" Ei, lepaslah! Lepas!" Selena cuba melepaskan pegangan.
Ben Huang yang berada di tingkat dua cuba bergegas turun. Tiba- tiba...-
" Brakk-" langsir tersibak sehingga memunculkan susuk seorang yang yang memakai topeng berwarna biru gelap dengan ukiran flora dan bertahtakan batu permata Aquamarine dibahagian tengah di dahi.. Topeng itu hanya menutup bahagian mata sahaja. Iris biru terselah dek terkena cahaya lampu kelab itu.
Rambut hitam lurus diikat poni tinggi. Mengenakan jaket kulit hitam dengan baju berwarna biru denim di dalam dan seluar flare jeans hitam. Pakaian tersebut sedikit singkat sehingga menampakkan abdomen yang ramping.
Dilihat dari penampilan, dia ialah seorang wanita.
" Swoosh-" dengan satu gerakan, wanita itu menendang perut lelaki itu sehingga pegangan Selena terlepas.
Ben Huang tiba tepat pada masanya. Dibawanya Selena ke belakang sedikit untuk memastikan gadis itu tidak terluka.
Dalam masa yang sama, empat orang lelaki lagi cuba menyerang wanita bertopeng itu. Mereka berempat mengelilinginya menyebabkan wanita itu terperangkap. Tetapi baginya itu bukanlah sesuatu yang dianggap serius.
Lelaki yang berada di belakang cuba menyerangnya, namun wanita itu mengelak dengan menggerakkan badannya ke samping lalu menggapai lengan lelaki itu lalu tanpa amaran kepala lutut kanan menaik menghentak abdomen lelaki itu.
Buku lima digenggam lalu cuba melayangkan ke arah wanita itu. Namun, dengan tangkas wanita itu dapat membaca gerakan lelaki tadi. Dia lalu memusingkan badan untuk mengelirukan lelaki itu dan tumbukan tepat jatuh di wajah sehingga wajahnya tertoleh ke kiri. Darah mula keluar dari tubir bibir. Dua sudah tumpas sekarang tinggal hanya tiga yang tersisa. Wanita itu tidak terluka sedikit pun. Dengan caranya berlawan dan gerakannya dapat dilihat wanita itu sudah handal dan terlatih dalam seni bela diri.
" Tak guna punya perempuan! Serang dia!" Ujar seorang lagi dari salah satu lelaki yang tersisa. Mereka mengetap gigi kerana berang.
Dua orang lelaki menyerang wanita tadi pula. Kali ini tanpa aba- aba mereka meluru ke arah wanita itu. Tanpa berfikir panjang, wanita tadi menarik tangan seorang lelaki ke atas bahunya lalu menundukkan sedikit tubuhnya untuk membuatkan tubuh lelaki tadi terangkat ke udara. Wanita itu melemparkan tubuh itu ke seorang lagi lelaki. Dia pengsan kerana tertimpa tubuh rakannya.
" Sekarang tinggal kau seorang..." Kata wanita itu. Iris biru itu memandang seorang lagi yang tersisa.
" A,aku... Aku minta maaf! Tolong lepaskan aku!" Tergagap- gagap lelaki itu memohon kepada wanita itu. Anak mata wanita bertopeng itu menikam dalam memandangnya. Iris biru di balik topeng itu bagaikan pandangan dewa maut di matanya. Dia berharap pujuk rayunya berjaya.
" Kau! Kau nak aku lepaskan dia atau aku settlekan dia dekat sini?" Tanya wanita itu kepada Selena Rosellea yang sedang berdiri di sana. Meminta keizinan si gadis untuk menyerang lelaki yang tersisa itu.
"Hah? Er... Tak payah lahh... Erm..." Selena gugup saat wanita itu bertanya kepadanya.
" Blah sekarang!" Wanita bertopeng itu menggertak lelaki tadi. Bertempiaran berlari dari situ. Terhinjut bahu Selena Rosellea kerana terkejut dengan gertakan itu.
Wanita bertopeng itu mendekati Selena Rosellea. Memandang tepat ke anak mata. Meneliti wajah gadis itu. Dilihat gadis itu sedang memegang pergelangan tangan yang direntap sebentar tadi.
" Kau okey?" Tanya wanita itu. Selena dengan laju mengangguk. Wanita itu sempat mengelus kepala sang gadis. Di usap lembut rambut coklat itu.
Selena Rosellea memandang tingkah wanita itu dengan dalam. Dia merasa sangat selesa saat berada disamping wanita itu.
" Hati- hati." Sambungnya dengan singkat.
" Ketua," seseorang memanggil wanita itu. Mereka bersiap untuk beredar dari kelab malam itu.
Ben Huang yang sedari tadi memerhati adegan aksi sebentar tadi meneliti wanita bertopeng itu.
" Felix, bayar ganti rugi kelab ni dengan setimpal." Arah wanita itu lalu beredar hilang dari pandangan diiringi beberapa orang pengawalnya.
Lelaki bernama Felix mendekati Ben Huang yang sedari tadi meneliti wanita itu.
" I'm Kang Felix. Ini cek pampasan dari Blue Moon. Kami minta maaf atas kejadian yang berlaku di sini. Ketua kami agak moody hari ini. Ini cek kosong, sila tulis anggaran wang untuk ganti perabot yang rosak. Terima kasih." tutur Felix Kang sambil menghulur sekeping cek kosong lalu beredar dari situ.
.
.
.
Rolls-Royce meluncur membelah jalan raya lalu tiba di depan sebuah kelab malam. Rafael Alexander turun dari kenderaan itu dengan pantas lalu masuk ke dalam kelab malam miliknya itu. Enjin kereta tidak dimatikan. Mata terkial- kial mencari susuk tubuh seseorang yang ingin ditemui oleh nya. Setelah mendapat panggilan daripada Ben Huang, dia bergegas datang.
Ben Huang tiba dan menuju ke arah sang ketua. Dia merapati Rafael Alexander namun ditolak oleh lelaki itu. Kini dia telah ternampak orang yang ingin dia temui.
" Ka,kau okey?" Pipi dipegang, badan gadis itu dibelek- belek ke kiri dan ke kanan untuk mencari sekiranya ada kesan luka.
" Eh, eh! Kenapa ni? Lepaslah! Awak langgar syarat saya-" Selena Rosellea menepis sentuhan Rafael Alexander.Namun lelaki itu tidak mempedulikannya.
" Pergi mampus lah pasal syarat tu! Sekarang ni kau okey tak?" Teriak Rafael. Mata terpandang pergelangan tangan yang nampak kebiruan. Dicapai tangan itu untuk dilihat secara dekat.
" Sst..." Ringis Selena Rosellea saat tangan dipegang Rafael Alexander.
" Kau! Pergi ambil ubat dalam peti kecemasan! Cepat lah! Tercegat lagi dekat situ buat apa?!" Rafael Alexander agak panik saat ini. Gadis ini telah menghidupkan belas simpati dalam dirinya setelah sekian lama dia bergelumang dalam dunia gelap yang penuh kekejaman. Ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi dirinya.
Selena Rosellea yang ada di situ agak bingung dengan aksi Rafael Alexander saat itu. Perlakuannya sangat tidak biasa. Bagi seorang Mafia sepertinya, dia sepatutnya tidak memedulikan orang lain seperti ini. Selena ini bukan sesiapa bagi lelaki itu.
" Duduk." Arah Rafael Alexander. Gadis itu dengan patuh turuti arahan itu. Diambil ubat sapu yang diberikan oleh pelayan dan disapukan ke tangan Selena Rosellea. Gadis itu masih juga bingung dengan tindakan Rafael. Sudahlah jantung ini berdegup kencang bagai nak rak pula. Tambahan pula, semua mata tertuju pada mereka berdua. Malu!
" Siapa yang buat kau macam ini, Selena?" Rafael memulakan pertanyaan kepada Selena. Selena mengangkat kepala memandang Rafael yang fokus menyapu ubat sapu tadi.
" Ah, itu...-"
" Ada beberapa lelaki yang cuba buat onar tadi, Tuan Rafael. Tapi,..." Ben Huang bersuara yang sedari tadi berdiam diri. Lelaki itu mendekat ke arah Rafael Alexander untuk berbisik.
" Blue Moon datang kelab kita?" Terhenti aksi menyapu ubat.
" Ya, Tuan. Menurut lelaki yang bagi cek pampasan kepada saya tadi, saya dapati itu adalah pembantu Dark Moon dan tadi ada seorang wanita bertopeng. Itu mungkin Dark Moon, ketua Blue Moon dari gerak geri dia berlawan, dia nampak ahli sekali dalam seni bela diri." Ucap Ben Huang.
" Woah! Ini bukan sesuatu yang biasa, Ben. Blue Moon bukan mudah untuk munculkan diri dan misteri. Tapi kenapa pula dia datang kelab kita? Something kinda fishy..." Kini Rafael berdiri dari tempatnya. Isyarat tangan diberikan menyuruh semua yang ada di situ untuk beredar termasuklah Selena Rosellea.
Psst... Like it? Need more? Say it in the comment section!