Aku tak sangka yang dalam bilik ini penuh dengan sumber bacaan. Seperti dalam cerita orang barat sahaja yang dalam rumah mereka ada sebuah bilik bacaan. Kelihatannya cukup mirip dengan rak-rak yang dipenuhi dengan buku. Walaupun, aku bukannya orang yang suka membaca buku. Aku terasa cukup kagum dengan bilik ni.
Namun, aku dapat rasakan yang ada orang cuba memandang aku daripada belakang. Apabila kepalaku mengalih ke belakang tiada orang kelihatan. Apakah ini hanya firasat aku. Aku kemudiannya membetulkan kembali posisi untuk melihat dan terkejut apabila ternampak yang Yana berada di hadapanku.
"Hahaha… hangpa terkejut juga."
"Uish biar betu yang hang ni duduk dalam gelap dekat sini daripada tadi."
"Eh, daklah. Ada pintu daripada luar untuk masuk bilik ni." Aku pergi lihat dan mula nampak apa yang dikatakannya adalah betul.
"Dahlah, bilik sebelahkan bilik solat?"
"Haah."
Sekali lagi aku terkejut tetapi kali ini bukan sebab terpegun. Kali ini sebab nampak berseleraknya bilik ini. "Lupa pula nak bagi tahu bilik solat dekat sini dalam proses. Jadi untuk sementara bilik ni jadi stor dulu. Apa kata hangpa solat kat bilik kami dulu." Apa boleh buat lagi.
Akupun solatlah dalam biliknya. Tapi semasa tu tak terfikir pula aku dengan reaksi masuk dalam bilik kawan perempuan. Mungkin dah terbiasa di rumah kot. Aku selalu masuk dalam bilik kakak aku. Lagipun bukannya ada benda yang memalukanpun kecuali beberapa kepingan gambar yang ada pada depan meja belajarnya. Kelihatannya seperti dia sedang stalk seseorang.
Biarlah dengan hal dia. Aku selesaikan dahulu solat asar dan kemudian bergegas untuk keluar. Sebelum keluar aku pandang beberapa gambar yang ada di hadapan mejanya dengan sekilas lalu sahaja. Namun, aku baharu perasan ada beberapa gambar orang yang tertampal. "Lan, kalau dah siap jomlah makan." Mujurlah aku sempat berada di depan pintu semasa dia membuka.
"Ya."
"Jadi inilah Lan yang dikatakan Yana ni." Aku tersenyum sambil menjamah beberapa makanan di atas meja. Tak sangka pula yang emaknya punya Yana, seorang yang peramah.
"Lan cakaplah sesuatu." Yana berbisik padaku manakala Fasha tersenyum melihat kami berdua.
"Haah, saya. Biasa-biasa saja." Aku dapat melihat riak wajah Fasha yang masih lagi mentertawakan aku.
Setelah menjawab beberapa soalan daripada emak Yana. Aku akhirnya dapat menghabiskan makanan dalam satu pinggan ini. Disebabkan aku kena soal jawab. Makanan yang ada di atas meja banyak yang sudah habis. Aku makan apa yang ada di pinggan sahajalah.
Tatkala berada di dapur untuk membasuh pinggan, aku mendapati yang ada seseorang menelefon. Aku meminta Yana untuk menyambung kerja kerana aku ingin menjawab panggilan tersebut.
"Hello."
"Kau sekarang ada di luarkan?"
Aku melihat sekeliling dulu. "Ya, ada apa ni?"
"Aku nak bagi tahu kau. Kau kena hantar selewat-lewatnya malam ini. Kau boleh terus hantar dekat alamat yang akan aku bagi dalam pukul 6 petang nanti.
"Aik tapi bukan ada lagi tinggal masa 4 hari lagi ka."
"Oh 4 hari lagi ka. Ok pastikan kau hantar awal ataupun tepat pada waktunya. Kalau tak…" Panggilan dimatikan secara tetiba.
"Kalau tak, apa?"
Aduh, apasal dia tak bagi tahu sampai habis sahaja. Memang nak kena bagi saspen ka. Dia kena tahu yang benda ni tak lawak. Tambah pula, aku baru dapat data baharu yang menarik pada Yana. Mungkin aku tahu nanti tetapi buat sementara ni aku kena waspada dulu dengan dia. Aku kena jauhi daripada melakukan kesilapan dengan dia. Salah sikit boleh buat malu sahaja pada mukaku.
"Lan, nak balik dah ka?" Aku mengangguk.
"Haah." Yana masuk kembali ke dalam rumah dan memanggil ayahnya. Ayahnya pun keluar dan menghidupkan enjin kereta lalu mengajakku untuk masuk. Walaupun aku dah berkata berkali-kali untuk pulang sendiri. Ayahnya tetap menggesa untuk menumpangkanku pulang. Apa boleh buat dengan orang yang suka tolong.
Aku berada di kerusi penumpang belakang manakala Yana berada di samping ayahnya di hadapan. Apakah dia ingin tahu aku tinggal di mana. Lebih baik aku bagi alamat yang lain.
"Pakcik, rumah saya dekat dengan masjid tu." Aku menunjukkan kepadanya sebaik sahaja kami keluar daripada taman tersebut. Sedangkan taman kami hanyalah bertentangan sahaja.
"Ok. Sini saja ka. Kalau boleh, pak cik hantar kamu masuk dalam lagi."
"Eh, tak apalah pakcilk."Setibanya berdekatan dengan masjid, aku terus mengambil basikalku yang berada pada bumbung kereta tersebut.
"Nanti, kalau ada masa lapang lagi bolehlah datang ke rumah kami lagi." Aku hanya mengangguk kepalaku. "Ok. Bye." Yana melambai tangannya.
"Bye." Lambaian dibalas.
Sebaik sahaja, kelibat kereta tersebut tidak lagi kelihatan. Aku terus mengayuh basikalku pulang ke rumah. Mujurlah jarak masjid dari rumah dalam 1 kilometer sahaja. Aku tak sangka yang sekarang dah nak masuk senja dah. Ini kalau lambat sampai rumah kena sebat ni. Aku tak tahulah yang nak jadi apa dengan aku ni.
"Lan dah nak masuk Maghrib baru sampai rumah. Ini hang pi mana ni. tak balik-balik daripada sekolah pula tu. Tengok tu seluar sekolah. Mana baju sekolah hang." Aku keluarkan baju sekolah daripada beg. "Ish, pi lekas mandi-mandi. Ni makan dak lagi ni." Aku dah agak kena bebel juga dengan mak aku. Nak jawab pertanyaan mak tetapi nanti dianggap menjawab pula. Lebih baik bersenyap sahaja.
"Lan dah makan dah tadi. Kawan ajak pergi rumah dia. Asal ingat nak balik rumah dulu tapi macam kena culik pula jadinya." Mujurlah mak aku ini jenis yang mudah untuk faham. Dia banyak berbebel tetapi dalam bebelannya dia sangat risaukan anak-anaknya. Sebab itu, aku tak pernah ambil hati bila terkena dengan mak. Hargailah ibu anda. Ceh, boleh buat iklan nasihat pula. Ok-ok kita sambung.
"Oh macam itu ka. Ha pergi mandi dulu nanti jelaskan dekat mak." Aku menunjukkan sign ibu jari kepada mak. "Ada-ada jalah budak ni."
Aku bersiap membersihkan diri dan melakukan apa yang patut setelah itu. Kemudian, pada malam itu akupun menceritakan semua kisah kepada mak. Mujurlah kes ini selesai juga akhirnya.
Tatkala berada di katil, aku mendapat mesej daripada suatu nombor yang aku tak kenal. Mesej tersebut ada ternyata.
' Kau kena tahu aku sentiasa mengawasi kau…'Ha sudah, siapa pulalah yang tak dak kerja nak stalk aku ni.
' Maaf yah silap nombor kot ni.' aku menjawab mesej tersebut. Memang kesan masa PKP ni ada juga orang yang jadi pelik-pelik ka. Biarlah nak jadi apa dekat orang-orang tu yang penting aku tak kacau mereka. Aku tak sangka pula mesej tersebut dibalas dengan cepat ni.
' Bukan salah nombor betullah ini nombornya.' Apa aku patut layan ataupun nak block nombor manusia ini. Itupun kalau dia manusialah.
' Dengar sini, kau lebih baik jangan halang kerja aku. Kalau tak…' Kalau tak apa? Weih memang tak nak bagi tahu ka. Tak guna punya, apa nama yah. Haish. Hari ini memang orang suka buat saspen dengan aku kah? Biarlah, mungkin scammer aja kot. Sekarang aku kena fokus siapkan komik Yana dan selesaikan pengumpulan maklumat dengan baik dahulu. Mungkin aku kena tambah persediaan rapi juga.
Sedar-sedar hari Jumaat sudah. Hari ni hari minggu jadi cuti sekolahlah maksudnya. Aku mendapatkan telefon bimbitku dan terkejut sedikit apabila Yana menghantar mesej kepadaku. Katanya, dia ajak aku untuk ke rumahnya. Disebabkan hari ini, perpustakaan daerah tutup aku terpaksa jugalah ikut ajakannya. Asal malas nak pergi tetapi bila diingat balik yang aku kata untuk tolong dia. Jadi, tolong sahajalah.
"Lan sampai juga hangpa." Aku tak sangka yang aku datang awal pagi dekat rumah kawan perempuan. Nasib baiklah orang tak kata apa-apa.
"Jadi hari ini nak siapkan berapa banyak?" Dia menunjukkan 10 jarinya. Ha sudah. Silap aku datang rumah dia hari ni. Hari inipun menjadi hari yang paling aku tak inginkan.
Mujurlah hari Sabtu, perpustakaan buka, kami pergi ke sana untuk menyelesaikan komik dia. Usaha kami yang berterusan membuatkan komik Yana selesai pada hari Isnin. Aku menyuruh Yana untuk pergi ke pejabat pos yang berdekatan sementara aku mahu mengerjakan solat Asar di dalam perpustakaan dahulu.
Tatkala, dalam perjalanan ke ruang solat, ada seorang lelaki melanggarku dengan sengaja. Dia mengalihkan kepalanya ke belakang. Apa aku kena minta maaf ka. "Sorry nah." Kami berkata serentak. Kemudian, dia terus menuju ke arah yang bertentangan denganku. Apabila, masuk dalam ruang solat. Aku ada nampak seorang lelaki dalam lingkungan 20-an tengah berbaring di suatu sudut. Mungkin dia letih kot. Lebih baik aku biarkan sahaja.
Seusainya solat, aku menuju ke meja untuk mengambil baranganku tetapi kali ini aku sedikit hairan apabila nampak barang Yana yang masih ada lagi pada atas meja tersebut. Apakah dia pergi ke tandas, tetapi yang aku pelik bila menunggu dalam beberapa minit dia tidak keluar-keluar. Aku mula sedikit cemas. Setelah memasukkan barang-barangnya ke dalam beg galasnya, aku terus menemui pustakawan yang berdekatan.
"Kak ada nampak perempuan yang selalu datang dengan saya tu dak?" Aku bertanyakan kepada seorang pustakawan yang duduk di kaunter depan.
"Rasanya tadi adalah nampak dia keluar perpustakaan ni." pustakawan yang kelihatan sekitar 20-an itu berkata.
"Dalam sekitar bila tu?"
"Dalam sekitar 30 minit lepas. Ada apa, dia tak bagi tahu kamu ka?" Kak pustakawan itu membuka kaca matanya sambil mengelap dengan kain.
"Taklah, Terima kasih kak." Aku tak tahu kenapa tetapi mengapa dia tak bawa karya komiknya untuk dipos jika aku suruh dia ke pejabat pos. Aku menggalas begnya sambil menaiki basikalku ke pejabat pos berdekatan. Namun, dia tidak ada. Alang-alang pejabat pos nak tutup dah sekarang lebih baik aku hantar terus dekat sini.
Aku cuba call dia tetapi tidak dijawab-jawab. Mana pulalah dia menghilang ni. Kejap kalau diingatkan balik telefon aku ada perisian untuk jejak lokasi telefon orang lain. Lebih baik aku track lokasi telefonnya berada. Dan sekarang, lokasi itu membuatkan aku berakhir di sebuah perpustakaan daerah.