Chereads / Mastalker / Chapter 11 - BAB 11

Chapter 11 - BAB 11

'Kau tak tahu apa yang kau tahu'

'Cuba faham apa yang tak faham'

'Tidak ada yang cukup bagi kau'

'Mahupun harta dari bumi ataupun langit.'

Entah kenapa aku terjaga apabila terdengar puisi itu tamat. Apa benda tu? Aku tak tahu pula pasal benda alah ini. Gilalah falsafah betul bahasa dia. "Auch, Sakitnya!" Sedar-sedar sahaja aku dapat rasakan yang badan aku berasa sangat sengal. Di bahagian kepala aku mempunyai bandage. Aku tak dapat rasakan kaki aku. Aku cuba melihat di bawah selimut. Fuh nasib baik masih melekat pada tubuh badan aku. Sebenarnya, apa yang dah jadi eh? Bila dilihat ke mana aku sekarang. Aku mula ingat yang aku ada kemalangan dengan kereta baru-baru ini. Mungkin bukan rezeki aku kot masa hari tu.

Sebut pasal rezeki, aku ternampak seorang gadis yang matanya sedikit sepet, berbaju labuh dan nampak stylo sedang menulis sesuatu di kerusi pelawat bersebelahan katil aku. Dia sedikit terkejut apabila mendapati ku sudah sedar. Reaksi apa yang patut aku lakukan sekarang. Ha! Aku baru ingat, aku kena jadi pesakit ala-ala innocence.

"Apa yang dah jadi ni? Dekat mana aku sekarang." Aku tahu ini mesti dekat hospital kerajaan ja ni tak pun swasta.

"Ha! Kau dah sedar juga akhirnya." Gadis yang melihat aku tadi melihat aku dengan penuh tekun. "Hmm… tak salah aku baru tadi kena langar. Tak sangka pula kau ini boleh sedar dalam masa yang singkat. Sungguh menarik, aku dah putuskan kau boleh jadi butler aku."

"Butler?" Aku terkelu.

"Haah. Butler aku." Dia berkata dengan nada yang selamba.

"Tapi asal aku pula kena jadi orang gaji kau."

"Mana adalah orang gaji. Butler aja pun. Anggap saja yang itu balas budi atas selamatkan kau."

"Eh, bukan kau ke yang langgar aku tadi?"

"Urm…" Dia senyap buat seketika. "Sebut pasal kerja, kau boleh start hari ini." Dia cuba mengelak daripada untuk menjawab soalan aku.

"Hei! At least jawablah soalan aku dulu."

"Kau kena buat tugasan ini." Dia memberikan aku sebuah buku novel ataupun buku cerita pendek, kalau tak silap aku. Aku tak mengambil buku tersebut, namun aku rasa aku kena tahu juga apa yang dia fikirkan.

Untuk seketika, aku teringat akan skill yang aku baru ada. Buku tadi masih lagi ada pada tangannya. Aku mengambil kesempatan untuk menyentuh tangannya sedikit. Aku tak pasti ini akan berjaya ataupun tidak. Minta-minta jadilah. Tapi aku kena buat suatu scene yang membuatkan aku tersentuh tangannya. Aku dapat idea.

"Buku apa tu?"

"Urm… ini buku puisi."

"Oh, jadi kau minat puisi lahkan."

"Haah. Tak ramai budak sebaya aku nak minat puisi. Aku tahu kau pun tak suka sangat kan." Entah kenapa suaranya sedikit sayu. Kasihan juga tengok dia ni, mesti tak ada kawan ini.

"Bukannya aku tak suka sangat. Suka saja, cuma aku tak sempat nak jumpa banyak pasal benda ni. Setakat komsas yang belajar dekat sekolah tu tahu jugalah aku pasal puisi-puisi ini."

"Seriouslah wei." Aku mengangguk.

"Boleh tak aku tengok sikit," aku menghulurkan tangan kanan aku kepadanya. Entah kenapa dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan aku. Alamak bukan mahram lah. Sabar-sabar, sekurang-kurangnya aku dapat sentuh. Cuma sekarang…

Buat seketika aku ternampak bayangan memori gadis tersebut yang agak sedih. Aku nampak dia berada di rumah ini keseorangan. Tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada keluarga. Meskipun kaya, dia berasa tidak bahagia. Mungkin ini yang orang kata kaya dunia tak menjamin kebahagian selamanya. Aku berasa simpati dengan dia. Mungkin daripada butler dia hanya perlukan teman untuk bermain.

"Wei… kau sedar tak ni?" Aku baru sedar namun selepas menggunakan skill ini aku merasakan kepala aku makin sakit. Mungkin memori yang aku terima agak banyak untuk aku. "Hello… kau ada tak kat sini."

"Haah. Sorry-sorry. Terkejut sikit tadi."

"Kau ni kelakarlah." Dia ketawa sedikit melihat aku.

"Ya, eh. Aku ingat cikgu aku saja kata kat aku macam tu." Aku tak sempat ambil buku tadi, namun aku dapat berinteraksi dengannya dengan lebih baik sekarang.

"Kau mesti dah taken dah kan?" Aku menggeleng. "Asal kau tak taken lagi?"

"Entahlah aku rasa macam hidup tak bebas kalau dah taken. Kawan-kawan pun mungkin tak boleh nak rapat sangat."

"Mesti seronok kan ada kawan?" Suaranya menjadi sayu kembali.

"Macam inilah, macam mana kalau kita jadi kawan. Abaikan pasal kes butler tu. Kalau kau nak apa-apa bagi tahu saja aku. Sebab kita kan dah jadi kawan."

Air matanya mula mengalir keluar. Alamak aku dah buat orang menangis. "Terima kasih wei. Aku rasa inilah first time aku dengar perkataan tu buat sekian lama." Dia mengesat air matanya. Aku melihat sekeliling. Aku baru teringat yang aku ada simpan sapu tangan dalam beg sandang aku. Aku menarik beg tersebut mendekati ku dan mengeluarkan kain sapu tangan untuk diberikan kepadanya.

Dia terkejut menerima sapu tangan daripada aku. "Sudah-sudah lah tu sendu. Kau buatkan aku berasa bersalah pula."

"Terima kasih." Dia mengesat air matanya dan hingusnya pada kain tersebut. "Oh, sorry. Nanti aku basuh aku bagi."

"Tak payahlah. Benda murah aja tu. Ada banyak lagi kat rumah aku tu. Aduh-duh…" Aku masih lagi sakit kepala, bilalah nak sembuh ni.

"Wei, ada apa ni?" Dia kelihatan sedikit cemas.

"Tak apa, sakit sikit ja ni."

"Kau kena berbaring dulu. Aku pergi panggil doktor."

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. "Hello daddy. Minta tolong datang bilik Kris sekarang. Dia sakit lagi lah." Aku mula merasa hairan.

"Kau… telefon doktor ka tadi?" Dia mengangguk.

"Haah."

"Bukan ka dekat hospital ada macam button untuk call nurse ataupun doktor?"

"HAH! Kau ingat kita ada kat hospital ka?" Aku mengangguk. "Memang taklah. Kalau hantar dekat hospital biasa, pakai tak ada dahlah kau esok."

"Habis tu kita ada kat mana sekarang?" Dia menarik nafas dalam.

"Kau ada dekat dalam bilik aku."

"Wei, seriouslah."

"Haah. Takkan aku nak tipu pula."

"Oklah aku percaya." Sebenarnya kalau diingatkan balik, semenjak aku masuk Mastalker memang banyak benda aku dah tak tahu nak beza sama ada itu realiti ataupun ilusi.

"Kan. Kalau kau nak tahu mak dan ayah aku doktor sebab tu kami bawa kau kat rumah. Sebab rumah kamipun dah jadi macam klinik swasta yang terkenal sekarang. So, tak payah risau sangatlah. Diorang ada aja kat rumah hari ini. Itupun mujurlah kau sempat diselamatkan."

"Tapi asal boleh langgar aku. Siapa yang pandu kereta tadi." Dia melihat ke arah lain. Aku sedikit saspens melihat tingkah lakunya. "Kejap, jangan kata kau langgar aku tadi."

"Ya eh? Tak tahu pula aku. Eh, apa yang dah jadi dengan kau eh! Cuaca dekat luar cerahkan?" Dia cuba untuk mengubah topik perbincangan.

"Haish… pertama sekali kau tahu tak yang cuaca dekat luar tu mendung. Silap-silap hujan lebat kejap lagi. Kedua kau bawa aku ke rumah untuk dirawat, lepas tu kau buat-buat lupa pula. Ketiga, asal kau tak nak mengaku yang kau langgar aku?"

"Um… sorry!" Dia buat muka kesian. Memang perempuan suka buat muka macam ni ka?

"Apa boleh buat nasib baik aku tak teruk sangat."

"Hehe…"

"Kris! Macam mana dengan budak tu." Tetiba seorang lelaki dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam bilik ini. "Hah. Kamu dah sedar dah. Oklah, lebih baik kamu rehat dulu di sini. Nanti pak cik hantar kamu balik, bila kamu dah sihat. Nombor telefon parent kamu ada tak. Sekurang-kurangnya, pak cik dapat hubungi mereka mengenai kondisi kamu sekarang."

Aku memberi info kepadanya mengenai nombor telefon bapa ku. Setelah itu, doktor tersebut merawat aku dan bertanya pada tempat-tempat yang masih sakit. "Oh, pak cik tengok kondisi kamu ni taklah teruk mana. Kamu bermalam di sini dahulu, esok pak cik periksa balik. Kalau Ok nanti pak cik bagi tahu."

"Ok pak cik."

"Kris nanti bawa dia pergi bilik sakit. Ataupun kamu nak dia duduk di sini?" Gadis tersebut membisik kepada lelaki itu. Lelaki tersebut mengangguk dan kemudiannya keluar daripada bilik tersebut. Suasana menjadi sepi untuk seketika.

"Kau nak aku tolong kau dengan apa-apa ka?"

"Haah! Sekarang dah pukul berapa dan hari apa?"

"Pukul 11.30 malam. Hari Ahad." Alamak aku tak solat Maghrib dan Isyak lagi ini. Aku cuba untuk bangun daripada katil ini. "Kau nak pergi mana tu?"

"Dekat mana tandas?" Dia menuju ke almari pakaiannya. Dia cuba mengambil sesuatu yang berada di celah tepi almarinya. Kerusi roda dibawa keluar dan dia menyuruh ku untuk duduk di atas kerusi roda tersebut.

"Mai lekas aku bawa kau ke bilik air." Tanpa membuang masa lagi. Akupun menumpang perkhidmatan dia. Dia bawa aku ke dalam tandas. "Kalau nak mandi ini baju ganti. Pakailah baju ni dulu. Rasanya elok lagi ini. Nanti kalau ada apa-apa panggil tau." Kemudiannya dia terus keluar meninggalkan kerusi roda di dalam bilik air ini.

Aku mengunci pintu untuk mengelakkan perkara cliché daripada berlaku. Kemudiannya kain besan dipakai, risau pula aku dekat rumah orang ini. Boleh jadi mereka pasang CCTV. Untuk langkah keselamatan, lebih baik aku mandi pakai kain. At least tutuplah bahagian kemaluan aku. Satu lagi di sini adalah tempat yang tak baik untuk aku periksa telefon.

Setelah selesai mandi dan mengambil wuduk, aku menaiki kembali kerusi roda dan keluar daripada tandas tersebut. Pakaian yang telah dipakai aku bawa sekali keluar manakala kain basah disidaikan di tempat gantung dalam tandas tersebut. Saat buka sahaja pintu untuk keluar, gadis tadi berada di depan tandas. "Dah siap dah." Aku mengangguk. "Jom makan." Aku menggeleng dengan tawaran untuk pelawaan makan tersebut.

"Aku nak solat dulu boleh?" Gadis tersebut mengangguk. Dia bawakan aku di tempat yang agak lapang. "Kau bolehlah solat dekat sini dulu." Tanpa berlengah lagi, aku terus mengerjakan solat yang aku terlepas dan solat fardu yang boleh aku solat sekarang.

Ketika solat, aku dapat rasakan yang ada vibe yang kurang menyenangkan akan berlaku. Namun aku tidak mengendahkannya dan terus menyambung solat sehingga habis. Alhamdulillah aku dapat solat juga hari ini. Minta-minta tak ada apa-apa yang akan terjadi esok. Ketika membaca doa, pemikiran ini mula terlintas dalam fikiran ku.

Aku mula merasa curiga dengan tempat ini. Saat aku habis mengerjakan solat, apabila pusing sahaja ke belakang gadis tersebut berada tepat-tepat di belakang ku. Aku terkejut perut dengan tingkah-laku gadis tersebut. Aku perlu bertenang dan berlagak tiada apa yang perlu dirisaukan.

Gadis tersebut membawa ku ke dapur untuk menjamah makanan. Disebabkan semalaman aku tak makan, perut ku agak berasa sedikit bergeroncong. Kali ini makanan disediakan di meja makan sederhana. Sesuai untuk rumah yang bersederhana. Walaupun bersederhana rumah ini nampak mewah. Aku risau yang apa yang aku lihat ini bukan apa yang aku bayangkan.

"Kau tak nak makan ka?" Dia bertanya kepada ku.

"Tak apalah. Malam-malam memang aku tak makan pun."

"Seriouslah ni?"

Aku mengangguk. Aku nak minum air pun agak risau. Aku cuba memeriksa telefon bimbit yang aku lapit dengan tuala yang aku guna untuk mandi. Di sini juga sama dengan dalam tandas, bilik gadis itu, dan tempat aku solat. Tiada perkhidmatan rangkaian langsung. Walaupun satu bar tiada langsung. Macam mana aku nak keluar daripada sini? Ketika berada di meja makan tersebut, aku berfikir dan berfikir sehingga aku mendapat idea yang baik.

Sesudah sahaja gadis tersebut makan, dia membawa aku masuk ke dalam biliknya. Dia menyuruh aku tidur di atas katil saiz queen, tadi kembali. Apa aku boleh turuti. Aku hanya buat apa yang disuruh. Malam itu, aku tidur awal tanpa mendengar apa yang hendak diberitahu oleh gadis itu. Aku harap tiada apalah yang terjadi kepada ku pada malam ini.

Keesokannya, aku mendapati yang aku berada di dalam sebuah bilik yang terkunci. Hanya aku seorang sahaja. Bukan itu sahaja, kedua-dua belah tangan aku diikat dari belakang. Malah bilik ini sangat gelap dan pengudaraan di dalam ini agak kurang. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada ikatan tersebut.

Mujurlah setelah meronta-ronta dengan kuat, tali tersebut mula terurai dan aku dapat membuka ikatan tersebut dengan mudah. Aku cuba untuk bangun dan melihat sekeliling. Keadaan dalam bilik ini tak dapat aku kenal pasti. Aku berjalan terhinjut-hinjut sehinggalah aku terlanggar sebuah meja. Di situ terdapat suatu suis untuk lampu pada meja tersebut. Apabila suis ditekan, terdapat sepucuk surat di atas meja tersebut. Aku cuba membuka, melihat isi dalam surat tersebut membuatkan aku sedikit terkejutnya. Aku tak sangka yang apa yang aku fikirkan memang betul-betul terjadi.