Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 23 - Hilang

Chapter 23 - Hilang

Pergelutan antara lelaki serba hitam itu telah melonggarkan pegangan terhadap Jack. Lelaki tua itu berjaya melepaskan diri. Daniel Benjamin sedaya upaya cuba melepaskan tangan di lehernya. Seorang lelaki menumbuk perut Daniel Benjamin sehingga Daniel mengerang sakit.

Serena Thalia pula tanpa membuang masa cuba melepaskan ikat tali pada dirinya dan berjaya! Saat pergelutan itu, Serena membuka juga ikatan pada anak- anaknya dan juga kain dimulut di buang.

" Shh," bisik Serena kepada Esmeray dan Selena supaya tiada bunyi dikeluarkan.

Serena melihat Jack telah melarikan diri dengan keluar dari pintu. Dia juga melihat pergelutan sang suami dengan tiga orang lelaki serba hitam itu.

" Selena, Esmeray, duduk diam dekat sini. Jangan buat bunyi, ya? Ibu nk tolong ayah." Nafas melaju, tangan mencapai batang layu yang ada di dalam bilik usang itu. Diangkat kayu itu tinggi- tinggi untuk sedia memukul.

Bbuk! Seorang tumpas dipukul oleh Serena Thalia. Lelaki yang memaut leher Daniel tumpas! Settle satu kerja. Dengan ini, Daniel lebih berleluasa untuk meninju. Daniel menolak dinding pipi dan meludah air liur bercampur darah ke lantai. Tangan dikepal menjadi tinju, tanda bersedia untuk melawan.

" Serena, bawa anak- anak keluar sekarang! Biar abang selesaikan dekat sini!" Arah Daniel Benjamin sambil membengkokkan kepala untuk membetulkan urat tengkuk.

Setelah mendengar arahan suaminya, dia bergegas ke arah dua gadis yang ketakutan. Serena membawa dua anaknya keluar dari bilik itu. Saat itu dia ternampak pistol milik Jack yag tadi ditempis oleh Daniel dan mengambil pistol untuk untuk berhati- hati.

Saat Serena ingin keluar seorang daripada dua lelaki yang tersisa cuba menyerangnya. Namun, Daniel cepat bertindak dengan menyepak belakang lutut menyebabkan lelaki itu tumbang ke tanah. Seorang lagi lelaki cuba menumbuk wajah Daniel namun Daniel terlebih dahulu menyedari dan menumbuk abdomen lawannya.

Mereka memandang rendah Daniel Benjamin, ternyata lelaki itu sememangnya peninju handal.

Seorang cuba menendang Daniel, tetapi lelaki kekar itu tangkas mengelak dari serangan itu. Dan, Daniel Benjamin pun, menendang nya hingga lelaki itu tidak sedarkan diri. Tersisa seorang yang terakhir.

" Aku dah kata, jangan sentuh keluarga AKU!" Satu tumbukan penuh amarah dilancarkan ke wajah lelaki yang tersisa itu. Lelaki itu tidak sedarkan diri.

.

.

.

Serena tercungap- cungap berlari.

" Ibu, Ray penat lah,"

" Ena pun sama, ibu."

" Sikit saja lagi, sayang," balas Serena. Sesungguhnya, dia juga penat berlari. Sudah jauh mereka berlari dan tiba di sebuah jeti terbengkalai. Air pula sungguh deras. Yang terjatuh pasti hilang entah ke mana.

" SERENA!" Suara yang tidak asing memanggil namanya. Mata melilau mencari punca suara itu.

" ABANG! Dekat sini!" Teriak Serena sambil melambai tangan ke arah Daniel Benjamin.

Daniel berlari ke arah mereka bertiga.

" Awak, okey? Anak- anak ada luka ke?" Daniel membelek tubuh isterinya itu. Mencari kesan luka di badan.

" Ta, tak, tapi Esmeray ada kena toreh sikit," ujar Serena sambil tangan menunjukkan ke arah leher Esmeray Velarea yang luka.

Daniel melihat baju ungu Esmeray Velarea yang bernoda merah akibat torehan pisau lipat. Dibelek leher si anak gadis itu berkali- kali. Sememangnya torehan itu tidak lah terlalu dalam namun tepat terkena vena yang menyebabkan darah menitik ke baju. Sesekali Esmeray merengek kesakitan apabila dia cuba menggerakkan leher.

" Ayah, Selena takut...," Selena memegang hujung windbreaker Daniel Benjamin.

" Tak ada dah. Kita dah selamat," ujar Daniel Benjamin sambil mengelus rambut Selena Rosellea untuk menenangkan si kecil yang ketakutan itu.

" MAMPUS KAU!!!" jerit Jack yang tiba- tiba muncul di belakang dengan pistol yang dia ambil semasa dia kembali ke bilik tadi untuk memeriksa keadaan di sana. Muncung pistol dihalakan tepat ke arah Esmeray Velarea. Jack menyimpan dendam terhada Daniel, jadi dia berhasrat untuk membunuh salah satu ahli keluarga lelaki itu untuk biarkan lelaki itu merasakan kehilangan orang tersayang.

Bbang!

Satu tembakan dilepaskan ke arah Esmeray Velarea. Tiba- tiba, Daniel dengan pantas memeluk Esmeray dan membiarkan dirinya tertembak peluru. Mereka berdua jatuh ke dalam air deras.

" Danny, Ray!!!" Teriak Serena saat mereka jatuh ke dalam air.

Serena dengan refleks menggenggam pistol di tangan menembak Jack bertalu- talu. Mata basah kerana geram, marah dan BENCI!

" SIAL!!!" teriak Serena sambil jari tidak berhenti menarik pelatuk pistol.

Bbang! Bbang! Bbang! Bbang!

Bunyi tembak berturut-turut itu telah menumbangkan Jack serta merta. Tubuh kembali berpaling ke arah jeti mencari kelibat si suami dan anaknya yang jatuh sebentar tadi. Dia terduduk. Kelibat dua orang hilang entah ke mana.

" A, ayah!" Selena Rosellea yang terkejut dengan kejadian itu jatuh pengsan di pangkuan sang ibu.

" DANNY! ESMERAY!" Jeritan Serena tanpa henti dengan memegang Selena itu telah menarik perhatian nelayan yang melalui kawasan itu dengan bot. Mereka berhenti di jeti.

" Puan? Ada apa ni, puan? Kenapa?" Tanya dua lelaki nelayan itu kepada Serena Thalia. Mereka cemas melihat wanita itu menjerit histeris memanggil orang lain.

"Su, suami dan anak saya jatuh!" Terang Serena sambil menangis. Jari telunjuk menunjukkan ke arah air yang deras mengalir di kawasan itu. Air mata bercucuran mencium pipi.

Mereka mendengar penerangan Serena dan bertindak memanggil nama Daniel dan Esmeray manakala seorang lagi bertindak menelefon polis. Mereka juga dapati ada sekujur tubuh kaku yang dipenuhi darah akibat ditembak. Mereka tidak dapat mencerna apa yang berlaku di sini. Ada mayat, ada yang lemas, dan wanita menangis yang memegang budak pengsan. Apakah yang sebenarnya yang berlaku?

Dengan sekejap, kereta polis dan ambulans sampai di tempat kejadian itu. Siren polis kedengaran deras. Selena Rosellea dipapah.

.

.

.

" Maaf Puan Serena, kami tidak menjumpai keberadaan suami dan anak puan. Tapi kami akan teruskan pencarian lagi di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian," kata polis yang bertugas dalam pencarian Daniel Benjamin dan Esmeray yamg dihanyutkan arus deras di jeti dengan tenang kepada Serena Thalia. Wajah wanita itu mula berkerut ingin menangis. Tangan menutup wajah. Dia terduduk di bangku hospital. Dia mencerna kejadian yang berlaku setakat ini. Dipandang sekilas Selena yang telah sedar sedang bermain blok permainan yang ada di dalam wad kanak- kanak.

Yang mengejutkan lagi, Selena langsung tidak ingat kejadian yang berlaku hari ini. Menurut doktor yang merawat Selena Rosellea, ini berlaku kerana gadis kecil itu telah mengalami amnesia yang disebabkan oleh trauma kerana gadis itu telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mencetuskan trauma. Basically, otak gadis itu kosong tentang kejadian hari ini. Dia tidak ingat apa yang berlaku, tentang Daniel, tentang Esmeray. Kosong...

Jadi, Serena telah pun memikirkan untuk rahsiakan kejadian hari ini kepada Selena Rosellea. Tidak mahu gadis itu lebih trauma lagi dengan kejadian ini. Biarlah dirinya saja yang mengingat detik hitam dalam hidupnya itu. Ini bukan masa yang tepat untuk memberitahu nya lagi.

Flashbacks end