'KNOCK…KNOCK…KNOCK.' Kedengaran seperti bunyi ketukan pintu daripada luar bilik.
"Aduh, hari ini jugalah ada orang nak cari..." Aku tak dapat nak dengar suara perlahan yang mereka berdua bercakap tetapi mungkin Cikgu Malik menyuruh Alisa melakukan sesuatu. Kemudian, kedengaran seperti pintu mula dibuka.
"Ya, ada apa ini." Suaranya cuba untuk membuat seperti tiada apa yang berlaku.
"Pengetua panggil cikgu. Katanya nak cakap sesuatu." Aku dapat dengar suara seorang perempuan. Entah kenapa, aku semacam perasan suara perempuan ini.
"Ha. Ok. Sekejap lagi saya pergi. Terima kasih sebab bagi tahu."
Kemudian, tiada lagi suara mula kedengaran. Earfon yang berada pada telinga kanan aku mula ku cabut. Aku melepaskan nafas lega dan bernafas dengan biasa. Fasha melihat ke arah aku dan mula berkata.
"Jadi macam mana?"
"Macam mana apa?" Aku dapat lihat yang dia juga menghela nafas untuk menerangkan sesuatu kepada aku. "Ha. sebut pasal tu hang dapat benda itu dekat mana?" Aku menunjukkan ke arah perakam suara yang dia pegang.
"Oh, aku ada jumpa benda ini dekat luar bilik kaunseling. Ini kalau cikgu mana-mana jumpa mesti dah kena rampas ni. Sebab itu aku ambil."
"Apa yang kau bercadang nak buat dengan benda itu."
"Entahlah. Hang nak ka? Eh, sebelum itu! Hang berubah lagi dialek hang." Dia sedikit gembira.
"Sebenarnya…" Aku menjelaskan kesemuanya kepada Fasha mengenai barang tersebut adalah kepunyaan Amin.
"Oh, awat tak habaq awal-awal."
"Aku dah suspek dah awal-awal tadi. Pastu baru nak tanya hang."
"Oh… tapi aku tak rasa nak bagi balik benda ini."
"Sebab apa?"
"Hmm… macam hang dengar dalam rakaaman ini. Aku rasa mungkin aku kena simpan dulu dekat aku kot."
"Aduh, apa kata kalau hang delete aja rakaman tu. Takpun, hantaq dekat dalam email hang ka. Tu barang dia. Kesian pula nanti tengok dia."
"Oklah-Oklah." Setelah menghantar rakaman suara tersebut pada email nya, dia memberikan balik kepada ku perakam suara itu. "Pastikan hang tak bagi tahu sesiapa pasal ni ya." Aku angguk.
"Tengoklah kalau macam mana."
"Ish, hang ni."
"Baiklah-baiklah."
Sesi waktu rehat telahpun tamat, pelajar-pelajar menengah atas mula memasuki ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran. Sekolah hari ini berlalu dengan pantas dan sebelum aku ingin menjejakkan kakiku keluar, Amin menyapaku daripada belakang.
"Lan, tadi aku ada minta tolong dekat hang suruh ambil perakam suara aku. Hang ambil ka dak?"
"Ambil." Aku membawa keluar perakam suaranya yang berada dalam meja ku. "Ini dia."
"Ok. Terima kasih," Setelah dia menerima perakam suara tersebut, baharu sahaja dia mahu mendengar rakaman tadi, kelas sudah bermula. Nasib baiklah, sesi persekolahan pada hari itu berakhir dengan baik walaupun ramai yang terkorban pada akhir kelas sebab terlalu mengantuk berada dalam kelas. Agak mengantuk jugalah sebab kelas akhir tu kelas Sejarah. Kadang-kadang, aku kasihan juga dengan cikgu yang mengajar subjek ini. Apa boleh buat siapa nak berjaya kena berusahalah.
Hari ini aku ingat nak duduk dekat rumah aja. Dah lama aku tak rehatkan badan daripada petang dekat rumah. Namun, semasa aku mahu sahaja keluar daripada kelas. Ada seseorang menyapa aku di hadapan pintu kelas.
"Lan, jom pi library hari ini." Fasha menyapa aku. Entah kenapa tetiba dia nak ajak aku macam ini.
"Buat apa?"
"Jumpa aku dekat tingkat tiga di library. Aku tunggu awal dekat sana. Pastikan jangan buat aku tertunggu lama." Tak sempat aku nak kata apa-apa lagi dia sudah pergi.
"Aduh, aku ingat boleh duduk rumah hari ini." Aku mengeluh sedikit.
"Hahaha… itulah padahnya kalau bercouple." Amin tetiba berkata sebegitu.
"Ish, berapa kali aku nak cakap yang aku tak couple lah." Aku cuba menafikan ayat Amin.
"Oklah. Oklah. Goodluck ya." Dia pun terus beredar dalam kelas.
Aku malas nak tunggu lama, aku terus pulang rumah dan bersiap-siap untuk ke perpustakaan. Tepat jam 3 petang, aku bertolak ke perpustakaan daripada rumah. Dan aku tiba sana pada jam 3.15 petang.
Sesaat aku masuk, aku dapati yang suasana dalam perpustakaan ini berada dalam keadaan yang sunyi-sepi. Biasalah inikan perpustakaan, mana boleh buat bising. Maksud aku, tak ramai orang. Mungkin, hari ini hari sekolah dan ramai yang letih sebab baru balik daripada sekolah.
Aku melakukan norma biasa yang selalu buat semenjak negara ini kenakan perintah kawalan pergerakan. Kerajaan menyuruh scan suhu dan menulis nama jika mahu masuk ke mana-mana premis. Kalau tak rajin nak tulis bolehlah scan QR code yang setiap premis sediakan.
Tanpa membuang masa lagi, aku memberi salam kepada pustakawan wanita yang menjaga kaunter pada hari ini iaitu Ekin. Dia tua daripada aku mungkin aku kena panggil dia kakak kot. Dia senyum sahaja melihat aku lalu menyambung kembali melakukan kerjanya. Kemudian, aku menuju ke tingkat 3 untuk menemui Fasha.
"Lan, tau tak yang lama dah aku tunggu dekat sini."
"Ish, betul ka?"
"Yalah. Aku sampai sini pukul 3 tadi lagi. Hang sampai pukul 3.30 petang." Aku sangkakan yang aku sampai pukul 3.15 tetapi tidak. Ada yang tak kena ini. "Tak apalah Lan, mai kita sambung perbualan kita." Apa yang kami ada bual sebelum ini.
"Apa dia eh. Aku tak ada ingat pula kita perbualan yang tergantung."
"Haish, perbualan pasal pagi tadi dekat library sekolah."
"Kalau tak silap aku yang dibincangkan dekat dalam perpustakaan tadi… aku baru ingat."
"Ha, lambut juga hang ini Lan."
"Pasal budak perempuan yang nama dia Alisa dengan Cikgu Malik. Betul ka?" Aku dapat lihat yang dia mula mengangguk.
"So, apa yang hang nak tanya."
"Hmm… nak tanya apa?"
"Tanya ajalah apa-apa. Kot hang nak tahu hubungan pasal dua orang tu ka apa ka."
"Ish nak buat apa pula aku nak ambil tahu tepi kain orang." Aku dapat lihat yang reaksinya mula menunjukkan riak marah.
"Hang ni kan…" tak sempat dia habiskan kata-katanya ada orang memanggil aku.
"Eh, Lan! Awal sampai. Bukan aku kata nak bagi tahu kat hang malam ini ka." Dia dah datang. Aku memandangnya sambil menunjukkan tanda isyarat kepadanya bahawa aku tengah ada benda nak dibincangkan. Namun, dia tak faham tanda isyarat yang aku berikan. Dia datang dengan lebih dekat dan memerhati orang yang berada di hadapan aku. "Wassap, Fashsha." Dia memanggil Fasha seolah-olah dah lama kenal.
"Sap, Zim. Kan aku kata jangan panggil aku dengan nama tu."
"Hehehe." Aku agak keliru. "Eh, Lan! Hang tak tahu ka yang dia ini juga ahli Mastalker." Aku dengar apa yang dia cakap. Mengambil masa jugalah untuk aku mendapatkan respons.
"HAH! Seriously!" Mereka berdua angguk sambil menunjukkan riak wajah yang serious.
"Awat Lan. Tak percaya ka yang aku ini geng Mastalker." Aku sebenarnya syak tapi aku tak syak pula yang dia geng Mastalker. Aku geleng kepala sebab nak tengok apa yang dia nak cakap.
"Ha, hang ingat dak pasal misi hang ngan Yana tu."
"Aku ada ingat pasal misi itu, awat ada apa?"
"Hang perasan tak sebab apa aku selalu ada masa hang duduk dekat dalam perpustakaan dengan pergi rumah dia." Aku angguk. "Tahu tak sebab apa?"
"Sebab hang suka stalk aku." Dia terkejut sikit.
"Ish, tu sebab lainlah. Tapi sebab utama dia sebab aku kena pantau hangpa dua. Biasalah kalau lelaki dengan perempuan duduk dekat tempat tak ramai orang macam-macam kes boleh jadi."
"Kes apa?"
"Ish, hang dah besaq. Boleh pikir dah pasal tu."
"Uish, ni nak fikir yang negetif ka yang positif?"
"Fikir yang negetif lah."
"Oklah. Aku faham. Tapi tak ada kerja aku nak ambil kesempatan dengan dia."
"Mana aku tahu, orang yang ketiga selalu ada untuk orang yang berdua-duaan."
"Oh, macam itu ka. Aku faham dah."
"Wei, pintu tak kunci lah." Hazim mula panggil kami.
"Jom." Fasha mengajak aku untuk masuk ke dalam bilik Mastalker.
"Eh, sejak bila hang ada dekat dalam Dia?"
"Oh, sejak pagi tadi lagi. Aku ingat tak ada orang nak mai dah. Sebab tu aku kunci tu. Lain kali bagi tahu awal-awal lah." Aku tak tahu pula yang Dia ini selalu macam ini. "Ha! Jemputlah duduk jangan segan-silu." Aku dapat rasakan yang Dia ingin menyuruh aku untuk duduk. Aku mencari kerusi yang berdekatan lalu duduk sementara, Fasha mendekati Dia dan berkata.
"Dia aku ada intel yang bagus."
"Ha! Shasha, apa dia?"
"Ini, aku nak tunjuk ini." Aku yang duduk dekat kerusi cuba mendengar dan melihat apa yang mereka ingin lakukan dari jarak yang jauh. Aku pasti yang dia membuka emailnya untuk menunjukkan kepada Dia pasal rakaman suara pada pagi tadi. Sementara itu, aku melihat ke arah Zim yang tengah fokus menggunakan telefon.
"Zim! Apa yang kau buat?" Aku cuba mendekatinya. Aku melihat dengan lebih dekat dan mendapati dia tengah bermain permainan video dalam telefon.
"Oh, aku main PUBG." Patutlah nampak khusyuk daripada tadi. "Kau kalau dah nampak diorang dah sembang rancak baik jangan ganggu, sebab diorang tengah kumpul intel yang dapat. Untuk sekarang kau buatlah apa-apa pun." Zim berkata kepada aku sambil matanya ke arah telefon dan kedua belah tangannya berada pada telefon pintar yang nampak baharu.
Setelah menunggu beberapa minit mereput tak buat apa-apa, Zim akhirnya dapat menyelesaikan permainannya. Sementara itu, Fasha dan Dia sudah hampir dalam mendapat konklusi. Dalam menunggu mereka, aku agak sedikit mengantuk kerana bosan. Aku mendekati mereka dan mendengar apa yang mereka tengah bicarakan.
"Hang rasa macam mana Shasha. Aku dah blank dah ini."
"Hmm… aku rasa dia ini jaga betul privasi dia."
"Agaklah."
"Sebenarnya aku malaslah kalau jadi macam ini tetapi Lan, kami serahkan kepada hanglah Lan." Fasha menoleh ke arah aku. "Jangan risau aku sentiasa ada memerhati daripada sudut gelap." Aku tersengeh sedikit.
"Aku rasa baik tak payahlah. Aku lebih suka buat kerja solo."
"Hang tahu kan Lan. Aku sentiasa stalk hang. Ke mana hang pi di situ aku ada." Aku mengeluh mendengar apa yang dia kata.
Susah betul bila kenal orang macam dia. Inilah punca utama sebab apa aku trauma dengan dia. Tambah pula, aku meluahkan perasaan aku tahun lepas dekat dia tanpa tahu yang dia dah stalk aku lama. Disebabkan dia tahu terlalu banyak rahsia aku, aku minta putuslah. Sebab aku tak mampu nak hidup asyik kena stalk setiap masa. Aku trauma sebab rahsia aku masih ada padanya.
"Okay. Jadi dah settle. Lan, sasaran hang kali ini budak sekolah hang. Namanya Nur Alisa Yanti Binti Omar Yaman. Kelas 4-A sama dengan Fasha. Kalau hang nak maklumat tambahan hang bolehlah tanya Fasha." Zim daripada belakang tadi mula masuk ke dalam perbincangan ini.
"Zim, buat kerja ini ada gaji tak?"
"Hmm… bernas juga soalan kau." Dia berfikir sejenak. "Tentulah dapat, kalau kau nak tahu kita dapat duit berdasarkan orang bayar kita untuk tolong seseorang. Alisa itu orang yang berada. Tentulah ramai yang nak tengok dia berada dalam keadaan yang baik. Jadi bayaran agaklah lumayan. Tapi aku syorkan kau jangan sangat taksub dengan gaji. Sebab gaji aku rasa semua dapat, jangan risaulah. Just buat kerja kau aja." Aku mengangguk.
"Ini serba-sedikit maklumat mengenai dia." Dia menyerahkan kepada aku satu lampiran kertas A4 yang baharu sahaja di print kan. Pada kertas tersebut terdapat sedikit maklumat berkenaan dengan Alisa. Selain itu, aku dapat lihat gambarnya yang tersenyum, namanya dan tempat tinggal.
"Oh, thank you bagi info." Aku mengambil kertas tersebut dan melipat masuk ke dalam buku nota ku yang sering aku bawa.
"Lan, hang fikirlah macam mana nak dekat dengan dia. aku support hang daripada belakang, kalau nak apa-apa tanya aku. Hang ada lagikan nombor telefon aku." Aku angguk bila dengar Fasha cakap.
"Ha, Fasha. Apa role hang dalam Mastalker ini?"
"Hehehe… aku tegak dengan pendirian aku." Apasal aku macam dah boleh agak dah yang role dia apa. "Aku adalah stalker." Pertama kali aku dengar ada orang mengaku yang dia stalker dengan penuh semangat dan yakin. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Aku rasa akupun budak zaman sekarang ini.
"Sekarang dah pukul 5 petang. Aku nak balik dululah. Kalau ada apa-apa info bagi tahu dekat aku." Mereka semua angguk. Aku ingat nak berhenti dekat mall kejap sebab nak beli sedikit barang dapur yang tak ada. Selepas menunaikan solat Asar dekat perpustakaan, aku terus berangkat pulang dahulu.
Siap sahaja aku beli barang dekat mall. Aku pun berangkat pulang tetapi entah kenapa petang ini firasat aku rasa lain macam sedikit. Disebabkan sekarang jam menunjukkan hampir masuk pukul 6 petang, aku mula tergesa-gesa untuk pulang ke rumah.
Ketika di suatu simpang, sewaktu itu tak nampakpun mana-mana kelibat kenderaan. Namun, apabila aku lalu di simpang tersebut tanpa sedar aku dapati yang ada suatu kereta dengan kelajuan yang tinggi merempuh aku. Disebabkan itu, aku tak sempat untuk mengelak.
Akibat daripada rempuhan tersebut, aku tak dapat untuk sedarkan diri. Aku hanya dapat mendengar sahaja suara orang perempuan berkata dengan nada yang cemas. Entah kenapa suasana sekarang gelap. Adakah ini kematian? Aku tak tahu. Aku harap yang aku tak ada hutanglah dengan sesiapa.