Aku dibawa ke bilik kaunseling oleh Alisa pada waktu rehat. Walaupunn begitu, aku keluar senyap-senyap untuk mengelakkan Kris daripada perasan. Aku tiba di bilik kaunseling beberapa ketika kemudian. Tatkala tiba, Alisa menyuruh aku untuk duduk sebentar di sofa yang ada di dalam bilik kaunseling.
"Hang tunggu sini sat, aku nak cek dulu yang cikgu ada ka tak."
"Okay." Alisa terus masuk ke dalam bilik cikgu Malik untuk mencarinya. Dia berada dalam bilik itu agak lama, nampaknya cikgu mungkin ada. Sementara itu, aku tengah bersandar di sofa di dalam bilik kaunseling. Jarang jugalah aku boleh duduk atas sofa kalau di rumah.
Kemudian, Alisa keluar daripada bilik Cikgu Malik dan terus memanggil ku. "Lan, cikgu panggil masuk."
"Ha. Okay."
"Oh, jadi kamulah Lan. Jemput duduk." Cikgu Malik menyuruh aku untuk duduk di kerusi hadapan mejanya. "So, sebab apa kamu nak datang kaunseling hari ini. Saya agak terkejut sebab jarang pelajar lelaki nak buat sesi kaunseling ini. Kamu nak buat inventori kenal diri ka?" Aku menggeleng.
"Tak apa cikgu, saya dah cukup kenal diri saya. Rasanya tak perlu kot."
"Jadi apa masalah kamu?"
"Cikgu boleh berikan tunjuk ajar tak dalam ilmu percintaan." Asal aku masuk bab ni pula. Tak apalah teruskan sajalah.
"Eh, tentang cinta?" Dia agak terkejut. "Kalau macam tu kamu kena banyak buat research lah. Saya takut saya bagi tunjuk ajar yang tak betul ja. Tapi kalau kamu nak tengok kamu ini jenis lelaki yang macam mana, kamu boleh buat inventori percintaan ini. Jangan risau tentang maklumat kamu, cikgu tak akan dedahkan kepada sesiapa." Cikgu Malik membawa keluar beberapa helai kertas yang dikepilkan sekali. "Kamu cuba jawab ini dulu. Siap nanti bagi dekat cikgu."
"Cikgu nak bila ni?"
"Ikutlah kamu nak bagi bila. Saya sentiasa ada di sini sahaja. Kamu tak nak rehat ka? Waktu rehat dah nak habis ni."
"Oh, kalau macam itu saya jumpa cikgu esoklah."
"Ha. Okay baik." Aku bersalaman dengan cikgu sebelum keluar daripada bilik kaunseling. Malang sekali, aku tak boleh membaca perkara yang dilakukan Cikgu Malik sebabnya dia memakai sarung tangan. Rasanya lain kali sahajalah. Ketika aku keluar, aku dapat melihat Alisa mengiring aku keluar.
"Terima kasih Alisa."
"Sama-sama." Aku terus bergerak ke koperasi sekolah untuk membeli roti. Tatkala aku berada tidak jauh daripada bilik kaunseling, aku mendapati yang Alisa masuk ke dalam bilik Cikgu Malik. Progress aku agak perlahan kali ini. Aku perlu berhati-hati. Selesainya urusan ku di koperasi, aku terus memasuki kelas. Tak sempat Kris datang ke arah ku, cikgu untuk mata pelajaran sains mula masuk ke dalam kelas. Aku selamat untuk sekarang.
Tamat sahaja kelas pada hari ini, aku terus keluar daripada kelas untuk bergegas pulang. Tatkala di tempat letak basikal, aku menemui Amin. "Lan, kejap lagi jom pergi tengok wayang. Ada cerita baru keluar."
"Okay. Boleh ja. Cerita apa?"
"Adalah tu cerita superhero orang putih. Aku tak ingat nama dia apa dia. Rancak gaklah trailer dia."
"Oh, hang belanja aku la."
"No problem tapi hang bawalah Kris."
"Seriouslah hang ni?"
"Haah aku serious."
"Oklah kalau macam tu aku try tanya dia."
"Mantaplah, hang memang kawan aku yang terbaik."
"Tak ada hal lah."
"Pukul 5 petang ni kita jumpa dekat mall."
"Okay." Aku segera pulang ke rumah setelah itu. Di rumah, aku memberitahu Kris mengenai petang ini.
"Macam mana hang nak pergi tak?"
"Wah, seronok juga tu. Akhirnya, boleh juga date dengan hang? Aku nak pakai apa eh." Date? Nampak dia macam happy ja lebih baik biar ajalah. Tak suka sangat nak ganggu mood perempuan bila dah happy ni.
"Kalau macam tu 4.30 ni kita geraklah."
"Okay." Sekarang dah pukul 4.00 petang. Aku bersiap-siap dulu sebelum nak keluar. Nak tunggu Kris bersiap lagi, ambil masa jugalah.
Dalam 4.30 lebih, kami keluar rumah. "Kita nak pergi naik apa?" Kris mula bertanya.
"Aku ingat nak naik basikal ja."
"Ish... hang ni." Dia memukul aku sedikit.
"Oklah aku cari Grab."
"Ha. Macam itulah." Kami tiba di mall pada pukul 4.50. Boleh kata dah lama jugalah aku tak datang ke sini. Tak tahu pula macam nak mati ja tempat ini. "Lan tempat apa ini?"
"Ini ja mall yang terdekat kalau nak tengok wayang. Mungkin sebab bankrupt kot. Dahlah jom naik, nanti terlajak masa tak seronok pula tengok.
Kami naik ke tingkat 3 iaitu yang teratas di mall ini. Amin memandang aku daripada jauh sambil terkebil-kebil matanya. "Lan, mai juga hang. Aku ingat hang tak nak mai dah. Aku beli dah tiket, jom masuk." Aku perasan ada seorang budak perempuan lingkungan sekolah rendah belakangnya.
"Siapa tu Amin?"
"Ini adik aku. Laili."
"Oh."
"Lan, hang kata kita berdua ja."
"Eh, bukan yang kata macam tu. Lagipun tu Amin budak kelas kita juga."
"Oh, macam mana pun aku duduk sebelah hang."
"Ok. Baiklah." Setelah membeli popcorn dan air di kaunter, kami masuk ke dalam panggung wayang tersebut. Pelan Amin tak menjadi apabila Kris tidak berada di sebelahnya malah sebelah aku. Kedudukan di panggung wayang tu sebegini. Kris di kerusi paling hujung sebelah kiri di bahagian tengah disusuli dengan aku, Amin dan adiknya Amin.
Tayangan filem telahpun tamat dan kami mula keluar daripada mall tersebut kira-kira pukul 7 petang. Mujurlah semua berjalan dengan lancar walaupun beberapa kali aku terkenang memori Kris. Asal dia selalu sangat pegang tangan aku. Aku rasa aku kena pakai glove lepas ni.
"Okay. Kita nak pergi mana sekarang?" Amin bertanya.
"Makanlah." Kris menjawab.
"Wei hangpa makanlah dulu, aku nak pi solat jap."
"Ha. Kami tunggu kat Restoran Hamdah." Amin jawab.
"Okay." Aku terus menuju ke masjid berdekatan dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Tatkala di masjid, aku perasan ada seorang lelaki yang paling aku familiar. Cikgu Malik. Dia dari mana eh. Sebabnya pakaiannya macam orang tengah berjalan-jalan ja aku tengok. Tanpa aku sedar, aku berada di sebelahnya. Mujurlah dia tak perasan pada mulanya.
Apabila habis sahaja menunaikan solat, semua orang mula bersalaman. Aku kalau boleh nak mengelakkan daripada bersalaman. Namun, dah orang hulur dulu kenalah sambut. "Lan..." Aku terleka sekejap apabila Cikgu Malik menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Oh, maaf cikgu. Ralit sikit." Akupun bersalam dengannya. Semasa bersalaman, aku dapat nampak apa yang dilakukan oleh Cikgu Malik sebelum ini.
"Lan, lama lagi ka kamu nak salam dengan saya ini?"
"Sorry cikgu." Aku melepaskan tangannya. "Semenjak dua menjak ni saya banyak mengelamun ja."
"Oh, biasalah tu zaman remaja ini. Tapi jangan mengelamun banyak sangat tak elok."
"Okay cikgu. Eh, cikgu daripada mana ni? Nampak smart ja saya tengok."
"Eh, mana ada smart. Ni baju saya pakai masa kat sekolah lagi tadi. Oh, saya jalan-jalan beli-belah."
"Sorang ja ka?"
"Taklah. Rahsia. Oklah saya nak gerak dulu. Hati-hati tau sekarang ada banyak kes-kes jenayah berlaku sekitar sini."
"Ok. Cikgu."
Kemudiannya, aku pergi ke restoran yang Amin beri tahu untuk makan bersama. Dalam perjalanan ke sana, aku nampak Cikgu Malik dan Alisa daripada jauh sedang berjalan bersama. Apa yang mereka buat. Bila diingat kembali aku ada sedikit baca memori dia. Tak salah aku beli-belah makanan dapur dan pakaian. Mungkin aku kena tanya mereka ja kot. Sebabnya lagi elok tahu benda sebenar daripada buat fitnah.
"Lan lambatnya hang." Amin memanggil ku apabila aku sampai di restoran tersebut.
"Ugh... Sorry la. Wirid panjang sangat tadi." Asal aku tipu pula eh. Padahal sekejap ja wirid dia tadi.
"Takpa-takpa aku paham. Jauhkan masjid tu."
"Hangpa makan apa la ni?"
"Oh, kami tunggu hang la. Baru order ayaq ja."
"Asal tak order makanan terus."
"Oh, pasal tu Kris yang suruh tunggu."
"Oklah. Ha jomlah order."
"Kak..." Amin memanggil tukang order untuk memesan makanan dan minuman. Apabila tukang order sampai, kami terus memesan makanan yang kami nak. Kami menunggu beberapa minit sahaja sebelum makanan sampai. Tukang masak di sini memang laju gila buat kerja. Rasa macam baru sangat order, tunggu kejap terus dapat makan. Makanan apatah lagi boleh tahan sedap juga.
Sesudah sahaja makan di situ, kami mula memesan Grab untuk pulang. Amin dan adiknya pulang dahulu manakala aku dengan Kris menunggu Grab. Ketika menunggu Grab, Kris ada bertanya kepada aku. "Hang ada sembunyikan apa-apa dari aku ka?" Entah kenapa bulu roma aku mula mencacak dan degup jantung aku berdegup laju. Apakah ini perasaan takut.
"Apa yang nak aku sembunyikan daripada hang? Bukan ka itu panggil private life?"
"Oh, betul ka?" Entah kenapa aku dapat rasakan yang dia ada aura psiko macam hari tu.
"Oklah. Oklah. Pasal yang Mastalker tu ja."
"Jangan kata hang stalk perempuan lain bila hang dah ada perempuan di depan mata."
"Ha. Grab dah sampai dah." Disebabkan aku tak nak jawab pertanyaan dia, aku terus menuju ke Grab. Keadaan memang sunyi semasa dalam Grab. Kami tak bercakap langsung. Tapi kalau diingat balik sejak bila dia jadi teman wanita aku. Kalau kawan wanita adalah. Eh, macam nak dekat sama saja. Entahlah, aku kena jadi neutral tapi tak tahu macam mana.
Semasa di rumah, aku kena soal dengan mak dengan banyak soalan. "Lan, dah nak masuk Isyak ini baru reti nak balik?" Aku tengok jam. Waktu Isyak lambat lagi nak masuk. "Kris, kamu pergi mandi dahulu." Mak cakap dengan Kris lembut pula. "Ni sebab apa balik lambat?" Aku tak menjawab. "Mak tanya ni?"
"Oh, mak nak suruh Lan jawab ka?"
"Ya lah."
"Tu la. Takut kena cop melawan cakap orang tua pula sebab tu tak jawab tu."
"Ha memandai la kamu."
"Solat Maghrib, makan dan tunggu Grab."
"Oh, takpa lagipun kamu bawa Kris tu kan." Aku mengangguk. "Dah kamu tahu bawa anak dara orang. Awat tak reti nak balik awal." Yang ni memang aku tak reti nak jawab.
"Minta maaf Mak." Hampir setengah jam jugalah kena membebel dengan Mak aku. Tak tahulah apa nak jadi dengan aku ini. Nasib baiklah dah habis juga. Aku terus mandi-mandi dan masuk ke dalam bilik. Waktu di bilik, Kris berada dalam bilik aku. Aku dapat rasakan yang dia tengah mencari sesuatu.
"Ehem…"
"Oh, Lan. Hang ada pen biru dak?"
"Ada. Hang nak berapa?"
"Satu cukup dah."
"Buat kerja sekolah ka?"
"Haah. Leceh la esok nak kena hantar dah."
"Kerja apa eh?"
"Yang karangan tu la. Jangan kata hang tak tahu."
"Oh, yang tu. Aku siap dah."
"Minta tolong ajar."
"Boleh ja. Hang nak buat kat meja mana satu." Aku bersila lepas membuka meja lipat.
"Aku buat kat bawah la, alang-alang hang dah buka dah meja tu." Malam tu aku mengajar Kris menyiapkan karangan bahasa Melayu. Mujurlah dia tak ada tanya apa-apa semasa menunggu Grab tadi.
"Ok. Kris. Aku tengok hang macam letih ja. Aku rasa lebih baik hang pergi tidur dulu."
"Ha. Ok. Terima kasih banyak. Good night."
"Ok. Good night."
Okay sekarang nak kena tidur awal pula. Aku kena siapkan job ini cepat. Kalau tak bising pula Si Kris tu.
"Cikgu Malik kata dia nak jumpa hang Lan." Alisa datang ke kelas aku semasa waktu rehat. Memang progress dia laju macam ini ka? Aku rasa lebih baik aku ikut ja.
"Alisa. Kelmarin aku rasa macam nampak hang ja. Betul ka?" Aku tanya dia sambil berjalan.
"Oh, hang mesti nampak aku dengan Cikgu Malik semalam." Aku mengangguk. "Tak yah risau sangat, lagipun dia tu abang aku."
"Oh, aku ingat ka apa. Ingat nak tegur tapi takut silap orang pula malu aku."
"Ha. Takpa-takpa biasalah tu." Dia tersenyum sedikit. "Tapi tak sangka pula ada orang yang jenis straight forward macam hang ini."
"Awat jatuh cinta ka. Haha…" Aku bergurau dengan dia.
"Haha... dah sampai dah."
"Alisa, terima kasih. Erm, kamu pergi la rehat dulu. Cikgu nak bincang benda yang sulit dengan Lan ini."
"Haah. Ok baik cikgu." Dia menunggu beberapa saat dahulu sebelum memulakan perbincangan.
"Ok. Lan sebenarnya ceritanya macam ini. Kamu tahu kan yang Alisa tu terlalu rileks dengan keadaan sekeliling dia. Saya sebagai abang dia risau sikit sebab tak boleh ganggu kehidupan dia. Sebab itu saya ada minta tolong kawan saya untuk tengok-tengokkan dia."
"Kejap cikgu. Siapa kawan cikgu tu?"
"Hazim. Dia junior saya dahulu masa dekat kolej."
"Apa kena mengena dengan saya pula?"
"Dia kata suruh minta tolong kamu." Asal kali ini aku kena jadi guard dia pula. Tak larat aku nak jaga Kris sekarang nak jaga Alisa pula. "Lan, kamu dengar tak?"
"Apa cikgu?"
"Boleh ke tak. Alisa tu tak ada kawan sangat. Dia selalu datang sini. Kamu jadilah kawan dia."
"Cikgu. Kawan ni sebenarnya tak boleh dijual beli. Cikgu nak ka dengar yang Alisa ada kawan yang dibayar untuk berkawan dengan dia. Saya tak boleh nak terima pertolongan ni. Tapi disebabkan orang yang saya bertemu adalah kawan saya, saya akan tolong dia semampu yang boleh."
"Hahaha…sebenarnya saya pun tak pasti yang saya ini cikgu kaunseling. Terima kasih Lan. Kamu nak jadi Pembimbing rakan sebaya (PRS) ka?"
"Eh, tak nak lah cikgu. Lagipun saya lagi suka kekal neutral."
"Uish. Jarang saya dengar benda ini daripada student. Oklah kalau macam tu."
"Okay. Terima kasih cikgu."
"Okay sama-sama." Aku terus keluar daripada bilik kaunseling terus.
"Ah, kiranya kali ini lain sikitlah daripada hari tu ka sama? Entahlah." Aku pergi ke kantin untuk membeli makanan. Aku mencari tempat duduk untuk duduk. Malangnya kebanyakan tempat duduk dah ada kumpulan pelajar yang duduk. Aku melihat ke arah seorang perempuan yang makan seorang diri. Aku nak cari tempat duduk nampaknya tak salah mencuba.
Aku cuba mendekatinya dan mendapati yang perempuan itu adalah Alisa. "Alisa, sorang sahaja ka?" Dia tengah makan mungkin tersedak sedikit. "Ni air." Dia terus mengambil air lalu minum. "Erm… tak apalah. Kosong ka?" Dia mengangguk.
"Oh, Lan. Dah habis dah ka sesi kaunseling?" Aku mengangguk.
"Hang sorang sahaja ka? Kawan-kawan hang?" Dia senyap buat seketika. "Sorry kalau tanya soalan sensitif macam ini.
"Eh, takpa. Aku tak ada kawan. Lagipun aku ini pelik sikit nak dibandingkan dengan orang lain. Sebab itu aku kalau boleh tak nak berkawan dengan sesiapa pun."
"Jangan risau, aku rasa aku lagi pelik."
"Hahaha… Lan jangan buat lawak kat sini tersedak aku. Hang lain Lan."
"Aku tak nak cakap alasan aku sebab apa. Ramai yang tak percaya dan mereka kata aku ini penipu." Aku memberikan tisu poket aku kepadanya.
"Nah, lap hingus tu."
"Oh, malu aku jadi bila lelaki bagi benda ini kat aku."
"Taklah. Aku tahu yang kuah sambal tu pedas sebab tu aku prepare tisu tu."
"Terima kasih Lan."
"Tak apa Alisa. Kalau hang boleh rasa nak share masalah hang dekat aku boleh ja, mana lah tahu aku boleh tolong hang."
"Tak apa. Tapi kalau hang nak tahu. Balik kejap lagi, aku nak hang singgah bilik kaunseling." Apa yang dia nak aku buat di sana. "Lagi satu Lan, terima kasih tisu ini." Dia memberikan kepada aku tisu yang selebihnya.
"Sama-sama." Apabila aku mengambil sahaja. Aku mendapati rasa memori Alisa. Ianya penuh dengan masa lalu yang gelap dan sedih.
"Lan. Hang menangis ka?"
"Eh, taklah! Sambal ini yang pedas." Aku menyapu mata ku yang berair dengan tisu.
"Oh, kalau macam tu. Aku gerak dulu." Biar betul apa yang aku rasakan tadi. Aku cepat-cepat bangun dan balik ke kelas. Aku rasa lebih baik aku buat-buat tak tahu sahaja.
"Lan, masalah apa hang buat kali ini?" Amin bertanya kepada aku sebaik sahaja masuk ke dalam kelas.
"Cikgu Malik tu tanya aku nak jadi PRS ka tidak ja."
"Pastu hang jawab apa?"
"Dah tentu-tentulah aku jawab dak."
"Macam tulah Lan, always be natural."
"Macam tulah tu." Aku perasan yang Kris sedang merenung aku daripada jauh. Apa yang dia nak pula kali ini. Bahaya lah perempuan ini. Aku rasa aku kena hire bodyguard lah pula lepas ini.
Habis sahaja waktu kelas, sebelum ke bilik kaunseling aku berjumpa dengan Fasha buat seketika. "Fasha, tolong aku tengokkan Kris kejap. Aku risau la dengan dia."
"Ha. Boleh, tapi aku kerja tak free."
"Oklah macam mana pun. Aku gerak dulu." Dengan segera aku menuju ke bilik kaunseling jauh daripada radar Kris.
"Ha. Lan, sampai juga hang. Aku ingat nak pi Jemput hang. Duduk la dulu kat sofa tu."
"Sebab apa suruh aku datang sini time balik ni?" Aku melihat Alisa yang cuba untuk menutup pintu bilik kaunseling ini. "Eh, asal tutup pintu tu?"
"Kejap ja nak make sure line clear ja."
"Apa sebenarnya ni? Mana cikgu-cikgu dalam bilik ini?"
"Aku nak hang jadi orang yang pertama selepas keluarga aku." Asal dengar macam pelik ja ini.
"Tak boleh ka kalau straight to the point?"
"Oklah. Baru nak buat ayat double meaning. Ceritanya macam ini."
Ada seorang budak perempuan. Dulu dia selalu kena buli dengan kawan-kawannya. Habis.
"Eh, lajunya!"
"Kata straight to the point. Oklah aku bagi panjang sikit."
Dahulu, ada seorang budak perempuan, dia sekolah rendah. Berumur 13 tahun. Dia seorang yang peramah dan suka berkawan. Kebanyakan pelajar dalam kelasnya menyukainya akan sifat dan keperibadiannya. Namun, bukan semua orang yang suka orang baik. Ada sahaja cara orang lain nak menjatuhkan dia.
Suatu hari, budak perempuan tersebut mendapat sepucuk surat yang berada di bawah mejanya. Dia mula membaca surat tersebut dan mendapati seseorang ingin bertemu dengannya. Pertama kali mendapati surat, tanpa usul periksa, dia mengikuti apa yang surat itu beri tahu.
Dia menuju ke sebuah kelas kosong selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut. Apabila dia masuk sahaja ke dalam kelas tersebut, dia menemui sebanyak tiga orang perempuan dan seorang lelaki berada di dalam kelas tersebut. Lelaki tersebut nampak seperti Senior dan perempuan-perempuan tersebut adalah daripada kelasnya.
Dalam kelas itu, yang nak jumpa adalah perempuan daripada kelasnya. Lelaki itu hanya berada di sebuah meja dan melakukan kerjanya, dia tengah mendengar lagu sambil mengulang kaji pelajaran.
Budak perempuan tersebut mula curiga dengan suasana tersebut tetapi cuba untuk bertindak tenang dalam situasi seperti berikut. "Apa yang korang nak daripada aku?" Budak perempuan tersebut bertanya.
"Kami dah fed up dengan perangai hang. Acah baik konon. Bukan tu saja. Semua orang asyik cakap pasal hang ja. Meluat aku dengar." Salah seorang perempuan kelasnya berkata.
"Asal tak tolong sahaja orang-orang. Bukankah lebih baik memberi daripada menerima?"
"Sebab inilah aku tak suka orang negeri lain mari sekolah kita, Hangpa tengok macam mana dia cakap." Perempuan tadi bercakap juga.
"Hmm… aku memang tak pandai lagi cakap pelat utara tetapi aku tengah belajar. Bukannya semua orang boleh pandai terus tanpa belajar."
"Iya ja lah hang ni."
"So, sebab apa ini? Aku nak kemas kelas dulu sebelum balik ini. Kalau tak ada apa-apa aku nak gerak dulu." Tak sempat budak perempuan tersebut hendak keluar daripada kelas tersebut, seseorang menarik tudungnya daripada belakang. Kemudian, menjatuhkannya ke lantai kelas tersebut.
"Oi, hang nak pi mana tu? Ingat hang boleh lepas macam itu sahaja ka." Pada waktu tersebut suasana mula menjadi riuh. Budak perempuan tersebut dikepung dan disepak-sepak oleh perempuan-perempuan tersebut. Budak perempuan itu menangis sambil mengerang kesakitan. Dia merasa seperti telur di hujung tanduk. Sehinggalah lelaki yang tengah melakukan kerjanya masuk campur.
"Tak guna! Aku dah cakap kalau nak buat kerja dekat sini jangan bising, ini mengalahkan lagi pasar malam. Oi, hangpa tiga! Yang ini sebab apa dia jadi macam ini?"
"Pasal tu ka. Cabut geng."
"Tak guna betul budak-budak zaman sekarang. Hang ini OK tak?" Lelaki tersebut memberikan tisu poket kepada perempuan tersebut. "Hang sedih sebab apa? Sakit?" Perempuan tersebut menggeleng. "Putus asa?" Dia menggeleng. "Kawan tak suka?" Dia mengangguk, "Hang kena faham bukan semua orang boleh terima sesuatu. Kalau hang nak jadi baik, hang kena ingat yang itu adalah naif. Aku ada rekod perbualan tadi. Jadi, kau nak tunggu masa untuk balas dendam ataupun kau nak bagi rekod ini dekat cikgu disiplin? Pilihan ini memberikan impak yang besar kepada hang. So, pilihlah nak yang mana satu."
"Aku…tak nak." Kemudian budak perempuan tersebut terus keluar daripada kelas tersebut. Dia tidak tahu yang pilihannya keluar kelas sama dengan dia mahukan untuk membalas dendam.
"Hei, budak. Kalau nak cari aku. Aku ada di sini time habis waktu sekolah."
Apabila budak perempuan tersebut masuk ke dalam kelas, kelas berada dalam keadaan yang bersepah dengan sampah di merata-rata tempat. Kalau tak salah dia sebelum keluar kelas tadi, kelas tak lah seteruk macam ini. Apa yang dah berlaku? Dia tidak mahu berfikir panjang dan terus membersihkan kelas.
Ketika dia mahu memadam papan putih, dia ternampak ada tulisan yang mengejinya dengan pelbagai kata kejian. Dia bertahan dan sabar atas apa yang dia baca. Dia memadam papan putih tersebut dan mengemas kelas lagi. Setelah hampir setengah jam mengemas kelas, dia mengambil begnya untuk dibawa pulang.
Alangkah peritnya perasaan apabila begnya digunting daripada bawah membuatkan ada lubang besar pada bawah begnya. Dia pulang rumah dengan begnya yang koyak dan kerja rumah yang hendak dibawa pulang. Kerja rumah ketika itu sudahlah ada banyak. Memang bukan hari dia ketika itu. Walaubagaimanapun, dia masih lagi bersabar dan tenang.
Keesokannya dia datang ke sekolah, ramai orang memandangnya aneh. Dia agak hairan pada mulanya, apabila dia masuk sahaja ke dalam kelas. Pelajar dalam kelas tersebut tengah membersihkan kelas. Dia agak hairan apa yang terjadi, padahal dia dah mengemas kelas dah pada kelmarin. Ramai yang memandangnya.
Kemudian, perempuan yang membulinya semalam mula bersuara. "Tahulah kalau balik lambat pun semalam tapi janganlah sepahkan kelas." Dia terkejut, entah kenapa ada percikan api sedikit pada hatinya. Kemudian, satu kelas mengata pada dia. Bermula pada hari tersebut, perempuan tersebut dibuli dengan teruk. Tiap hari tempat duduknya dipenuhi dengan gam, kena cuak air semasa berada dalam tandas, dan terpaksa membersihkan kelas di mana kelas tersebut akan kotor juga pada esok hari. Hari demi hari imejnya di sekolah menjadi semakin buruk. Jika sehari dua macam ini tak apa. Ini sudah lebih seminggu dua sudah dia kena buli. Dia sudah tak dapat untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. Walaupun memberi tahu guru, dia masih tidak diendahkan. Tidak ada bukti yang kukuh untuk mengatakan yang mereka membulinya. Dia tak nak melibatkan keluarganya dalam hal ini. Dia juga tak larat nak jelaskan kepada ahli kelasnya. Mereka tak nak dengar penjelasan daripada dia.
Dia perlu melakukan sesuatu. Nampaknya, tiada pilihan lain lagi. Dia menemui lelaki yang memberi cadangan kepada dia dahulu. "Aku dah agak, hang akan datang juga,"
"Aku dah decide apa yang akan terjadi pada masa hadapan aku."
"Mantap, hang nak yang mana satu? Balas dendam ataupun rakaman?"
"Bagi aku dua-dua. Aku kena balas mereka atas apa yang mereka dah buat dekat aku."
"Hahaha… menariklah jawapan hang ni. Oklah aku bagi dua-dua. Untuk balas dendam nak aku ajar ka dekat hang?"
"Tak perlu."
"Kalau hang nak tahu aku ada rakam apa yang budak bertiga tu buat dekat hang sebelum ini."
"Macam mana kau boleh buat benda macam tu?"
"Hang ingat aku duduk dekat sini buat apa? Aku ada mata-mata."
"Baguslah lagi senang aku nak balas dendam."
Bermula hari tersebut, budak perempuan tersebut sudah berubah. Walaupun dia cuba berlakon seperti biasa, dirinya yang sebetulnya penuh dengan hasad. Pada tamat sesi persekolahan, dia sering menemui lelaki tersebut dan berbincang. Dia memulakan dengan meletakkan paku tekan pada kasut tiga perempuan tersebut. Dia tahu yang mereka akan mengotorkan kelas apabila dia pulang. Suatu hari itu, dia berlakon pulang awal dan menunggu tiga orang tersebut membuat kotor kelas. Apabila mereka bertiga balik. Dia masuk kembali ke dalam kelas dan meletakkan sampah-sampah yang mereka sepahkan kedalam meja mereka. Buku-buku teks mereka disembunyikan dan dia mengepil stapler pada buku latihan mereka.
Keesokan harinya, perempuan bertiga tersebut pelik sebab apa kelas nampak bersih padahal dah kotorkan kelmarin. Lagi pelik, meja mereka bertiga dipulaukan ke penjuru kelas. Apabila mereka menuju ke meja mereka masing-masing, mereka mula menyumpah. Bau meja mereka sangat busuk. Mau tidaknya, sampah penuh bawah meja tu. Ada sisa makanan ada yang sampah biasa.
Mereka tahu yang ini mesti kerja budak perempuan tu. Apabila waktu rehat, budak perempuan tersebut masuk ke tandas. Dia diikuti daripada belakang. Tuah dia kali ini ramai yang berada dalam tandas. Dia bersembunyi di belakang pintu dalam tandas. Sebaik sahaja tiga orang tersebut masuk, dia terus keluar dan pulang ke dalam kelas. Dia tahu mesti mereka akan cuak air ke dalam tandas kali ini.
Jadi, dia melakukan operasinya yang seterusnya pula, dia meletakkan gam putih, cat putih dan mayonis pada kerusi mereka bertiga. Kemudiannya dia keluar menuju ke dalam perpustakaan menunggu waktu rehat untuk tamat. Apabila dia masuk sahaja ke dalam kelas dia mendapati yang mereka bertiga itu tengah berada dalam keadaan yang cuak ditambah pula mereka duduk di kerusi mereka sekarang.
Apabila dia duduk di tempat duduknya, dia terdengar mereka bertiga bercakap. "Tulah, aku kata cukup-cukup la dengan dia, sekarang tengok jadi apa dekat kita. Ini balasan balik kita kena."
"Hang jangan cakap apa-apa boleh tak, buat rileks saja." Hari ini mereka ada sukan. Daripada pagi mereka tak menggunakan buku teks. Selepas rehat ada cikgu ini dia selalu mengejar menggunakan buku teks. Siapa tak bawa kena denda. Tambah pula, mereka bertiga tersebut tengah mencari buku teks sekarang.
"Wei, tak ada buku teks aku."
"Aku pun sama."
"Sama lah."
"Jomlah cari." Bila mereka bangun dan menoleh ke belakang. Ada beberapa pelajar dalam kelas mula gelak. Baju tak cukup putih ka sampai nak pakai warna putih tu. Hahaha…" Budak lelaki memulakan dahulu membuatkan mereka baru sedar yang ada warna putih pada tempat duduk mereka.
Laju-laju mereka keluar kelas dan ke tandas. Mujurlah pakai seluar ketika itu. Budak perempuan tersebut masih tak puas dengan perkara yang dilakukannya ini. Mereka bertiga ponteng kelas untuk lepas rehat, alasan tak sihat. Pada waktu habis sesi persekolahan, dia meletakkan surat pada tempat duduk mereka bertiga untuk berjumpa. Dia mahu akhirkan balas dendamnya pada hari ini juga.
Dia menunggu beberapa minit sebelum mereka hendak datang ke tempat pertama kali dia dibuli. "Hang rasa betul ka apa yang hang buat ini?"
"Betul dan salah seseorang itu bergantung apa yang seseorang itu fikir. Kalau salah jadi salahlah, kalau betul jadi betullah. Lagipun aku memang tahu yang ini salah. Cumanya api dalam hati aku masih lagi marak."
"Kalau hang cakap macam tu, aku pergi tandas dululah." Apabila keluar sahaja lelaki tersebut, mereka mula masuk.
"Hang ini kan pompuan. Kecik besar kecik besar ja aku tengok."
"Jadi dah faham lah apa yang aku rasa selama ini."
"Hang tau dak yang kami ini melawak ja ngan hang. Nak melawak pun tak boleh."
"Tak. Aku nak tanya ini lawak ka? Memalukan orang." Budak perempuan tersebut menuju ke arah mereka bertiga dengan mukanya yang bengis.
"Hang ini memang nak kena ini." Tak sempat dia tampar budak perempuan tersebut dia tunduk dan menarik tudung perempuan tersebut lalu jatuh. Kepalanya terhantuk pada lantai. Kemudian, dia menumbuk perut perempuan yang berada di samping perempuan tadi. Dia juga memberikan tendangan sehingga mereka terjatuh. Dia menarik mereka bertiga ke tempat yang sama. Menunggu mereka sedar kembali daripada pengsan.
"Oh, dah habis dah ka?" Budak perempuan tersebut mengangguk.
"Aku bagi mereka betiga ini dekat hang. H\ang tahu kan nak hukum macam mana."
Lelaki tersebut tersenyum sambil mengangguk berulang kali. "Dah tentulah."
"Kalau macam tu aku pergi dulu. Rakaman yang aku kena buli tu aku nak hang viralkan."
"Ok. Boleh." Di situlah bermulanya kisah gelap budak perempuan tersebut.
"Sampai situ sahaja aku ingat." Dia dah habis dah bercerita.
"Eh, Alisa. Siapa dia perempuan tu?" Aku tahu yang budak perempuan itu dia cumanya aku nak pastikan yang itu betul ka tak.
"Aku dah agak ini. Hang orang pertama yang tanya aku. Orang terakhir yang tanya aku tu. Tak selamat."
"Entahlah cerita yang hang cakap tu macam tergantung. Lagipun aku takpun nak kata setuju dengan budak perempuan tu buat dan takpun nak tentang apa yang dia buat. Satu lagi, apa yang jadi dekat tiga orang tu?"
"Aku tak tahu." Nampaknya aku kena buat kajian pasal hal ini. Siapapun lelaki tu, dialah punca utama kes pembulian boleh terjadi.
"Oh, hang ada apa-apa tak nak kata lagi? Aku nak balik kalau macam ini."
"Ada, ya budak tu memang aku. Lepas aku pindah sekolah, aku tak berapa nak ingat pasal kejadian tu. Lelaki tupun aku tak ingat muka dia macam mana. Tak salah aku dia macam ada join organisasi tertentu. Aku tak sure sangat, mungkin itu kot."
"Oh, dah lewat dah ni. Esok aku lepak sini lagi boleh?"
"Hmm… Boleh." Apabila aku buka sahaja pintu bilik kaunseling, dua orang yang aku kenal berada di luar. Mereka berdua kelihatan seperti mencuri dengar perbualan kami tadi?
"Kris! Fasha! Apa kejadah hangpa buat kat sini?"
"Ini Kris ajak cari hang. Dia nak cakap sesuatu."
"Apa Kris?"
"Jom balik."
"Sorry Alisa tentang mereka berdua ini. Aku balik dululah." Alisa mengangguk dan tersenyum.