Bunga layu tanda mati
Tiada air lupa ditadah
Tarik muka ambil hati
Terlalu ego membawa padah
"Korang buat apa dekat sini?" Aku mula berbisik kepada mereka berdua ini.
"Bukankah kau dalam keadaan bahaya sekarang, kami ingat nak datang selamatkan kau lah."
"Selamatkan aku?" Aku mula ingat kembali. Mungkin sebab aku ada bagi nombor Hazim kepada doktor tadi kot. "Ha, aku baru teringat. So, ada apa ini? Aku tak nampak korang macam nak tengah selamatkan aku aja."
"Kau selamatkan sekarang." Aku memandangnya sambil menunjukkan riak wajah sedikit marah. "Haish… Kalau kau nak tahu, ada seorang individu ini boleh dikatakan dia dikehendaki polis." Aku agak terkejut mendengar penjelasannya. "Nama dia Inky Vermomming. Dia banyak terlepas daripada ditangkap. Dia juga antara manusia yang kau tak nak deal dengan dia. Bukannya kenapa, dia agak berbahaya."
"Habis tu, korang nak cakap yang korang nak tangkap dialah?" Aku sedikit kelu.
"Haah. Lebih kurang macam itulah. Dia juga ada bounty, apalah salahnya kalau kita try."
"Kejap. Kita!!!"
"Yalah. Kita. Siapa lagi yang ada di sini. Aku…" Hazim menunjukkan kepada dirinya. "Jai dan kau."
"Weih, kau tak tahu apa yang aku tempuhi tadi. Jom kita…" tak sempat aku nak menghabiskan kata-kata ku. Suara perempuan mula kedengaran.
"Tolong!!!" kedengarannya seperti suara Kris.
"Kris!" mereka terkejut melihat ku. "Kita kena cepat selamatkan dia." Baru sahaja aku membuka pintu bilik tersebut, Kris tengah menunggu di hadapan bilik tersebut.
"Kris, mujurlah kau tak apa-apa. Jom kita keluar daripada sini." Aku memegang tangannya. Dia merenung ku dengan sedikit pandangan yang tajam. "Kris! Kau Ok tak?"
"Haah Ok. Ok. Nak keluar daripada sini? Ada apa ni? Inikan rumah aku. Kalau kau nak aku hantar kau budak. Tolong teman aku ke bilik kejap. Aku nak ambil barang kejap."
"Ok, boleh. Tapi kena cepatlah, aku tak tahanlah berada di tempat macam ini, vibe dia kurang menyenangkan."
Selepas daripada itu, aku menemani Kris ke biliknya. "Kau tunggu dekat luarlah, aku nak salin baju kejap." Setelah beberapa minit menunggu, dia pun keluar daripada bilik dengan memakai topi. "Okay, dah." Aku mengajaknya untuk keluar. Namun, aku dapat rasakan yang ada sesuatu tak kena di sebalik bilik tersebut.
"Kris? Apa yang ada dalam bilik kau tu?" Dia memandang ku dengan aneh.
"Tak ada apa-apa."
"Betul ka." Aku menuju ke arah pintu biliknya. Pintu mula dibuka dan aku dapati yang di hadapan aku tiada apa. Hanya sebuah bilik yang normal.
"Kan aku dah kata, tak ada apa-apa."
"Haah. Kalau macam itu, jomlah keluar."
"Okay. Aku hantar kau dekat pintu pagar."
Dalam perjalanan untuk ke pintu pagar depan rumah, aku mula bercakap dengan Kris mengenai hal-halnya. "Kris, sejak bila lagi kau ini tinggal di sini?"
"Hmm… kalau tak silap aku, dari kecil lah. Mak dengan ayah rajin tak melekat dekat rumah. Aku sorang saja dekat rumah."
"Oh, habis tu, dah lamalah rumah ni bina." Dia mengangguk. "Macam mana dengan adik perempuan kau, Linky?" Gerakannya mula terhenti.
"Macam mana kau tahu," dia memandang bawah.
"Tahu apa?"
"Adik perempuan kau yang sakit?" Dia mengangguk. "Aku tahu kau siapa. Cuma aku hairan bila kau nak berhenti menyamar jadi Kris. Seronok sangat ka jadi dia?"
"Eh, apa yang kau merepek ni?"
"Semuanya jelas sejak dari awal. Aku boleh menghidu bau orang. Aku cam bau orang yang aku sudah jumpa dan kau sama dengan doktor penipu yang menyamar menjadi ayah kepada Kris." Sebenarnya, aku cuma bohong sahaja. Semuanya aku tahu sebab sentuh dia masa keluar daripada bilik tersebut.
"Sebab itu sahaja ka. Kau nak kata yang aku ini penyamar."
"Entahlah aku ada banyak bukti lagi ni. Kalau kau nak tahu. Kris menetap di sini waktu dia remaja dan bukannya kecil. Itupun sebab dia mengalami masalah kena buli waktu sekolah rendah. Banyak lagilah kalau kau nak tahu. Tak larat aku nak ceritakan dekat kau."
"Aduh, ini pertama kali penyamaran aku terbongkar. Padahal, memang dah jadi aku menyamar jadi dia."
"Kau kena tahu yang benda yang tak boleh ditiru dengan mudah. Kau boleh tiru bentuk tetapi kau tak boleh tiru karakternya."
"Cis, aku rasa inilah selamat tinggal!" Dia menuju ke arah ku sambil menghunuskan pisaunya yang dia sembunyikan di selit bajunya.
"Uh, tak semudah itu. Kau ingat kau boleh sentuh budak aku." Sikit sahaja lagi pisau tu nak tertusuk badan aku tadi. Mujurlah Hazim sempat tahan dia.
"Wei, kau pergi mana tadi? Seram aku kalau benda itu tak jadi."
"Kan kita dah buat rancangan, mestilah kena ikut flow dia. Macam ada quote tu kata. Follow the flow, kan."
"Haah. Follow the flow, follow juga. Tengoklah sama dia ni."
"Haah, aku baru teringat." Dia mula memandang ke arah si pemegang pisau tersebut. "Kau, kau ini penyamar tu kan?"
"Tak guna, aku tak boleh bergerak. Apa yang kau buat dekat aku?" Dia berkata dengan nadanya yang agak kasar pada hujung ayatnya.
"Kau nak tahu ka? Rasanya lebih baik tak perlu. Sebabnya, apa eh?" Dia mula terfikir seketika.
"Woi!!!"
"Ok, sekarang kau dah kena tangkap. Jom, ikut aku ke balai."
"Oi, tunggulah aku nak cakap dulu."
"Hah apa dia?"
"Aku tak faham satu lagi, kau ni semua siapa?"
"Kamilah Mastalker," Hazim membuat pose. Namun hanya dia seorang sahaja yang membuat perkara tersebut. membisik kepada ku. "Pss… buatlah sekali."
"Hah! Kau nak aku buat pose pelik macam tu. Aku agak sedikit terkejut. Dan kenapa aku berbisik pula ni?"
"Buat ajalah."
"Uhum… sekali lagi."
"Apa dia?"
"Ulang balik yang tadi."
"Oklah. Aku tak faham satu lagi, kau ni semua siapa?"
"Kamilah Mastalker." Hazim membuat pose yang agak memalukan manakala aku yang menunjuk 'peace'. "Pft… kau buat pose tu ja."
"Habis tu aku nak buat pose macam mana lagi."
"Buatlah macam ni."
"Eh, pose apa yang kau buat tu!" Mujurlah dia bertanya.
"Hahaha… mujurlah ada orang bertanya, inilah dari jojo reference."
"Oklah. Kau buat aku terhibur, sebelum aku pergi aku nak kau sampaikan pesanan aku kepada dia dulu…" Inky mula memberitahu semuanya kepada kami.
Tatkala Hazim lengah dan melepaskan tangan Inky. Perwatakan dia mula berubah dan berada dalam keadaan terkejut. Dia mula kelihatan seperti orang yang aku kenal kembali.
"Hah! Apa dah jadi ini?"
"Hah! Kau tanya kau siapa? Bukan ka kau dia, penjahat tu?" Hazim berkata kepada dia.
"Hah! apa yang dia mengarut ni?"
"Tunggu Hazim, aku rasa ada benda tak kena ni?"
"Kris, boleh aku pegang tangan kau?"
"Haah."
Aku mula memegangnya dan mula mendapati yang dia bukanlah penjahat yang kami cari. Tambahan pula, dia adalah Kris. Kejap, aku mula blank untuk seketika dan teragak-agak sedikit untuk membuat konklusi.
"Hazim aku tak nak cakap benda ni. Tapi aku terpaksa juga."
"Apa dia?"
"Plot twistlah aku rasa,"
"Hah! Plot twist? Jangan kata yang dia ini bukannya Inky?" Aku menggeleng.
"Tak, lagi teruk lagi."
"…"
"Dia ini adalah kedua-duanya." Aku menunjukkan ke arah Kris.
"Apa yang kau merepek lagi ni?"
"Apa yang kedua-duanya ni? Jangan kata yang kau jumpa dia?" Reaksi wajahnya mula berubah. Hazim pun mula pening.
Aku mengangguk. "Ya aku ada jumpa dia. Tak, kami dah jumpa dia?"
"Apa yang dia cakap? Tolong bagi tahu aku."
"Ok, chill. Dia cakap yang dia nak minta maaf dekat kau, sebab dia punca kematian mak dan ayah kau sebelum kau remaja. Lagi, dia akan tinggalkan badan kau tetapi dia akan tinggalkan kau sesuatu. Dia kata kau akan tahu perkara itu. Aku rasa dia nak bagi tahu itu sahaja kot."
"Oh," Entah kenapa air matanya mula menangis. "Dia ingat sekadar minta maaf boleh selesai semua masalah. Tak guna."
"Dah, dah." Aku mula memujuk dia untuk berhenti menangis.
"Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa ini seperti perpisahan." Kemudiannya, Kris mula pengsan dan perwatakan yang tadi mula datang kembali.
"Jadi, inilah pengakhirannya," dia mula merelakan segalanya untuk pergi sambil memejam matanya. Hazim kemudiannya meletakkan dua jarinya pada dahi Inky. Sejurus sahaja Hazim melepaskan jarimya dari dahi Inky, Inky terus jatuh dan pengsan. Mujurlah aku sempat menyambutnya dan meletakkan dia dengan baik.
"Eh, ke mana dia tu?"
"Siapa dia? Jai ka?" Aku mengangguk. "Dia tengah buat kerja dia tu."
"Ha! Apa yang korang menganjing ni?"
"Ha. Tak adalah. Eh, yang tu siapa dia?" Aku terkejut melihat seorang lelaki yang bersama dengan Jai sekarang.
"Oh, jadi inilah dia. Aku tak sangka yang dia dalang semua ini."
"Eh, dia doktor tu. Kau kenal ka dia?"
"Haah. Dia ini dalam list penjenayah aku juga. Jadi dialah yang menyamar jadi Inky."
"Wei, aku tak fahamlah sekarang. Otak aku rasa nak meletup."
"Ok, dia macam ni. Aku dah dapat buat rumusan dia. Cerita berbunyi macam ini…
Masa dulu ada sebuah keluarga yang bahagia. Seorang gadis tersebut mempunyai kedua-dua ibu bapa yang hebat. Mereka berdua adalah doktor yang merawat pesakit. Namun, disebabkan mereka percaya dengan pesakit. Mereka membuat klinik di rumah sendiri. Suatu hari, si bapa menemui seorang budak perempuan yang berada dalam keadaan yang parah berada di hadapan pintu pagar mereka.
Si bapa kemudiannya membawa masuk budak tersebut ke dalam rumah dan merawatnya. Sehinggalah budak perempuan tersebut telah sembuh dirawat, keluarga tersebut tidak tahu ingin menghantar budak tersebut ke mana. Setelah mencari kedua ibu bapa budak tersebut, mereka mendapati yang keputusan yang mereka cari adalah sia-sia. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk mengangkat anak tersebut sebagai anak angkat mereka sendiri.
Setelah sekian lama menjadi anak angkat, mereka mendapati ada seorang lelaki yang mengaku dirinya ialah bapa kepada budak perempuan tersebut. Jadi mereka membiarkannya masuk dan menemui anak tersebut. Budak perempuan tersebut mula trauma apabila mendapati yang lelaki tersebut datang untuk mengambilnya. Melihat tingkah-laku budak tersebut, si suami dan isteri tersebut menyuruh untuk lelaki tersebut keluar.
Sebelum lelaki tersebut keluar, dia sempat memberi tahu sesuatu kepada budak tersebut dengan membisik pada telinganya. Bermula daripada hari tersebut, setiap malam budak perempuan tersebut sering keluar dan melakukan sesuatu. Dia pula bangun lambat, membuatkan anak kepada keluarga tersebut mula curiga.
Setelah anak kepada keluarga tersebut menyiasat, dia mendapati yang budak perempuan tersebut adalah penjahat. Dia tiada bukti untuk menyerahkan budak tersebut kepada polis. Dia memendam perasaan tersebut terlalu lama untuk dilepaskan. Maklumat dicari dengan lebih teliti dan mendalam.
Sehinggalah dia memperoleh bukti yang kukuh untuk memberitahu kepada keluarga tersebut. Namun, disebabkan dia hanyalah budak-budak siapa yang akan percaya dengan kata-kata budak. Dia menemui budak tersebut lalu menanyakan soalan tersebut. Budak tersebut tidak dapat untuk ingat.
Pada suatu malam, bunyi dalam rumah tersebut agak bising. Seperti ada perompak masuk ke dalam rumah. Suami dan isteri mula bergelut dengan perompak tersebut, namun mereka tewas. Satu pasangan tersebut melepaskan nafas terakhir pada malam tersebut.
Keesokan pagi, apabila gadis tersebut bangun. Dia mendapati yang rumahnya sudah berada dalam keadaan tunggang terbalik. Ditambah pula, ibu bapanya pula berada dalam keadaan yang berlumuran dengan darah. Bukan itu sahaja, saudara angkatnya pula mati dalam keadaan tergantung pada tali.
Polis mula menangkap gadis tersebut atas kes jenayah membunuh. Sehinggalah, seorang doktor membawa peguam untuk membela gadis tersebut. Gadis tersebut berjaya untuk menang kes dengan tidak bersalah membunuh orang. Disebabkan gadis tersebut dan menjadi anak yatim piatu, doktor tersebut mula mengangkat gadis tersebut sebagai anaknya.
Disebabkan kisah silam gadis tersebut yang teruk, doktor tersebut mengesyorkan untuk mengubah namanya dan menggantikan nama baharunya kepada Kristal. Gadis tersebut dijaga dengan baik. Dia mula melupakan kisah silamnya dengan rawatan doktor tersebut dan sehinggalah sekarang.
Macam itulah kisahnya."
"Eh, macam mana kau boleh tahu pula kisah dia?"
"Ni. Aku ada jumpa diari ni masa periksa dalam bilik tu tadi."
"Oh, patutlah aku tak dapat nak akses memori masa dia kecil, tapi sekurang-kurangnya dia selamat itupun dah ok. Habis tu macam mana dengan doktor ni?"
"Oh, aku tak bagi tahu dekat kau lagi kan…" Jai mula menyelit
"Kalau kau nak tahu, dia dikenali telah membunuh ramai kanak-kanak. Jom ikut aku." Jai membawa lelaki tersebut untuk ikut.
Buka sahaja pintu di suatu bilik, aku dapat rasakan seram-sejuk. "Tempat apa ni? Asal macam pelik aja, dan bau apa ni?"
"Itulah bau mayat yang dah lama tinggal. Aku tak tahu kenapa, tetapi rasanya yang dia ni sama ada nak jual organ ataupun memang dah gila."
"Kalau ikutkan rekod dia, memang doktor bedah pun. Tak hairanlah dia ada buat jenayah macam ni."
"Zim, call lah dia." Jai menyuruh Hazim untuk menelefon seseorang.
"Wei, habislah kredit aku kalau macam tu."
"Tak daklah kau. Bukan kau kata kau dah beli pelan yang unlimited call ka dekat aku baru-baru ni. Sebelum buat dulu dekat dia ni."
"Haah, ya juga eh. Ok." Hazim mula menyentuh kepala doktor tersebut. Pengsan sahaja doktor tersebut, dia terus menelefon seseorang."
"Eh, dia call siapa tu?"
"Call polis."
"Hah!"
"Shh… dia nak cakap tu."
"Ha, helo. Macam biasalah kita, bounty takkan tak nak bayar kot. Bila lagi nak minta. Hah! Jai? Oh, dia Ok ja. Oh Ok. Jai dia kirim salam. Haah dia ada kat sini. Aku hantar location. Okay bye."
"Asal lah kau bagi tahu dia yang aku ada kat sini."
"Apa salahnya dia umur nak sama dengan kau kan."
"Adalah kau." Setelah menunggu beberapa minit, bunyi kereta polis mula datang memasuki ke dalam pagar rumah besar ini.
"Dekat mana dia?" Seorang polis perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an masuk ke dalam rumah ini dalam keadaan tergesa-gesa mencari seseorang. "Mana dia Jai?" Saat aku mula menoleh ke belakang, Jai mula menghilang.
"Eh, mana Jai pergi Zim?"
"HAH! Oh, biasalah tu."
"Kau kata Jai ada kat sini, mana dia."
"Haah dia ada kat sini sebelum itu, aku nak tunjuk sesuatu dekat kau dulu."
"Apa dia?" Hazim membawa polis perempuan itu ke dalam bilik tersebut. "Ish, bau apa ni?" Aku berada di samping Kris, sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Dia masih lagi tidak dapat untuk sedarkan diri. Disebabkan malam tersebut terlalu letih, aku tertidur di samping dia.