Lee's Resident
Tok! Tok!
" Masuk!" Sahut Tuan Matthew Lee saat ada yang mengetuk pintu. Charles Zhu masuk sambil memegang sampul surat berwarna abu- abu di tangan.
Puan Anne Lee pula sibuk membaca majalah terkini. Sekilas menjeling saat Charles Zhu masuk ke dalam ruangan itu.
" Ini ialah jemputan ke majlis Datuk Bandar William Jones, Mr Lee. PA dia sendiri yang hantarkan tadi kepada saya." Sampul itu dihulurkan kepada Tuan Matthew Lee.
Sampul abu- abu dibuka. Ada sekeping kertas yang mengandungi maklumat lokasi majlis tersebut.
" Ouh, Moonlight Eclipse Hotel? Steven pun dapat ke jemputan ni, Charles?" Tuan Matthew Lee membaca kandungan sampul itu. Mata tertumpu dengan nama tempat tersebut yang merupakan milik Blue Moon. Menarik.
" Saya rasa Tuan Muda mesti dapat surat ini, beliau juga orang penting dan ternama," balas Charles Zhu.
Kini pintu dibuka oleh seseorang pula. Muncul Isaac Lee di hadapan pintu tersebut. Dan tiba- tiba seorang lagi lelaki muncul, Jeremy Lee.
Isaac Lee melihat sang adik yang ralit melihat handphone dengan telinga pula dipakaikan earphones. Tangan diangkat tinggi untuk memahut leher sang adik.
" Hey my little brother! Jarang betul jumpa kau kan sekarang! Busy dengan awek ke?!" Leher dipaut oleh Isaac Lee. Sehingga tertunduk Jeremy Lee dibuatnya.
" Aduh! Sakitlah, bang!" Rungut Jeremy Lee sambil cuba untuk melepaskan pelukan lengan sang abang di lehernya. Rimas tahu tak rimas!
" Lembik sangat kau ni!" Balas Isaac Lee.
" Amboi anak bujang dua ni, pergi mana hah? Siang malam tak ada nampak muka!" Kini Puan Anne Lee bersuara. Geram dengan dua anak teruna yang masing- masing gemar menghilang entah ke mana tanpa khabar.
Kalau Isaac Lee itu biasalah kalau tiada di rumah sebab selalunya lepak dengan Steven dekat pejabat, tapi yang bongsu ini hilang, tahu- tahu saja ada di rumah.
Charles Zhu meminta diri untuk beredar.
" Woah, what's this?" Dibeleknya kertas jemputan tadi oleh Isaac Lee yang kini melabuhkan punggung ke sofa.
" Banquet? Moonlight Eclipse Hotel? Woah!" Isaac Lee juga bingung dan terkejut pada saat yang sama.
" I know right, Isaac... Kenapa William Jones buat dekat situ? Yeah, I know Blue Moon associates with him, but it's kinda suspicious though..." kata Tuan Matthew Lee kepada Isaac Lee.
.
.
.
Golden Empire Company
" Banquet Night? Hmm? Moonlight Eclipse Hotel..." Steven meletakkan kembali sampul abu- abu yang diberikan Encik Parkinson ke atas meja kerja.
" Kalau Tuan Muda tak nak pergi , saya decline saja-" belum sempat Encik Parkinson ingin bersuara.
" Tak payah... Kita layankan saja Dark Moon. Suruh pelayan siapkan sut aku dalam masa seminggu sebelum pergi banquet...." Ayat Encik Parkinson dipotong Steven Hilderson.
" Ba,baik, Tuan Muda Steven," butler itu pun beredar.
.
.
.
" Ben, panggil Selena sekarang. Aku nak jumpa dia," arah Rafael Alexander sambil meletakkan sampul abu- abu ke meja setelah membaca isi kandungan itu. Ben Huang mengangguk faham tanda dirinya menerima arahan tersebut. Dia berundur lalu keluar untuk mencari si gadis yang diinginkan tuannya.
Ben Huang menuruni satu persatu anak tangga.
" Selena! Mari ke sini!" Panggil Ben Huang.
Selena Rosellea yang menyedari panggilan Ben Huang bergegas bergerak ke arah lelaki muda itu.
" Ikut saya. Tuan Rafael nak jumpa awak." Kata lelaki itu singkat. Selena Rosellea Parker bingung. Dituruti sahaja arahan lelaki itu. Mereka sampai di bilik Rafael Alexander yang selalunya lelaki itu duduki.
" Selena, Tuan."
" Aku nak kau ikut aku pergi banquet dengan aku. Dress kau jangan risau sebab aku akan sediakan untuk kau." Rafael Alexander bersuara tanpa basa- basi.
" Tapi-" Selena cuba menolak.
" Tak ada tapi - tapi! Keputusan aku ,MUKTAMAD!" Nada ditekan diakhir ayat. Mata menikam tajam Selena Rosellea. Gerun melihat mata itu saat mereka berpandangan. Nampak sangat lelaki itu mendesak dirinya untuk pergi juga bersama.
.
.
.
" Ketua," panggil Felix Kang.
" Semua dah beres untuk banquet itu. " Sambungnya.
" Okay, bagus. Aku nak semua berjalan lancar minggu depan. Aku tak nak ada cacat pun semasa majlis tu." Nada ditekan oleh Dark Moon. Felix Kang mengangguk.
" Tapi,... Ketua... Betul ke minggu depan juga nak reveal kembar ketua tu? Saya rasa ini bukan masa yang tepat untuk umum kepada orang awam..."ujar Felix Kang ragu.
Dark Moon terdiam sejenak.
" Entah. Aku masih berfikir lagi. Mungkin secara private saja?"
" Macam mana menurut, Ayah?" Kini wajah berpaling memandang seorang lelaki berumur 40-an yang berada di sisinya.
.
.
.
Seminggu kemudian
Moonlight Eclipse Hotel merupakan hotel bintang lima yang paling mewah di negara itu. Dengan dekorasi ala- ala istana mewah dan pelayanan yang paling tiptop mengalahkan Golden Royal Hotel milik Steven Hilderson sendiri. Ini juga terdiri daripada pendapatan terbesar yang menguntungkan oleh Mafia Blue Moon.
Datuk Bandar William Jones berdiri di tengah aula di dalam hotel tersebut dengan ditemani Dark Moon yang kelihatan elegan dengan gaun navy blue dan bertopengkan topeng emas di wajahnya. Kilauan berlian menyerlahkan lagi warna kulit yang putih itu.
Beberapa kereta mewah tiba di hadapan hotel bintang lima itu. Keluarga Lee, keluarga Parkinson, dan keluarga Patrick tiba di sana. Seperti adat majlis tersebut, mereka telah mengenakan busana indah nan mewah dan ini menonjolkan mereka bahawa mereka merupakan antara keluarga yang berkasta tinggi. Ramai juga yang dijemput hadir ke majlis itu.
" Itu ke ketua Mafia Blue Moon, papa? Kemain glam gaun dia." Kata Edora Patrick sambil memegang lengan bapanya, Lionel Patrick.
" Hush, Dora! Perlahan sikit cakap tu! Kalau dia dengar nanti mati kita dekat sini!" Lionel Patrick mencubit lengan Edora Patrick.
" Urgh, whatever . Kita kan ada sokongan Black Cobra. " Edora bercakap besar.
" Papa kerja dengan Black Cobra tu sebagai orang tengah saja, ni kalau papa mati pun, Rafael tu tak heran pun!" Balas Lionel Patrick. Dia bukanlah orang yang penting bagi Black Cobra melainkan hanya kuli semata.
" Sekarang ni Tuan Rafael hanya pentingkan budak nama Selena apa entah lah." Sambungnya.
" WHAT!? Selena?" Terkebil- kebil mata Edora Patrick saat bapanya menyebut nama tersebut.
" Yes, dear. Hari tu dia minta papa belikan bunga ros lepas tu bagi dekat Mr Huang. Sempat lah papa tanya, bunga ros tu untuk siapa." Kata Lionel Patrick kepada Edora Patrick. Edora mengcengkam gaun kuning yang dipakainya dengan erat. Amarah dalam dirinya tidak terbendungkan lagi.
Vroom!
Semua mata beralih kepada Mercedes Maybach Exelero dan Rolls-Royce yang saling hampir bertembung.
Steven Hilderson keluar dari kereta Mercedes Maybach Exelero tersebut dengan sut hitam dengan paduan sulaman naga berwarna emas di dada kiri.
Kini, Rafael Alexander pula yang keluar dari kereta Rolls-Royce. Dengan sut berwarna kelabu dengan juntaian berlian di bahagian bahu yang membangkitkan lagi aura maskulin lelaki itu. Mereka menatap antara satu sama lain. Steven Hilderson hanya memberi muka tidak berpuas hati, namun Rafael Alexander sebaliknya. Lelaki itu tersenyum sinis memandang Ketua Mafia Golden Dragon itu. Rafael Alexander menghulurkan tangan ke arah sisinya.
Tangan itu mendapat balasan tangan putih dan runcing dari dalam kereta. Lelaki itu rupanya datang berdua.
Yang mengejutkan lagi, susuk yang dikenali pula yang muncul dan itu ialah Selena Rosellea Parker.
Gadis itu mengenakan gaun merah gelap dengan taburan manik Swarovski di bahagian atas gaun dan memudar hingga ke bawah. Diserikan pula dengan rantai Bvlgari Serpentie Diamond Necklace di lehernya. Tadinya dia sudah menolak pemberian Rafael Alexander namun dipaksa juga oleh lelaki itu.
Flashback begin-
" Nah, pakai gaun ni and pakai rantai ni," dihulurnya satu set busana dan rantai Bvlgari kepada Selena Rosellea.
" Tak payah lah pakai rantai ni. Melebih pula kata orang nanti," ditolak lembut rantai mewah itu.
" Cih, kalau kau tak pakai, nanti orang kata aku ni miskin sangat tak mampu nak bagi benda mahal dekat pekerja aku," cebik Rafael Alexander.
" Ke kau nak biar aku letak love bite dekat tengkuk kau? Hurm...?"sambungnya. Bibir hujung terjungkit mengukir senyuman sinis. Mata menjeling si gadis bermata biru itu.
" Ei! Melampau betul ! Orang kata tak nak, nak buat perangai tak semengah dia pula!" Selena Rosellea memberikan hentakkan kaki kecil ke lantai tanda protes lalu beredar untuk menukar ke busana tersebut.
"Buat betul-betul kang baru tahu." Rafael Alexander mengusik Selena Rosellea yang berjalan pergi sambil memegang gaun. Dijeling tajam lelaki itu sehingga berkerut dahi.
Flashback end-
Mahu sahaja dia membengkokkan kepala masuk ke dalam gaun ini. Sudahlah ramai mata yang memandangnya. Tambah pula dengan adanya dua Mafia pula di sini dan menjadi pusat perhatian.
Mata hazel milik Steven Hilderson memandang tepat ke Selena Rosellea yang berdiri di samping Rafael Alexander itu.
Kemunculan tiga susuk itu menjadi perhatian yang hadir di situ.
"Siapa tu? How can someone can be that ethereal pretty in this world?!"
"Look at her skin, white as milk and most fairest among the fairest! I wonder what skincare did she used!"
"Her gown match her skin!"
"Dia pakai contact lens ke? Mata biru? Gosh, how gorgeous! "
"Is she a celebrity? She has the ethereal beauty! "
Semua yang hadir kagum dengan kecantikkan Selena Rosellea Parker.
Edora Patrick yang mendengar bisikan- bisikan di sekeliling merasa berang. Kini wujud dalam dirinya perasaan cemburu terhadap Selena. Kalau dulu dia selalu menghina Selena Rosellea dan kini dia terpojok di balik kecantikkan Selena Rosellea Parker.
Gaun kuning itu sekali lagi digenggam erat dek amarah. Lagi amarah bila yang menjadi teman gadis itu malam ini adalah Rafael Alexander, mana tak berang.
'Steven pun kau nak, Rafael pun kau nak, semua kalau boleh kau nak! Siap kau!' Bisik batin Edora Patrick.