Chereads / Mastalker / Chapter 14 - BAB 14

Chapter 14 - BAB 14

"Lan! Bangun, sembahyang Subuh."

"Ya. Mak." Dalam keadaan mamai, aku bangun daripada tidur dan mula bergerak ke bilik air untuk bersiap-siap nak ke sekolah. Seusai mandi, aku solat Subuh terlebih dahulu lalu menuju ruang makan untuk bersarapan.

"Ha. Dah sampai juga kamu ni."

"Hari ini mak masak apa?"

"Mak tak masak, tu kawan kamu yang masak sarapan hari ni." Aku sedikit terkejut mendengar apa yang mak aku cakap.

"Kawan! Habis tu, mana dia?"

"Apa kawan kamu tu." Mak menunjukkan ke arah singki di mana ada seorang perempuan sedang membasuh kuali. Aku memerhatinya daripada belakang, macam aku kenal dia ni tetapi kat mana ya.

Telefon bimbit mula dilihat dan aku mendapati yang ada beberapa mesej tak dibaca. Aku mula melihat mesej apa yang dihantar kepada ku.

'Sorry tak bagi tahu awal-awal, kalau ikutkan nak bagi tahu tapi sebab tengok kau dah letih sangat semalam, aku tak ada pilihan lain tapi kena putuskan juga. Perkara dekat rumah tu dah settle. Doktor yang jaga Kris ditahan dan rumah tu, pihak polis tengah menyiasat lagi. Disebabkan itu, aku letak Kris dekat rumah kau dulu disebabkan dia tak ada sesiapa nak jaga. Itu saja kot. Untuk Kris tu kalau dia dapat kembali memori dia jumpa aku, kau bolehlah bawa dia join Mastalker. Lagi satu aku ada gambar kau dengan Kris masa kau tidur tu. Hahaha…'

Tak guna, apasal dia tak gerak sahaja aku masa tu. Sekarang aku nak buat macam mana ni.

"Haah, kawan kamu kata dia tak ada tempat untuk menetap. Pelik jugalah kenapa dia tak ada tempat nak menetap. Jangan kata yang dia tu lari dari rumah."

"Ish, mana adalah mak. Dia tu anak yatim piatu, dia tinggal dengan pak cik dia sebelum ni. Pastu…" Aku senyap buat seketika,

"Pak cik ada kerja dekat oversee. Tahun depan baru balik, rumah tengah renovate. Takutlah saya nak tinggal sana sorang-sorang." Mujurlah Kris datang dan menyelit.

"Oh, kalau macam itu tak apalah! Sekurang-kurangnya kamu ada dekat sini mak cik ada nak tengok. Bolehlah tolong mak cik dengan kerja-kerja rumah. Tu nak tunggu budak tu tolong pakai habislah mak cik."

"Hahaha… tak adalah mak cik." Kris kemudiannya memandang aku. "Ha, jemput makan Lan. Sejuk nanti tu tak sedap dah."

"Oklah-oklah." Aku terus menghabiskan makanan yang dia sediakan.

Aku terus bergerak untuk ke sekolah selepas sarapan. "Lan, tak apalah. Pergi sekolah elok-elok."

"Ok. Mak." Aku hairan sedikit, Kris memang tak sekolah ka. Entahlah, siapa kisah. Kemudiannya, aku terus mengayuh basikal ke sekolah dengan selamat. Setibanya di sana, aku mula masuk ke dalam kelas seperti biasa.

"Wei, Lan! Hang nak tahu tak ada satu kisah ni?" Amin terjah aku, dahlah tak bagi salam langsung.

"Hah! Apa dia?"

"Hang tahu tak, yang malam semalam ada polis datang dekat rumah besar atas bukit tu." Aku agak triggered mendengar ayat tu.

"Eh asal tu?" Aku buat-buat tak tahu

"Entahlah, katanya ada kes pembunuhan semalam."

"Tak, sekarang ini hang tau mana cerita tu."

"Adalah yang tu tak penting, lagipun dengaq cita. Ada budak baru nak masuk kelas kita."

"Siapa pula lah nak masuk sekolah kita lagi ni?"

"Entahlah… katanya budak pertukaran pelajar."

"Ok, semua duduk dekat tempat duduk masing-masing." Cikgu Soraya masuk dan menyuruh semua yang tak reti duduk tempat masing-masing untuk duduk.

"Bangun. Selamat pagi cikgu." Ketua kelas kami yang bernama Lukman memberi salam kepada cikgu.

"Selamat pagi cikgu." Satu kelas mula mengikuti ucapan tersebut. Kemudiannya, seorang mewakilkan semua untuk membacakan doa sebelum bermulanya kelas. Inilah rutin harian sebelum bermulanya sesi pembelajaran di sekolah aku.

"Ok, kelas. Hari ini kita ada pelajar baharu. Dia daripada luar negara. Minta kamu semua berbaik-baik dengan dia tau. Ok, jemput masuk. Erm… please come in."

"Wei, siapa dia wei?" Itu, adalah suara beberapa orang yang tertanya-tanya akan gerangan pelajar baharu ini. Tatkala pelajar tersebut masuk, ada orang mula bercakap dengan penuh teruja.

"Minah salleh ka tu wei?" Ada lagi sorang yang terkejut. Aku juga agak terkejut di mana orang yang aku pandang ini mirip sangat dengan orang yang ada di rumah aku tadi. kulitnya putih, rambutnya berwarna blond bertocang kuda dan bermata biru.

"Tak…tak mungkin!" Tanpa ku sedar aku berdiri.

"Lan! Kenapa dengan kamu ni? Dah Buang tabiat ka?" Cikgu Soraya berkata kepada ku dengan nada yang terkejut.

"Sorry cikgu." Satu kelas ketawa dengan tingkah-laku ku. Aku duduk kembali dengan perasaan sedikit malu.

Kris mula sedar akan keberadaan aku di kelas ini dan dia mula melambai-lambai tangannya ke arah ku sambil tersenyum. Disebabkan dia melambai ke arah aku, semua pelajar lelaki memandang aku dengan pandangan maut termasuk Amin. Tak tahu pula aku kena benda macam ini.

"Okay. Boleh perkenalkan diri kamu."

"Hi! Selamat pagi semua, nama saya Kristal Clearance. Saya dari Australia, senang bertemu dengan kamu semua." Sama ada anggapan aku sahaja ataupun memang dia memang fasih berbahasa Melayu.

"Ok. Ada apa-apa nak tanya kelas?" Cikgu Soraya menyuruh sesiapa bertanya. Maklumlah ini pertama kali pelajar pertukaran baru masuk.

"Tinggal dekat mana sekarang?" Mataku sedikit terbeliak mendengar pernyataan yang mula diajukan tersebut. Aku menggeleng banyak kali ke arah dia. Tak tahulah dia faham ataupun tidak. Dia mengangguk.

"Saya tinggal di rumah Lan." Sekali lagi satu kelas memandang aku dengan reaksi penuh barai.

"Lan, habis kelas ni jumpa kat tempat buang sampah." Amin datang kepadaku dan menyentuh bahu ku. Aku dapat rasakan yang dia darahnya mengalir laju.

"Okay Kristal…"

"Urm… boleh panggil saya Kris kalau nak senang."

Cikgu Soraya melihat tempat duduk yang kosong untuk menyuruh Kris duduk. Di sebelah tempat duduk ku kosong. Aku risau jugalah kalau cikgu nak suruh dia duduk kat sebelah aku. "Haah. Kamu duduk kat sebelah Zahirah ya." Mujurlah dia berada sedikit jauh daripada ku. Kelas ketika itu tamat setelah habis 3 jam guru tersebut mengajar. Tinggal lagi sejam sebelum waktu rehat. Disebabkan dalam masa sejam itu kelas mata pelajaran Sivik, dan cikgu yang mengajar pun sering tak masuk. Jadi, kami rehat awal. 1 jam di kelas tidak buat apa-apa dan setengah jam di kantin pada waktu rehat. Inilah rutin untuk hari ini.

"Lan, jom Lan." Tetiba, Amin dan pelajar lelaki yang lain mula mengajak. Alamak ini mesti hal yang tadi. Sebab ini aku prefer jadi single ni. Tapi memang aku single lagi kan.

"Kalau aku tak nak pergi, hangpa nak buat apa dengan aku?"

"Wei, angkat dia pi belakang." Masalahnya ketua kelas yang ketuai tu. Dalam kelas aku ni ketua kelas memang akan ketuai untuk macam-macam hal, memang function. Mereka mengangkat aku sekali dengan kerusi yang aku duduk. Disebabkan rumah sampah terlalu jauh, kami settle kan permasalahan hari ini dekat belakang kelas. Dekat tempat buang sampah.

Sekarang aku berada di tengah-tengah sekumpulan pelajar lelaki dalam kelas aku. Aku tengah duduk manakala mereka semua tengah berdiri.

"Jadi Lan, minta explain." Amin mula mengajukan pertanyaan.

"Explain apanya?" Aku tersenyum sedikit. "Awat tak tanya dia saja. Hangpa tanya aku pun belum pasti aku tak tipu."

"Betul gak tu." Syawal mula menerima pendapat aku. Mantaplah Syawal.

"Shh… kami tanya hang. Hang jawab ajalah."

"Aku panggil dia ajalah senang," mereka semua memandang aku dengan wajah nak tergelak.

"Kalau hang berani panggil lah."

"Kris! Mai sat." Aku memanggil namanya. Muka semua yang dekat situ agak terkejut. Seolah-olah tak percaya.

"Ada apa Lan?" Kris bangun daripada tempat duduknya dan datang.

"Semua kat sini nak tahu macam mana hang boleh tinggal dengan aku?"

"Oh, boleh-boleh. Sebelum itu, duduklah kat tempat masing-masing dulu. Rasa macam pelik lah bila semua berdiri masa saya nak bercakap."

"OK. Baik Kris… hang bernasib baik hari ni." Lokman selaku ketua kelas memberi tahu ku. Semua duduk dekat tempat duduk masing-masing manakala aku sahaja ditinggalkan di belakang.

"Wei, aku hangpa nak tinggal macam ni ja ka?"

"Hang dah besaq dah kan. Pandai-pandai lah." Badrul cakap kepada ku. Inilah yang paling aku rimas dengan budak-budak kelas aku ni. Siapa couple ja kena strike, sebab tu semuanya masih lagi single. Tatkala semuanya tengah mendengar apa yang Kris cakap, aku keluar sekejap ke tandas.

Semasa aku berada di tandas, aku ada terdengar beberapa orang lelaki tengah bercakap mengenai seorang perempuan dalam kelas mereka. Kedengarannya seperti familiar dengan apa yang pernah aku dengar.

"Wei, hang tau dak pasal ada sorang budak pompuan kelas kita. Aku dengar cita, ada orang kata yang pompuan tu ada buat hubungan bukan mahram kat sekolah ni."

"Siapa dia? Dia buat dengan siapa?"

"Entahlah, tak ada sesiapa tahu. Lagipun depa tuduh saja budak pompuan kelas kita, bukannya ada bukti pun."

"Oh, gitu ka. Eh, jomlah cikgu kata 5 minit ja kan."

"Haahlah. Jom." Dua orang lelaki tersebut terus beredar. Aku mula merasakan sesuatu yang tak kena mengenai hal ini. Lebih baik aku siasat perkara ini. sebelum itu, aku masuk ke dalam kelas dahulu untuk rileks-rileks dulu.

Aku mula masuk kelas kembali apabila dah selesai membuang hajat. Untuk sekarang, aku duduk dekat tempat duduk aku dahulu. Tatkala baru sahaja duduk, Kris dah nak habis bercerita dekat satu kelas.

"Dan macam itulah macam mana saya boleh tinggal dengan Lan." Apabila habisnya Kris bercerita, semua lelaki mula mengalirkan air mata jantan. Perempuan yang lain pun turut sama menangis. Apa yang dah jadi ini? Aku agak hairan dengan situasi sekarang. Jangan kata dia buat cerita lagi. Tak apalah sekurang-kurangnya aku ada excuse dengan pelajar lelaki kelas ini.

Ketika di meja, aku perasan ada surat yang diselitkan di dalam buku nota ku. Sebelum membaca surat yang diberi, aku memastikan tiada orang ramai di dalam kelas ini. Disebabkan ramai yang dah keluar pergi kantin untuk berehat, aku cuba untuk menggunakan masa ini untuk membaca surat ini.

'Jumpa saya di taman sekolah pada waktu habis sekolah ini. Saya akan berada di situ pada waktu angin mula bertiup menerbangkan daun-daun yang berguguran di tanah.'

"Wah, surat apa tu? Love letter ka?" Aku mula terkejut apabila mendapati yang Fasha mula menunjukkan dirinya di sisi ku.

"Semenjak bila kau ada kat sini?"

"Dialek hang ubah lagi lah. Hahaha... Aku kat sini daripada awal lagi. Aku cakap dengan Kris tadi. Alang-alang tu aku mai kat hang terus lah."

"Kalau aku bersembunyi hang akan tahu juga. Hang rasa surat ini betul ka?"

"Entahlah siapa tahu? Lebih baik hang pi cek. Kot-kotlah penting ka." Aku terasa hendak tak nak sahaja untuk berjumpa dengan dia ini. Surat dia bagi ini macam scam ada gak.

Selepas tamat waktu persekolahan, Kris dah keluar daripada kelas. Aku rasa yang mak datang menjemputnya. Aku menuju ke taman sekolah untuk menemui dalang yang menulis surat ini kepada ku.

Tatkala tiba, aku mendapati yang tiada siapa di sini. Aku berteduh di bawah sebuah pondok di taman tersebut. Aku rasa macam kena scam sahaja, baik aku balik. Apabila aku mula bangun untuk beredar, suasana di taman mula berubah. Angin mula bertiup kuat, aku dapat rasakan yang ada sesuatu tak kena bakal berlaku. Daun-daun yang berguguran mula ditiup dengan angin sampai masuk ke dalam longkang dan ada yang mengena kaki ku.

"Maaf membuatkan kamu menunggu lama." Aku dapat mendengar suara perempuan yang agak garau daripada belakang ku. Aku mula mengalihkan kepala untuk melihat. Aku agak sedikit terkejut apabila melihat orang yang berada di hadapan ku ini.

"Kris? Apa kau buat dekat sini?"

"Aku bukannya Kris. Walaupun ini adalah badannya, aku hanyalah serpihan dirinya daripada masa lalu. Itu bukannya yang aku mahu katakan. Apa yang aku nak cakap, kau kena undur diri daripada organisasi tu. Ini permintaan daripada Kris sebab nakkan kau selamat. Masa aku tak boleh lama di sini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang." Aku dapat rasakan yang Kris mula mengambil-alih badannya kembali.

"Eh, Lan! Ya tak ya jugalah. Aku nak bagi tahu kau sesuatu ini."

"Apa dia?"

"Siapa lelaki pelik yang datang rumah aku malam semalam dan apa tu Mastalker?" Macam mana dia dapat tahu, nampaknya dia memang ingatlah.

"Kris, balik rumah ini ikut aku."

"Eh, kau nak aku ikut kau! Pergi mana?"

"Nak menjawab persoalan yang ada dalam fikiran kau sekarang."

"Oh, kalau macam itu aku ok ja."

Pada waktu petang, aku dan Kris tiba di perpustakaan daerah. Kami naik basikal untuk ke sini. Kris ada letakkan basikalnya di rumah ku. Kalau tak salah aku, aku guna basikal dia yang lain sebab ganti rugi basikal ku yang rosak.

"Kau nak study apa dekat sini?"

"Jomlah masuk dulu. Panas dekat luar ini." Aku membawanya masuk ke dalam perpustakaan ini dan mengajaknya ke tingkat atas. Tatkala tiba, Hazim mula menyapa ku.

"Oh, jadi dia ingatlah!" Aku mengangguk.

"Ok. Mantap. Apa kebolehan kau?"

"Apa ini Lan?" Kris mula keliru.

"Kris, dah-dahlah tu menipu Lan. Aku tahu yang hang tak hilang memori pun daripada awal." Fasha yang mula datang memberitahunya.

"Eh, apa maksud hang Fasha?"

"Maksud aku yang dia ini kaki menipu."

"Haah. Aku dah jumpa role kau. Kau boleh jadi scammer. Amacam?"

"Nampak menarik. Oklah aku terima."

"Mantap, kita ada ahli baharu." Hazim macam teruja sahaja dengan apa yang dah jadi ini. "Ada apa-apa yang kau nak tanya ka?"

"Apa yang aku kena buat sebagai scammer?"

"Kalau hacker ada masalah dengan godaman, kau kena support dia. Cari maklumat dengan menipu. Ayat ini tak elok."

"Aku faham, kiranya aku kena buat cerita lah."

"Ya. Betul."

"Hazim, apa yang dah jadi dengan kaki aku ini?"

"Kau mesti tertanya-tanya macam mana kaki kau tak rasa sakit. Itulah keberkesanan doktor pakar yang merawat kau." Dia menunjukkan ke arah seorang wanita bersama dengan Diana. "Namanya ialah Fatin. Dia adalah seorang doktor pakar yang dapat merawat orang yang berada dalam keadaan kritikal. Selalunya dia merawat mafia-mafia yang sakit sahaja.

"Hebatnya dia. Berapa aku kena bayar dia?"

"Tak payahlah, lagipun aku seronok merawat kau. Kalau kau nak bayar, aku rasa dengan harta yang kau ada sekarang tak mampu."

"Eh, jangan cakap bukan-bukan dekat Lan!" Kris mula marah kepada Fatin.

"Alahai, kau nak cari gaduh ka budak baru?"

"Kalau kau nak gaduh. Jomlah." Kenapa aku dapat rasakan yang perangai dia dah ubah 180 darjah.

"Hahaha... menarik kau ini budak baru. Tak apalah. Aku gerak dulu Hazim."

"Oh, thank you Fatin."

"Ah, tak ada hal ah." Fatin terus beredar daripada sini.

"Apa role dia?" Aku mula menyoal.

"Dia informer. Sebab tu dia merawat mafia-mafia tu. Sebab nakkan maklumat lah." Baru aku faham.

"Lan, kau tahu tak aku ada job baru untuk kau?"

"Apa dia?"

"Dekat sekolah kau lagi untuk kali ini. Aku rasa kau dah tahu dah. Fasha ada cakap dengan aku yang kau tengah menyiasat orang ini." Dia memberikan sehelai kertas berupa maklumat seseorang kepada ku. Di situ merupakan gambar perempuan yang aku tengah siasat sekarang. Ianya adalah Alisa. Kali ini aku dapat tahu serba sedikit mengenai perempuan ini.

"Ok. Terima kasih."

"Lan! Apa ini?" Aku dapat rasakan aura yang kurang menyenangkan daripada Kris. "Kau kata yang kau tak nak tinggalkan aku. Apa maksud ini. Jangan kata kau curang. Kau tahukan lelaki yang menipu akan mendapat apa. Ianya adalah hukuman." Suaranya makin menyeramkan.

"Inilah yang apa yang aku lakukan, aku cuma bantu mereka ja. Kalau kau nak tahu lagi lanjut. Kau kena tanya Hazim." Apabila aku mengalihkan pandangan ke arah Hazim. Dia sudah tiada. "Mana dia Fasha?"

"Dia baru ja cabut." Alamak, apa yang aku nak buat sekarang. Aku mula mendapat idea.

"Ok Kris. Jom kita pergi Starbuck. Aku belanja."

"Jom." Entah kenapa mood dia baik kembali. Fuh, untuk sekarang aku selamat.

"Fasha, kami balik dululah."

"Haah. Okay." Habislah duit aku untuk minggu ini belanja Kris minum dekat Starbuck.

Keesokan harinya, aku menemui Alisa secara bersua muka. Disebabkan dia pembimbing rakan sebaya. Aku menggunakan manfaat ini untuk kepentingan ku.

"Hang dah kenapa ini?"

"Aku rasa aku ada masalah lah."

"Apa masalah hang?"

"Entahlah, rasanya mungkin sebab sakit hati aku tengok orang-orang yang berkemampuan daripada ku. Aku ada masalah wang. Hang rasa hang boleh tolong."

"Aku tak pastilah. Apa kata hang ikut aku pi bilik kaunseling sekarang ini. Cikgu Malik mungkin tahu macam mana nak tolong hang uruskan tu."