Chereads / Terlewatkah aku?(bahasa melayu) / Chapter 5 - Anne's Haven Homestay

Chapter 5 - Anne's Haven Homestay

Sampai Anne's haven homestay di Melisau kundasang, udara terasa sejuk dan segar. Aku tarik nafas panjang dan hirup udara sejuk yang segar dalam-dalam. Homestay ini benar-benar berada di bawah kaki gunung Kinabalu. Aku senyum gembira, rasa mengantuk tadi hilang serta merta.

" Breathtaking view!!" Laung Linda yang mengangkut barang-barangnya yang baru diturunkan oleh Faris dari roof rack kereta.

" Cantik homestay ni.. lebih cantik in real compare dalam gambar" Komen Nina yang juga menunggu giliran bagasinya diturunkan oleh Faris dari atas bumbung kereta.

" Dan.. cuaca nampak baik hari ni. great!" Aku menyampuk. Jihan pandang aku sekilas.

" Yup! tapi cuaca di kawasan pergunungan ni unpredictable. Cepat berubah!"Celah Jihan sambil menyerahkan beg pakaian milik ku. Bila teringat mimpiku tadi, aku menjadi berhati-hati dan enggan bertentang mata dengan Jihan. Aku risau Jihan dan kawan-kawan lain tahu isi hatiku pada Jihan. Ia memalukan! walaupun hanya mimpi tapi permintaan tunang Jihan dalam mimpi- minta aku jauhkan diri dari Jihan, buat aku rasa aku perlu menjaga jarak dengan Jihan. Lagipun aku perlu usir jauh-jauh 'rasa' pada Jihan yang baru aku sedar kewujudannya. Aku risau semakin aku dekat dengan Jihan 'rasa' itu menjadi semakin kuat!

Lepas menyimpan beg pakaian ke dalam bilik aku keluar semula dan melihat persekitaran Homestay. Aku sebilik dengan Linda. Nina sebilik dengan Susan manakala Jihan sebilik dengan Faris. Ikut jadual hari pertama ni kami hanya lepak di kebun kaki gunung di Anne's haven homestay. Anne haven ni milik keluarga Jihan. Aku memeriksa suru dari smart watch di pergelangan tanganku -Suhu sejuk 15°. Patutlah sejuk!

Mata ku melilau ke sekitar homestay. Halaman homestay di tanam pelbagai jenis bunga yang beraneka warna, manakala kiri dan kanan luar kawasan homestay merupakan kebun-kebun sayuran yang subur segar bugar.Tidak jauh dari situ terdapat anak sungai, dari kejauhan aku dengar bunyi aliran air sungai yang mengasyikan. Aku perasan Linda ikut turun ke halaman homestay.

"Sangat cantik kan homestay ni.. pemandangan cantik.. halaman penuh dengan pelbagai jenis bunga.. macam mini garden.. tengok tu bunga rose dia macam-macam color, ada pink, ada merah, ada kuning.. " sambil Linda tunjuk bunga rose yang di tanam dalam bentuk barisan.

" dan.. ada warna purple.. unik! jarang nampak rose warna purple.." celah ku sambil petik sekuntum rose purple dan selit ke telinga.

" Dan lagi.. sekeliling sini pula.. betul-betul haven, kebun sayur gebu gebas.. memukau mata betul lah.. " sambung linda lagi. Aku menoleh dan melihat linda bergerak ke arahku dengan senyum lebar. Aku angguk sambil tunjuk buat tomato cerry yang ranum dan bergayutan di dahan pokoknya.

"Buah cerry tomato tu nampak sedap! jom petik, kita buat sos spaghetti" ujarku dan mula melangkah ke arah batas tomato cerry.

"Aku puas hati dengan homestay kita kali ni.. aku dah jatuh cinta dengan tempat ni.. nanti kita pergi rendam kaki di anak sungai tu ya Airis" kata Linda dan mengekori aku ke batas pokok tomato cerry.

" Anne's haven homestay pilihan tepat! betul-betul di kaki gunung. sekarang tengah hari, cuaca cerah sikit pun tak rasa panas.. sayangnya tak nampak puncak gunung.." ujarku sambil tunjuk puncak gunung yang di tutupi awan.

" Biasalah tu.. puncak gunung awal pagi jam 6-7 pagi nampak jelas.. tapi jam 8 ke atas hilang di telan awan.. eh.. jom kita ke kebun tu. Jihan cakap tadi suruh petik sayur di kebun tu .. nanti kita masak-masak.. " dengan itu aku dan Linda pun bergerak ke kebun yang bersebelahan dengan halaman Anne's haven homestay. Dari belakang Nina dan Susan ikut mengejar. Faris dan Jihan keluar ke pekan kundasang membeli daging dan ayam. kami berempat gadis pingitan yang di kebun, berseronok melihat kebun sayuran yang tumbuh subur, riuh rendah kebun dengan suara kami. Kubis, kailan, lobak merah, lobak putih, tomato, daun bawang, coliflower dan macam-macam lagi. Tukang kebun yang melihat gelagat kami yang umpama rusa masuk kampung tersenyum dan sesekali tergelak.

"Linda! cukup lah satu biji kubis tu? bukan kita boleh habis makan pun.." tegur Susan bila Linda ghairah memetik beberapa biji kubis bulat dan kubis panjang.

"eh.. tak apa! kita boleh buat kimchi.. nanti aku call Faris suruh beli bahan-bahan untuk buat kimchi.. dia turun ke pekan kan?" jawab Linda dengan muka teruja.

"good idea!" aku mencelah, Kimchi adalah favourite aku dan Jihan! kami boleh makan nasi hanya berlaukan kimchi. Atau paling ringkas nasi goreng kimchi! aku nampak Linda keluarkan telefon bimbitnya dan memanggil Faris. Nina dan Susan sibuk berbual dengan pakcik tukang kebun.

" Jangan lupa suruh Faris beli container tempat perap kimchi tu nanti" pesan ku pada Linda. Dia bagi signal ibu jari padaku sambil bercakap dengan Faris dalam talian. Pakcik tukang kebun akhirnya datang membawa kereta sorong memandangkan sayur yang di petik oleh kami agak banyak.

"Tamak sungguh!" ujar ku dengan ketawa bila melihat kereta sorong itu hampir penuh dengan pelbagai jenis sayur. Mereka yang lain ikut ketawa.

" Telampau seronok petik kan.. nanti hari-hari la kita makan salad, pagi petang siang malam.. tapi kata nak buat kimchi.. ni boleh buat ole-ole kimchi dengan mak aku ni.." celah Nina sambil mengekori pakcik tukang kebun menuju ke Anne's haven homestay.

" Mak kau pandai makan kimchi juga eh?" tanya Susan.

" Tak.. haha.. aku ajar la dia makan kimchi nanti.. dia kan peminat drama Korea. Patut belajar la makan Kimchi" jawab Nina sambil ketawa. Kami semua maklum yang ibu Nina peminat drama korea.

"aik.. macam tu pula.. suka KD kena belajar makan kimchi?" celah susan sambil ketawa. Riuh rendah dengan ketawa langkah kami menuju ke homestay dengan gelagat masing-masing.

Sampai di homestay aku tidak naik ke atas tapi singgah di taman mini dan duduk di kerusi comel berbentuk cendawan. Aku keluarkan telephone bimbit ku dan mula mengambil gambar pemandangan di sekitar. Tidak lama kemudian kereta Faris muncul di perkarangan homestay dan kedua Faris serta Jihan muncul. Aku senyum dan ambil video mereka berdua. Memang menjadi lazim aku buat video untuk rekod vlog sebagai kenangan, Sedar aku ambil video, Faris dan Jihan melambai.

" Banyak beli?" tanya ku basi-basi.

"yup! untuk tengah hari ni.. dan untuk bbq malam nanti" sahut Jihan.

"Bawah sana ada anak sungai.. kalau cuaca bagus malam ni kita bbq dekat anak sungai tu.. macam best kan?" Cadang Jihan.

" yup! Aku pun fikir macam tu tadi.." celah Faris sambil angkat barang-barang belian ke atas. Habis merakam video aku automatik ikut ke dapur untuk tolong memasak. Macam biasa tugas masak selalunya aku, Jihan dan Linda. Manakala hidang makanan dan kemas-kemas lepas makan tugas Faris, Susan dan Nina.

"Ayam ni kita goreng simple sajalah.. daging tu masak kari?" cadang Jihan sambil pasang apron. Aku jadi senyum lihat betapa kacaknya Jihan dengan apronnya.

" aku on ja.. yang penting perut kenyang! aku sudah start lapar ni" jawab Linda yang sedang mencuci beras - masak nasi. Aku pula potong sayur kailan untuk di tumis.

" ya.. simple ja.. kan lepas ni kita mahu ke sungai bawah sana rendam kaki.. sekarang pun sudah dekat jam 12 tengah hari.. lapar dah ni" sahutku. Dengar komen aku pasal rendam kaki di sungai Jihan angkat kening pada aku.

" Air sungai tu sejuk gila tau.. haha! nanti korang tengok.. ada banyak anak ikan di situ.. jinak pula tu siap patuk-patuk kaki kalau rendam di sungai..." ujar Jihan dengan muka teruja. Dia mahu sambung cakap tapi tiba-tiba telepon bimbitnya berbunyi. Segera Jihan sambut pangilan.

" hey.. Shila.." serta merta muka ku berubah bila dengar nama itu. panjang umur sungguh. baru tadi aku mimpi ngeri pasal Shila - bakal tunang Jihan. Muka Jihan berseri-seri menerima pangilan dari Shila.Dia senyum lebar.

"Shila sudah lunch? Jihan di dapur ni baru start nak masak.. " Jelas di telingaku perbualan Jihan dengan Shila. Dia bergerak meninggalkan dapur dan menghala ke tamam mini untuk bercakap dengan Shila.

Tiba-tiba aku rasa dadaku rasa ngilu, tanpa sedar aku tumbuk dadaku perlahan. Mujur hanya seketika. Bila tersedar, aku dengan pantas menoleh melihat Linda, risau kalau Linda tertangkap air muka ku yang terkesan melihat gelagat 'bahagia' Jihan menyambut pangilan telefon dari bakal tunangnya. Takut ketahuan isi hatiku.. fuh.. mujur Linda sedang sibuk mengoreng sayap ayam. Dengan itu aku tarik nafas panjang dan bangun membasuh sayur kailan untuk di tumis ke sinki. ketika Jihan masuk kembali ke dapur, kami sudah 90% siap memasak. Jihan tersengih dengan muka tidak bersalah.

*****