Pengebumian Puan Helen Hilderson dan Selena Rosellea Parker berlangsung di tempat dan hari yang sama. Semua yang hadir berpakaian serba hitam. Ada yang dilihat mengenakan topi yang senada, ada yang membawa payung dan ada yang membawa bunga mawar putih.
Puan Anne Lee menangis tersedu- sedu saat keranda kakaknya mula di masukkan ke dalam tanah.
Helen Wood dan Anne Wood merupakan adik- beradik dari keluarga Wood yang boleh diperkira sebagai keluarga neutral dalam negara itu. Tidak mempunyai sebarang konflik luaran dan dalaman.
Namun setelah meningkat dewasa, mereka telah pun bertemu dengan lelaki idaman mereka yang masing- masing berasal dari keluarga yang berpengaruh besar, iaitu keluarga Hilderson dan keluarga Lee.
Jadi, pelbagai ancaman baharu perlu mereka hadapi tidak kira ancaman nyawa sekali pun. Itulah menjadi taruhan mereka saat bergabung dengan Mafia.
Steven Hilderson memandang sekilas kubur Selena Rosellea yang sepi tiada pengunjung.
Saat semua beredar, dia mendekati kubur tersebut. Dielus tanda nama yang terpampang nama si gadis. Sejambak bunga ros merah diletakkan dipinggir tanda nama.
"I'm sorry, Selena. I hurt you. I even didn't hear your explanation first... and now, I lose you...from the first, I'm not the one for you... I'm so sorry," buku lima dikepal. Kepala menunduk memandang lantai berumput itu.
Rafael Alexander tiba- tiba muncul dari arah belakang dengan membawa bunga ros bersama Ben Huang. Dia melihat Steven sedang berdiri memandang kubur si gadis yang sepi itu.
Steven Hilderson menyedari seseorang berada di belakang dan dia mula menoleh untuk pergi dari tempat itu.
"Kau," Rafael Alexander bersuara.
"Aku malas nak bercakap dengan kau." Singkat dan padat balasan dari Steven lalu beredar.
.
.
.
Dark Moon yang memerhati kubur Selena Rosellea dari kejauhan meremas skirt hitam yang dipakainya dengan erat.
" Felix," panggil Dark Moon.
"Kau pergi rumah Selena Rosellea Parker. Aku nak kau bawa ibu Selena ke markas kita hari ini. Aku ada hal nak buat." Arah Dark Moon. Mata memandang ke luar tingkap kereta mewah itu. Rambut hitam lurus itu diikat tinggi sehingga menyerlahkan leher putih yang ada satu parut tipis kesan goresan benda tajam.
"Baik, ketua!" Balas Kang Felix dengan bersemangat lalu mereka diam sejenak.
"Ketua, pasal Selena Rosellea macam mana?" Kini Kang Felix bertanya kepada Dark Moon. Dipandang wanita bertopeng melalui cermin pandang belakang itu.
Namun tiada balasan dari wanita itu. Dengan ini Kang Felix tidak mahu bertanya lebih lagi dan diam.
.
.
.
Seperti yang diarahkan oleh ketua Mafia Blue Moon, Kang Felix pergi menemui Serena Thalia.
Tok! Tok!
Pintu usang diketuk beberapa kali sehingga seorang wanita paruh baya yang bermata hijau muncul membuka pintu tersebut. Terselah mata yang merah akibat menangis terlalu lama dengan di tangan ada sebuah gambar seorang gadis bermata biru yang sedang tersenyum manis. Itu Selena Rosellea.
"Puan, kami diarahkan untuk membawa puan ke suatu tempat. Ketua kami ingin berjumpa dengan Puan berkaitan dengan ahli keluarga puan." Ujar Kang Felix tanpa berbasa- basi.
Puan Serena Thalia yang mendengar tentang ahli keluarga terus bersetuju. Dia beranggapan bahawa lelaki yang berada di hadapan itu adalah seorang polis yang datang untuk menyiasat dan ingin ke balai.
Puan Serena Thalia dengan cepat meletakkan gambar Selena Rosellea ke tempat yang betul lalu mengikuti Kang Felix. Wanita itu menaiki kereta.
Setelah lima belas minit menaiki kereta, kini mereka sampai di sebuah markas. Terdapat logo bulan yang berwarna biru di pintu masuk markas tersebut. Mata meliar melihat sekeliling yang sangat jauh dari rupa balai polis. Wanita itu merasa tidak sedap hati namun dia masih positif saat ini dan hanya turuti sahaja lelaki tersebut. Mereka kini tiba di parkiran garaj yang luas. Tersusun barisan kereta sport dan mewah di garaj itu.
Debaran menanti wanita paruh baya itu saat dia diminta untuk keluar dari perut kereta mewah yang dipandu Kang Felix.
" Silakan ikut saya, Puan Serena." Tangan dihulurkan tanda hormat.
Puan Serena Thalia tergamam seketika. Layanannya agak baik tidak seperti yang terlintas di fikirannya.
Mereka berdua berjalan menelusuri lorong luas dengan dinding polos berwarna biru muda disepanjang lorong tersebut. Juntaian karya seni yang mahal dan elegan tergantung indah. Setelah selokan, mereka berdua akhirnya tiba di sebuah bilik yang pintunya agak lain daripada semua pintu yang ada di situ, bahkan dua pengawal sedang mengawal dihadapan pintu tersebut.
Kang Felix membuka pintu tersebut dan bau ubat- ubata menyengat rongga hidup Puan Serena Thalia. Bunyi 'beep' mesin berselang- seli berbunyi sepanjang dirinya berdiri di situ. Mata menangkap tiga orang kelibat manusia yang satunya terbaring lemah di katil berwarna putih polos dan duanya lagi sedang duduk di samping katil tersebut.
.
.
.
Sekolah menjadi riuh rendah saat mendapatkan khabar bahawa Selena Rosellea telah meninggal dunia. Gempar satu sekolah saat itu. Pelbagai reaksi ditonjolkan oleh para pelajar.
Miss Ava tergamam saat menerima berita itu dari Gerard Parkinson.
Semua rakan sekelas membawa bunga untuk diletakkan ke atas meja Selena Rosellea sebagai tanda penghormatan setelah pemergian gadis itu.
Suasana saat itu menjadi senyap. Timbunan bunga penuh di atas meja kosong tersebut. Sesekali mereka menjeling memandang meja tersebut yang tidak berpenghuni itu. Satu rasa kesal wujud dalam hati mereka setelah perginya sang gadis buat selama- lamanya.
Seperti biasanya, Jeremy Lee akan menunggu di bilik muzik yang mereka selalu bersama untuk makan. Mulai sekarang, bilik itu hanya akan menjadi memori yang tidak akan pernah kembali lagi.
Mata kini terpandang piano yang pernah dimainkan Selena Rosellea saat pertama kali mereka bertemu. Dielus piano tersebut. Not yang kurang jelas dimainkan. Kotak memori melakar kembali aksi si gadis memainkan piano dan wajah jelita Selena Rosellea Parker.
Tanpa lelaki itu ketahui, seseorang sedang memerhatikannya dibalik pintu bilik itu, Gerard Parkinson. Lelaki itu melihat tingkah Jeremy Lee yang tidak biasa. Di sudut terdalam hatinya memang dia mahu menyelamatkan Selena Rosellea, namun... Takdir berkata lain.
.
.
.
Steven Hilderson memandangi dua gambar yang terdapat wajah dua wanita yang dia cintai. Satunya wajah ibunya, Puan Helen dan satunya wajah Selena Rosellea.
Gambar tersebut disusun ke atas meja kerjanya yang agak berselerak itu. Sekurang- kurangnya, dia dapat merasakan dua wanita itu dekat dengannya.
Tiba- tiba Isaac Lee membuka pintu bilik kerjanya itu.
" Bro! "
"Aku ada benda nak cakap ni pasal kes dekat banquet tu. Aku rasa ada something fishy lah masa tu," ujar Isaac Lee lalu melabuhkan punggung ke sofa empuk. Mata pula sibuk memandang handphone.
Steven mengalihkan pandangan ke arah sepupunya itu. Kening kanan terangkat. Bingung dengan andaian lelaki itu.
" Kenapa kau rasa macam tu, Isaac?" Kini Steven bertanya kepada lelaki itu.
"Don't know. I feel that there is something wrong..." Kata Isaac Lee lalu menyilangkan kaki panjang itu mendongak memandang siling bilik itu.