Chereads / Mastalker / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

"Sebenarnya, aku ni ada masalah ingatan sikit nak ingat orang yang baharu jumpa. So, akupun tulislah, alang-alang gambar tu terjumpa dekat media sosial. Jadi, aku simpanlah. Takut-takut, nanti aku tak ingat hang kan susah." Harap-harap menjadilah coverline aku ni. Mati aku kalau dia tau yang aku stalk dia.

"Lah, awat tak bagi tau awal-awal. Kami ingat ka hangpa nak stalk kami ka apa." Mujurlah dia terpedaya. "Tapi kami ingat kalau hangpa stalk kami tanda hangpa suka kat kami." Alamak, situasi apakah sekarang. Aku kena ubah topik ni, kalau tak masa muda aku akan berakhir dengan dia. Macam mana ni?

"Hahaha…" Aku melihat pada wajahnya yang kelihatan agak serius. Bila ingat balik lebih baik aku serious. "Ehem… Aku tak faham sangat dengan percintaan ni. So, aku takut jugalah kalau nak bercinta ni. Tapi kalau perasaan suka tu adalah. Apa orang kata, crush? Ha, crush." Aduh apa pula yang aku kata ni. Memang ni ka cara buaya bercakap. Tak tahu pula aku ada develop skill buaya ni.

Matanya kelihatan berair, apa aku kata benda yang boleh membuatkan dia sedih? Kemudian, sedikit senyuman mula terpapar pada mukanya. Setelah itu, dia cuba menutup mulutnya dan seterusnya menutup mukanya. Aku mula was-was dalam hal ni. Apa yang patut aku buat ni. Aku menggaru-garu kepala sedikit. Aku melihat suasana dalam perpustakan ini yang masih lagi bersisa lagi, beberapa orang yang tengah mentelaah buku dan ada yang melakukan kerja masing-masing. Lebih baik aku settlekan masalah ni dekat luar sahaja. Untuk mengelakkan masalah, aku mengajaknya keluar daripada perpustakaan ini terlebih dahulu.

"Awat hang menangis kat dalam tadi. Aku ada kata apa-apa ka?" Dia mengangguk. "Ha apa yang aku cakap tadi?"

"Hahaha… taklah. Bukan macam tu. Kami ingat nak prepare kena reject tapi hangpa bagi jawapan yang paling kami tak sangka." Jangan kata sebab aku kata crush tadi. "Kes hangpa kata, yang kami ni crush hangpa punya pasal tadi. Sebab kamipun ada crush dekat hangpa. Alang-alang hangpa ada minat dengan kami ni. Apa kata kita couple." Aku terbeku buat seketika tetapi ini mungkin akan membuatkan aku mendapat apa yang aku mahu. Tidak sememangnya tak boleh.

"Aku sebenarnya tak nak couple ni, lagipun aku bukannya orang yang akan setia dengan melihat seseorang. Bukan sebab aku tak nak couple, sebenarnya kalau couple dia akan mengeruhkan keadaan aku dengan berita tu tambah lagi hubungan kita yang sekarang ni mungkin akan jadi tercemar. Jadi apa kata kita buat macam biasa saja."

"Oh, macam tu ka! Tapi jangan ingat aku tak bagi warning siap-siap." Entah kenapa suaranya yang kecil menjadi besar sekarang. Suasana agak tegang sekarang. "Kalau aku nampak hang dengan perempuan lain prepare untuk hilang daripada dunia ni." Aku merasakan yang itu adalah suatu ancaman kepadaku.

"Ya. Aku faham. Tapi kenapa?" Aku agak kekok sikit. aku nak move on tapi bukan macam ni. Biar betul aku kena psycho sekarang.

"Lebih baik kau dengar kalau tak ada sesuatu yang akan terjadi." Gila betul dia ni.

"Ha. Tengoklah macam mana. Lagipun aku bukan boleh tengok masa depanpun. Aku ciao dulu."

"Sebelum tu, lebih baik hang jangan bagi tahu dekat sesiapa yang aku perangai macam ni." Aku menghela nafas dan menunjukkan signal OK kepadanya. Setelah itu, aku terus beredar daripada situ.

Aku tiba di rumah awal hari ni, sebelum senja. Salam diberi dan pintu rumah dibuka perlahan-lahan. Macam biasa ibu bapaku belum pulang lagi ke rumah. Hari ni adalah Hari yang paling mengejutkan buatku. Kakiku masih lagi sejuk disebabkan aircond dalam perpustakaan tadi. Aku rasa nak stalk orang ni memang susah juga. Tapi, kalau ikutkan aku rasa yang buat perkara ni membuatkan aku lebih mengetahui lebih dalam perangai seseorang. Aku tak tahu kenapa tetapi hormone adrenaline dan dophamin aku sepertinya meningkat. At least sekarang aku dah tahu salah satu personaliti dia. Lebih baik aku settlekan semua maklumat stalk ni.

Aku terus menjatuhkan diri ke atas katil yang selesa dalam bilik. Sambil melihat buku nota kecil yang aku tulis maklumatnya. Sekarang cuma tinggal info yang aku boleh dapat di rumah dia sahaja. Tapi macam mana, tadi tu macam teruk sangat sahaja dia kena. Cuma satu sahaja sekarang, esok aku kena buat macam peristiwa waktu tadi tiada.

"Lan, awak nak pergi mana tu." Aku cuba untuk menjauhkan diri daripada dia. Tak sangka yang perangainya berubah sebegini. Mengerikan juga dengan perempuan ni. Tatkala itu, Amin yang ada di sebelah aku berkata.

"Lan, aku nak pergi tandas ni. hang pergilah dulu ke kantin." Aku tahu yang dia cuba untuk memberi peluang kepada Yana untuk mendekatiku. Sekarang Amin berada di belakang dinding pintu kelas sambil memandang aku daripada jauh.

Aku menarik nafas dan lepas dahulu sebelum mengalih balik ke arah Yana. "Jadi apa yang hang nak sekarang ni?"

"Uish, janganlah kasar sangat. Kami nak ajak hangpa tolong kami ni."

"Buat apa?"

"Adalah, tak bestlah kalau bagi tahu awal-awal." Dia berkata seperti kebiasaan harinya.

Aku tak sangka yang aku ikut dia. Habislah waktu rehat aku kalau macam ni. Sudahlah duduk sini tak buat apa. Sementara aku melihat Yana sekarang tengah bertungkus-lumus menyiapkan komik dia. Entahlah aku merasa kasihan kepada dia sedikit.

"Takkan hangpa dah bosan kot. Baru duduk tak sampai 5 minit dekat kaunter perpustakaan ni."

Aku menguap sikit. "Bosan jugalah. Sekarang selalunya aku makan-makan dan borak dengan kekawan." Dia mulai sepi setelah mendengar perkataan kawan.

"Oh kawan, ka!" Nadanya mula terdengar sayu. Jangan kata dia alone sentiasa."

"Yana, buku ni hang baca dak lagi." Tetiba, Fasha muncul di hadapan kaunter sambil membawakan sebuah buku novel remaja. Yana memandangnya.

"Oh, Fasha! Buku tu aku baca habislah."

"Oh cerita dia macam mana best tak." Dalam masa yang sama, dia menjeling ke arahku. Kemudian, dia memandang kembali ke arah Yana.

"Aku tak suka sangat nak spoil cerita dekat orang. Nanti kesian dekat writer dia. Buat cerita penat-penat untuk orang baca bukan untuk spoil."

"Hahaha… Oklah. Nanti aku tengok isi cerita ni." Dia kemudiannya melambai ke arah kami dan terus keluar. Semasa di pintu keluar dia sempat senyum padaku dahulu. Aku tahu yang senyuman itu ada makna yang negetif kepadaku.

"Jadi dia ka kawan hang?"

"Hah! Taklah dia Cuma pengganggu sahaja. Orang kata apa, haiwan perosak?"

"Aku nak kena pergi dulu ya."

"Aduh, janganlah tinggal kami sorang-sorang kat sini. Sat ajapun. Kamipun tak makan lagi ni. oklah lagi 10 minit kita keluar." Entah kenapalah dengan budak ni. Jangan tanya aku, lelaki memang tak faham perempuan.

Akupun mengeluh lalu duduk semula di kerusi tersebut. "Aduh, susahlah kalau macam ni." Yana yang berada di sebelah aku sedikit ketawa.

"Oklah. Awak nak apa? Kami boleh tolong." Apasal aku rasa geli-geleman sikit mungkin dia panggil aku awak kot. Tapi dia kata nak tolong aku, at least mungkin dia boleh tolong permudahkan kerja aku yang bersisa lagi tiga hari lagi ni.

"Oh, kalau macam tu aku nak minta…"

"Ha, sebut pasal tu, kami nak bagi tahu dekat awak ni yang hari ni kita akan stop jumpa dekat perpustakaan dah. Hari ni ada family day."

"Uish biar betul family day masa PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) ni."

"Haah betullah family day buat dekat rumahkan."

"Oh, macam tu ka."

"Alang-alang tu, kami nak ajak hangpa ikut sekali kami balik ke rumah kami ni. Kamipun dah bagi tahu siap-siap dekat parent kami." Apa kejadah dia ni. tapi bila aku fikirkan balik mungkin aku boleh guna peluang ni.

"Sayang sekali, aku mai sekolah naik basikal. Basikal aku nak letak mana. Takkanlah aku nak kena kayuh ke rumah hang kot."

"Pasal tu jangan risau akan beres." Aku akan ke rumah dia tetapi aku rasakan yang aku macam tak malupun ada juga. Biarlah, aku tak nak fikir banyak sangat.

Aku tak sangka yang aku duduk dalam perpustakaan sampai habis waktu rehat. Ditambah pula duduk dengan orang yang selalu ganggu aku. Bilalah aku boleh berehat ni. "Jadi hang buat apa dengan dia dekat dalam perpustakaan tadi." Amin terus menerpa aku sebaik sahaja aku keluar daripada perpustakaan. Setelah beberapa minit Yana pula menyusul.

"Aku yakin hang tak mau tau."

"Apa dia?"

"Dia ajak aku pergi rumah dia."

"Fuiyo! Tahniah sahabatku anda Berjaya juga mendapatkan perempuan." Aku ketawa sedikit.

"Mungkinlah." Tapi aku tak rasa yang dia akan berakhir sebegini, mungkin ada cara dia. Dia memandang aku dengan raut wajah yang aneh. "Eh, kelas dah nak start dahlah. Jom kita pergi makmal sekarang."

"Haah. Tapi hang janganlah ingat dia dah. Dia mungkin bukan yang terbaik untuk hang." Aku tak berkata apa lalu mengambil barang dan terus ke makmal. Di sekolah kami ada 4 jenis makmal, makmal sains, makmal komputer, makmal bengkel dan makmal nashiat budak. Aku bohong saja yang tu sebenarnya makmal nasihat budak tu bilik kaunseling sahaja. Sekolah aku ni memang pakar kalau dalam bidang kaunseling ni. Sebab tu ada banyak budak baik, Itupun kalau cikgu tak nampak apa yang mereka buat. Biasalah masalah keluar sekolah sesuka hati menjadi kebiasaan pelajar di sini. Mana taknya tak kena kaunseling.

Tatkala aku baharu sahaja melalui bilik kaunseling untuk ke makmal. Aku mula ternampak seorang pelajar perempuan yang tak bertudung berada di hadapan guru kaunseling yang berkata kepadanya dengan nada yang menggoda. Aku jeda buat seketika. Amin juga menghentikan langkahnya juga. "Apa lagi Lan. Ada apa ni. Kan dia kena kaunseling tu. Janganlah peduli sangat dengan orang yang melanggar peraturan."

"Oh, macam tu ka." Aku terus mengikutnya dan tiba di makmal sains. Setelah daripada itu, kelas bermula seperti kebiasaanya sehinggalah tamat waktu persekolahan pada pukul 2.30 petang.

Ketika di garaj basikal, aku ternampak Yana yang sedang melihat sekeliling sepertinya mencari seseorang. Aku terus sampai di basikalku lalu disapa olehnya. "Lan, jom." Aku mengangkat kening sebelah.

"Pergi mana?"

Tatkala itu juga, aku tak sangka yang bapanya sanggup meletakkan basikal aku atas bumbung kereta mereka. Mungkin dia dari keluarga yang aktif dalam sukan berbasikal ni. Pada mulanya, tiada apa interaksi. Namun, bapa Yana yang berada di bangku pemandu mulai bertanya beberapa soalan kepadaku. Tanya aku tinggal di mana dan keberadaan ibu bapa ku. Apa lagi, akupun menjawablah dengan jawapan yang baik dan tepat. Setelah itu, kami mulai bersembang lagi. Buah bicara kami adalah mengenai Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Sekian masa sudah berlalu dan destinasi kami mulai tiba.

Bila diingat kembali, jalan masuk ke kawasan perumahan Yana hanyalah bertentangan dengan kawasan perumahan aku sahaja. "Yay dah sampai. Lan boleh turun dah kot." Pintu kereta dibuka dan aku terus berada di samping kereta.

"Lan mailah masuk dekat dalam ni dulu. Buat apa kat luar tu, panas." Rumahnya hanyalah biasa-biasa sahaja. Dia adalah daripada kalangan sederhana aku rasa. Alamat rumah aku perhati dan kemudian terus memasuki ke dalam kawasan rumah. Ok, sekarang tinggal sedikit sahaja lagi untukku siapkan tugasan ni. Salam diberikan dan aku terus dijemput untuk duduk di atas sofa yang di hadapannya terdapat sebuah smart tv.

"Hangpa tunggu dekat sini sat noh kami nak bersiap dulu." Dia terus menuju ke sebuah bilik. Sekarang pishang jugalah satu nak tunggu dia satu lagi sekarang duduk rumah kawan perempuan pula. Ni kalau orang lain tahu habis aku.

"Assalamualaikum." Satu salam mulai didegari dari luar. Suara ini macam ku kenal. Janganlah kata yang dia datang. Bapa Yana melihat di luar rumah dan mulai berkata. "Oh, masuklah dulu."

Memang tekaan aku tepat apabila yang masuk tu adalah wanita yang suka friendzone orang. "Oh, Lan! Terkejut aku. Hang buat apa dekat sini." Dia sengaja buat ekspressi terkejut bila bercakap. Apa nak buat alang-alang aku dah bosan. Lebih baik aku layan saja dia ni.

"Oh, kau macam mana boleh ada di sini juga."

"Macam biasa pelat kedah hang memang selalu tukar bila cakap dengan aku ni." Kemudian dia ketawa.

"Aku datang sini pun sebab dijemput."

"Oh, kena jemput ka?" Dia berkata dengan nada yang perlahan. "Aku sepupu kekasih baharu hang sebenarnya." Uish, apa maksud dia kekasih."

"Kekasih? Tapi bukan hang nak sangat dia ka haritu?" Yana datang kembali di ruang tamu setelah bersiap.

"Mana ada. Kami kawan ja. Kan?"

"Haah la kan." Entah kenapa pula aku support dia ni.

"Dahlah. Jom kita pergi dapur. Memasak untuk petang ni. Lan hangpa pun kena ikut sekali masak." Alamak, akupun kena.

Kami memasak beberapa makanan di dapur. Antaranya, adalah beberapa kek cawan yang berada di dalam oven dan adalah beberapa makanan bergoreng yang telah ada di bawah tudung saji di meja hidang. Semasa memasak, aku tak tahu pula yang aku buat banyak kerja daripada mereka berdua.

Yana ada berkata, yang ibunya tengah bekerja sekarang. Jadi, dalam petang ini pulanglah ibunya. Ayahnya pula sebagai mana yang aku tahu dia ada di luar rumah tadi. Aku beranggapan yang ayahnya cuti hari ini. Setelah selesai hidang makanan di bawah tudung saji, kami berlepak sekejap di hadapan televisyen sambil menonton beberapa drama daripada Netflix.

Sementara mereka berdua tengah menonton televisyen, aku keluar sekejap untuk berjumpa dengan bapa Yana. "Pakcik busy ka sekarang?"

Bapa Yana yang tengah menghisap sepuntung rokok sambil menskroll pada telefon bimbitnya mula memandang ke arahku. "Oh, Lan! Tak-tak jemputlah duduk dekat situ." Dia menjumputku untuk duduk di atas kerusi yang berada di luar rumah tersebut.

"Terima kasih."

"Kamu ada apa-apa nak kata ka? Nanti pakcik hantar kamu pulang ke rumah." Tak sempat aku kata dia dah jawab.

"Pakcik ni kerja apa?" Dia memandang aku dengan muka yang agak pasrah. Aduh, mungkin ini agak sensitive.

"Arhh…" Dia mengeluh. "Disebabkan sekarang musim pandemik. Pihak pejabat pakcik suruh pakcik work from home saja. Pakcik ni bukannya orang yang suka buat kerja dekat rumahpun. Sebab itulah yang pakcik kurang selesa sikit." Lah gitu ka pakcik ni. Risau aku dibuatnya. "Kamu macam mana dengan belajar ikut norma baharu?"

"Biasa-biasa saja pakcik. Kadang-kadang rimas jugalah nak kena pakai face mask. Lagipun sekarang dekat Kedah taklah banyak sangat kes di sini."

"Betul juga, tapi kamu tu kena berhati-hati. Benda ni kita bukan boleh nampak. Sekali kena susah nanti."

"Isteri pakcik balik bila?"

"Kejap lagi. Dalam pukul lima petang tu sampailah tu. Awat ni, kamu lapar dahka. Kalau lapar pergilah makan dulu. Pergi minta dekat Yana." Alamak minta dekat dia pula ka.

"Taklah pakcik saja tanya. Kerja apa isteri pakcik?"

"Oh, dia kerja sebagai Accountant dekat Bank Islam."

"Kalau macam tu takpalah. Sekarang baru pukul…"

"Pukul 4.30 p.m."

"Takpalah saya pergi join depa tengok TV dululah."

"Ha. Ok"

Dan akupun layan drama dekat TV tersebut sampai tak sedar yang sekarang sudah 5.30 petang. Lebih baik aku solat asar lekas. "Yana! Bilik solat dekat mana?"

"Oh, Asar dah masuk eh! Hangpa pergi straight sampai dekat dapur, ada tandas. Masuk situ ambil wudu', pastu pergi dekat dengan ruang hidang ada satu bilik tu. Ha situlah. Jelas?"

"OK." Kemudian, aku ikut apa yang dia cakap sampailah aku tiba di ruang hidang. Namun, aku ada ternampak dua buah pintu. Yang mana satu. Mungkin yang kanan kot. Pintu kanan aku mula tarik perlahan-lahan. Kemudian, suis lampu cuba aku capaikan. Bilik agak gelap sebelum aku buka lampu tadi.

Aku mula hairan, jantungku mula terdetik lalu terfikir yang ini bukannya bilik solat. Ini bilik…