Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 27 - Syarat

Chapter 27 - Syarat

" Cik, sila ikut saya." Ben Huang yang selaku manager kelab malam itu memanggil Selena Rosellea. Gadis itu dengan patuh mengikuti Ben Huang di belakang.

" Erm, saya nak tanya. Kita ada kenal atau jumpa dekat mana- mana ke? Saya rasa macam kita pernah jumpa." Selena mulakan perbualan.

" Ya? Saya rasa kita tak pernah jumpa." Balas Ben Huang. Sebaiknya dia terus berdalih selagi Selena belum menemui Rafael Alexander.

" Ouh, mungkin perasaan saya saja. Maaf bertanya." Balas Selena dengan janggal. Ben Huang hanya diam tidak berkutik.

Mereka berdua sampai di hadapan sebuah bilik. Di sana terdapat dua orang pengawal berkulit gelap yang berbadan besar dan tinggi yang sedang mengawal di luar. Seseorang yang berada di dalam bilik itu tentunya seorang yang penting di situ.

Pintu bilik dibuka oleh Ben Huang dari luar. Seorang lelaki membelakangi Selena sedang duduk di kerusi di meja itu.

" Silakan masuk, Cik Selena Rosellea." arah Ben Huang.

" Deg-" Namun Selena Rosellea menyedari sesuatu. Jantung melaju seakan dikejar anjing liar. Perasaan ini terasa tidak asing. Perasaan seolah berada di jurang maut.

'Cik Selena Rosellea? Aku tak pernah bagitahu nama lagi. Macam mana dia tahu?' Selena bermonolog. Dia tidak sedap hati. Perasaan ini bukanlah sesuatu yang baik.

Akhirnya kepala mengingat kembali lelaki yang memukul dirinya sehingga pengsan semasa kejadian tembakan di sekolah. Ben Huang juga terlibat saat itu.

" Selena! Long time no see! I missed you a lot, baby girl..." Rafael Alexander bersuara lalu memusingkan badan memandang Selena Rosellea yang berada di ruangan itu.

Badan bergetar hebat saat mendengar suara lelaki itu. Otak memproses memori lampau yang kelam. Trauma lama mula kembali di saat dirinya diculik oleh Mafia Black Cobra.

" Ra,Rafael Alexander...?" Bibir bergetar. Perasaan takut menyerbu diri. Lelaki berbahaya itu berada di hadapannya dan dirinya sedang berada di dalam kandang ular tedung!

"Awh, you remember me, baby girl! I thought you forgot about me after we don't see in a long ...time...!" Seloroh Rafael Alexander. Dia dapat melihat Selena Rosellea yang sedang takut terhadapnya bahkan tubuh gadis itu gementar saat berbicara.

" Sila duduk, cik." Ben Huang mendekati Selena yang mengarahkan gadis itu untuk duduk di kerusi.

Selena dengan patuh mengikuti arahan itu. Baik dia ikut apa yang diarahkan. Nyawanya kini di hujung tanduk. Langkah yang salah akan membawa padah kepadanya. Lebih baik dia turuti sahaja selagi perkara itu tidak menyalahi haknya.

" Aku dengar kau nak kerja dekat sini? Steven tak tanggung kau ke? Bukan kau girlfriend dia ke?" Rafael Alexander bertanya. Dia bangun dari tempat yang dia duduki lalu ke tingkap mengambil udara segar.

"T,tak... Saya bukan teman wanita dia... Kami tak ada apa- apa hubungan...! Saya cuma nak cari kerja saja... Maafkan saya kalau saya salah masuk ke kelab malam ni. Sa,saya... Saya tak tahu ni kelab malam awak punya..." Gementar suara cuba untuk menerangkan alasan dia ke kelab malam itu. Takut jika dia tersalah kata.

Rafael Alexander tertawa kecil saat itu apabila mendengar sang gadis berbicara. Nampak sangat gadis itu sedang ketakutan. Tapi benarkah Steven tidak menanggung si Selena itu? Beberapa minggu lalu, Steven bermati- matian melindungi gadis itu saat cuba menyelamatkannya.

" Saya-" belum sempat Selena menghabiskan kata- katanya, mulut dihentikan dengan jari telunjuk Rafael Alexander. Wajah mereka agak dekat saat ini. Mata bertemu mata. Masing- masing boleh mendengar deruan nafas.

" Kau boleh kerja dekat sini. Kau lulus. Tapi dengan syarat setiap hari kau kena datang dekat bilik ni dan hidangkan dekat aku segelas kopi. Jadi, sebab aku ada syarat aku, kau kena kemukakan syarat kau juga. Setuju?" Sambung Rafael lalu menjarakkan diri dengan Selena Rosellea. Tangan ditarik kembali.

' Syarat?'

" Tuan, tak boleh pegang saya, jangan dekat dengan saya! Itu sahaja. Saya harap tuan boleh tunaikan syarat ini sepertimana saya menunaikan syarat Tuan Rafael." Ujar Selena Rosellea lalu bangun dari situ.

" Alright, kau boleh masuk kerja esok." Tangan kanan dimasukkan ke dalam saku seluarnya untuk menggapai rokok. Ben Huang dengan tangkas menghidupkan mancis untuk menyalakan puntung rokok si Tuannya.

Selena diam tidak berkutik. Dia terus beredar dari ruangan itu.

" Arghhh, apalah nasib! Kenapalah kelab malam tu dia punya? Kenapa? Ish! Satu hal kena hadap muka dia pula hari- hari! Sudahlah perangai sama saja dengan Steven bla-bla tu!" Kaki menghentak lantai kelab malam itu setelah keluar dari bilik itu. Nasib malang apakah yang dia hadap hari ini. Muka- muka yang meluat sahaja yang dapat hari ini. Tidak bolehkah bagi dirinya tenang sedikit?

.

.

.

Kini rutinnya sebagai pelayan di kelab malam sudah bermula. Tangan melaju mengemas meja. Segala barang tulis dan buku dimasukkan ke dalam beg silang. Selena keluar dari kelas. Sebenarnya dirinya agak gugup kerana ini hari pertamanya bekerja di kelab malam. Entah perangai manusia macam mana nanti dia akan berdepan. Dia harus menguatkan mentalnya. Dia akan bekerja dengan bersungguh- sungguh.

" I think I'm done!" Tangan bergerak meraba isi di dalam beg, memeriksa sekiranya ada barang atau kelengkapan yang tertinggal. Dia amat bernasib baik kerana Ben Huang telah menyediakan pakaian pelayan. Kata lelaki itu, Selena Rosellea harus seragam dengan pelayan yang lain.

.

.

.

"Ben,make sure she's okay. I don't wanna hear any complain about her. In our territory, i wanna make sure our people are in a good condition. Do you get it, Ben...?" Rafael Alexander menyesap rokok yang ada di sela- sela jari lalu menghembuskan asap rokok tersebut ke udara secara perlahan- lahan seolah sedang bermain dengan asap itu.

" Baik, Tuan Rafael." Balas Ben Huang dengan hormat lalu menapak keluar dari ruangan bilik itu.

Tok! Tok!

"Come in!" Api rokok dihapuskan. Tangan pula bergerak mengibas- ngibas asap yang bertebaran di udara. Setelah itu, lelaki itu duduk dengan maskulin seolah- olah tiada apa yang berlaku. Act cool sebenarnya.

Selena Rosellea masuk dengan secawan kopi di atas dulang di tangannya.

Terkaku Rafael Alexander saat melihat Selena Rosellea yang mengenakan gaun pelayan maid campuran hitam dan putih itu. Padanan warna itu sangat menyerlahkan lagi kulit yang terdedah itu. Dengan kaki jenjang dan putih, bahagian leher yang putih. Warna kulit gadis itu jelas terpampang. Gaya seperti itu amat sesuai dengan Selena.

Selena Rosellea mendekati meja Rafael Alexander. Mata lelaki itu masih lagi menatap si gadis tadi. Pandangan itu membuatkan wajah Selena merona merah.

" Ehem," Selena berdehem untuk menyedarkan Rafael dari terus memandangnya. Seketika itu juga Rafael panik. Nampak sangatkah?

" Ah,yes. You can go now." Rafael Alexander menyuruh Selena Rosellea keluar dari situ.

Selena pun hilang dari pandangan mata.

" Uish, mengancam jantung betul!" Dada dipegang.

.

.

.

Sudah seminggu Selena Rosellea bekerja di kelab malam itu. Setakat ini tiada lagi pelanggan yang berbuat tidak senonoh terhadapnya. Seperti yang dipersetujui olehnya saat meminta untuk bekerja di sini, setiap hari Selena harus menghidangkan kopi kepada Rafael Alexander namun tidak hari ini. Hal ini kerana lelaki itu ada urusan hari ini dan tidak berada di kelab malam itu hari ini. Lega hatinya saat mendengar hal itu. Tidak perlulah dia bertemu dengan lelaki itu untuk hari ini. Meluat dirinya saat memandang lelaki itu.

Selena berjalan ke meja barista untuk mengambil minuman yang dipesan oleh pelanggan.

Ben Huang seperti yang diarahkan telah memerhati Selena dari sudut lain.

" Ruang 13." Kata barista tersebut. Selena mengangguk kepala tanda faham.

Selena meletakkan minuman ke atas dulang. Dia bersedia untuk menghantar minuman itu ke meja VIP.

Di ruangan itu terdapat dua meja VIP yang mana satunya tertutup dengan langsir namun agak jarang sehingga dapat melihat samar- samar sosok beberapa orang di dalamnya. Di sebelahnya pula ada lima lelaki yang sedang bermain perempuan di situ. Bau arak di sana agak kuat.

" Alamak! Yang mana satu ni?" Selena bingung ingin menghantarkan minuman itu ke mana. Sebelah sini ke sebelah sana?

" Hey, pretty girl. Come here!" Kata salah seorang lelaki itu sambil ketawa keras. Bau arak menusuk rongga hidung.

' Ah, ni pesanan diorang ke?' Selena masuk ke ruangan yang ada lima lelaki tadi.

' Erh, kuat betul bau arak...' getus batin Selena Rosellea sembari meletakkan pesanan tadi di atas meja kecil di sana.

" Are you a model or somewhat? You are damn gorgeous and you have blue eyes, gosh! Accompany me tonight and I will give you a big sum of money. What do you think, gorgeous?" Tangan lelaki itu merayap mengelus bahu Selena Rosellea. Selena dengan keras menepis tangan gatal itu dan cuba beredar. Namun tangan direntap kasar.

" Sombong gila perempuan ni! Baik kau layan aku, kalau tak aku complain dekat boss kau yang kau ni perangai teruk dengan pelanggan!" Gertak lelaki itu. Tangan merentap lengan si gadis dengan keras.

" Ei, lepaslah! Lepas!" Selena cuba melepaskan pegangan.