"Pon!pon!"
Bunyi horn kereta di luar rumah sewa aku dan linda. Aku tahu itu tentu Faris dan yang lain. Hari ini trip ke Kundasang guna toyota 7 seater velfire milik Faris.
" Airis.. cepat" gesa linda sambil buka pintu dan tarik beg bajunya ke luar beranda.
"Siap"
Aku bergegas keluar. Jihan terpacak depan pintu. Dup! Jantungku rasa sesuatu bila melihat senyuman Jihan. Dia nampak kacak. Jihan pakai baju T berkolar warna biru muda dan dipadankan dengan jean biru gelap. Mukanya ceria sekali.
"Morning!" Sapanya dan automatik tolong angkat barang-barang milik aku dan linda. Jihan memang kawan yang gentlment tidak perlu minta tolong dia ringan tangan tanpa disuruh. Hal yang buat aku rasa 'sayang' dengan Jihan.
" Kita di kundasang 4 hari saja. Tapi kamu bawa barang macam kita tinggal sebulan di sana" ejek Jihan dengan ketawa sambil mengelengkan kepalanya. Aku jeling dia sekilas bila dengar komen Jihan pasal barang-barang kami.
" Diam lah.. perempuan memang banyak barang!" Balas Linda dengan memuncungkan bibirnya. Aku hanya ketawa tanpa komen.
Bila sampai di dalam kereta Faris, automatik Jihan duduk di sebelah aku. Antara kami berenam, aku, jihan, linda, Nina, susan dan Faris. Aku memang paling rapat dengan Jihan dan Linda. Aku mula rapat dengan Linda bila kami duduk sewa rumah bersama tapi dengan Jihan aku memang rapat dari zaman kanak-kanak lagi. Aku umpama adik Jihan yang dia rasa perlu dilindungi. Aku sangat selesa dilayan macam itu oleh Jihan. Tapi sejak dengar pasal bakal tunang Jihan, aku tiba-tiba rasa tidak boleh terima kenyataan.
" Kita singgah breakfast dulu?" Tanya Faris yang jadi pemandu. Nina yang duduk sebelah Faris di bahagian hadapan segera menjawab...
" Tak payah lah.. kita sudah lambat ni.. kita singgah beli bun atau kuih muih di Nong cafe nanti.. makan dalam kereta saja" dengar cadangan Nina. Susan dan linda setuju.
" Aku okay ja.." kata ku sambil pandang Jihan. Jihan hanya bagi tumb up sebagai jawapan setuju.
"Okay" ujar Faris lalu mula memandu dan kenderaan bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Kami kemudiannya singgah beli makanan.
" Nah.."
Bila masuk ke kereta semula Jihan bagi sebungus plastik berisi minuman tin.
" Apa ni?" Tanya ku sambil buka plastik dan lihat isi di dalamnya. 2 tin minuman red bull. Aku senyum lebar.
" Thank you!" Ujarku gembira sambil pandang dia dengan riak muka happy.
" its your favourite kan!" Balas Jihan sambil kenyit mata. Aku ketawa dan angguk. Dia tahu minuman yang aku suka. Hati ku tiba-tiba jadi berat. Kalau Jihan terus layan aku baik macam begini.. macam mana aku nak move on? Serta merta aku rasa down!
"Yup! Ko memang the best" balasku sambil tunjuk ibu jari pada Jihan. Aku tekan dalam-dalam rasa down yang meronta-ronta mahu keluar ke permukaan wajahku. Aku harap 'topeng' aku dapat tutup rapat isi hatiku dari pandangan mata Jihan!
" Jihan.. dengarnya kau akan bertunang tidak lama lagi" tiba-tiba Susan yang duduk di belakang bersuara pada Jihan.
" ya.. aku pun ada dengar! Wah.. tak sangka lah Jihan.. you the 1st among us.." sampuk Faris yang memandu. Kemudian masing-masing Linda dan Nina memberi komen pasal bakal tunang Jihan. Jihan ketawa dan jawab pertanyaan mereka satu persatu. Aku hanya jadi pendengar dan pemerhati.
"Aku sudah jumpa face to face dengan bakal tunang aku... so far kami memang ada chemistry.. lepas jumpa tu.. kami tukar nombor phone dan keep text each other.. next time aku bawa dia hang out sekali dengan korang" cerita Jihan dengan muka happy! What? Hang out together? Thats not a good idea. Aku tidak boleh imagin macam mana aku handle melihat Jihan ber-sweet-sweet dengan bakal tunang dia. Rasa cemburu tiba-tiba menyerbu di hatiku. Aku telan air liur dan tarik nafas sedikit panjang. Airis.. stop it. Tak perlu bayangkan!
" Bila? Aish.. tak sabar lah. Cantik kan bakal tunang kau Jihan!" Kata Nina
" Nanti kamu lihat lah sendiri.. kalau aku cakap cantik nanti kamu tak percaya pula.." sahut Jihan dengan ketawa besar. Jihan cakap dengan nada bangga. Sakit mata ku melihat senyuman ranum Jihan yang gembira bercakap tentang bakal tunang dia.
"Patutlah selalu aku nampak ko sibuk dengan telephone .. rupanya sibuk mesej buah hati.." usik Linda dan disambut ketawa oleh yang lain. Mereka terus 'interview' Jihan tentang bakal tunangnya. Aku senyap malas mahu menyampuk. Sepanjang jalan macam-macam topik perbualan, entah kenapa aku tiada mood menyampuk dan lebih suka diam. Dalam kepala aku asyik bayangkan Jihan dan bakal tunang dia.
" Kau ok? Diam saja dari tadi?" Tanya Jihan sambil cuit bahu ku tiba-tiba. Aku toleh ke arah Jihan. Matanya tenung terus ke mataku menunggu jawapan.
" hmmm.. aku ok! Cuma ada mengantuk sikit. Semalam lambat tidur.. terlebih excited" bohong ku.
"Oh.. ingatkan kau rasa mau muntah.. dari tadi diam semacam" kata Jihan prihatin. Oh stop it Jihan! Nanti aku rasa makin terjatuh pada kau kalau kau selalu prihatin macam ni.
" No.. I'm just a lil sleepy" ujarku sambil pura-pura menguap.
" Wanna borrow my shoulder?" Jihan tepuk bahunya untuk jadi bantal buat aku lelapkan mata. Aku spontan ketawa!
" Oh my favourite shoulder!" Ujar ku sambil lentok kepala ke bahu Jihan. Seriuslah. Jihan memang selalu jadi my shoulder to cry on! Rasanya tanpa Jihan, aku rasa sebahagian dari diriku tidak lengkap. Aku mula sedar yang selama ini aku banyak bergantung pada Jihan. Sampai aku tak boleh bayangkan bagaimana hidup aku tanpa dia. Perlahan aku mengeluh.
" Kata mengantuk.. kau tak tidur pun! Asyik mengeluh. Kau ni kenapa sebenarnya?" Tegur Jihan. Rupanya dia perasan yang mataku masih terbuka luas. Aku pura-pura menguap.
"Er.. takda apa! Teringat hal di opis ja.." aku tipu lagi.
"Oh.. cakap pasal tu.. bos kau masih buli kau? Kalau ya.. baik kau pindah keja tempat aku.. tempat kerja aku ada kosong sekarang" balas Jihan.
" iya? Wah.. macam peluang baik ni" aku teruja. Aku memang rasa mahu cari kerja tempat lain sebab bos aku tu lain macam punya perangai. Aku rasa macam aku kena buli oleh bos aku. Kalau ada peluang pindah kerja aku memang akan pindah. Tapi... tempat Jihan? Jadi hari-hari lah aku jumpa Jihan. Bolehkah aku sembunyikan isi hati aku ni dari dia.. kalau hari-hari jumpa Jihan. Aku risau aku terjatuh lebih teruk lagi pada Jihan.
" ya.. ada. Lagi pun pemilik syarikat tu kan uncle aku sendiri.. jadi senang ja kalau kau mahu join masuk keja tempat aku.. nak?" Aku renung muka Jihan yang bersungguh-sungguh itu. Aku jadi teragak-agak.
" Nanti aku fikir dulu.." aku cepat-cepat berpura-pura menguap.
" okay.. tak ada hal. Hmmm.. meh sini. Tidurlah.. " Jihan tarik kepala ku ke bahunya. Aku akur dan jadikan bahu Jihan sebagai bantal. Dari lirik mata aku nampak linda dan susan juga sudah tertidur di belakang. Perjalanan hampir 3 jam ke kundasang terasa lambat berlalu. Tidak lama kemudian aku pun terlelap.
****