Chereads / Mastalker / Chapter 16 - BAB 16

Chapter 16 - BAB 16

Di tempat letak basikal, Kris bertanya sesuatu kepada aku. "Apa yang hangpa buat dekat dalam bilik tu dua orang?" Aku dapat rasakan yang dia seperti menahan kemarahannya.

"Kejap lagi, jom kita pergi ke library lepas balik rumah. Aku nak discuss sikit."

"Boleh ja. Tapi bagi tahu dulu apa yang hangpa buat."

"Tak ada apa sangat. Dia cuma bagi tahu rahsia dia ja."

"Yang tu ja?"

"Ha. Yang tu ja. Hang nak expect apa lagi selain tu."

"Tak lah." Nampaknya mood dia kembali OK.

Di perpustakaan, aku menuju ke Hazim yang berada di meja tingkat atas. "Lan, ada apa ini? Kerja Ok?" Hazim bertanya manakala Kris duduk semeja dengan Fasha berdekatan dengan Hazim.

"Masih lagi dalam siasatan. Sebenarnya, aku nak tahu lagi identiti client kita."

"Hmm...jarang tengok kau semangat macam ini. Ada apa ini?"

"Tak lah. Aku rasa macam client kita kali ini macam ada satu trauma yang tak boleh nak padam."

"Trauma? Maksud hang?" Fasha yang berada di situ bertanya kepada aku.

"Lan, hangpa sembang dulu. Aku pergi cari maklumat pasal client kita." Hazim bangun nak masuk ke dalam bilik komputer yang Diana selalu duduk.

"Aku cuma perasan ja yang dia cuba untuk menjauhkan diri daripada kawan kelas dia. Tambah-tambah daripada kalangan perempuan." Aku sambung jawab persoalan daripada Fasha.

"Hang pasti ka yang dia buat macam tu? Ka dia jenis budak introvert." Aku menggeleng.

"Tak, aku tak rasa dia tu alone. Sebab obvious sangat bila aku cakap dengan dia, dia tak rasa gagap nak bercakap. Satu lagi sebab aku kata dia menjauhkan diri daripada kalangan perempuan sebabnya di kantin sekolah, aku nampak dia duduk dekat meja sorang-sorang. Padahal ahli kelas dia yang lain semua ada dekat satu meja. Panjang pula tu kalau boleh."

"Eh, kejap! Budak yang hang mention tu Alisa ka?" Aku mengangguk. "Oh, dia tu memang macam tupun dari dulu lagi. Biasalah tu budak perempuan."

"Tak, bagi aku tak biasa. Biasa ka bila student selalu pergi ke bilik kaunseling, biasa ka bila seseorang tu memulaukan diri sendiri tanpa sebab dan biasa ka orang depan aku cakap biasa dekat kawan kelasnya sendiri?"

"Hmm... yang last tu aku rasa biasa kot. Tapi asal hang ambil berat sangat kes ini?"

"Entahlah, aku rasa macam memori dia tu bersatu dengan aku. Aku dapat rasa macam mana kejamnya waktu kena buli. Tiada orang yang nak cuba tolong kita. Hang pernah rasa benda macam tu?"

"Tak. Aku tak pernah."

"Fasha, aku rasa betul juga apa yang Lan cakap. Aku pernah juga rasa macam mana kena buli, sebab tu aku tak keluar-keluar rumah. Tapi lepas aku jumpa Lan semua berubah..." Kata-kata Kris dipotong.

"Ok. Lan. Aku dah jumpa. Nama dia Nur Alisa Binti Nazim kan?"

"Ya. Kot."

"Ini dia." Aku menerima sehelai kertas yang Hazim dapatkan daripada bilik Diana.

"Terima kasih Hazim."

"Tak ada hal ah."

Aku mula membaca data yang Hazim berikan kepada aku. Aku cuba untuk fahamkan maklumat penting dan kes yang pernah berlaku beberapa tahun lepas. Aku cuba mencari maklumat pasal kes buli. Nampaknya tiada, apa yang dah jadi. Dia langsung rekod dibuli dan kes gelap dalam ini. Sepertinya ada sesuatu yang tak kena.

"Hazim, data ini macam tak lengkap sahaja."

"Ya ka?" Aku mengangguk. Dia melihat kembali kertas yang dia berikan kepada aku. "Oh, data dia kena padam. Nampaknya ada orang yang tolong bersihkan data dia."

"Jadi apa yang terjadi?"

"Aku risau yang dia akan jadi target orang yang cuci data ini. Lebih baik kau jaga dia." Aku mengangguk. "Kalau ada apa-apa perbelanjaan dengan dia, bagi tahu aku. Aku transfer dekat kau."

"Orrait terima kasih."

"Ha. Lupa lak nak bagi tahu. Aku tak ada minggu ini. Ada kerja sikit kat luar. Kalau ada apa-apa boleh contact aku takpun tanyalah sapa-sapa dalam library ini. Dia pun boleh tanya juga."

"Ok. Baik." Aku dan Kris melepak dalam perpustakaan lebih lama lagi. Kris membaca buku novel yang ada di rak berdekatan manakala aku bermain game dalam fon.

"Kris, cer try buku ini." Fasha memberikan kepada Kris buku novel.

"Mr Bodyguard I Love You. Eh, cerita apa ini?" Kris menyoal Fasha.

"Ini cerita yang tengah trend sekarang. Ramai orang tengah sembang pasal cerita ini."

"Oh, ya ka? Cerita dia macam mana?"

"Dia pasal seorang perempuan yang hire bodyguard. Sweet lah cerita dia. Hang pasti suka punya cerita dia."

"Tu tak macam sinopsis bagi aku. Tapi tak apalah aku try baca cerita ini."

"Macam tu lah. Lan, hang tak nak baca sekali ka?"

"Tak nak lah aku. Aku malas baca novel."

"Ala." Kris mengeluh.

"Biarkan sahaja dia tu." Fasha menghasut Kris.

Beberapa jam telah berlalu, aku mengajak Kris balik. Tak nak kena berbebel macam hari tu lagi. Cukuplah sekali bulan ini. "Nak balik dah ka?" Fasha bertanya.

"Haah." Kris mengangguk.

Sebelah malam di rumah pula, Kris menyuruh aku mengajarnya melakukan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu di sekolah tadi. "Lan, tolong aku Lan." Sekarang dia tengah berada dalam bilik aku.

"Apa dia Kris?"

"Ajar aku buat latihan add math dengan fizik. Tak fahamlah cikgu ajar tadi."

"Hang tak faham. Tadi cikgu tu tanya faham ka tak, kata faham. Nilah jadi dia."

"Aduh, biasalah tu. Aku faham yang aku tak faham. Cepatlah, mau beruban rambut aku pikir soalan ini."

"Oklah. Oklah. Mana dia?"

"Yang ini sampai ini." Dia menunjukkan kesemua soalan yang dia tak faham."

"Ini semua ini. Tak apalah aku ajar basic dulu." Aku mula mengajar dia asas menjawab soalan matematik tambahan yang ditanya. Agak susah juga nak faham kan orang. Macam manalah cikgu-cikgu kat sekolah ajar bagi faham. Nampaknya aku baru merasa sedikit penat-lelah menjadi cikgu malam ini.

"Hang faham tak lagi?"

"Bolehlah faham. Terima kasih Lan. Sayang hang."

"HAH!" Aku terkejut mendengar apa yang dia kata. Padam memori lekas. Cepat-cepat sebelum aku fikir pelik-pelik. Aku tarik nafas dan lepas.

"Sebab apa ini Lan? Gelabah pelik ja." Kris tersenyum.

"Agaklah hang cakap benda pelik-pelik malam ini."

"Tapi kat tempat aku, cakap benda ini biasalah."

"Aku tak biasalah dengan benda ini."

"Oklah kalau macam tu. Thank you. Aku gerak dulu wei."

"Ha, Ok. Ok." Kemudian, Kris keluar daripada bilik aku.

Haish apa nak jadi budak-budak zaman sekarang. Selepas tutup lampu dalam bilik, aku terus baring atas katil dan memikirkan tentang masalah Alisa. Sebenarnya, siapa lelaki tu? Kenapa aku dapat rasa yang memori dia tidak sama dengan apa yang dia katakan. Apakah ada perkara yang disembunyikan ataupun dimanipulasi. Entahlah, lebih baik aku tak payah fikir panjang. Tidur lah senang daripada fikir masalah orang, stress pula nanti.

Di sekolah pada waktu rehat, aku ke bilik kaunseling. Aku menemui Alisa di sana. Aku memberi salam ketika masuk, namun tidak dihairankan. Aku masuk ke dalam bilik tersebut dan mendapati yang Alisa sedang membaca sebuah novel. Aku tak dapat untuk membaca tajuknya. Tapi yang aku pasti novel tu macam pernah aku nampak sebelum ini tapi di mana ya? Aku tak berapa nak ingat.

"Yo, Alisa!"

"Hah!" Alisa terkejut. Kemudian dia memandang ke arah ku, "Lan, buat apa kat sini? Ada sesi kaunseling ka." Aku menggeleng. "Habis tu?"

"Oh, saja la. Tengok hang melepak dekat bilik kaunseling boleh lak."

"Aku lain. Aku PRS. Hang kan student biasa ja."

"Eh, macam tu pula?"

"Ha. Macam ni lah. Nak buat macam aku jadi PRS. Bolehlah lepak kat sini."

"Tak naklah aku. Eh, hang baca novel apa tu? Asal aku macam pernah tengok ja cover novel tu."

"Ini novel Mr. Bodyguard I Love You. Trend novel ini sekarang."

"Uish, tak tau pula aku perempuan memang test dia ngan pak guard." Tapi kalau tak salah aku macam pernah aja dengar tajuk novel tu. Tak silap aku, Fasha ada tunjuk dekat Kris pasal novel tu. Tak tahu pula yang novel tu memang trend.

"Mana adalah, lagipun cerita ini memang lain daripada yang lain. Yang hang cakap tu security guard. Yang aku cakap ini bodyguard. Mana sama. Lagipun bodyguard ini kena hire dulu. Dia macam penjaga peribadi jugalah."

"Wow, hang macam berpengalaman. Hang mesti ada sembang cerita ini dengan Fasha?" Entah kenapa keadaan menjadi sepi buat seketika.

"..." Dia senyap buat seketika. "Ha. Sebab apa hang nak melepak dekat sini?" Dia ubah topik.

Aku melihat sekeliling dan nampak ada satu dek kad 'Happy Family'. "Eh, jom main Happy Family." Aku mengambil kad tersebut. "Nak main tak?"

"Boleh juga." Aku mengocak kad tersebut dan menyusun kesemua kad tersebut di atas meja di depan sofa. "Ini main apa ini?"

"Kita main memory game."

"Oh, menarik."

"Kan. Tolong aku susun sekali boleh tak?"

"Macam mana?"

"Hang susun bagi terbalik dan bagi semua sama rata setiap line." Mujurlah dia tahu macam mana nak susun.

"Ok. Pastu macam mana nak main?"

"Game dia, hang kena matching kan pair kad ini. Siapa yang kumpul kad yang banyak dia yang menang. Hang boleh flip dua kad setiap turn. Kalau hang flip kad tu match pair dia. Hang boleh flip lagi, sampailah hang flip tak match."

"Ok. Faham. Siapa nak mula dulu."

"Kita buat gunting batu kertas." Kami menentukan giliran melalui gunting batu kertas. Nampaknya, aku tak ada nasib nak menang dalam menentukan giliran ini.

"Ok. Aku start dulu." Dia mula membuka satu kad dan kad lain. Malang sekali dua-dua tak sama. "Lepas tu nak buat macam mana ini?"

"Hang tutup balik kad tu."

"Eh, macam tak adil ja."

"Mana ada, sebab tulah dia panggil memori. Lagipun game ini ada guna nasib juga."

"Oh, alang-alang game ini hang nampak macam pro. Apa kata kita buat pertaruhan?"

"Oh, sorrylah aku tak main judi."

"Bukan pertaruhan duit. Tapi sesiapa sahaja yang kalah kena dengar permintaan daripada yang menang." Alamak dia olah ayat dia lah pula.

"Oklah. Tapi jangan request yang pelik-pelik."

"Asal hang pula yang cakap macam tu?"

"Entahlah aku rasa seram-sejuk pula bila hang cakap dengar permintaan ini."

"Kalau hang takut, make sure hang menang."

"Oklah." Aku buka satu kad depan aku dan satu lagi berdekata dengan kad tu. Nampaknya sama. Aku dapat satu mata di situ. Kemudian, untuk kali kedua pula aku tak dapat kad yang sama. Aku tutup balik kad tersebut.

"Aku pula." Dia melakukan cubaan pertama untuk pusingan kedua. Dia menarik kad yang dia ambil tadi kemudian dia samakan dengan yang lain. Dia mendapat satu mata. Kemudiannya, dia memilih kad yang lain. Nasibnya juga kali ini dia mendapat mata yang kedua. Dia memilih kad yang seterusnya dan seterusnya, membuatkan dia hampir mendapatkan kesemua kad yang ada di hadapan meja. Dia mengakhirkan kad yang ada di atas meja dalam satu pusingan itu sahaja. "Alamak dah habislah. Hahaha...seronok lah game ini."

"Ack!" Aku terkejut melihatnya mendapatkan kesemua kad di atas meja ini. Apakah dia raksasa? Ataupun ada cermin bawah meja ini. Nak kata ada cermin meja ini meja kayu. Apa helah dia sehinggakan sehebat ini. Aku tak percaya.

"Eh, sorry lah. Aku lupa lak yang aku main dengan hang. Kiranya ini aku menang dah lah?" Aku mengangguk.

"Tapi macam mana hang buat?" Dia senyum dan bercakap.

"Rahsia, mana boleh tunjuk trick dekat orang."

"Tch, kalau macam tu tak apalah. Mai, aku letak balik dalam kotak kad dia." Disaat aku mengambil kad yang dia pegang, aku secara tidak sengajanya tersentuh sedikit jarinya. Membuatkan aku mula teringat memorinya. Aku ada nampak memori dia sedang berlatih bermain permainan memori ini sorang-sorang. Dan dia ada set pattern dekat setiap kad. Macam itulah cara dia menang. Alamak aku patut tahu benda ini dari awal.

"Lan, hang tahu kan yang aku dah lepas kad tu?"

"Oh, sorry-sorry. Aku perasan yang sekarang dah nak habis waktu rehat dah."

"Ha, patutlah. Hang kalahkan. Apa yang aku nak minta kat hang?"

"Sorry, aku tak ada duit."

"Eh, taklah kan aku kata aku tak nak duit."

"Termasuk apa-apa yang melibatkan wang."

"Hmm... susah macam ini. Kalau macam tu, hang jadi kawan aku boleh tak?"

"Bukan ka kita dah jadi kawan ka?"

"Ya ka?" Aku melihatnya sedikit gembira. "Aku ingat ka hang pandang aku sebagai PRS yang senyap tak pedulikan orang."

"Taklah. Buat apa aku nak fikir kat orang macam tu. Lagipun, aku tak nak hidup dekat sekolah ini mendapat memori yang sia-sia. At least, dapat memori yang bahagia sebelum graduasi."

"Wow, kata-kata motivasi lah pula!"

"Haah. Kekadang dia jadi sendiri. Tak tahulah, memang ikut mood juga kot. Hah! Apa kata hang kawan dengan kawan aku? Mereka unik sikit tapi baik."

"Kelakar lah hang ini Lan. Memang suka loya buruk lah. Alang-alang kita dah berkawan, ini nombor telefon aku. Hang punya berapa?" Dia memberikan kepada ku sekeping kertas yang berisi nombor telefonnya. Aku memberikan benda yang sama setelah diminta. "Ok. Baik. Nanti balik aku contact hang. Lagi satukan bukannya aku taknak kawan banyak, cumanya aku tak yakin yang mereka akan sukakan aku ataupun tak."

"Belum cuba belum tahu. Boleh ja, nanti aku kenalkan hang dengan Kris. Kalau tak ada apa-apa, aku gerak dulu."

"Lan, hang dah ada ka?"

"Ada apa?"

"Girlfriend?" Wah, memang 'straight to the point' lah!

"Asal? Rasanya bagi aku tak ada lagi kot. Kenapa tanya?"

"Tak ada apalah. Bye." Mukanya merah. Asal aku rasa yang musim mengawan dah nak dekat. Aku melihat suasana sekeliling sebelum masuk kelas. Aku melihat yang ada pasangan lelaki dan perempuan berjalan be rsama, makan bersama dan melakukan banyak perkara lagi bersama-sama. Patutlah, musim mengawan dah mula.

"Minta-minta aku dijauhkan diri daripada perkara zina. Amin."

"Eh, Lan! Baiknya hang. Baca doa sebelum masuk kelas ka?" Amin menyapa ku daripada belakang.

"Haah."

"Awat wei?" Amin melihat suasana sekeliling dahulu. "Oh, ni mesti hang trauma lagi dengan tragedi lalu?" Aku mengangguk. "Jomlah masuk kelas dulu sejukkan kepala kat bawah kipas." Aku dan Amin menarik kerusi duduk dekat meja guru. Maklumlah kipas angin betul-betul atas meja guru.

"Musim mengawan dah mula, aku memang tak nak bercinta lagi." Aku bercakap perlahan.

"Ala, kesiannya. Bersabarlah kawan ku, dugaan itu datang dan kita perlu menempuhnya dengan hati yang terbuka."

"Tak, ini kesan kena reject banyak kali ka?"

"Eh, berani hang cakap kat aku macam tu."

"Ala, mengaku jalah. Betulkan?" Amin mengangguk.

"Apa boleh buat. perempuan tak suka lelaki macam aku ini. Hang lain lah, duduk serumah dengan perempuan cantik. Macam mana lah hang tak boleh dapat juga."

"Aku dah tutup dah hati aku dengan semua orang perempuan. Setakat nak kawan dan best friend tu boleh lagi..."

"Apa ini boleh lagi?" Tiba-tiba, cikgu yang mengajar subjek Sejarah mula masuk.

"Tak ada apalah cikgu." Aku terus menuju ke tempat duduk aku.

Habis sahaja waktu persekolahan pada hari itu, aku pulang awal rumah sebab awan dah mendung, bila-bila sahaja hujan boleh turun. Tambah pula, aku rasa letih sangat hari ini akupun tak tahu kenapa. Mungkin tak makan semasa waktu rehat kot.

Dalam perjalanan aku hendak pulang ke rumah, hujan mula turun dengan lebat. Aku dahlah tak bawa payung, terpaksa jugalah menempuh hujan lebat sambil naik basikal. Aku rasa macam terjun dalam sungai lah pula. Habis satu pakaian ku basah lencun, mujurlah aku tutup beg aku dengan plastik beg.

Sampai sahaja di hadapan rumah, aku masuk ke dalam rumah. Nampaknya, Kris dah ada sampai kat rumah lama dah. Buka sahaja pintu rumah, Kris memandang ke arah ku. Dia agak terkejut. "Eh, Lan! Tunggu sat kat depan pintu tu, aku ambilkan tuala." Dia mengambil tuala yang berada dalam bilik aku. "Nah." Dia menghulurkan kepada ku tuala.

"Terima kasih, Kris." Aku mengelap pada badan ku yang basah.

"Sebab apa hang balik time hujan."

"Aku ingatkan sempat sampai sebelum hujan tapi tak."

"Haish, pergilah mandi dulu. Kejap lagi demam pula." Dah macam penjaga aku pula Kris ini. Mungkin sifat keibuan ada dalam dirinya. Ini mungkin sebab rajin melepak dengan mak ini.

Aku mandi air panas yang ada dalam bilik air, rasa segar sedikit. Bila selesai sahaja, aku memakai pakaian. Apabila aku keluar sahaja daripada bilik air, badan ku terasa sangat berat, aku rasa sangat letih dan pening-pening. Sedar-sedar sahaja semua menjadi kelam. Namun, aku ada terdengar suara Kris daripada jauh. "Lan! Bangun Lan..." Suaranya menjadi pudar dan aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu.