Aku cuba ingat balik macam mana boleh aku terlepas daripada tempat ni. Masa aku solat tadi, ada seorang lelaki tengah tidur dalam bilik solat di dalam perpustakaan. Lepas tu, aku keluar dan aku ada perasan yang seorang lelaki ini dia sengaja melanggar bahuku lalu dia pergi ke suatu arah. Rasanya seperti ke stor. Lepas tu, masa aku tunggu Yana untuk keluar daripada tandas, ada seorang perempuan ini sedang membaca buku sambil matanya melihat ke arahku. Akhir sekali, pustakawan itu ada buka kaca matanya. Itu adalah satu cara seperti mengalihkan perhatian sahaja. Macam agak fishy sahaja tingkah-laku mereka. Mungkin barangan yang Yana tinggal tadi menunjukkan simbolnya.
Untuk seketika aku teringat yang ada seorang lelaki dibelasah teruk di hadapanku. Memori, apakah ini? Nak kata aku, aku tak pernah lagilah belasah seteruk macam dalam memori aku ni. Sudahlah, sekarang aku kena cari Yana secepat mungkin. Kali ini aku masuk ke dalam perpustakaan tersebut dengan memakai topi. Mestilah topi cap takkan topi keledar kot. Muka mungkin tak nampak dah kot sebabnya pakai pelitup muka.
Aku memulakan untuk memasuki ke dalam perpustakaan tersebut buat kali yang kedua. Bila diingat ada suatu jalan belakang perpustakaan ini yang membawa ke suatu kawasan lapang. Aku cuba untuk memeriksa tempat tersebut. Alangkah, terkejutnya apabila mendapati yang tekaan aku ini benar-benar salah. Aku duduk di atas kerusi batu berdekatan sambil merenungkan diri dan berfikir.
Tatkala berfikir, aku mendapati suatu panggilan mula memasuki pada telefon ku. Ianya daripada abang Hazim. Apa yang dia nak pula sekarang ni. Aku menjawab panggilan tersebut. Salam diberi dahulu.
"Ha, Lan macam mana. Hari ni jangan lupa hantar maklumat tu."
"Sebenarnya dia macam ni…" Aku menjelaskan kepadanya situasi aku sekarang.
"Haiyaa. Apasal kau ni bagi tahu dekat aku macam tu. Kan aku dah bagi tanggungjawab dekat kau. Jadi itu adalah urusan kau. Kau mesti tahu dia ada di mana. Cuba percaya diri tu."
"Macam mana tu." Kemudiannya panggilan pun terputus.
Kalau aku percaya diri, kejap lokasi telefon Yana masih lagi dikesan di tempat ni. Jadi aku cuma kena selongkar lagi kawasan dan tempat ni. Mungkin dia ada di stor, entah kenapa aku ada ingat stor dekat dalam perpustakaan ini agak besar. Meskipun aku tak pernah pergi lagi. Mungkin cuma khayalan sahaja kot.
Setelah mencari kawasan sekitar, aku akhirnya menemui stor juga. Tak sangka yang ianya sama seperti dalam memoriku. Dan sekarang mereka ada di sebalik rak-rak kayu. Aku tak nampak lagi cuma hanya mendengar suara mereka yang sedang berargumentasi antara satu sama lain.
"Apa yang hangpa nak daripada aku." Kedengaran suara Yana yang tengah bergelut.
"Kan aku dah kata, aku nak hang." Biar betul, aku tak percaya apabila mendengar penjelasan daripada lelaki berbadan besar tu. Melihat daripada lencana baju sekolah yang dipakai oleh lelaki berbadan besar itu kalau tak silap aku, lencana daripada sekolah kami. Kiranya mungkin dia punca fitnah aku dengan Yana berleluasa di sekolah.
Di situ ada seramai 5 orang lelaki dan seorang perempuan yang menyertai kumpulan itu. Bermangsakan Yana yang berseorangan terikat dengan tali pada kerusi yang didudukinya.
"Hang kata apa, dasar lelaki tak dak maruah. Kalau nak habaq pun bagi tahulah elok-elok. Ini dengan menggunakan cara ini, hang jangan duk gedik nak buat onar tau." Kedengaran Yana menengkingnya. Firasat aku mula merasa teruk.
"Hang ni, kecik besar kecik besar ja aku tengok hang ni." Dia menarik tudung yang dipakai Yana.
Melihat perkara yang dilakukannya, ini dah tak boleh bawa bincang ni. Saat lelaki tersebut ingin menampar pada muka Yana, aku terus memecut untuk menepis tamparan tersebut. Melihat aku mungkin membuatkan mereka semua terkejut. Terutama sekali Yana. Tapi lepas tersentuh dengan tangannya itu, aku seperti mendapat sebahagian daripada memori dia. Apakah ini? Aku sambung balik dengan keadaan yang berlaku seterusnya lalu menolak lelaki yang berbadan besar itu jatuh ke lantai.
"Dah-dahlah tu, tak payahlah jadi pengecut sangat kalau nak pukul perempuan. Memang nak tunjuk dengan 5 orang dekat belakang hang tu ka yang hang ni hebat sangat sampai boleh pukul perempuan."
"Hang ni siapa?" Ditanya pula soalan itu kepada aku.
"Sejujurnya, macam mana dia boleh ada dekat sini sangat hairan. Aku suruh dia pergi pejabat pos tetapi ke sini pula dia datang. Yana hang hutang penjelasan dengan aku." Aku membuka tali yang terikat kepada kerusi tersebut lalu memberikan tudungnya yang terjatuh kepadanya.
"Wei, siapa bagi hang kebenaran untuk lepaskan dia."
"Aku. Ada masalah."
"Hang memang silap cari pasal dengan kami." Dia dan lagi empat orang lelaki mulai mengepungku. Uish, macam mana ni. Aku dahlah tak pandai dalam seni pertahankan diri ni. Mungkin dengan percaya diri, aku boleh menang dengan mereka ni. Yakin dengan diri dan yakin akan pertolongan tuhan.
Salah seorang daripada kepungan itu mula menyerangku dahulu. Apa yang boleh aku buat adalah menyentuh tumbukan mereka lalu terus mengilas tangan tersebut dan menjatuhkan rakan lelaki tersebut. Dengan itu, aku dapat mempelajari sedikit teknik berlawan mereka. Mujurlah kelebihan baharu aku ni berguna juga. Apabila apa yang diagak ku menjadi benar belaka. Tunggu, macam mana aku boleh tahu yang ni kelebihan baharu. Biarlah, aku tak nak cliché. Nanti-nanti tu tahulah aku apa kelebihan ni.
Setelah daripada seorang itu, aku jatuhkan dengan mengilas tangannya. Lagi 3 orang itu terus menuju serentak ke arahku. Ada yang guna kayu untuk memukulku dan ada yang menggunakan tangan kosong. Nasib baik tak ada yang guna pisau. Syukurlah, aku selamat apabila dapat menjatuhkan mereka semua dengan senang. Mujurlah mereka hanya pengsan sahaja.
"Hang lebih baik jangan bergerak. Kalau tak perempuan ni, aku tikam dia." Sebut pasal pisau, aku baru ingat yang ada seorang gadis yang ikut kumpulan lelaki ni. Sekarang dia tengah ugut aku pula dengan nyawa Yana. Apa yang aku nak buat ni. Buat seketika keadaan menjadi saspens.
"Aduh, kan aku dah bagi tahu untuk percaya diri. Apasal kau ni susah sangat nak percaya diri." Kali ini lelaki lain pula yang muncul. "Bak sini pisau tu. Pisau orang guna dekat dapur saja." Dengan selambanya dia mengambil pisau daripada genggaman perempuan tu. "Ekin, lemahkan dia kejap. Aku tak suka sangat nak sentuh orang."
Kemudian datang pula seorang perempuan lain yang berkaca mata lalu menyentuh pada leher perempuan tadi. Dalam beberapa saat sahaja, perempuan tersebut terus jatuh rebah. Aik, kalau tak salah aku perempuan itu, bukankah dia pustakawan perpustakaan ini. Lelaki itu pula yang tidur dekat dalam bilik solat tadi.
"Sebenarnya apa yang terjadi ni."
"Kalau kau nak tahu mereka ni adalah stalker." Dia menunjukkan kepada 6 orang pelajar sekolah aku yang dikumpulkan pada suatu tempat.
"Sebelum nak cakap lebih lanjut lebih baik kita ikat mereka dululah."
"Eih, tak payah nanti aku settlekan. Jadi macam mana budak. Inilah organisasi yang aku cakap tu."
"Apa?"
"Jadi, selamat datang ke Mastalker."