Chereads / Terlewatkah aku?(bahasa melayu) / Chapter 4 - Airis. Janji pada ku!

Chapter 4 - Airis. Janji pada ku!

Bila aku terbangun dari tidur aku perasan yang aku keseorangan di dalam kereta Toyota velfire milik Faris. Semua mereka yang lain tidak kelihatan. Tiada Jihan, linda, Faris, Nina mahu pun Susan. Dahiku berkerut sambil menarik nafas panjang. Lama sangatkah aku tidur? Kereta berhenti di pinggir jalan. Sebelah kiri jalan terdapat anak sungai. Anak sungai di lereng bukit.

" ish.. kenapa Jihan tidak kejutkan aku ni?" Aku sedikit kesal. Mungkin Jihan sengaja biar aku tidur? Hmmm mana pula mereka yang lain? Aku keluar dari kenderaan dan meninjau sekitar kawasan itu. Bunyi aliran anak sungai sungguh merdu di telingaku. Aku jadi tersenyum. Tarik nafas dalam-dalam. Suasana segar dan cuaca sangat cantik. Tidak panas terik dan tidak hujan. Just nice!

Di kejauhan aku dengar suara gelak ketawa seolah-olah sedang bermain air sungai. Aku meninjau kelibat mereka dari celah-celah pokok yang tumbuh rapat di pinggir sungai. Aku teka mesti mereka sedang bermain air sungai. Sampai hati mereka turun sungai dan biarkan aku tidur dalam kereta sendirian. Aku keluarkan telephone bimbit dan cuba dail nombor Jihan. Tapi sayangnya tidak ada signal.

"Jihan..!" panggil ku sekeras mungkin, dengan harapan Jihan terdengar suaraku dan segera menyahut.

" Linda..!" Kali ini aku laung nama Linda dengan kuat. Sambil kaki ku terus hati-hati melangkah menuju ke sungai. Suara-suara gelak ketawa makin terdengar jelas biarpun masih kurang jelas butir bicaranya kerana bersaing dengan bunyi aliran anak sungai.

" Jihan.. ! Linda..! Faris..! Nina..! Susan..!" Aku panggil satu persatu nama kawan-kawan ku. Tapi nampaknya masih tidak ada yang menyahut. Akhirnya aku tiba di pinggir sungai. Suara gelak ketawa yang tadinya ku dengar itu hilang. Ai! Pelik nya..

" ish.. ke mana pula mereka ni?" Runggutku merasa sangat kesal. Tiba-tiba lebih kurang 60 meter dari tempat aku berdiri, aku melihat ada pasangan yang sedang berpegang tangan sambil bercakap-cakap dengan gerak geri seperti sepasang kekasih. Lelaki itu seperti aku kenal.. itu Jihan? Aku gosok mataku ingin memastikan.

Dup.. dup.. dup... jantung ku berdebar.

Siapa perempuan tu? Bakal tunang dia? Tapi bila masa dia datang dan kenapa tiba-tiba dia ada bersama Jihan? Sepatutnya trip ni hanya kami berenam saja. Bila pula bakal tunang Jihan turut serta? Bermacam-macam soalan di kepalaku.

Dup.. dup.. dup.. makin kuat debaran di dadaku.

Memang benar. Itu Jihan. Gadis berambut panjang itu memaut tangan Jihan dengan manja dan aku lihat Jihan senyum lebar. Senyuman Jihan sangat kacak dan senyuman itu untuk gadis yang ada di depannya. Tidak! Ia sepatutnya milik aku! Senyuman itu aku punya! Jerit hatiku cemburu! Mataku spontan berair.

Aku? Apa patut aku buat? Panggil Jihan atau undur pergi balik ke kereta? Aku terpaku bila aku lihat muka Jihan dan gadis itu tiba-tiba mendekat dan...

Aku tutup muka! No!! Mereka sedang... kissing? Hatiku macam ditusuk pisau yang tajam! Sakit. Aku berpaling dan buru-buru patah balik. Tapi kerana terlalu tergopoh gapah kaki ku terlanggar sesuatu lantas aku jatuh tersungkur.

"Arghhh..." sakit! Sangat sakit. Tapi hatiku rasa lebih sakit. Umpama jatuh ditimpa tangga. Sudahlah hatiku rasanya remuk redam melihat Jihan dengan perempuan yang ku kira bakal tunangnya, berciuman di depan mataku. Kaki ku pula rasa sakit bukan kepalang!

"Heyyy... Airis!" Aku dengar laungan suara Jihan. Oh! Tidak. Dia nampak aku. Jihan nampak aku yang jatuh tersungkur! Aku cepat-cepat bangun..

"Ouhhh" aku terduduk semula. Sakit!

" Airis! Kau sudah terjaga! Sorry aku tak sampai hati kejutkan kau tadi.. kau tidur nyenyak sangat" Suara Jihan semakin mendekat. Sambil mengurut kaki ku yang sakit, aku menoleh dan nampak Jihan yang melangkah mendekatiku. Manakala gadis rambut panjang itu mengekori rapat dari belakang.

" kau jatuh..? Clumsy la kau ni Airis.. Mari.. aku tolong" Jihan yang akhirnya terpacak depan mataku hulurkan tangannya. Aku cuba bangun sendiri tetapi terduduk semula. Airmata ku mengalir. Sakit di kaki dan sakit di hati.

" Sakit..." ucapku sambil kesat air mata.

" ya.. tau. Tengok kaki kau macam terseliuh ni.. eh.. macam teruk juga.. ada lebam " ujar Jihan sambil pegang pergelangan kaki ku. Pergelangan kaki ku kelihatan mula kebiruan.

"Ah.. sakit. Lembut la sikit" marahku sambil meringis kesakitan. Aku pandang muka Jihan dan kemudian muka gadis itu.

" er.. Airis.. ni lah bakal tunang aku. Shila.. aku ada ajak dia join trip kundasang kita. Mula-mula kata Shila tengok lah nanti. Tak sangka dia betul-betul muncul.. dia datang dengan dua orang cousinnya" Jihan pandang muka Shila dengan gembira. Shila pandang aku sambil angguk.

" Hai Airis.. saya Shila" katanya dengan suara yang lembut.

" hmmmm... hai Shila" sapa ku ringkas.

" Macam mana ni? Boleh bangun tak?" Tanya Shila.

"Saya cuba.." kataku lalu cuba bangun. Tapi aku terduduk semula sebab rasa sangat sakit.

"Spoil lah trip ni kalau macam ni.. macam mana nak explore Kundasang dengan kaki tak boleh jalan.." kataku kesal.

" Nanti kita ke klinik berdekatan" ujar Jihan bila dengar rungutanku. Lalu dia tiba-tiba angkat aku ala-ala bridal style. Aku terkejut tapi tidak berkata apa-apa. Tapi baru beberapa meter Jihan terpaksa berhenti dan letak aku ke tanah semula sebab jalan di depan sempit dan cerun yang curam, sukar untuk di daki biarpun dengan tangan kosing. Apatah lagi jika dengan mengangkat manusia seberat aku!

" Kamu dua tunggu sini.. aku panggil Faris.. jalan agak curam ni kena dua orang angkat Airis.. lagi pun kena ada tali" kata Jihan. Masa turun ke tebing tadi aku tidak rasa pun ia curam. Tapi bila naik memang jalannya sempit dan curam.

" Ok. Saya dan Airis tunggu di sini" kata Shila. Jihan senyum sambil matanya menatap muka Shila dengan tatapan mata bercahaya. Hatiku rasa macam di hiris-hiris melihat tatapan mata Jihan ketika memandang mata Shila. Shila membalas pandangan Jihan dengan senyuman manis mengoda. Seolah-olah hanya mereka berdua saja yang ada di sini ketika itu dan langsung tidak sedar yang aku sedang melihat gelagat mereka berdua!

" hmmm.." Aku berdehem.

" Ah.. ya. Sekejap saja.. tunggu ya" dengan muka merah Jihan bangun dan buru-buru mendaki bukit pinggir sungai menuju ke kereta Faris.

" Airis.. " Shila bersuara sebaik saja kelibat Jihan menghilang. Aku yang sibuk mengurut kaki ku lantas mendongak memandang Shila.

" ya.. ?" Sahutku.

" Saya dan Jihan akan bertunang tidak lama lagi.. saya harap kau jangan terlalu rapat dengan dia lagi.." kata-kata Shila buat aku terkejut.

" Maksud kau?" Dahi ku berkerut. Gadis ini luar biasa sekali. Baru jumpa dia sudah berkata macam ni dengan aku!

" Maksud apa? Apa yang kau tidak faham Airis? Kata-kata saya sangat jelas.. jangan rapat dengan Jihan lagi. Jauhkan diri dari dia.. saya tahu Jihan dan kau rapat dari kecil.. tapi itu patut berakhir sebab Jihan sekarang dengan saya.. cuba kamu letak diri kamu di tempat saya.." Dia tepuk bahu ku perlahan kemudian sambung..

"Bayangkan tunang kau.. terlalu rapat dengan perempuan lain dengan alasan dia adalah kawannya dari kecil. Tapi kau nampak di mata gadis itu.. yang dia tidak lihat tunang kau sebagai kawannya.. matanya jelas menatap tunang kau dengan perasaan lebih dari kawan..." Dan Shila senyum sinis di akhir ucapannya. Aku ternganga seketika. Dia tahu?

"Kau..." sebelum aku sempat bercakap dia segera memotong.

" its all written in your face Airis.. kau suka Jihan! I can see how your eyes shined when you looked at him.. " Shila ketawa kecil. Muka ku jadi pucat. Aku hilang kata-kata.

Jadi adakah semua kawan-kawan lain tahu isi hatiku pada Jihan? Aduh.. malunya.

" Saya.. saya tak tahu nak cakap apa.." luahku dengan suara bergetar. Gugup.

" its ok Airis.. just promise me yang kau akan jauhkan diri dari Jihan.. janji dengan saya.." Shila tenung mataku dengan tajam.

" hmmm.. baik. Saya janji" kataku perlahan.

" I can't hear you Airis!" Suara Shila sedikit tinggi. Jarinya pegang bahuku dengan kuat. Aku tergaman.

"OK! I Promise.. saya janji" kata ku terkejut dengan tindakan Shila yang bersungguh mahu aku berjanji untuk menjauhi Jihan. Goshhh!

" No.. saya mahu kau cakap begini dengan saya.. Shila! Saya Airis.. saya janji akan jauhkan diri dari Jihan.. " dengar kata-kata Shila itu aku jadi naik angin. Shila seakan-akan menghina ku, aku kemudian ketawa sinis. Huh!

" Why? Shila.. sampai macam tu sekali kau mahu saya berjanji. Kau rasa insecure? Saya cakap saya janji akan jauhkan diri dari Jihan.. tapi kau suruh saya macam angkat sumpah pula. Ini melampau!" Ucap ku dengan marah. Tapi ternyata Shila jadi marah bila aku marah padanya.

" He is mine! And mine only Airis.. cukup lah kau jadi kawan baik dia selama ini.. we don't need you in the picture on our relationship! aku tahu kau suka kan dia lebih dari kawan.. aku nampak jelas the way you look at him.. you love him. You want him! Sedar diri Airis.. he's mine! " Marah Shila berapi-api.. tanpa sedar aku rasa api dalam dadaku ikut mengelegak.

" So what?! Memang betul saya sayangkan Jihan lebih dari kawan.. lebih dari sepatutnya.. siapa kau untuk warning-warning aku jauhkan diri dari Jihan.. kau belum jadi tunang dia yang sah pun.. kau belum jadi isteri dia pun.." marahku sambil tolak tangannya yang mencengkam bahuku dengan kuat. Rasanya kuku Shila menusuk ke kulit bahuku.

"Kau!!! Kurang ajar.." tangannya naik.

"Pap!"

Pipi ku di tampar kuat oleh Shila. Sakit!

" Kau tampar saya! go to hell shila.." kataku lalu menerkam Shila. Aku tarik rambutnya dan tumbuk mukanya. Buk.. buk.. buk.. dia balas dengan tamparan sekuat hati ke muka ku hingga muka ku terpusing hampir 180 darjah. Sial! Sebelum sempat aku membalas Shila tarik rambutku lagi dan tampar sekali lagi. Aku meronta dan menumbuk secara rambang ke arah Shila sambil menepis pukulan Shila di muka ku.

" kau perempuan sial.. aku bunuh kau..." jerit Shila. Tiba-tiba ada sebilah pisau yang tajam berkilat di tangan kanannya. Aku terkejut dan sebelum sempat aku mengelak, pisau itu terbenam tepat ke dadaku. Tepat di jantungku. Darah keluar membuak-buak hasil tusukan pisau itu. Shila tersedar dan terpaku melihat pisau yang terpacak di dadaku dengan tangan yang bergetar. Aku turut terpegun melihat dadaku yang berlumuran darah. Samar-samar aku melihat Jihan berlari-lari dari atas bukit. Tubuhku terasa sejuk.. pandanganku mulai terasa kabur.. aku akan mati di sini?

"Airis.. Airis... bangun.." sayup-sayup suara Jihan. Bahuku digoncang kuat. Tapi mataku terasa sangat berat.

"Airis.. bangunlah.. " suara Jihan kedengaran kurang sabar.

"Airis.. kita sudah sampai Anne haven homestay.. bangun lah.." bahuku digoyang kuat oleh Jihan. Pipiku di tepuk-tepuknya perlahan. Anne haven homestay? Aku raba-raba dadaku.. tidak ada pisau terpacak di dadaku.

Ah.. aku bermimpi? Fuh.. jadi itu cuma mimpi. Aku menarik nafas lega. Perlahan aku buka mata dan muka Jihan benar-benar dekat dengan muka ku. Dia terkebil-kebil melihat aku membuka mata.

" Bangun pun.. cepat! Kita sudah sampai.." dia tarik aku dan aku terpisat-pisat mengesat mataku yang masih kantuk. Aku sangat lega yang semua itu tadi hanyalah mimpiku saja. Tapi di kepala ku tergiang-giang kata-kata Shila..

'Airis, janji pada saya yang kau akan jauhkan diri dari Jihan'

*****