Keesokannya di sekolah, aku jalani kehidupan seperti biasa. Kalau tak silap aku, Zim kata dia nak bagi tahu sesuatu dekat aku malam ni. Jadi, aku hanya menunngu dengan penuh keterujaan. Dalam masa yang sama juga Fasha memanggil ku."Hello, hang ada kat sini ka tu. Ka dah pi swasta langit dah?" Dia cuba bergurau dengan aku. Namun aku tak melayan karenahnya kerana penat. Aku tahu kalau nak layan budak macam ini kena guna banyak kerja dan tenaga. Aku juga takut sebab dia tak boleh tahu tentang rahsia aku.
"Haha. Lawak sangat cik Fasha. Kau ingat apa, masuk tak bagi salam."
"Hei, aku bagi salamlah tadi. Apasal hang ubah dialek Kedah hang. Pelik nau bunyi dia."
"Wei, aku dengar tadi ada cikgu sekolah kita skandal dengan budak sekolah ini." Mujurlah aku terdengar Amin berkata berita ini kepada kumpulan lelaki kelas ini.
"Aku nak kena dengar ni. Ciao dulu." Tapikan aku tak tahu pula yang Fasha dengan aku ni agak rapat dua tiga menjak ini. Mungkin selepas daripada peristiwa reject tu dia jadi macam ni terus kot. Tapi yang rejectnya aku bukannya dia. Apasal dia lagi nak dekat dengan aku ni. aku pun tak faham apa yang specialnya kat aku ni.
"Hah, Lan. Hang dah habis date ka?" Amin bergurau kepada aku.
"Ish, mana adalah hang ni. buang tabiaat ka apa. Apa yang dibincangkan ini."
"Alang-alang hang dah ada di sini. Aku bagi tahu sekali lah. Ceritanya tadi aku dari kantin, adalah terdengar budak-budak dekat situ duduk gosip. Katanya yang depa nampak ada budak perempuan skandal dengan cikgu kat dalam bilik mana entah. Aku tak ingat lah. Jadi lepas sahaja aku dengar tu cepat-cepat aku mari sini. Nak bagi tahu."
"Alah, data yang hang bagi sikit dou. Lain kali korek lagi dalam." Syawal bersemangat.
"Ini kira baguslah dapat maklumat on the spot. Kalau nak tunggu dia korek. Pakai tak tahulah kita pasal info ni." Aku sengaja back up Amin.
"Uish, ya tak ya juga." Mujurlah dia terima juga alasan yang aku bagi.
"Ini ada apa ni gosip-gosip ka?" Kami semua terkejut sikit apabila cikgu yang mengajar kami subjek sejarah hari ini telah masuk ke dalam kelas. Meskipun waktu rehat baru berlalu beberapa minit. Cikgu sekolah ini memang senantiasa menepati waktu. Er… aku tak naklah cakap yang tak tepati waktu tu ramai lagi daripada yang tepati waktu ni.
"Tak ada apalah cikgu." Amin membuat muka tersenyum sedikit.
"Tak apalah, pergi duduk di tempat duduk masing-masing." Semua pun terus bergegas duduk di tempat duduk masing-masing. Kelas Sejarah pada waktu itu berjalan dengan rancak seperti hari kebiasaanya. Selepas mata pelajaran sejarah berlalu, kami diminta masuk ke dalam makmal untuk subjek sains.
Jalan ke makmal ada dua. Satu ikut jalan jauh dan satu ikut jalan dekat. Kawan-kawan kelas yang lain selalunya ambil jalan dekat sebab nak sampai awal manakala aku dan Amin selalu mengambil jalan jauh untuk ke makmal. Sebelum sampai ke makmal, kami akan melalui beberapa kelas dan bilik kaunseling, makmal ada di atas bilik kaunseling yang berada di tingkat dua.
Sewaktu berjalan melalui bilik kaunseling, aku ada perasan yang ada seorang pelajar perempuan masuk ke dalam bilik tersebut. Kalau tak silap aku, dia budak kelas 4-A. Masalah dalam pembelajaran ka?
"Wei, Amin hang nampak tak apa yang aku nampak tadi." Amin melihatku sambil menunjukkkan riak sedikit gembira.
"Gila hang tak nampak. Apa yang dia buat tu. Kalau tak salah aku cikgu kaunseling yang perempuan, cikgu Zainab cuti bersalin. Yang ada sekarang cikgu lelaki tu aja. Apa nama entah?"
"Cikgu Malik kot."
"Ha! Cikgu Malik lah. Apa kata kita spy sikit. Mungkin dapat apa-apa berita sensasi. Ha, hang ingat kan misi aku."
"Wartawan bergerak yang berjaya?"
"Ya tepat sekali. Tak sia-sia hang jadi anak buah aku."
"Adalah hang." Kamipun terus menghampiri dan melihat sedikit apa yang dibuat. Disebabkan pintu bilik tersebut tertutup, kami hanya melihat disebalik tingkap sahaja. boleh katakan perbuatan yang kami buat sekarang ini dipanggil skodeng.
"Wei, dia masuk bilik Cikgu Malik tulah. Ini kena lebih pemantauan." Amin mula semangat untuk melihat dengan lebih dekat.
"Jom Amin. Kita masuk makmal sekarang." Amin memandang aku dengan raut wajah yang bengis kemudian dia tersenyum.
"Hang pi lah dulu. Sat lagi aku masuk." Ha dia dah mula dah. Apalah yang dia nak buat. "Peluang macam ini bukan nak datang kerap." Dia mula mengeluarkan suatu perakam suara yang kecil daripada poket seluar sekolahnya. "Hang tunggu sat noh. Aku nak pi kat tingkap bilik cikgu tu sat." kemudian dia melekatkan mikrofon mini itu pada luar kekuda tingkap bilik tersebut. "Ok. Dah Record." Dia datang ke arah ku kembali. "Jom Lan."
"Itu aja yang hang nak buat." Dia mengangguk.
"Yalah. Sat lagi merepek pula bang ni."
"Hehehe. Tahupun hang." Aku tergelak sikit. Kamipun bergerak menuju ke makmal.
"Ha. Lan, Amin lambat lagi. Buat apa tadi tu." Cikgu subjek Sains kelas kami, cikgu Murni bertanya.
"Cari buku cikgu." Macam biasa Amin memberikan jawapan yang selalu dia gunakan.
"Itulah alasan kamu Amin. Sampai bila pula buku nak cari kamu. Kamu Lan?"
"Tolong dia cari buku cikgu."
"Haish, awat kamu tak biar aja dia cari buku."
"Tak boleh cikgu, saya risau dia tak masuk kelas aja sat lagi."
"Ha. Lena ka."
"Tak cikgu. Dia suka skodeng orang." Semua pelajar dalam kelas tersebut berkata dengan serentak.
"Wei, mana ada." Amin tertawa sedikit."
"Ha. Dahlah tu pi duduk."
"Ok. Terima kasih cikgu." Aku dan Amin bercakap serentak. Kemudian, kelas subjek Sains dimulakan dengan biasa. Bila habis kelas, semua pelajar mula beria-ia dan ke kantin sekolah. Maklumlah waktu rehat, masa di sekolahlah dapat nak makan bersama kawan-kawan. Tatkala itu, Amin menuju ke arah ku.
"Lan. Minta tolong sat. Aku nak pi kantin lani. Hang tolong ambilkan perakam suara yang aku letak dekat tempat tadi. Hang selalu pi perpustakaan masa rehat."
"Ha. Ha. Jangan risau. Awatlah aku kena lagi."
"Thank you. Lan." Aku mengangguk sebab tak nak jawab.
Aku orang yang paling lambat keluar dan orang yang paling lambat keluar selalunya akan menolong cikgu mengangkat barang daripada kelas masuk ke dalam bilik guru. Selalunya buku latihan, paling takpun angkat beg laptop cikgu.
"Terima kasih Lan sebab selalu tolong cikgu."
"Tak ada apa-apalah cikgu."
Sebelum menuju ke arah bilik guru, aku berhenti sekejap di bahagian luar bilik cikgu Malik. Baru sahaja aku mahu mengambil perakam suara yang dilekatkan tadi, aku dapati yang barang tersebut telahpun hilang. Aku agak terkejut, aku mula mencari-cari di sekitar. Malangnya tidak dapat petunjuk mengenai keberadaan perakam suara itu. Nampaknya, aku kena bagi tahu Amin jugalah yang barang dia hilang.
Salah dia juga kalau barang dia hilang. Dia letakpun dekat tempat yang terbuka. Tapi, kalau diikutkan logik. Jalan belakang bilik kaunseling ini jarang orang guna, sebab bersambung dengan bangunan lama sekolah. Orang tak nak lalu sebab tempat itu keras, sebab itu bangunan lama itu macam ditinggalkan begitu sahaja. Ada kata yang beberapa tahun yang lalu, ada kes histeria secara beramai dekat sekolah ini. Cuma setakat sekarang aku tak ada jumpa ataupun diganggu lagilah.
Balik kepada topik asal, disebabkan perakam suara Amin sudah hilang. Aku terus menuju ke bilik guru untuk meletakkan barang Cikgu Murni. Cuma sewaktu mahu pulang ke kelas, aku terserempak dengan Fasha di dataran sekolah. Dia datang berkata kepada aku.
"Tolong teman aku jap pi library."
"Buat apa?"
"Ikut ajalah. Aku ada sesuatu benda yang menarik nak tunjuk dekat hang ni." Disebabkan malas nak berargumentasi dengan dia. Akupun mengikut sahaja kehendaknya.
Semasa berada dalam perpustakaan sekolah. Macam biasa kalau nak guna kemudahan dekat dalam perpustakaan kena maklumkan dahulu kepada pengawas pustakawan yang bertugas di kaunter. Aku agak terkejut yang pustakawan yang ada di depan aku ini ialah Yana.
Yana memandang aku, aku memandang Yana, Fasha memandang kami berdua. Ha, semua pandang-pandang. "Ada apa ini Lan." Fasha mula menegur aku.
"Hah. Apa-apa!" Aku terkejut sikit.
"Lawaklah dia ni Fasha." Yana tertawa sedikit. Kelihatan seperti ini pertama kali Yana berjumpa dengan aku.
"Hahahaha." Aku hanya ketawa sedikit.
"Yana. Aku nak reserve komputer kejap."
"Ha. Ok. Isi dekat dalam buku ini." Yana mengeluarkan suatu buku catatan untuk menggunakan komputer. Fasha mula menuliskan namanya pada buku tersebut.
"Jom Lan." Sebaik sahaja dia habis menulis kami menuju ke dalam bilik komputer. Bilik komputer tersebut terkenal sebagai bilik akuarium sebab ada cermin kaca yang dijadikan sebagai pembahagi bilik tersebut dengan bahagian luar. Jadi jangan salah anggaplah kalau aku dengan Fasha ada dalam bilik ini berdua. CCTV pun ada dalam bilik ini.
Suis komputer mula ditekan dan dia mula memasukkan suatu memori kad daripada suatu perakam suara ke dalam card reader. Aik, perakam suara itu macam pernah aja aku tengok.
"Wei recorder itu bukan ka…"
"Ini aku nak hang dengar benda ini." Tak sempat aku nak habiskan kata-kataku. Dia terus menyumbatkan earphone nya pada telinga aku. Aku cuba dengar apa yang dimainkan.
"Ha. Kamu datang juga Alisa. Hari ini apa yang kamu nak bagi tahu saya.?" Aku dapat dengar suara Cikgu Malik dengan nada yang lembut. Untuk beberapa ketika, perempuan yang bernama Alisa ini tidak berkata apa-apa. "Apa yang kamu nak cakap. Saya dah tak larat nak tunggu lagi." Entah kenapa nada suara Cikgu Malik mula berubah daripada biasa menjadi sangap(horny).
"Cikgu." Aku dapat dengar suara Alisa yang seperti menekan.
"Ada apa Alisa?"
"Saya rasa saya nak berhentilah daripada buat benda ini."
"Sebab apa?"
"Sebab saya rasa bersalah."
"Apa yang saya ajar kamu selama ini?"
"Self confident dan jangan malu."
"Ha. Kalau kamu berhenti daripada datang sini siapa macam mana lagi saya nak tolong kamu."
"Eh, cikgu buat apa ini! Saya tak nak lah cikgu."
"Oh, jadi kamu nak saya publish kan gambar ini dekat pihak sekolah baru kamu nak ikut cakap saya." Kedengaran seperti dia cuba untuk mengugut.
"Ok. Baiklah cikgu."
"Ha macam itulah. Sekarang buat macam yang kita selalu buat."
"Ok. Baik cikgu."