Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 31 - Luah

Chapter 31 - Luah

Dua lelaki itu kemudiannya mula berjalan masuk ke dalam hotel itu.

"She's mine, Rafael..." bisik Steven Hilderson perlahan kepada ketua Mafia Black Cobra itu.

Rafael Alexander mencebik bibir.

"Maybe before she is yours, but tonight she's mine, not yours anymore, Steven. " Rafael Alexander memberikan senyuman sinis kepada Steven Hilderson. Pistol emas yang terselit di pinggang cuba dicapai namun dengan cepat ditegah Puan Helen Hilderson yang tiba-tiba muncul di belakang.

"Tch!" Decit Jeremy Lee yang ada disebalik Isaac Lee.

"Steven, don't, son..." jika tidak dicegah Puan Helen Hilderson pasti berlaku pertumpahan darah di banquet itu. Lengan anak tunggalnya itu dipegang erat. Steven mengeluh berat.

Dark Moon hanya melihat adegan itu.

Pak! Pak! Pak!

Datuk Bandar William Jones menepuk tangan hingga bergema satu dewan hotel itu. Semua yang tadi memandang Selena Rosellea dan dua ketua Mafia tadi kini beralih ke arah lelaki tua itu.

" Lebih baik kita mulakan majlis kita..." William Jones bersuara sambil mengisyaratkan tangan untuk para tetamu mengambil tempat duduk masing- masing.

Rafael Alexander menarik lembut tangan Selena Rosellea untuk duduk di tempat VIP. Tempat duduk mereka bersejajaran dengan dua meja ketua Mafia yang lain, iaitu Blue Moon da Golden Dragon.

Mata Selena melihat Dark Moon yamg sedang duduk dengan anggun di mejanya. Di samping wanita itu adanya seorang lelaki yang juga memakai topeng. Dapat dilihat misai dan janggut tipis lelaki itu.

" Test, test mic! One,two, one,two!" Kang Andrea mencuba uji mikrofon yang ada di pentas dihadapan mereka semua.

" Bagi memulakan majlis kita, saya ingin menjemput Datuk Bandar William Jones untuk menyampaikan sepatah dua kata... Berikan tepukan kepada beliau!" Kini ruangan itu bergema dengan tepukan dam siulan para hadirin.

William Jones naik ke pentas lalu mencapai mikrofon tersebut.

" Good evening everyone! As you all know, my name is William Jones. Dengan jayanya saya sekarang bukanlah hanya saya sendiri tetapi juga dengan bantuan rakan baik saya, ha... Yang itu, yang depan sekali tu." Jari ditujukan ke arah meja Dark Moon dan lelaki bertopeng disebelahnya. Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman hangat kepada lelaki tua itu sambil tangan diletakkan ke dada tanda berterima kasih.

" Tanpa mereka berdua itu, tidak mungkin akan ada saya di sini untuk memimpin kita semua, takkan ada saya yang berdiri teguh di sini!" Sambungnya.

" Saya di sini juga ingin mengumumkan secara rasmi tentang rumor yang akhir- akhir ini telah timbul, dan ya! Saya dan Blue Moon officially berganding bahu dalam memimpin!" Sambung lelaki tua itu lagi. Kini para tetamu terkejut.

Steven mengerling Isaac Lee yang ada di meja di belakangnya.

" Terima kasih, Tuan William Jones. Kini saya menjemput Es-"

Jelingan maut diberikan kepada Kang Andrea saat gadis itu ingin memanggil nama sebenarnya.

" Ma,maafkan saya, saya menjemput Dark Moon untuk naik ke pentas." Sambung Kang Andrea. Wajahnya dipenuhi peluh dingin saat itu. Hampir saja tadi.

Dark Moon sempat mencium wajah lelaki di sampingnya, lalu berjalan ke pentas. Saat tiba di hadapan pentas, wanita itu mengangkat gaun biru itu untuk memudahkannya naik.

'Ah... dia ketua Mafia Blue Moon rupanya.' Selena bermonolog sambil melihat dua sosok bertopeng itu.

.

.

.

Selena Rosellea makan makanan yang disediakan di atas meja tersebut. Dia ralit mengunyah sambil mata menikmati teater yang berlangsung sebagai acara untuk hiburan tetamu yang hadir.

Rafael Alexander menongkat dagu memandang gadis cantik itu sedang makan. Dia sudah terpukau saat pertama kali bertemunya. Dia akui, sememangnya dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Pada mulanya, dirinya itu sering menolak fakta tersebut, namun sehari- hari bersama gadis itu, hatinya mula diterangi cahaya cinta.

' If i were to learn every language, I would still not find the words to describe her beauty,'

Lionel Patrick mendekati Rafael Alexander.

Terbeliak mata Selena Rosellea saat mata melihat Edora si pembuli mendekati mereka. Dia dengan segera merapati Rafael bahkan getar badan Selena dapat dirasakan olehnya. Mata menjeling si gadis yang ketakutan itu. Gadis itu hanya menunduk sahaja.

" Tuan Rafael, this is my daughter, Edora. And... Edora this is- " belum sempat Lionel Patrick ingin memperkenalkan Edora terlebih dahulu mencelah.

" I already know him ,papa! Kami dah jumpa dekat pejabat a few times juga," Lengan Rafael Alexander dipaut.

Rafael merenung tajam ke arah Edora Patrick. Nampaknya penyebab Selena Rosellea gementar ketakutan adalah disebabkan sundal ini.

'Ouh, ini lah perempuan yang mereka cakapkan tu. Edora rupanya.' batin Selena berbicara.

Tiba- tiba Selena Rosellea bangkit dari kerusi lalu beredar. Rafael Alexander ingin mengejar gadis itu namun terhalang Edora Patrick yang memegangnya.

Edora Patrick tersenyum puas. Akhirnya dia dapat berdua- duaan dengan Rafael.

.

.

.

Dadanya sesak. Terasa seakan sebuah batu menghempap tubuhnya. Alunan udara seolah menyekat aliran pernafasan. Tangan mengurut dada yang terasa sesak.

" Selena,... Are you okay, honey?" Puan Helen muncul di belakang. Digosok lembut belakang Selena Rosellea itu sehingga sang gadis tenang.

" Sa,saya... Rasa ... Sesak dekat da, dalam..." Balas Selena Rosellea sambil mengatur nafas. Mata sudah berjurai air mata. Dadanya turun naik. Puan Helen masih lagi menepuk lembut dirinya untuk kekal tenang sambil mengarahkan gadis itu untuk duduk di bangku berdekatan. Tangan wanita itu menyeka air mata yang jatuh ke pipi.

Kini, Selena Rosellea berasa tenang. Mereka berdua menatap bulan di langit sambil menikmati angin malam yang menerjah sanubari.

Puan Helen Hilderson meraih Selena Rosellea. Tindakan itu mengejutkan si gadis bermata biru itu. Dipandangnya wanita paruh baya itu.

" You were the moon, Selena . And he always there to make you shine among the stars," Puan Helen Hilderson menatap dalam ke arah Selena hinggakan kalbunya dapat terasa hangatnya kata- katanya.

" Steven love you more than anyone else, i guess even his parents, HAHA!" Puan Helen berceloteh dengan Selena Rosellea. Gadis itu bingung apa maksud wanita itu. Ditepuk lembut tangan si gadis.

" Was he the sun...?" Selena Rosellea bersuara. Dia memandang sejenak Puan Helen yang ralit menikmati bulan di langit malam.

"No, dear... He was the darkness...," balas Puan Helen dengan mata masih memandang langit. Menanti Selena untuk hadam kata- katanya tadi.

" You never know when the last time is the last time. The last hug. The conversation. The last 'I love you ',"

" ... One day you'll wish on a little longer, stayed a little later, or said what you never did,"

"But by then, it's already too lates." Sambungnya lagi. Kini wanita itu menatap dalam Selena Rosellea Parker.

Selena Rosellea terdiam. Dia akhirnya mengerti.

Tap! Tap! Tap!

Langkah kaki sesorang mendekati dua figura tersebut yang berada di belkoni hotel tersebut. Puan Helen bergegas pergi meninggalkan Selena Rosellea.

" Puan Helen-" wanita paruh baya itu menghilang dari pandangan mata, namun iris biru itu menangkap sosok tubuh yang dikenalinya. Steven Hilderson. Lelaki itu melihat ke arah gadis mungil bergaun merah itu.

Selena terus bangkit dari bangku tersebut dan ingin beredar dari sana secepatnya. Dia keluar dari balkoni itu menuju dewan yang tadinya berlangsung acara tarian. Dewan itu dipenuhi ramai orang yang sedang menari. Kini gadis itu berada di tengah- tengah acara itu.

Tiba- tiba tangan diraih oleh seseorang. Selena menoleh untuk melihat gerangan yang memegang tangannya, berharap itu adalah Steven. Yang dilihat malah Isaac Lee.

Isaac menarik Selena Rosellea mendekatinya.

" I never know his woman are this pretty," Isaac Lee berceloteh.

" May I, my lady?" Tanpa menunggu balasan dari Selena, Isaac mula dulu menari bersama gadis mungil itu.

Kini tarian bertukar pasangan pula. Seseorang merangkul pinggang Selena Rosellea. Kini dia bersama Steven Hilderson sendiri. Mereka tepat berada di bawah chandelier mewah. Mata mereka bertemu. Iris hazel dan iris biru itu terus menatap sesama mereka.

" Tuan... Steven...?" Bibir merah bak batu permata Ruby itu bertutur.

" You know what, Selena," Steven menatap Selena Rosellea.

" Since the day my eyes met yours,"

" The whole world has became blur to me." Sambung Steven Hilderson.

Selena Rosellea diam sejenak. Menghadam kata- kata yang diujarkan lelaki itu.

Steven merapatkan dahinya kepada dahi Selena Rosellea. Mata dipejam rapat.

"You will always be the one my heart searches for in a room that full of everyone else,"

" If my life was a book, meeting you was my favorite chapter, Selena."

Jantung berdetak pantas bagaikan sedang marathon. Muka terasa panas setelah lelaki itu menghabiskan ayat- ayat manisnya.

"I'm lost without you, Selena,"

" Will... you be my everything and only mine?" Menunggu jawapan dari gadis itu.

" Yes."

Kini Selena bersuara. Mata biru itu dipejam. Tangan meraih wajah Steven Hilderson. Memegang kedua belah rahang lelaki itu.

Pinggang ramping itu dirangkul erat oleh Steven Hilderson.

Rafael Alexander terkial- kial mencari kelibat Selena Rosellea. Bersyukur dirinya sudah terlepas dari Edora Patrick yang dari tadinya menghalang dirinya dari mencari Selena.

Mata kini menangkap dua sosok tubuh yang berada di tengah kerumunan di tengah acara tarian itu.

" She such a slut, Tuan Rafael! You never meant to be with her, but I am." Tiba- tiba saja Edora Patrick muncul. Kata- kata kasar diujarkan kepada Selena yang sedang bersama Steven Hilderson itu. Cuba menghasut Rafael Alexander untuk benci kepada gadis itu.

" Shut up with the fucking mouth of yours, woman!" Teriak Rafael Alexander kepada Edora Patrick. Mata menikam gadis itu. Terhinjut bahu kerana terkejut akibat tengkingan itu.

Edora yang kesal dengan tingkah Rafael terus beredar. Hentakkan kaki yang agak kuat diberikan sebelum meninggalkan tempat itu.