Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 24 - Kembali

Chapter 24 - Kembali

Esmeray Velarea,... Kembar yang hilang. Entah mati mahupun hidup. Khabar tidak pernah ada. Diam menyepi seakan tidak wujud. Bahkan kepala sendiri tidak tidak dapat memproses memori lampau.

Selena bangun lalu memandang cermin. Perasaan rindu mula tumbuh tatkala menatap wajah di balik cermin. Wajah sang kembar. Hanya dibezakan dengan warna rambut sahaja.

Puan Serena menghulurkan sebuah gambar seorang lelaki.

" Ini lah ayah kamu," kata puan Serena.

Mata mula berkaca saat menghulurkan gambar itu, wajah seorang lelaki, Daniel Benjamin Smith dengan seorang wanita yang tidak asing disebelahnya, Serena Thalia Parker. Bahagia terpapar di wajah mereka saat itu. Namun, malang melanda saat diri mula melakar bahagia. Takdir telah berkata begitu.

.

.

.

Genap seminggu Selena tidak hadirkan diri ke sekolah dan hanya belajar sendiri di rumah. Dia malas untuk bertemu dengan orang lain terutamanya si Edora Patrick yang selalu membulinya.

Hari ini Selena Rosellea memberanikan diri untuk ke sekolah. Maklumlah hari ini merupakan hari peperiksaan akhir bagi memasuki kolej terkemuka di negera itu. Walau bagaimana pun dia harus hadir. Impian yang selama ini dia ingin kecapi takkan mudah untuk dirinya mengalah di tengah jalan hanya disebabkan kejadian tembakan tempoh hari dan lelaki- lelaki MAFIA itu.

Diambilnya buku yang mengandungi nota- notanya lalu disumbat ke dalam beg silang.

" Ibu, Selena pergi dulu," tutur Selena sambil memakai kasut lalu mencium pipi puan Serena Thalia.

" Hati- hati jalan sorang- sorang tu, Selena. Ibu doakan Selena boleh jawab nanti." Balas puan Serena Thalia sambil mengelus lembut wajah sang anak itu. Selena pun meninggalkan rumah dengan berjalan kaki. Dia berjalan di lorong berdekatan dengan rumahnya. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang mengikutinya di belakang. Namun, dia beranikan diri untuk teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang dan langkah dipercepatkan.

Tiba- tiba, seseorang menepuk bahu Selena Rosellea. Gadis itu terperanjat besar.

" ARGHHHHHHHHH!" teriak Selena Rosellea saat bahu nya ditepuk.

" Selena, aku lah ni. Gerard! " Terang Gerard. Terkejut juga saat Selena berteriak sebegitu.

" Eh, ma, maaf, Gerard. Ingatkan siapa tadi. Terkejut tahu tak." Ujar Selena cuba untuk bangun. Sampai jatuh terduduk si Selena tadi dibuat Gerard Parkinson.

Gerard menghulurkan tangan untuk membantu Selena berdiri. Diraih tangan kekar itu untuk bangun. Seusai bangun, skirt nya dibesihkan dengan tangan.

" Eh, kau dah tak pakai cermin mata?" Tanya Gerard saat dia perasan yang Selena sudah tidak memakai cermin mata lagi. Selalunya gadis itu akan memakai benda alah itu dan nampak sangatlah nerd. Sebab itu lah gadis itu selalu jadi mangsa buli selain mempunyai latar belakang yang miskin.

"Ha? Ya." Balasnya. Dia sambung berjalan sambil diikuti Gerard Parkinson disebelah. Kepala menunduk menatap lantai lorong. Sebenarnya, cermin mata itu bukanlah untuk kerabunan mata. Dia cuma silau cahaya. Jadi, hari ini dia tidak mahu pakai lagi.

" Ouh, " balas Gerard sepatah. Dia sebenarnya tidak tahu untuk mengajak gadis itu berbual topik apa. Saat berada di samping Selena dirinya seakan ingin hilang. Detak jantung melaju saat berada didekat gadis itu.

" Kau okey? Aku dengar kau kena culik dengan Mafia Black Cobra. Dan... Kau sekarang tengah bercinta dengan ketua Mafia Golden Dragon..." Gerard cuba untuk mendapatkan kepastian dari si gadis.

" Hah? Mana ada saya bercinta dengan di, dia! Di,dia tu lelaki tak guna! Sebab dia saya kena culik, sudahlah lelaki yang culik saya itu pun sama naik perangai tak senonoh!" Lemah suara cuba membantah. Terus terangkat kepala yang menunduk tadi. Wajah merona merah. Bercinta?

" Shh! Jangan cakap kuat- kuat macam tu pasal Steven Hilderson, Selena!" Laju tangan menutup mulut Selena saat gadis itu cuba menyumpah Steven Hilderson.

" Dia tu lelaki paling kejam dekat sini. Semua yang ada di kawasan ini, merangkumi konco-konco dia. 1/3 negara ni dimonopoli oleh dia dari ekonomi, senjata. Polis pon takut dengan dia!. Kalau dia dengar kau cakap macam tu pasal dia, dia robek mulut kau ni." Tutur Gerard sambil tangan melakonkan aksi yang Steven mungkin akan lakukan selaku melepaskan tangan dari mulut Selena Rosellea. Dia memberi amaran kepada gadis itu.

Menggigil Selena saat Gerard berkata begitu. Tidak disangka lelaki yang agak... Handsome itu seorang yang sadis dan kejam.

" Tapi, aku tak rasa dia akan buat kau macam tu. Dia sayang kau..." Sambungnya lagi. Mendatar suaranya saat ini. Mungkin sedikit kecewa?

Selena Rosellea menoleh memandang Gerard Parkinson.

" Sejak kau kena culik, dia jadi tak tentu arah. Dia guna kuasa sebagai orang yang paling kuat untuk cari kau." Ujar Gerard Parkinson dan berlalu setelah mereka tepat berada di pagar sekolah. Selena Rosellea terdiam. Seketika dia memikirkan hal itu. Buat masa ini, dia mahu menjawab soalan dengan tenang saja. Tidak mahu memikirkan benda lain. Tangan menggenggam erat tali beg silang. Dia nekad!

.

.

.

Berjalan di laluan kelas telah menarik perhatian semua mata yang ada di sana. Dengan mata biru yang tidak bercermin mata telah menarik perhatian yang ada situ. Dia masuk ke kelas dan mengambil tempat duduk. Dia bersedia untuk menjawab soalan. Dia tidak peduli tentang pandangan orang lain yang ada di sana. Tetapi dia perasan kelibat Edora Patrick tiada di sana namun begitu dia tidak mempermasalahkan hal itu. Dia lega si Edora itu tiada. Tenang hidupnya.

" Weyh, siapa tu? Lawa gila mata dia. Biru wey biru. Tapi,... Macam kenal pula dia ni," bisik sekumpulan pelajar yang ada situ. Mereka mengintai di balik tingkap kelas.

Selena Rosellea Parker menjadi titik perhatian saat itu tanpa cermin mata. Wajahnya yang putih itu lagi menyerlah tanpa cermin mata.

" Seriously, kau orang tak tahu? Tu Selena lah. Budak yang selalu kena bully dengan Edora!" Seorang pelajar menyampuk. Tergamam semua yang ada di situ.

" Eh kejap. Bukan dia juga ke yang kena culik tu? Patutlah ketua Mafia Black Cobra culik, Selena ni lawa wey rupanya. Patutlah..." Balas seorang lagi pelajar yang lain. Tidak disangka gadis yang selama ini sering dibuli dan dianggap hodoh merupakan seorang yang cantik. Rupanya cermin mata yang menjadi penghalang kepada wajah mungil itu.

Di kejauhan ada Jeremy Lee sedang memerhati. Dia dah agak ,selepas kejadian tembakan itu. Selena akan jadi tumpuan dan ini bukanlah sesuatu yang baik.

.

.

.

Suasana riuh di kelab malam dengan nyaringan musik, tebaran bau arak yang menyengat, gadis- gadis seksi dengan pakaian terbuka dan manusia- manusia yang sedang menari.

" My cousin! Come on, Steven. Just one glass only~" Isaac Lee merangkul bahu Steven Hilderson yang sedang duduk. Segelas arak dihulurkan oleh Isaac Lee. Ditolak lembut oleh Steven Hilderson. Rimas. Disuruhnya dia datang ke kelab malam. Sebentar tadi Isaac Lee mengugut dirinya untuk memberitahu puan Helen untuk carikan pengganti si gadis idaman, Selena Rosellea. Terpaksa dirinya mengikuti suruhan sepupu selaku sahabat baiknya itu. Sial Isaac Lee. Namun ada hal lain yang perlu diuruskan lagi di kelab itu. Alang- alang orang kata. Dia juga membawa Boss Zhang dan beberapa orang untuk mengawal. Menjadi yang berkuasa juga ada musuh terutamanya Rafael Alexander dan Dark Moon biarpun ketua Blue Moon masih misteri, dia tetap harus berhati- hati.

" At lease get a woman to give you some pleasure," sambungnya. Jari telunjuk ditujukan ke arah sekumpulan gadis yang menari dengan ghairah di atas pentas. Mereka melambai- lambai ke arah Steven berhasrat lelaki itu memilih mereka untuk dijadikan 'teman' malam.

" Aku datang sini bukan nak minum, bukan nak ber 'joli' , aku nak settlekan sesuatu, Isaac," mata memandang seorang lelaki yang sedang dilayani beberapa perempuan seksi.

Lelaki itu tersenyum memandang Steven sambil mengangkat gelas tanda cheers. Lelaki itu berdiri lalu mencium perempuan yang ada di situ.Tingkah lelaki tua itu sungguh menggelikan. Dia mendekati Steven Hilderson.

" Tuan Muda," panggil lelaki itu.

Boss Zhang menghalang lelaki itu saat dia mendekati Steven Hilderson.

" Kau nak apa,... Jack?"