambil mengensot mendekati Faris. Ingin melihat kad yang ada di tangannya. Spontan Faris dekatkan kadnya padaku. Cantik juga kad Faris. Dia susun Pia - Sun - Fu. Ada harapan menang.
" Kamu dua sangat rapat ingatkan kau akan sedih bila dia bertunang nanti" ujar Faris. Linda, Susan dan Nina sibuk menyusun kad masing-masing tanpa ambil endah perbualan aku dan Faris.
" Sedih juga. Kawan baik akan jadi milik orang.. lagi kena jaga jarak, dah tak boleh manja sangat dengan Jihan lagi " Kataku sambil telan air liur. Terasa pahit.
" Kenapa pula? kau kan sudah bersama dengan Jihan sebelum kewujudan bakal tunangnya" Faris tidak setuju.
" Itu betul. Tapi serius lah Faris. Kalau aku duduk di kasut bakal tunang dia. Aku pun tak mau buah hati aku rapat sangat dengan gadis lain selain aku" Balasku. Faris terdiam sekejap dan berfikir-fikir.
" hmmmm masuk akal juga" dia angguk-angguk. Aku bangun dari tempat duduk ku.
"Aku lapar.. aku nak pangang-pangang sikit!" ujarku . Aku tahu masih ada ayam dan kambing mentah yang sudah diperap dengan Bbq sos yang belum di pangang.
" Bakar banyak sikit Airis.. aku pun lapar.." Seru Faris. Aku hanya jawab dengan ketawa. Sambil di tangan kiriku mengipas arang di atas pangangan sambil aku sambung minum botol kedua soju. Ketika aku sibuk mengipas kambing dan ayam panggang, Jihan muncul. Nampaknya dia baru selesai berbual dengan Shila.
" hey.." tegurnya lalu berdiri di sebelahku.
" hey.. Jihan! sudah puas dating?" Jihan ketawa.
" Cakap-cakap di phone mana kira dating" sahutnya ringan. Suaranya ceria. Hatiku jadi sakit serta merta. Ah! sialnya!
Dia tiba-tiba menatap mukaku agak lama. seolah-olah ingin berkata sesuatu tetapi kata-kata itu bagaikan tersekat di kerongkongnya.
"Cakaplah" ujarku dan ketawa. Entah apa yang lucu. Aku sengaja ketawa untuk tutup 'topeng' ku yang mulai terasa pudar.
" Macam mana kau tahu?"
" Tahu apa?"
Aku mengerutkan kening.
" yang aku mahu cakap sesuatu.. "
Aku ketawa. Aku tunjuk hidung Jihan.
" Semua tertulis jelas di hidung mancung kau Jihan" Spontan Jihan pegang hidungnya. Aku ketawa lagi.
" Aku kenal kau dari kecil.. aku tahu mimik muka kau bila kau nak cakap sesuatu tapi ragu-ragu.. you know what..?" aku berhenti dan tenung muka kacak Jihan.
"what?" Tanya Jihan balas tenung muka ku. Senyum nipis bermain di bibirnya.
" Dulu.. tiap kali kau mahu sampai kan berita buruk dengan aku.. kau akan pakai muka begini.. muka teragak-agak" kataku.
" Cakaplah.. apa dia?" Sambungku.
"hmmmm.. Tadi Faris tanya. Samada aku ada hati dengan kau atau tidak. Dia nampak aku layan kau lain dari aku layan kawan-kawan perempuan yang lain.." dengar kata-kata Jihan aku boleh agak ke mana hala tuju perbualan ini. Jihan ingin tahu apa yang ada di hatiku!
" Jujurnya.. kau memang lebih special dari mereka yang lain sebab kau aku anggap ahli keluarga. Bukan kawan biasa.." ungkapan yang sudah ku tahu. Aku senyum. Jihan tenung aku dalam-dalam.
"So..?"
" Well aku yakin kau pun anggap aku macam keluarga.. tapi bila Faris tanya..Apa aku yakin yang kau tidak ... " Aku segera potong.
" Aku pun anggap kau macam abang aku! Aku tahu kau sayang aku macam kau sayang Jiana.. jangan risau Jihan. mutual feeling.. kita selamanya jadi kawan baik.. best friend. As you know aku anak Yatim. kau dan family kau lah keluarga aku.." Dulu aku kira itulah yang sebenar-benarnya perasaan aku pada Jihan. Tapi semuanya berubah bila Jihan tiba-tiba bakal bertunang. Apa pun.. perasaan ini aku akan buang! Ini hanya sementara. Aku kira aku akan melihat riak lega di wajah Jihan. Tapi ternyata dia terdiam lama.
" Aku.. janji. Biarpun aku ada Shila. Aku akan selalu ada di sisi kau Airis.. " Aku ketawa untuk mengelak rasa kekok mendengar ucapan Jihan.
"ish... Janganlah serius macam tu. Rasa lain macam pula ... eh.. tengok.." Aku tunjuk ke angkasa. Aku nampak shooting star! Jihan ikut melihat ke arah telunjuk ku.
" cepat berdoa.." kata Jihan. Aku ketawa dan aku lihat Jihan tutup mata dan gengam kedua tangannya dengan gaya berdoa.
" Apa yang kau doakan?" usikku sambil kuis sikunya dengan siku ku.
" Aku doakan kau jumpa cinta sejati kau!" kata Jihan sambil tengok nakal muka ku. Aku ketawa lagi. Mungkin sebab pengaruh alkohol. Aku jadi mudah ketawa tanpa sebab. Aku mendekat dan bisik ke telinga Jihan..
" Mana boleh bagitau. kalau bagitau orang. kononnya doa tu tak makbul" bisikku betul-betul di telinga Jihan.
"habis kau yang tanya aku doa apa?" marah Jihan sambil cuit pipiku.
" Kau mau tahu aku doa apa?"
"Apa?"
Mataku mula kuyu. Aku rasa sangat mengantuk tiba-tiba
" Aku doa.. kau sanggup angkat aku naik ke Anne's haven... sebab aku mengantuk dan tak larat balik jalan kaki sendiri ke bilik.." Kataku sambil rebahkan badan ke atas rumput. Jihan ketawa.
" Habis kambing dan ayam yang sudah siap masak ni siapa nak makan?" tanya Jihan lalu duduk di sebelah ku.
"Faris kan ada.. tadi dia cakap dia pun lapar... gila! tiba-tiba mataku berat sangat..." Aku tutup mata. Rasa sedap sungguh mataku bila tertutup rapat.
"hmmmmmm" Aku kemudian dengar Jihan cakap-cakap dengan Faris. tidak lama kemudian tiba-tiba tubuhku terangkat ke udara. Aku buka mata dan lihat Jihan angkat aku ala-ala bridal style.
" eh.. aku gurau saja la..turunkan aku" Aku cuba lepaskan diri.
"shhhhh.. diam lah" Dan Jihan terus angkat aku. Aku rasa sangat mengantuk dan mengalah, membiarkan Jihan angkat aku menuju ke bilik homestay. Dengan gaya Jihan layan aku macam ni. Macam mana aku nak suruh hatiku berhenti suka kan Jihan?
...