" Wohoho, Tuan Muda. Slow sikit nama tu dah lama saya tak guna, panggil Jackson," ujar lelaki tua berumur 70-an itu. Segelas arak diteguk sehingga licin. Kepuasan timbul di wajah. Tidak jauh beza pun nama barunya itu dengan nama lamanya.
Bahu lelaki tua bernama Jack itu ditolak keras oleh Boss Zhang.
" Woi, cakap elok- elok dengan Tuan Muda. Kurang ajar betul, orang tua ni!" Gertak Boss Zhang. Berang dengan tingkah lelaki tua miang itu. Pistol digapai diacukan ke arah Jack.
" Relax..." Steven Hilderson menepis lembut pistol tersebut menghalang Boss Zhang dari bertindak melulu. Boss Zhang pun menyimpan balik pistol tadi. Dia mengeluh keras. Bengang kerana tidak dapat menghabisi orang tua itu. Sudahlah kurang ajar. Dia tidak tahu ke dengan siapa dia berdepan. MAFIA paling berkuasa!
Isaac Lee yang tadi berfoya- foya dengan beberapa wanita , menghalau mereka untuk beredar. Baik dirinya mengambil langkah begitu, fikiran Steven amat susah untuk dibaca. Bila- bila masa boleh berlaku pertumbahan darah. Aura gelap di kelab malam itu semakin menebal.
" Woah, woah! Chill lah, Zhang! Hajat saya nak jumpa Tuan Muda sebab nak minta tolong satu benda. Saya nak Tuan bunuh seseorang," tutur Jack sembari meneguk arah di dalam gelas.
" Bukan orang kata kau dah mati ke? Jarang aku dengar ada ahli ganster Red Hawk berleluasa dekat sini." Isaac Lee menyampuk lalu duduk di sebelah Steven Hilderson. Rambut berdye merah itu dibetulkan.
" Nyawa saya ni liat, Tuan Muda,tengok ni," Jack menunjukkan kesan tembakan peluru yang ada di dada, leher dan lengan.
" Perempuan tak guna yang tembak saya tu tak pernah pegang pistol sebab tu saya masih hidup ni, lagipun ada yang selamatkan saya waktu tu," sambungnya.
" Tapi laki dia dengan seorang anak kembar dia tu dah mampus," sambung Jack lagi. Riak puas hinggap di wajah tua itu.
" Jadi,... Kau nak aku bunuh perempuan tu pula? Kenapa kau saja tak bunuh sendiri? Kenapa pula aku yang kena buat kerja kotor kau? Hurm?" Steven bersuara. Kaki disilangkan. Wajah tampan itu memandang tepat ke anak mata Jack. Riak datar wajah Steven seolah mengugut Jack untuk memberikan jawapan yang munasabah. Jack tahu seorang Steven Hilderson bukanlah seorang yang mudah untuk diajak bicara. Sebab itulah dia masih bersikap hormat dengan lelaki ini. Dengan status lelaki sebagai seorang ketua Mafia Golden Dragon,ini memudahkan Jack untuk menghabisi perempuan yang telah menembak dirinya pada 20 tahun dahulu kerana polis tidak akan dapat menangkap dirinya kerana dia telah mendapat sokongan dari Steven Hilderson sendiri. Dia ingin menghapuskan seluruh ahli keluarga Daniel Benjamin Smith!
" Dendam, aku nak balas dendam. Sebab perempuan tak guna tu lah aku ni hampir mati! " balasnya. Riak wajah bertukar berang. Tangan mengepal menjadi buku lima. Kali ini dia tidak akan biarkan Serena Thalia dan Selena Rosellea terlepas.
.
.
.
Sang rembulan indah menerangi semesta malam, ditemani bintang- bintang yang bergantungan di langit.
Cahaya rembulan menembus angin malam, menerobos masuk di sela- sela penjuru rumah istana agam itu. Bayu malam meniup lembut satu figura sempurna yang sedang duduk di kerusi di balkoni sambil menikmati angin malam yang menerpa sambil ditemani bayang rembulan.
" Does she sleep right now? What is she doing right now?" Mata berwarna coklat itu menatap bulan di langit. Wajah Selena Rosellea muncul di awang- awangan. Sememangnya, seorang Steven Hilderson sudah angau dengan seorang gadis. Tangan meraup wajah dan bayangan wajah si gadis cantik itu pun hilang entah ke mana.
Usai balik dari kelab malam tadi setelah menghantar Isaac Lee yang kemabukan , dia balik ke rumah agam miliknya. Sememangnya, Isaac Lee itu sangat menyusahkan apabila lelaki berambut merah itu mulai mabuk. Habis disumpah seranah semua orang yang ada di kelab malam itu. Kalau diikutkan hati mahu saja Steven biarkan lelaki itu terkial- kial balik sendiri, ini harapkan si Isaac Lee itu adalah rakan kongsi selaku sepupu dan sahabat baiknya sahaja kalau tidak...
Pijama hitam dilepas dari badan, menonjolkan otot- otot perut yang menawan. Steven tidak gemar tidur sambil memakai pijama. Dia selesa bertelanjang dada dan tidak rimas. Rambut diraup ke belakang.
Seketika dia teringat akan permintaan Jack untuk membunuh seseorang. Namun, yang paling mengejutkan, orang yang ingin dibunuh oleh Jack adalah orang yang amat dia kenali. Dan orang itu adalah Puan Serena Thalia Parker yang merupakan ibu kepada Selena Rosellea Parker. Ini telah menimbulkan tanda tanya dalam diri Steven Hilderson. Sebenarnya, siapakah Selena Rosellea Parker yang sebenarnya?
Setahunya, Daniel Benjamin Smith ini dahulunya terkenal sebagai peninju terhebat di bandar itu. Pelbagai misi telah diselesaikan olehnya. Bahkan Tuan William Hilderson pernah cuba menawarkan Daniel Benjamin untuk menyertai kumpulan Mafia Golden Dragon kerana kepakarannya dalam bertinju, namun Daniel menolak dan lebih memilih untuk kekal dalam kumpulan ganster yang kecil itu, Gangster Red Hawk.
" Sial kau Jack! Berani kau nak bunuh orang aku! Kau akan terima balasannya nanti! Aku akan pastikan tak ada siapa pun akan mengaku tu mayat kau nanti!" Steven mengepal kemas buku lima. Beraninya Jack boleh berfikir untuk membunuh wanita kesayangannya.
.
.
.
Tangan tangkas menjawab latihan yang diberikan oleh guru untuk persediaan musim peperiksaan ini. Hujung tumpul pensel diketip lembut. Selena Rosellea fokus menjawab soalan. Sesekali tangan runcing membelek helaian buku teks yang berada di tepi untuk dijadikan rujukan menjawab. Dia harus mencapai cita- citanya untuk menjadi seorang doktor dan mengubah nasib keluarga kecil nya. Dia sudah tiada sosok seorang ayah setelah kejadian 20 tahun yang lalu yang telah merenggut nyawa sang ayah dan kakak kembarnya. Tiada berita setelah itu. Jadi Selena Rosellea telah bertekad untuk mengubah segala- galanya.
"...And saya janji akan jaga awak dan lindungi awak bagaikan nyawa saya.Saya janji, Selena!Saya takkan benarkan sesiapun lukakan awak walaupun sikit!" - Steven Hilderson
" Tapi, aku tak rasa dia akan buat kau macam tu. Dia sayang kau..." - Gerard Parkinson
Kepala terngiang- ngiang mengingat kata- kata Gerard Parkinson pagi tadi. Wajah merona merah.
' Betulkah dia suka aku?' Selena bermonolog. Wajah Steven nan tampan muncul di sanubari jiwa.
' Benci! Dahlah perangai tak senonoh! Gatal!' sambung Selena Rosellea. Berang ketika mengingat kejadian tempoh hari. Rona nerah di wajah tidak juga hilang.
" Macam mana nak fokus ni, kalau asyik ingat muka dia saja? Aduh!" Selena mengetap gigi. Dia menampar lembut wajah untuk sedar dari fantasi mimpi itu. Selena berdiri lalu melabuhkan diri di katil sehingga katil menghasilkan bunyi yang kurang menyenangkan. Maklumlah katil lama. Macam- macam bunyi boleh keluar.
Nasib baik esok peperiksaan bahasa Inggeris, tidak perlu dia bersusah payah belajar kerana bahasa Inggeris ada kepakarannya melainkan itu adalah subjek kimia ataupun fizik dia memerlukan konsentrasi penuh. Walaupun terkenal dengan gelaran nerd di sekolah, dia tetap harus belajar dengan bersungguh- sungguh.