Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 36 - Rancangan

Chapter 36 - Rancangan

3 tahun berlalu...

Masa terasa pantas bergerak menghitung hari. Hari- hari berjalan seperti biasanya setelah tiga tahun.

Kelibat seorang lelaki berada di kawasan perkuburan dengan di tangan membawa sejambak bunga tulip dan sejambak bunga ros. Dia duduk bersila di tengah antara dua kubur.

"Hi Mama, Hi Selena, it's been three years already. How fast times flies. " Bunga yang dipegang sebentar tadi di letakkan.

" Selena, awak tahu tak yang semua orang dah graduate, cuma awak saja yang belum. Gerard dah jadi chief manager dekat company saya dan Remy pula dah jadi penyanyi terkenal. " Kata Steven Hilderson sambil berceloteh. Setiap minggu lelaki itu akan mengunjungi kubur wanita kesayangannya untuk berbual walaupun dirinya tahu takkan ada yang akan membalas perbualan itu. Hanya dengan cara ini dia dapat melepaskan rindu kepada mereka berdua itu.

" Walaupun saya tahu awak takkan tanya pasal saya, tapi saya tetap nak cakap juga. Saya baik saja setakat ni, tapi saya betul- betul rindu kamu berdua." Sambungnya.

" Ouh, by the way, saya pernah melawat ibu awak dekat rumah awak, tapi... Ibu awak dah pun pindah. Saya tak tahu mana rumah baharu dia yang sekarang." Steven Hilderson mengingat kali terakhir dia pergi untuk berjumpa Puan Serena Thalia namun wanita itu telah pun berpindah ke tempat lain.

" Baiklah, saya pergi dulu. Jumpa lagi." Steven bangun dan menuju ke kereta di mana adanya Encik Parkinson sedang menunggunya.

" Tuan Muda," panggil Encik Parkinson setelah Steven Hilderson masuk ke dalam perut kereta itu.

" Tuan Muda ada jemputan untuk ke perasmian debut Jeremy Lee,bukan?" Tanya Encik Parkinson.

" Lah, ya! Saya lupa pula! Sekarang kan? Baik kita direct pergi, takut terlepas pula. Lagipun Papa suruh pergi juga wakilkan dia." Balas Steven Hilderson.

" Lagipun Jeremy takkan suka sangat nampak aku dekat situ," wajah berpaling ke luar tingkap untuk menghirup angin segar. Encik Parkinson hanya membalas dengan anggukan kepala. Saat dia melalui sebuah jalan yang agak sibuk dengan pejalan yang melintas jalan saat lampu isyarat bertukar merah. Mata terpandang seorang wanita yang sangat mirip dengan seseorang. Matanya membulat untuk memastikan penglihatannya.

Steven Hilderson tergamam melihat keadaan yang tidak masuk akal itu. Kepala ditolak ke luar tingkap untuk memudahkan dia melihat. Wajah wanita itu sememangnya mirip dengan seseorang. Namun, dari segi pemakaian agak lain dimana orang itu jenis feminine dan natural namun yang dilihat ini lebih kepada bold dengan pakain jogging.

Steven Hilderson memicit kepala yang tidak sakit itu.

"Takkan lah! Aku mesti salah tengok ni! Dia dah tak ada, takkan itu dia pula," Steven Hilderson berbisik kepada diri sendiri tapi Encik Parkinson tidak mendengarnya. Lelaki tua itu hanya fokus memandu.

Encik Parkinson melihat sang tuan muda melalui cermin pandang belakang. Dilihatnya Tuan Mudanya itu sedang sedikit resah dang gelisah.

" Ada apa, Tuan Muda? Tuan tak sihat ke? Kalau tidak saya patah balik sekarang?" Tanya Encik Parkinson kepada lelaki itu.

"Ta,tak... Tak payah. Kita pergi majlis perasmian Remy." Balas tuan muda itu sambil tangan masih memijat kepala sendiri.

Setelah lampu isyarat bertukar hijau, kereta Mercedes Maybach Exelero itu meluncur membelah jalan untuk ke tempat Jeremy Lee berada.

.

.

.

" Tahniah, Tuan Muda Lee! Debut Solo anda sangat bagus! Banyak syarikat yang nak merekrut kamu!" Ucap seorang wartawan. Saat ini berpuluh- puluh wartawan dan kamera sedang menatapnya. Kilauan lampu flash dari kamera tidak henti- henti menghujani dirinya.

" Tapi, itu lah... Kamu dibawah Golden Music Company... Yang juga merupakan antara syarikat rakaman yang terkenal dalam industri musik. Apa pendapat Tuan Muda Lee?." Tanya lelaki itu panjang lebar setelah mengucapkan ucapan tahniah kepada Jeremy Lee. Manakala Jeremy Lee menunjuk riak bosan dan menyampah.

Jikalau bukan paksaan Tuan Matthew dan Puan Anne, dia tidak mahu berada di bawah naungan Golden Music Company milik sepupu Mafia nya itu. Dirinya masih berdendam dengan lelaki itu setelah menyakiti Selena Rosellea sehingga gadis itu hilang nyawa.

" Tak ada lah, saya ni anak nepotism dalam industri ni..." Balas Jeremy Lee acuh tak acuh. Dia lalu beredar dan duduk di kerusi yang disediakan untuk sidang media sebentar lagi kerana saat ini semua yang ada sedang menunggu ketibaan CEO Golden Empire Company.

Vroom!

Sebuah kereta meleset laju berhenti di hadapan syarikat musik tersebut. Kini mata semua wartawan yang ada di situ beralih untuk melihat gerangan yang bakal turun dari kereta mewah itu.

" Steven Hilderson, CEO Golden Empire Company!" Jerit seseorang di sana. Semua bergegas mendapatkan lelaki itu.

Steven Hilderson turun dari perut kereta itu diikuti Encik Parkinson di belakang. Badan tegap dan sasa itu berjalan dengan aura maskulin. Para wanita yang ada di sana menggeletis inginkan perhatian dari lelaki tampan itu.

"Tch!" Decit Jeremy Lee sambil mata memandang atur cara ditangannya itu. Jeritan wanita yang kedengaran menggelikan itu membuat dirinya muak.

Steven Hilderson tidak menghiraukan para wanita yang ada di situ. Dia berjalan ke arah Jeremy Lee yang sedang duduk. Tidak sekali pun sepupu bongsu itu memandangnya.

Kini Steven Hilderson berada tepat dihadapan Jeremy Lee. Mata masih kekal melihat kertas.

Jeremy Lee dapat merasakan ada satu aura yang ada hadapannya itu, kini mendongak kepala untuk melihat sepupu Mafia nya itu.

Steven menikam dalam mata Jeremy Lee itu. Aura dingin Steven Hilderson menyebabkan semua yang ada di situ terdiam seketika. Pandangan lelaki itu bagaikan pandangan dewa maut.

Jeremy Lee lalu bangun dan kini ketinggian mereka seimbang. Jeremy Lee membalas merenung Steven Hilderson.

" Tuan Muda, silakan duduk." Encik Parkinson mencelah. Lebih baik dia menghalang dua Tuan Muda ini daripada membuat onar di majlis ini. Jeremy Lee menjeling sekilas Encik Parkinson lalu duduk dengan kaki disilangkan.

" Kenapa kau datang sini? Bukan aku suruh ayah long ke datang. " Jeremy Lee memulakan bicara. Dia tidak memandang wajah lelaki saat itu. Yang di minta Tuan William Hilderson malah yang datang Steven Hilderson.

" Aku pun tak hamak nak datang sini... Ayah Su yang merayu suruh aku datang." Balasan singkat dari Steven Hilderson.

" Tch!" Jeremy Lee mendecit. Rahang diketap rapat menahan amarah dan DENDAM...

.

.

.

" Kau nak munculkan diri dekat sana ke?" Tanya seorang wanita bertopeng dengan permata Aquamarine di tengah topeng itu, Dark Moon. Tergamam wanita itu dengan seorang lagi wanita yang sedang minum air sejuk. Nafas tercungap- cungap mengatur nafas kerana lelah berjoging tadi.

"Buat apa? Buat sakit hati kau saja nanti," sambung Dark Moon tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu.

"Urm? Saja- saja? Huff- " Balas wanita itu separa bertanya setelah meneguk air sejuk untuk basahkan tekak.

Dark Moon menepuk dahi sendiri. Buang tebiat ke apa budak ni?

" Tak payah, tak payah! Ayah dengan Ibu tak bagi punya!" Bangkang Dark Moon disertai isyarat tangan tanda tidak boleh. Wanita itu membalas dengan keluhan berat

"Why? Lagipun bukan saya yang akan pergi tapi you!" Balas wanita itu dengan selamba. Terkedu Dark Moon. Sekali lagi Dark Moon menepuk dahinya.