'Selagi kau ada masa untuk berlari dan sembunyi lakukanlah. Sebelum dia datang kau memang tak boleh melakukan apa-apa.'
-Dari Kris
Aku dah agak dah yang benda ini akan terjadi. Sebab itu agak terkejut sedikit. Terima kasih kepada doktor yang merawat aku, aku dapat scanning memori dia. Aku tak terkejut sangat bagaimana aku boleh berada di sini. Untuk sekarang Cuma perlu 'follow the flow' rancangan mereka ini sahaja.
Bilik di sini agak gelap mesti ada apa-apa klue di sini yang boleh aku jumpa untuk keluar daripada sini. Aku cuba memeriksa di bahagian meja yang aku berada sekarang. Aku menemui satu lilin di situ. Aku ingat nak guna telefon bimbit aku, tetapi kelihatannya seperti sudah dirampas oleh mereka.
Kali ini aku rasa aku perlu guna juga lilin yang diberi ini. Kalau tanpa cahaya memang belum tentu aku boleh jumpa klue di sini untuk keluar. Dalam masa yang sama juga ada mancis pada meja tersebut. Nampaknya cahaya agak terhad, aku perlu memanfaatkan cahaya lilin ini.
Setelah itu, aku mula bergerak mencari jalan keluar di pelbagai arah. Dalam pencarian ku untuk menemui jalan keluar aku menjumpai pelbagai perkara yang nampak agak mengerikan. Pada dinding dalam bilik ini terdapat banyak kesan contengan berwarna merah. Ianya agak berbau busuk. Aku tak pasti sama ada yang ini adalah cat ataupun darah. Ada tulisan dengan perkataan yang kesat dan menunjuk perasaan. Aku pergi ke sudut lain pula dan mendapati terdapat sangkar untuk menggantung orang. Bukan itu sahaja, aku juga jumpa alat untuk menyeksa orang di sini.
Biar betul ini. Aku rasa bilik yang aku berada sekarang ini adalah bilik kurungan untuk menyeksa orang, Macam mana aku nak buat ni. Aku rasa aku kena keluar daripada sini, tetapi macam mana? Untuk seketika, aku merasakan angin keluar masuk daripada suatu arah. Nampaknya, ada laluan udara. Mungkin aku boleh keluar kalau melalui itu.
Tak lama selepas aku dapat membuka penutup ruang udara tersebut, bunyi tapak kaki mula kedengaran. Aku segera memadamkan lilin yang masih lagi menyala dan terus bersembunyi. Kemudiannya, pintu mula dibuka dengan kunci. Pintu dibuka perlahan-lahan, dan orang yang muncul adalah gadis yang kalau tak salah aku yang bernama Kris. "Eh! Kau ada kat mana sekarang? Dekat mana kau?" Dia menggaru-garu kepalanya dan menggosok dengan kuat.
Kemudiannya, dia berhenti melakukan perkara sedemikian. Dia berjalan dengan langkah yang perlahan. Aku dapat merasakan vibe yang kurang menyenangkan di tempat ini. "Kau boleh lari tapi kau tak boleh sembunyi. Ops, lupa pula aku! Kaki kau kan cedera. AHAHAHAH... Mana boleh lari." Tak guna dia ni psiko lah. Matilah aku kalau macam ni. Ini kalau aku keluar belum tentu yang aku akan selamat.
Dia mula memeriksa pada ruang ventilator untuk mencari aku. "Cis, tak guna! Dia tak ada dalam ini. Kemudiannya dia menuju ke arah banyak barang yang berkumpul. Apa yang aku boleh buat ketika itu hanyalah berdiam dan berharap aku tidak diapa-apakan. "Haah, kau mesti ada di sini." Suaranya sangat hampir dan dia mula mengangkat kotak. Aku mula cemas, apakah lokasi aku sudah ditemui?
"Tak guna, tak ada juga." Mujurlah dia salah angkat kotak tadi. Walaupun begitu, aku rasa macam bersebelahan betul tadi." Untuk sekarang, aku dapat rasakan yang keadaan di luar mula sunyi-sepi. Aku mula melihat sedikit di balik kotak yang aku berada sekarang. Kelihatannya, pintu telahpun ditutup dan tiada langsung kelibatnya di sekitar.
Kotak yang aku berada sekarang, mula diangkat dan aku mula menggeliatkan badan aku. Terasa lenguh berada dalam kotak tersebut. Untuk sekarang aku mula melihat sekeliling untuk keluar daripada sini. Namun apabila aku mengalihkan pandangan aku di suatu arah, aku terasa seram sejuk. Apabila, perempuan tersebut memandang aku dengan penuh diam dan tidak bergerak buat waktu yang lama.
Ketika dia mula perasan yang aku ada nampak dia, suasana yang tadi sepi kini menjadi tegang. Saat aku mula melangkah sedikit, dia mula bangun daripada tempat yang dia duduk tersebut. Kemudiannya, dia mula mengilai-ngilai dengan pergerakannya yang terhuyung-hayang sambil kepalanya menghadap ke bawah. Entah kenapa, melihatnya berbuat sedemikian membuatkan badan ku mula menggeletar dan tidak dapat untuk bergerak. Ditambah pula, aku berpaut pada sebatang kayu untuk menyeimbangkan kedudukan berdiri aku.
Dalam masa yang sama dia mula mencapaiku dengan tangannya, lalu ditolak sehingga terjatuh aku di atas lantai. Aku dapat rasakan yang dia dalam keadaan kesunyian ketika ditolaknya tadi. "Kau kata kita kawan, tapi kau tak anggap aku sebagai kawan kau…" Dia senyap untuk seketika. "Aku ingat aku tak akan dikhianati lagi, tapi itu hanyalah angan-angan sahaja. Mungkin, aku patut sahaja hapuskan orang-orang seperti kau!" Dia menjegilkan matanya ke arahku.
Dia membawa keluar sebilah pisau yang dia selitkan pada poket seluarnya tadi. Aku mula cemas melihat tingkah-lakunya. "Kris! Bertenang Kris! Bawa bertenang. Aku tak pasti sama ada kau dikhianati ataupun aku yang dikhianati tetapi macam ada salah faham sahaja yang berlaku sekarang."
"Manalah kau salah faham! Apa yang kau buat ini bukankah dah dianggap dikhianati?" Aku masih tak tahu apa yang berlaku, mungkin bukan salah dia aku berada di sini. "Maaf, walaupun kita dapat berkenalan sebentar, inilah pengakhirannya. Selamat tinggal…" Untuk seketika aku melakukan relfleks tanpa terfikir dengan pantas.
Pisau yang tadi hendak ditikam kini tidak sampai pada arah sasarannya. Aku sekarang tengah berada dalam posisi tengah memeluk Kris. Mungkin ini agak kekok tetapi aku rasa aku perlu luahkan apa yang aku fikirkan kepadanya. Dalam masa yang sama dia terdiam seketika dan mula bergelut setelah beberapa ketika.
"Maaf Kris!" Walaupun dia bergelut kuat, aku tetap memeluknya dengan kuat tetapi tak terlalu kuat. "Aku tahu aku ada banyak mengguris hati kau. Tapi bukannya sebab aku ingin khianati kau. Aku cuma fikir yang tempat aku berada sekarang terlalu selamat. Satu lagi aku tak nak kau sakiti aku kerana aku risau kau akan disakiti pula. Sekali lagi, aku tahu aku tak sempurna untuk jadi kawan kau. Tapi minta maaf sebab aku tak dapat meyakinkan kau untuk menjadi kawan aku." Air matanya mula mengalir. "Kalau kau nak sambung, sambunglah." Aku melepaskan pelukan tersebut dengan segera.
Aku sangkakan dia ingin menyambung kembali untuk menikam ku. Namun, dia terjatuh rebah dan mula menangis. "Manalah boleh aku bunuh orang. Tambah pula orang itu, dah jadi kawan aku. Aku harap kau memang tak khianati aku."
"Tak. Aku tak khianati kau. Ok kita mula semula sesi kenal diri. Nama aku Lan. Kau?"
"Nama aku Kris…" tak sempat dia dapat habiskan kata-katanya. Kedengaran suasana di luar kini menjadi hingar-bingar. "Apa dah jadi tu dekat luar?" Kris mula menyoal. Aku hanya menggeleng dan mula terfikir buat seketika.
Kalau diingatkan kembali, aku ada nampak seorang lelaki bersebelahan dengan Kris pada hari kejadian ketika aku dilanggar dan lelaki tersebut ada kait rapat dengan memori doktor yang berada di rumah ini. Aku tak pasti sama ada itu benar-benar orang tua Kris ataupun hanyalah palsu. Persoalan itu masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran ku.
"Jom Kris, kita pergi tengok." Aku mengajak Kris untuk melihat di luar.
"Jom…" Dia berkata setelah tangisannya reda.
Bunyi yang bising tadi terdengar dari arah ruang tamu rumah ini. Ketika kami sampai di tempat kejadian. Aku ada perasan yang keadaan di sekitar agak pelik. Suasana ketika ini juga agak sejuk disebabkan sekarang sudah Subuh. Aku dan Kris mula mencari punca bunyi bising tadi di sini. Tatkala aku melihat di sekitar, aku mendapati kesan tapak kasut dalam 2 orang masuk ke dalam rumah ini.
Tapak kasut tersebut menuju ke atas rumah. Disebabkan perasaan ingin tahu dan ini adalah rumah kepada Kris, kami pun menuju ke tingkat atas untuk melihat siapakah tetamu yang tidak dijemput. "Wei, rumah kau memang tak kunci ka?" Kris menggeleng.
"Rasanya kalau kunci pun dekat pagar besar ajalah. Selalunya memang tak kunci pun." Aku hanya mengangguk tanda faham.
"Kau rasa siapa yang masuk. Pencuri? Perompak? Ataupun toyol?"
"Eh, apa beza toyol dengan pencuri. Aku rasa stalker kot. Takpun agent rahsia. Siapa sangat nak rompak rumah orang dengan pakai kasut berkulit.
"Hmm… boleh jadi." Semasa kami sampai di atas. Aku menemui seseorang yang aku tak sangka aku akan temui sekarang. Tekaan Kris agak tepat. Ianya memang stalker yang masuk rumah ini. Aku menyuruh Kris menunggu sebentar di luar sementara aku cuba memeriksa keadaan di dalam sebuah bilik yang aku ada nampak stalker. "Kris, kau tunggu dekat luar sebentar. Aku rasa aku kena uruskan mereka ini." Aku mula memasuki ke dalam bilik tersebut.