Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 29 - Jemputan

Chapter 29 - Jemputan

Ben Huang menceritakan kejadian yang berlaku di kelab dengan detail kepada Rafael Alexander. Tiada satu pun maklumat yang tertinggal.

Rafael Alexander yang duduk di kerusi membelakangi Ben Huang kini berpaling ke arah lelaki itu.

" Apa niat Dark Moon datang ke kelab malam aku agak- agak kau, Ben?" Rafael menyalakan rokok lalu meyesapnya. Ben Huang yang masih berdiri di hadapannya. Mata menjeling sekilas sang tuan.

" Tidak pasti, Tuan Rafael. Tapi pada pendapat saya, bila Mafia Blue Moon muncul ini bermaksud ada sesuatu yang penting. Takkan dia saja- saja keluar macam tu."

" Tuan rasa kita patut terjah diorang?" Kini jawapan digantikan dengan pertanyaan kepada Rafael Alexander.

" Heh! Biarpun Blue Moon itu kumpulan mafia yang misteri dan jarang muncul, kita tak boleh remehkan mereka, Ben. Kita tak tahu sejauh mana kekuatan diorang. Kau rasa macam mana dia boleh ada dalam Big Three macam kita dengan si sial Steven tu?" Balas Rafael Alexander.

" Mesti ada sesuatu pasal diorang," sambung Rafael Alexander.

.

.

.

Sudah tiba giliran shif Selena malam ini untuk bekerja. Dia berjalan ke arah loker pekerja untuk melatakkan barang- barangnya kerana dia baru saja balik dari sekolah dan dia juga ingin menukar pakaian berkerjanya. Tangan meraih tombol loker berkenaan untuk membukanya. Mata pula menangkap sejambak bunga ros segar berada di dalam loker.

" Ros? Salah loker ke ni?" Selena Rosellea membelek- belek bunga itu.

Lalu tiba- tiba ada beberapa orang pelayan kelab malam itu masuk ke ruangan itu.

" Amboi, Selena. Dapat bunga dari Tuan Rafael ke? Cey! Sweet betul Tuan Rafael kan kalau dengan Selena. Kalau dengan perempuan hari tu memang tak lah tuan nak macam ni. " Kata salah seorang daripada mereka.

" Ye wey, perempuan tu menggedik semacam je dengan Tuan Rafael. Aku pulak geli dengan dia. Uish!" Balas lagi satu.

Selena Rosellea yang masih memegang jambakan bunga itu merasa janggal. Hanya mampu tersenyum.

" Ma,mana ada... Saya pun tak tahu ni siapa yang letak sini." Selena bersuara.

" Memang Tuan Rafael. Tadi saya nampak Mr Huang masuk bawak bunga ni tadi. Mesti Mr Huang disuruh untuk hantarkan kepada awak." Selena Rosellea menjadi janggal lagi tambahan bingung. Apalagi yang Rafael Alexander itu hendak buat lagi. Dilihat jambangan itu lalu meletakkan kembali ke dalam loker.

Namun kini Selena lebih tertarik dengan topik tentang seorang perempuan yang mereka bicarakan. Siapa perempuan itu?

Selena mengambil langkah menuju pantri untuk membuat kopi seperti syarat Rafael Alexander tempoh hari. Hal ini kerana di bahagian barista tidak ada kopi melainkan minuman haram dan jus sahaja. Dengan ini, dia sendiri harus membancuh kopi lelaki tak senonoh itu.

Digapai kopi di atas kabinet lalu menjerus air. Diambilnya cawan dan piring dan... Kopi dah pun siap! Cawan tadi diletakkan ke atas dulang untuk dibawa ke bilik Rafael Alexander.

Seperti biasanya, dua orang pengawal berbadan besar mengawal di hadapan pintu bilik itu.

Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar.

" Come in." Jawapan ringkas dari Rafael Alexander. Mata menatap timbunan kertas. Tangan pula sibuk menulis.

Cawan kopi diletakkan di sisi lelaki itu.

" Kau suka?" Rafael Alexander bersuara. Namun lelaki itu masih fokus terhadap kerjanya.

"Ha?" Selena bingung.

" Bunga tu, kau suka tak?"

Tiada balasan jawapan dari si gadis. Rafael mengangkat kepala memandang Selena yang tidak bersuara saat ditanya.

Dilihat Selena tercegat melihatnya juga. Aik?

" Kenapa kau pandang aku macam tu?" Tanya Rafael Alexander.

" Huh?" Gadis itu bingung lagi. Fikiran gadis itu melayang jauh saat ini. Dirinya ingin tahu tentang perempuan yang dibualkan oleh rakan kerjanya tadi. Sibuk sahaja lah.

" Nevermind, baby girl... You can go." Rafael Alexander mengeluh ringan.

Berdesup muka terasa panas saat lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'baby girl ' tadi.

" Jangan panggil saya macam tu boleh tak? Panggil lah girlfriend Tuan tu." Selena memusingkan badan untuk beredar dari situ denga segera.

" Mana kau tahu? Mesti diorang bergossip dekat dapur, kan? Siaplah! " Rafael Alexander membalas.

" Kau cemburu ke?" Mata melirik Selena yang ingin beredar.

Terhenti langkah Selena saat diajukan pertanyaan seperti itu.

" Siapa kata saya cemburu? Tak ada masa saya nak cemburu lah dengan Tuan. Saya ni banyak benda nak buat." Selena Rosellea beredar. Sabar sajalah dengan perangai Rafael Alexander.

Rafael tertawa kecil.

.

.

.

" Banyak spotlight si budak miskin tu dapat, eh? Dia ingat dia tu siapa? Cantik sangat ke dia tu sampai semua orang kasta tinggi minat dia? Geram betul lah aku. Dah lah aku dah lama crush dekat Steven tu. " Getus Edora Patrick. Kaki menerajang semua yang ada di hadapan tanda protes. Amy melihat adegan tantrum itu sambil mengeluh.

" Sebab perempuan tu juga lah aku kena grounded dengan papa aku!" Geram Edora Patrick.

" Chill , babe! Aku dengar datuk bandar William Jones nak buat banquet sempena 20 tahun berkhidmat dan semestinya Steven Hilderson datang juga. Kau goda lah dia nanti. " Amy yang merupakan sahabat baik Edora bersuara.

" Whatever, Amy. I already have a new prey..." Bibir kini mengukir segaris senyuman sinis. Amy pelik.

" Sekarang ni, aku nak Rafael pula," sambung Edora Patrick.

" Duh, girl! Semua kau nak kaut?" Amy mencebik. Rakannya itu memang penggila lelaki. Nak pula yang kasta tinggi dan kaya.

" Lantaklah! Lagipun aku kenal Rafael tu. Papa aku kerja dengan dia. Ni lah peluang aku untuk goda dia dan aku dah jumpa beberapa kali dah pun dengan dia, aku rasa dia pun suka aku jugak. Nanti aku suruh papa bawa aku pergi banquet tu juga! Checkmate! " Edora membaringkan badan ke atas katil empuk miliknya. Bibir mengukir senyuman gatal. Amy hanya mampu mengeluh. Si Edora ini memang tidak boleh lihat orang lebih dari nya.

.

.

.

Jemputan ke majlis William Jones sudah di agihkan kepada semua. Majlis itu akan diadakan di Moonlight Eclipse Hotel yang dimiliki oleh Mafia Blue Moon. Hotel ini merupakan antara hotel mewah dan popular dalam golongan kaya di dalam dan luar negara. Sebab utama William Jones memilih hotel ini kerana pemilik ini pernah menyelamatkanya dari satu pembunuhan satu ketika dulu. Lelaki tua itu terhutang budi dengan pemiliknya. Ini juga telah menjadi salah satu sebab mengapa Mafia Blue Moon sentiasa menjadi misteri.

" Semua dah dijemput, Andrea? " tanya William Jones kepada pembantu peribadinya, Andrea Kang yang juga merupakan saudara perempuan kepada Felix Kang.

Di situ juga adanya seorang lelaki berumur 40-an dan seorang wanita. Mereka berdua memakai topeng yang mempunyai desain yang lebih kurang sama. Satunya berwarna hijau gelap dengan batu Emerald manakala satu lagi berwarna biru gelap dengan batu Aquamarine. Mereka duduk sambil menyesap kopi dan tersedia juga sepinggang red velvet cookies.

" Saya dah jemput sepertimana Tuan dan Dark Moon arahkan kepada saya." Ujar Andrea Kang sambil menunduk hormat kepada Ketua Mafia Blue Moon.

" Kepada Mafia Black Cobra dan Mafia Golden Dragon juga sudah dihantar," sambung Andrea Kang lagi.

William Jones mengangguk perlahan. Jari- jari tua itu ingin mencapai kopi yang ada di atas meja di hadapannya. Dark Moon yang sedar akan adegan itu bertindak bangun dan menolak cawan kopi ke arah William Jones yang bersusah payah ingin mengambil kopi tersebut.

" Terima kasih, Esme..." William Jones memberi segaris senyuman kepada Dark Moon. Kedutan di bahagian mata jelas terlihat saat lelaki tua itu tersenyum. Dark Moon kembali duduk di tempatnya.