Tok! Tok!
" Masuk!" Teriak seorang wanita yang berpakaian kemas yang sedang menatap layar laptop. Rambut diikat poni memberikan kesan elegan dan karisma.
" Miss Ava, " panggil Selena Rosellea kepada wanita itu.
" Ouh, Selena! Ada apa awak cari saya? " Tanya wanita yang bernama Miss Ava itu.
" Sa,saya... Nak guna computer boleh, miss? Saya nak apply Harvard Medical School," tutur Selena Rosellea dengan gugup. Dia hanya mampu meminjam komputer guru sahaja kerana dia tidak mampu untuk membeli benda alah itu. Harganya pula punyalah mahal. Buat masa sekarang dia hanya bergantung kepada duit scholarship sahaja. Itu pun masih perlu berjimat kerana dia perlu wang itu untuk memasuki sekolah perubatan di Harvard.
" Ouh, no problem. You can use that one in the corner." Jari Miss Ava ditujukan ke arah satu sudut di dalam ruangan bilik pejabatnya itu. Selena Rosellea mengangguk laju tanda faham. Kaki melangkah ke arah kawasan yang di tunjukkan oleh sang guru tadi.
Dia tiba di hadapan meja yang adanya sebuah komputer yang lengkap dengan semua peranti. Selena Rosellea melabuhkan bokongnya lalu duduk di kerusi tersebut. Tangan laju menekan butang on untuk menghidupkan peranti itu. Setelah ia hidup, Selena membuka laman web yang sepatutnya, lalu mencari tahu tentang kos yang diperlukan untuk mendaftar di sekolah perubatan yang popular itu.
" Mahalnya! Mana nak cari duit sebanyak ini?" Jari runcing memijat kepala. Nampaknya, dia perlu kerja part time untuk mencari duit lebih.
" Ouh, Selena. Lupa saya nak bagitahu awak. Ada orang nak bagi sponsorship kepada awak." Ujar Miss Ava. Mata masih lagi menatap layar. Tangan pula lincah menaip kerja yang bertimbun. Maklumlah dia juga seorang guru yang juga menjadi penanda markah ujian minggu lepas.
" Siapa,miss?" Tanya Selena. Selena menoleh ke arah Miss Ava. Menanti jawapan dari sang guru. Memang dia sudah lama mencari sponsor ini untuk meringankan beban kewangannya itu.
" Steven Hilderson dari Golden Empire Company. Dia ada banyak bidang syarikat macam pemasaran, kesihatan dan makmal and more, I heard you want to be a doctor, then you can housemanship at his Golden Royal Hospital or being a doctor there? It's sounds great though." Terang Miss Ava.
Terbeliak biji mata Selena saat mendengar nama tersebut. Tidak ada orang lainkah dalam negara ini yang mahu memberi sponsorship selain lelaki tak senonoh itu. Keluhan berat dilepaskan.
" Kalau saya tolak boleh tak, miss?" Tanya Selena sambil mata menatap paha. Skirt digenggam erat.
" Why , Selena? This is a good opportunity for you! At least he will give you money to cover you entry's fee in Harvard." Kali ini Miss Ava tidak lagi menatap layar laptop nya itu. Anak mata hitam itu beralih memandang Selena yang kekal menunduk.
Selena Rosellea bangun dari kerusi.
" Terima kasih, miss kerana bagi saya pinjam komputer untuk sekejap," langkah melaju meninggalkan sang guru yang terkial- kial melihat pelajar nya itu.
.
.
.
Cicit burung merpati memenuhi kawasan itu. Bayu petang meniup menerpa lembut isi ruangan kelas. Pokok- pokok seakan menari dek tiupan bayu, cahaya sang mentari menjalar indah di celahan daun. Dek bayu menerpa, rambut beruai indah, sinaran mentari bagaikan ingin menghidupkan lagi suasana hati.
" Nampaknya kena kerja part time lah ni, haih!" Dengus Selena. Iris biru memandang ke luar tingkap sambil tangan menongkat dagu. Pikirannya melayang jauh. Ingatan mula mencerna kerja- kerja kosong yang ada di kawasan yang ia duduki.
" Kena pergi bandar juga lah ni. Dekat kawasan rumah tak ada kedai atau tempat kerja yang kosong." Bisik Selena Rosellea.
" Selalunya kelab malam nak pakai orang. Nanti balik sekolah nak pergi." Sambungnya. Dia tidak boleh mengharapkan ibu dan biasiswa sahaja. Dia harus berkerja juga untuk cari duit lebih.
Tok! Tok!
Meja Selena Rosellea diketuk beberapa kali menyebabkan gadis itu tersedar dari lamunan. Selena Rosellea mendongakkan kepala untuk melihat siapa gerangan yang berbuat demikian. Anak mata terus memandang seorang lelaki tinggi yang berada di hadapannya.
" Jeremy Lee?" Tiba- tiba sahaja lelaki ini muncul.
" Teman aku makan," tutur Jeremy Lee singkat, tepat dan padat. Dilihat di tangan kanan lelaki itu ada plastik yang mengandungi makanan. Mereka menjadi pusat tumpuan saat itu. Mana tidaknya, lelaki paling popular sedang mengajak Selena untuk menemaninya makan.
"Lembab betul kau ni." Ditarik tangan Selena Rosellea untuk pergi. Selena pula diam tidak berkutik. Ikuti sahaja kemahuan lelaki itu.
Mereka sampai di bilik muzik yang dulunya sering menjadi tempat persendirian Selena dan juga Jeremy Lee.
Jeremy Lee melabuhkan punggung di salah satu kerusi di situ. Makanan di dalam plastik dibuka dan dihidangkan. Satu makanan mengandungi nasi goreng dan satu lagi mengandungi mee goreng.
" Yang kau tercegat dekat situ tu kenapa? Kau nak aku suapkan ke?" Sinis lelaki itu berkata.
Terbeliak biji mata Selena Rosellea saat Jeremy Lee berkata sedemikian. Cepat - cepat dia duduk di sebelah lelaki itu.
" Kau nak makan yang mana satu?" Tanya Jeremy Lee kepada Selena.
Jari runcing ditujukan ke arah nasi goreng yang ada di hadapannya.
Sedang asyik memakan makanan, Jeremy mulakan perbualan lagi.
" Kau terima ke tawaran sponsorship tu? Aku dengar dia bagi dekat kau." tanya Jeremy sambil mengunyah mee goreng yang dibelinya. Sah - sah itu merujuk kelasa tawaran yang ditawarkan oleh Steven Hilderson. Lagi pula, Jeremy Lee merupakan sepupu kepada Steven.
" Tak. Saya tak nak terima." Kali ini dia mula bersuara.
" Kalau boleh saya tak nak langsung terikat dengan dia dan siapa yang ada hubungan dengan dia." Sambung Selena Rosellea.
Terhenti kunyahan mee goreng tadi. Mata melirik Selena Rosellea yang sedang mengunyah. Datar sahaja wajah gadis itu. Dia hanyalah fokus untuk makan. Wajarlah kalau gadis itu tidak mahu, semua yang berlaku setakat ini pasti amat membebankan dirinya dan keluarga. Banyak risiko yang perlu dihadapi bila terlibat dengan dunia gelap ini.
.
.
.
" Er, saya nak tanya. Siapa ya manager kelab malam ini?" tanya Selena kepada salah seorang pelayan di salah satu kelab malam paling popular di bandar itu.
" Manager? Mari saya tunjukkan. Ha, itu dia! Awak pergi saja dekat dia." balas lelaki itu. Tangan diarahkan ke seorang lelaki berkot hitam dengan tali leher merah yang sedang bercakap dengan seorang pelanggan.
'Macam... Familiar muka dia..." Selena bermonolog. Kotak memori tidak dapat mencerna di manakah dia berjumpa lelaki bergelar manager itu. Wajahnya sangat tidak asing.
Selena mengambil langkah yang laju untuk menuju ke arah lelaki itu.
" Er, hai. Saya nampak ada iklan kerja kosong dekat depan tu. Erm, masih ada lagi ke? Sebab saya cari kerja kosong." tutur Selena. Lelaki itu memandang Selena dengan dalam. Wajah gadis ini tidak asing di matanya.
" Tunggu sekejap, ya. Saya kena bagitahu boss dulu. Awak boleh tunggu dekat sana. Lepas saya siap cakap dengan boss saya panggil awak untuk masuk." Terang lelaki berkot itu lalu beredar dari kawasan itu.
Selena Rosellea mengambil tempat duduk seperti yang diarahkan oleh lelaki tadi sehingga lelaki itu hilang dari pandangan mata.
Manakala di ruangan lain, bilik yang agak mewah dengan gabungan warna emas dan hitam di dinding dan dilengkapi dengan pelbagai perabot mewah. Ada seorang lelaki bersut putih sedang berada di meja kerja. Di belakang lelaki itu ada sebuah logo ular tedung hitam yang sedang menunjukkan taringnya.
Ben Huang masuk ke dalam ruangan itu dengan hormat setelah mengetuk pintu dan dibenarkan masuk.
" Ada apa, Ben? Hurm?" tanya lelaki bersut putih yang sedang duduk di meja itu.
" Tuan Rafael, gadis yang tuan cari ada dekat kelab malam kita." Ujar Ben Huang dengan hormat.
" Ouh? Dia dekat sini? Lama aku cari, rupanya dia yang datang sendiri? Woah!" Rafael Alexander berdiri dengan rasa tidak percaya hal itu berlaku hari ini. Sudah berminggu- minggu dia mencari dan mengincar Selena Rosellea dan dengan ajaib gadis itu yang dengan sendirinya datang ke arahnya.
" Panggil dia masuk! Aku nak jumpa dengan dia." Sambung Rafael Alexander lalu duduk sambil tangan membetulkan sut putih yang dipakai lalu mengemas meja yang sedikit berselerak itu.
" Baik, Tuan." Balas Ben Huang lalu keluar setelah menunduk hormat.