Pustakawan yang berkaca mata tersebut memang berada di depan mataku sekarang. Paling pelik, kenapa bila tengok dia, aku jadi tak cukup nafas. Apa yang dah jadi ni. jangan kata dia dah hypnosis aku masa aku baca buku tadi. Ataupun memang mereka dah ada di sini cuma tak nampak sahaja. Aku kena bersedia dengan apa-apa kejutan.
"Ekin, ada apa ni." Lelaki yang aku dilemma datang melalui pintu masuk perpustakaan disusuli pula dengan seorang lagi.
"Oh, budak ni! Dia nak jumpa aku tetapi bila jumpa aja dia terus terkejut."
"HAH. Terkejut! Kejap aku tengok hang." Lelaki tersebut ketawa sedikit apabila melihat wajah gadis tersebut.
"Wei, ada apa dengan muka aku ni?"
"Taklah-taklah." Dia berkata dalam nadanya yang mula nak memberhentikan ketawanya. "Sebenarnya, tak ada apa-apa pun. Masalahnya dekat budak ni." Gadis tersebut mula faham.
"Tapi apasal hang gunakan aku untuk takutkan dia."
"Bukannya hang suka ka, kacau budak-budak lelaki yang baharu membesar."
"Haish. OKlah-OKlah."
"Sekarang, apa yang hangpa buat dengan memori aku ni. Awat, aku tak dapat nak ingat banyak pasal minggu ni." Kelihatannya mereka agak terkejut.
"Uish. Tak pernah ada orang terlepas daripada ilmu block aku ni." Lelaki tersebut mula kagum.
"HAH! APA MAKSUD HANG?" Aku terkejut.
"Bang perlahan sikit. Inikan library." Seorang pustakawan mula menyampuk.
"Oh, sorry. Apa maksud hang."
"Minggu ni apa yang hang ingat?" Lelaki tadi menyoal kembali.
"Aku tak ingat apa-apa. Cuma aku ada mimpi aja. Mimpi tu serupa dengan reality. Aku umpama dejavu dan aku pasti itu adalah memori aku yang aku lupa."
"Itu hang ingat. Apa yang hang cakap ni dah ada dah jawapan dia?" Perempuan tersebut mula berkata kepada aku.
"Habis itu, apa kena mengena dengan kami. Eh, dengan dia ni." Lelaki tadi mula berkata.
"Mastalker? Itu apa yang aku ingat. Argh…" Entah kenapa kepala ku tetiba menjadi sakit. Tatkala itu, banyak memori yang aku mula ingat. Aku rasa yang memori itu adalah sewaktu minggu ini.
"Jadi macam mana? Dah ingat."
"Haahlah dah ingat. Apa yang hang buat kat aku sampai aku boleh lupa."
"Kau nak join ka tidak. Kalau tak nak, aku akan padamkan memori kau tu. Aku faham budak sekarang bukannya nak buat benda-benda macam ni kecuali main esport."
"Aku nak join. Apa yang aku nak kena buat."
"Eh, lajunya respons kau. Apa sebab kau nak join. Kau tahu tak yang kerja ni boleh menyusahkan kau dengan pelajaran di sekolah."
"Oh, aku bosan. Kalau pasal pelajaran last minute study pun boleh score lagi. Lagipun, bila aku buat kerja stalk ni aku dapat kenal banyak perangai orang yang sebenarnya. Boleh kenal sisi buruk manusia dan baik mereka."
"Hahaha. Menarik jawapan kau ni. Kenal sisi buruk dan baik. Kalau aku fikir pasal wang aja. Tapi kau ni macam ayat protagonist aja. Oklah. Ikut aku." Dia membawaku ke suatu bilik di tingkat atas iaitu tingkat tiga.
Tatkala buka bilik tersebut, suasana dalam bilik tersebut sangat gelap dan sejuk. "Apasal gelap sangat dalam bilik ni. tambah pula sejuk gila kot. Memang tak pernah tutup penghawa dingin ka?"
"Jangan risau. Kat sini memang tempat yang sejuk. Sebab itu aku bawa jaket siap-siap dan pakai stoking. Kalau kau nak join lebih baik cepat terbiasa dengan keadaan sekeliling ini."
"OK. Sebelum itu, boleh aku tahu nama hang apa dia?"
"Oh, aku ingat ka hang tau dah nama aku." Aku hanya menggeleng dengan pertanyaannya. "Akulah orang yang pertama sekali yang suruh kau cari maklumat pasal budak Yana tu. Nama aku Hazim umur 24 tahun tapi dekat Mastalker ni kami guna nickname aja. So, panggil aku Zim."
"Macam nama Orang Putih lah."
"Eh, tak daklah. Lagipun apalah sangat nama aja pun." Dia menepuk belakangku berkali-kali. Entah kenapa aku rasa dia ni macam dah melebih.
"Aku buka lampulah gelap sangat bilik ni." Sebaik sahaja aku menekan suis lampu bilik ini pada dinding yang berhampiran, Zim meluru ke arahku.
"Jangan…" Malangnya dia terlambat apabila suis lamput telah ditekan dan cahaya lampu dinding LED mula mencahayai bilik ini dengan baik sekali.
"Ada apa ni?" Aku terkejut sedikit.
"Alamak. Aku lupa nak bagi tahu kau yang dia ada dekat sini."
"Dia? Siapa dia?"
"Dia tu pakar IT dalam organisasi ni. Dialah yang selalu bagi maklumat."
"Apa yang akan jadi kalau buka lampu dalam bilik ni."
"ISH. SIAPA PULALAH YANG RAJIN BUKA LAMPU NI. BERAPA KALI AKU NAK PESAN JANGAN BUKA LAMPU." Entah kenapa aku jadi seram sejuk sahaja apabila mendengar suara tersebut.
"Dia. Sorry, ni member baru yang teringin nak join organisasi kita."
"Nasib baik orang baharu." Dia membetulkan ucapannya. "Bukankah kita underground?" Zim memandang aku dengan mata yang hairan.
"Macam mana kau boleh tahu nombor telefon aku ni?" Bila aku ingat yang bagi nombor ni tak salah aku masa di masjid minggu lepas kot.
"Rizki, ada apa?"
"Dia bagi nombor aku kat kau." Aku mengangguk. "Apasal kau tak bagi tahu awal-awal yang dia tu bagi nombor aku kat kau."
"Dah tak tanya macam mana aku nak bagi tahu kat kau. Lagipun masa awal-awal aku call hari tu bukan ka kau buat acah scammer."
"Eh, ya tak ya juga." Dia tetiba ketawa sedikit.
"Dah-dahlah tu sekarang siapa budak ni Zim?"
"Oh, lupa pula aku ada Dia. Lan perkenalkan diri kau." Dia membisik kepadaku.
"Oh, Maafkan awok sebab buka lampu tadi. Mike boleh panggil awok Lan umur awok baru 16 tahun."
"Oi, Zim kau tahu tak apa yang kau buat ni." Entah kenapa perempuan ni nampak macam nak marah aja.
"Apa dia?"
"Dah lama aku duduk Kedah, akhirnya ada juga orang cakap dialek Perak dengan aku. Nostalgia gila. Baiklah Lan, nama awok Diana umur 25 tahun. Mike boleh panggil awok Dia." Tak percaya juga aku yang ini berhasil. Mujurlah aku ada belajar sikit dialek Perak masa dahulu.
"Jadi kau nak ambil bahagian mana dalam organisasi ni?"
"Bahagian? Boleh kau bagi tahu dekat aku tak apa dia bahagiannya."
"Oh, biar aku bagi tahu. Dalam Mastalker anggota dalam ini akan lakukan secara mengikut kemampuan mereka masing-masing. Kami bahagikan kepada 4 bahagian iaitu stalker, hacker, informer dan solver. Stalker akan kaji target dan keadaan sekeliling dan bagi maklumat kepada hacker. Hacker pula akan kumpulkan data daripada stalker dan korek maklumat dengan lebih teliti lagi mengenai maklumat mangsa. Informer akan mengumpulkan maklumat daripada hacker dan stalker untuk diringkaskan dan diberikan kepada solver. Solver pula akan selalu berada dengan mangsa untuk lindungi mangsa dan settlekan masalah yang dihadapi mangsa."
"Uish, mengapa banyak sangat tu kerja dia?"
"Hahaha. Sebab ahli ramai apa lagi nak buat."
"Berapa banyak ahli yang ada?"
"Dalam 10 orang kalau termasuk dengan kau. Bahagian Hacker ada Dia. Bahagian stalker ada Jai(23 tahun). Bahagian informer aku dan Ekin(24 tahun). Solver pula ada Rizki tapi sekarang dia asyik lolos sahaja. Maklumlah budak universiti."
"Eh, kejap! Kau kata ada 10 orang mana lagi 4 orang?"
"Kalau aku bagi tahupun kau bukan kenal pun siapa dia. Nanti kau jumpa juga dengan mereka.
"Jadi kau nak pilih apa?"
"Aku nak buat cabut undi boleh tak?"
"Boleh." Zim mengambil empat helai kertas yang dilipat 4 kali dan memberikan kepada ku.
"Aku cuba ambil daripada empat kertas tersebut dan apabila aku cuba membuka. Aku dapati yang aku dapat bahagian solver."
"Hmm. Kiranya jalan kerja yang kau buat untuk selesaikan masalah Yana memang ikut cara solver. Kau layaklah ambil bahagian ni. Satu lagi aku nak pesan yang bahagian ni sangat tough. Kau kena prepare emosi dalam settle masalah orang lain. Kami hanya pemberi maklumat."
"Ok baik. Sebelum itu biar aku buat kerja dekat sini dulu." Aku melihat keadaan sekeliling dahulu.
"Kerja apa?" Dia hairan.
"Mengemas." Dan akupun mengemas bilik yang bersepah tersebut mungkin sampah yang dibuat oleh Dia tapi aku tak nak salahkan Dia sahaja. Lebih baik aku buat ajalah. 1 jam setengah masaku berlalu dengan mengemas bilik tersebut. Nampaklah Kemas daripada sebelum ini. "OK, sebab dah lewat ni. Aku pulang dahulu."
"OK. Esok malam aku akan bagi maklumat kepada engkau. Jadi, esok kau jalanilah kehidupan seperti biasa di sekolah. Jangan dekati lagi client lama kau." Aku menunjukkan sign OK kepada Zim dan terus berlalu pulang.