Serena Thalia mencapai penyapu untuk menyapu bilik utama yang merupakan bilik tidur Daniel Benjamin dan dirinya. Dia menyapu seluruh sudut bilik itu dengan teliti. Seluruh habuk habis licin disapunya.
Dilihatnya pula sebakul kain di tepi katil yang tidak terlipat. Serena Thalia mengeluh ringan sambil tangan mencapai bakul kain itu dan melipatnya dengan kemas lalu disusun di sampingnya. Usai siap melipat dan menyusun kain tersebut, Serena bangkit dari tempat nya dan bangun menuju almari kayu berwarna coklat. Dia membuka almari dan menyelak kain yang sudah tersedia itu. Namun, sesuatu telah menangkap pandangan iris hijaunya. Dia melihat satu fail hitam berisi banyak kertas dan menganggap itu milik sang suami. Namun begitu, fail tersebut telah menarik Serena untuk membuka isi fail tersebut.
" Apa benda ada dalam fail ni? Banyak nya kertas dalam ni, berat pula tu, " ujar Serena Thalia sambil membelek- belek fail yang sedikit berat itu.
Tangan runcing Serena membuka butang fail itu dan mengambil kertas yang ada di dalam.
" Gambar datuk bandar William Jones ? Buat apa dengan biodata semua ni? Pi,pistol?" Serena terkejut melihat kandungan dalam fail tersebut dan terjatuh dari genggaman tangan yang mengandungi beberapa keping gambar datuk bandar William Jones dan PISTOL ! Serena Thalia menjadi cemas saat melihat segenggam revolver di dalam fail hitam tersebut.
Adrenaline rush mendorong wanita itu untuk mencapai telefon yang ada di meja katil. Dia mendail nombor telefon si suami untuk meminta penjelasan dari lelaki itu. Gambar dan pistol itu sangat mencurigakan bagi nya. Satu kata, PELIK, CEMAS. Semua menjadi satu.
Tiada balasan dari Daniel Benjamin. Lelaki itu tidak dapat dihubungi.
Pprang!
Bunyi dentuman kaca pecah memenuhi setiap ruangan rumah itu. Serena bergegas keluar melihat dari mana arah bunyi itu datang. Dia mengintai di balik pintu bilik yang dibuka secara perlahan- lahan. Dia dapat melihat tiga orang lelaki berpakaian serba hitam menyelinap masuk melalui tingkap berasa di dalam rumahnya dengan masing- masing memegang pisau dan pistol di tangan. CEMAS. Wanita itu terkejut sambil menutup mulut dengan kedua- dua belah tangan.
" Esmeray, Selena!" Bisik Serena Thalia dengan nada perlahan. Serena berjalan perlahan mencari dua anaknya. Dia bergegas ke bilik kembar itu. Dua gadis kecil itu sedang tidur sambil memeluk anak patung.
" Ray, Ena! Bangun sayang! Kita kena pergi cepat!" Tegas Serena kepada anaknya. Dua gadis kecil itu bangun dengan mamai.
" Ha? Kenapa ibu?" Tanya Esmeray Velarea kepada samg ibu yang kelihatan panik dengan peluh dingin membasahi wajah sang ibu. Dua gadis kecil itu bergegas bangun dari katil mereka dan mengikuti Serena Thalia. Tangan dua gadis kecil itu digenggam erat seperti tidak ingin dilepaskan. Mereka hendak berjalan keluar dari bilik itu. Tiba- tiba -
" Woi! Diorang dekat sini!" Jerit seorang lelaki bertopeng ke arah mereka. Mereka berjaya menemukan mereka bertiga. Sekumpulan lelaki masuk ke dalam bilik tersebut dan merentap lengan lengan Selena. Tanpa basa- basi gadis kecil itu menangis serta- merta.
" Ibu! Huhu! Ibu!" Teriak Selena Rosellea memanggil Serena. Air mata bercucuran di wajah mungil itu. Esmeray Velarea cuba menarik tangan Selena namun dia juga ditarik oleh lelaki serba hitam itu.
" Lepaslah!" Jerit Esmeray Velarea dengan keras. Air mata mula keluar di tubir matanya. Dia panik.
" Ray! Ena! Bagi balik anak aku lah! Bagi balik!" Teriak Serena cuba menggapai anaknya.
" Kalau kau nak anak kau, kau ikut kitorang sekarang!" Pisau lipat diletakkan di leher Esmeray Velarea.
" Kalau tak, aku kelar anak kau sampai mampus!" Jarak pisau itu didekatkan lagi ke leher Esmeray hingga tergores kulit mulus itu. Esmeray mengerang tatkala benda tajam itu menggores kulitnya. Darah goresan mula menitik mengenai t shirt ungu pudar miliknya.
" ESMERAY! Tolong lah jangan apa- apakan anak aku, TOLONG LAH!" Teriak Serena Thalia. Dia cemas saat anak nya diperbuat sedemikian bahkan dia sendiri tidak pernak menyakiti anaknya.
" Aku ikut, aku ikut!" Sambung Serena Thalia cemas. Dia tidak sanggup melihat anaknya dilukakan sebegitu. Ambil saja nyawanya tapi bukan nyawa anak- anaknya. Dia rela diperlakukan bagaimana pun tetapi bukan anak- anaknya.
Bbuk!
Belakang leher Serena dihentak keras dengan benda tumpul seperti kayu besbol. Mata wanita itu menjadi gelap gelita lalu tumbang mencium lantai. Dia sempat melihat anak- anaknya menjerit memanggil namanya.
" IBU!!!" Teriak Esmeray Velarea dan Selena Rosellea serentak memanggil ibu mereka yang tidak sedarkan diri akibat dipukul. Masing- masing menangis namun mereka telah disuakan dengan kain yang mempunyai cecair aneh yang menyebabkan mereka juga turut pengsan ketika itu.
.
.
.
Daniel Benjamin berjalan di lorong sebuah bangunan terbengkalai. Bangunan itu usang tidak berpenghuni. Sunyi dan sepi. Hanya dirinya yang berjalan di situ. Namun, sejak keluar dari rumah, dia berasa tidak sedap hati. Tangan menyeluk poket jeans biru untuk mencapai telefon.
Daniel Benjamin dapati ada beberapa panggilan yang tidak dijawab olehnya. Ternyata telefon lelaki itu berada dalam mode senyap. Dia melihat pamggilan daripada sang isteri . Hatinya makin kurang senang. Dia mendail nombor telefon Serena Thalia beberapa kali namun tiada balasan diterima. Telefon disimpan balik ke dalam poket.
Akhirnya, dia sampai di hadapan bilik usang dengan pintu berwarna merah dengan satu papan tanda VIP. Dia menguak pintu dari luar.
Seorang lelaki lelaki berumur 50- an duduk bersilang kaki dihadapannya dengan empat orang lelaki berpakaian hitam di samping. Lelaki itu memegang revolver ditangan kanannya sambil tangan kiri memegang puntung rokok di sela jari.
" Ada apa kau panggil aku, Jack? Kan aku dah kata, aku tak nak buat kerja tu? Kau patut cari orang lain. Aku tak nak risiko kan keluarga aku. Aku tak nak diorang tahu kerja aku," kata Daniel Benjamin kepada lelaki 50- an bernama Jack itu.
Lelaki itu menyesap rokok di sela jari lalu menghembuskan asap perlahan- lahan. Dia seperti tidak mengendahkan Daniel Benjamin.
" Dah terlambat, Danny. Urm, kau patutnya terima tawaran aku. Duit aku nak bagi tu boleh sara hidup kau satu family, tapi kau tak nak pula. Lagipun aku rasa kebolehan kau untuk bunuh datuk bandar lagi hebat dari orang lain, you should give him a shot," sesekali lelaki itu menyesap rokok lagi. Revolver di tangan di letakkan di atas meja di samping
" Dah kau tak nak juga, terpaksalah aku guna cara kasar,"
Daniel Benjamin keliru. Kasar?
Jack memberi isyarat untuk membuka tirai di sebelah kanan nya kepada salah seorang pengawal nya.
" SURPRISED! Tengok siapa aku bawa ni?" Sambung Jack usai tirai habis dibuka.
Seorang wanita dan dua gadis kecil terpampang jelas di sana. Wajah mereka tidak asing di mata Daniel. Sah itu adalah isteri dan anak- anaknya. Diikat dan mulut ditutup dengan kain.
Daniel murka.
" Apa hal kau culik keluarga aku, hah?! Aku dah kata jangan usik diorang!" Teriak Daniel dengan keras. Satu tangan menggapai pistol di kawasan pinggang. Amarah dalam diri menjadikan dirinya gila. Sentuh keluarga tercintanya, nyawa mereka menjadi taruhan.
Jack mendekati Serena dan dua gadis kecil itu. Revolver dicapai dan muncung itu hinggap di kepala Serena Thalia yang lagi pengsan. Tindakkan itu akan melumpuhkah Daniel. Hal ini kerana, di dalam kumpulan gengster Red Hawk, Daniel Benjamin merupakan peninju handal. Pelbagai misi telah dilakukan lelaki itu. Namun, setelah lelaki itu mendirikan rumah tangga, dia tidak ingin lagi mengambil misi yang berat. Jadi, bagi Jack, dia rasa keluarga Daniel boleh diguna untuk mendorong lelaki itu kembali ke misi nya yang terakhir. Iaitu bunuh William Jones! Ya, tugas ini memang berat. Untuk membunuh William Jones bukan sesuatu yang mudah! Lelaki itu dikawal ketat, bahkan untuk mendekatinya perlukan pemeriksaan yang ketat, jadi Daniel adalah umpan yang tepat untuk tugas ini.
Sesuatu yang keras menyentuh kepalanya. Serena Thalia tersedar dari pengsan dek muncung revolver menyentuh sisi kepala. Dia terkejut. Badan diikat di kerusi kayu. Dia melihat Esmeray Velarea dan Selena Rosellea di sebelah dengan hujung mata. Dia tidak berani memalingkan wajah. Takut. Takut anaknya juga terkena. Serena melihat ke hadapan. Dilihat olehnya Daniel sedang memegang sepucuk pistol di tangan.
" Lepaskan isteri aku!" Pistol dihalakan ke arah Jack.
" Daniel!" Teriak Serena Thalia kepada sang suami. Dia takut sekali saat itu. Jantungnya tidak berhenti mengepam. Peluh memenuhi dahi. Wajahnya pucat.
Jack menggenggam dagu Serena. Dilihat wajah mulus Serena Thalia.
" Woah, cantik juga kau. Sayang juga kalau tak rasa kau ni," wajah tua Jack didekatkan ke wajah Serena.
Serena Thalia menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Sudahlah di hadapan sang suami.
Bbang!!!
Pelatuk pistol ditarik oleh Daniel Benjamin. Satu kujur tubuh gugur. Mesti lah itu lelaki berpakaian serba hitam itu.
Dengan tangkas, Daniel menerpa ke arah Jack dan mencapai revolver milik Jack lalu mencampak ke arah lain. Dengan tangkas, Daniel Benjamin berada di belakang Jack. Pistol ditangan dihalakan di kepala tua itu. Diheret lelaki tua itu jauh dari sang isteri dan anak- anak.
"Ja, jangan, Danny,! Ki,kita kan kawan baik, takkan lah kau sanggup bunuh aku, kan?" Kata Jack dengan gagap. Kematian melambai ke arahnya.
Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam, mula menyerang Daniel yang sedang memegang Jack itu. Seorang di arah belakang, dan dua orang di hadapan. Pergerakkan juga terkunci. Yang di belakang berlari mencapai leher Daniel. Leher lelaki itu dipaut kasar menyebabkan lelaki itu melonggarkan pegangan terhadap Jack. Mereka bergelut.