Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 21 - Sang Bulan

Chapter 21 - Sang Bulan

" Urgh, s, sakit, " Serena mengerang. Wajahnya bercucuran peluh dingin. Dia menggenggam keras tangan Daniel.

" Saya tahu awak kuat, Serena. You will be a mother soon," Daniel mengusap lembut wajah sang isteri yang sedang bertarung melahirkan anak- anak mereka. Malam itu menjadi malam terpanjang bagi Serena Thalia. Bulan mengambang penuh di langit seolah menunggu kelahiran anak mereka.

Labour room itu dipenuhi erangan Serena.

" Puan, sampai saja contraction seterusnya puan kena teran, saya dah nampak kepala dah ni," ujar doktor.

Muka Serena Thalia berkerut saat kontraksi nya datang semula. Dia mula meneran seperti yang diarahkan oleh doktor sebentar tadi. Dan-

Keluarlah seorang bayi yang kulit nya seputih bulan di langit dan rambut sehitam gerhana bulan. Bayi itu tidak menangis.

Serena dan Daniel memandang anak mereka dengan rasa syukur dan gembira tatkala anak pertama mereka lahir.

Kontraksi kedua berlaku menyebabkan wajah Serena Thalia mengerut kesakitan lalu dalam senafas dia meneran kembali sehingga lahirlah anak kedua mereka.

Wajah bayi itu sama dengan mata iris berwarna biru dan kulit seputih bulan namun rambut mereka sedikit berbeza, anak pertama mereka berambut hitam manakala anak kedua , rambut sedikit kecoklatan.

Daniel Benjamin mengucup lembut dahi sang isteri yang sudah bertarung nyawa demi melahirkan bayi kembar mereka.

.

.

.

" Anak ayah comel macam ibu," ujar Daniel Benjamin sambil menggengdong dua anak perempuannya.

Serena Thalia mengukir senyum melihat telatah Daniel Benjamin itu. Dia percaya yang Daniel akan jadi bapa yang baik kelak.

" Sayang, awak dah pilih nama ke untuk anak kita ni?" Tanya Daniel Benjamin kepada Serena Thalia.

" Dah,"

"Anak pertama kita, Esmeray sebab dia berkulit cerah macam bulan dan rambut sehitam gerhana bulan,"

" Velarea sebab dia anak yang berani masa dia lahir dia tak menangis pun, jadi... Esmeray Velarea... Saya tahu dia akan jadi kakak yang baik dan berani untuk adik dia nanti," ujar Serena sambil memandang anak pertama mereka, iaitu Esmeray Velarea.

Serena memandang anak kedua mereka pula.

" Anak kedua kita, Selena Rosellea. Dia mengingatkan saya tentang bulan dan bunga ros sebab kulit dia putih kemerahan,"

Daniel Benjamin memandang anak mereka sambil memberi senyuman hangat.

" Esmeray, Selena, pandai ibu pilih nama, kan?"

" Ayah harap Esmeray dan Selena jadi anak yang baik, berani, ya?" Bayi di gendongan lelaki itu ditatap dengan penuh kasih.

.

.

.

4 tahun setelah itu.

Suara tawa dua gadis kedengaran jelas. Dua susuk tidak asing sedang bermain dengan dua kembar yang sudah berganjak umur ke empat tahun. Dua kembar itu bermain blok permainan Barbie yang dibeli bapa mereka, Daniel Benjamin.

Serena berganjak bangun untuk ke dapur. Dia ingin menyediakan santapan petang untuk kunyah- kunyahan kepada anak- anak dan si suami yang leka bermain bersama. Tidak lama kemudian, minuman teh dan sepinggan red velvet cookies tersedia di atas meja di belakang mereka.

" Abang, Ray, Ena, jum makan. Ibu ada buat red velvet cookies ni. Jum!" Ajak Serena Thalia memanggil dua anak mereka dan si suami sambil tangan melambai mereka tanda untuk datang ke arahnya.

"Wah! Cookies!" Serentak suara si kembar yang teruja saat mendengar makanan snacks kegemaran mereka. Esmeray menarik lembut tangan Selena yang berada di sebelahnya saat bermain tadi. Mereka berlari- lari ke arah ibu mereka dengan teruja.

Dua kembar itu mengambil tempat di sebelah sang ibu.

"Nah, Yay, " Suara pelat Selena memanggil Esmeray dengan gelaran Ray itu. Selena mengambil cookies lalu diberikan kan kepada sang kakak tercinta. Selena dikenali dengan sifat lembut dan baik hati manakala Esmeray dikenali dengan sikap yang tegas namun penyayang terutamanya terhadap adik kembarnya, Selena. Sesuai umur, mereka telah diajar cara untuk bersikap baik dan sopan tidak kira dengan sesiapa pun orang tersebut.

" Trrrrt,trrrrt,trrrrt- " Telefon Daniel Benjamin berdering. Serena Thalia yang mendengar cuba untuk menggapai Telefon tersebut namun dengan cepat telefon itu sudah diambil si suami.

" Hello, boss," Daniel Benjamin bangun dan beralih dari situ untuk ke tempat yang lebih tenang dan sunyi. Dia tidak mahu urusan pekerjaannya dibawa di hadapan anak- anak dan isterinya.

Serena Thalia merasa pelik dengan sikap suaminya itu. Saat Daniel Benjamin mendapat panggilan daripada bosnya, dia akan menjawab panggilan tersebut jauh dari mereka. Namun begitu, Serena berfikiran positif dengan beranggapan bahawa suaminya tidak mahu pekerjaan nya itu diganggu. Bila difikirkan balik, Daniel Benjamin tidak pernah memberitahu pekerjaan nya yang sebenarnya dia lakukan. Bila ditanya, lelaki itu sering berdalih dan mengatakan bahawa pekerjaannya hanya lah sesuatu yang biasa. Namun itu, tidak menimbulkan kerisauan di hati Serena.

Daniel menamatkan panggilan daripada sang bos. Muka lelaki itu menunjukkan rasa yang kurang senang.

Serena Thalia yang memandangkan ke arah sang suami itu merasa susah hati melihat suami tercintanya sebegitu.

" Kenapa, bang? " Tanya Serena Thalia cuba untuk menenangkan si suami sambil tangan mulus itu cuba menuangkan teh ke dalam cawan di hadapan lelaki itu.

" Tak ada apa, cuma ada masalah sikit kat tempat kerja, ada benda nak nak kena disettlekan esok kat tempat kerja," balas Daniel Benjamin sambil menyesap teh yang dihulurkan sang isteri.

" Esok, awak dan anak- anak tak payah keluar rumah. Duduk je dalam rumah. Kalau ada apa- apa call saya. Kunci pintu elok- elok. Kalau ada yang ketuk pintu tak payah buka, duduk senyap je." Arah Daniel Benjamin kepada Serena Thalia. Sang isteri mengangguk faham.

" Moons of my life...Esmeray, Selena, esok duduk rumah elok- elok tau, jangan nakal... Kalau ada orang tak kenal ketuk pintu jangan buka," arah Daniel Benjamin kepada anak- anak perempuan yang berumur 4 tahun itu sambil tangan mengelus kepala dua gadis kecil itu. Dua gadis itu mengangguk bersungguh- sungguh tanda faham dengan arahan sang bapa.

" Oteyy!" Jawab gadis- gadis itu dengan serentak. Suara mungil dan pelat itu kelihatan menggemaskan sehinggakan pasangan suami isteri itu ketawa kecil melihat telatah anak kembar mereka.

.

.

.

Daniel memakai baju t shirt putih dengan jaket windbreaker berseluar jeans biru gelap. Dia berjalan ke luar dari rumah lalu memakai kasut yang ada di hadapan pintu rumah.

Esmeray dan Selena berlari kecil dengan tangan memegang anak patung masing- masing ke arah sang bapa mereka dan diikuti sang ibu di belakang.

" Ayah balik pukul beyapa hayi ni? " Tanya Esmeray dengan pelat nya.

" Ayah tak pasti lah, Ray. Tapi ayah janji akan balik awal hari ni tau!" Ujar Daniel sambil menunduk memandang anak mereka kerana jarak ketinggian yang berbeza mereka lalu mengelus kepala sang anak dengan lembut.

" Ayah," Selena menarik hujung jaket sang ayah minta untuk didukung.

Daniel Benjamin mangangkat Selena.

" Selena nak apa? Nanti ayah belikan nanti ayah balik,"

"Hmm... Nak... Bayebie (Barbie) boyeh ayah? Nak yang meyemaid (mermaid)." Selena memberitahu permintaannya itu kepada ayahnya itu.

" Mesti lah boleh untuk anak ayah, nanti ayah belikan dua, untuk Esmeray satu, untuk Selena satu, ye?" Balas Daniel Benjamin setelah itu mencuit hidung Selena dengan lembut.

" Ibu, ingat pesan ayah tau, jangan keluar rumah hari ni," arah Daniel Benjamin kepada Serena Thalia.

" Oka-," belum sempat Serena Thalia membalas, bibirnya dipagut lembut oleh Daniel Benjamin.

Wajah Serena merah padam dibuatnya.

Dua anak kecil melihat tingkah pasangan itu lalu menutup mata mereka dengan tangan kecil mereka .

"Ba, baik, hati- hati, bang." Tergagap- gagap Serena dibuat Daniel dengan aksi mencium bibirnya. Sudahlah di hadapan anak mereka. Dasar sungguh sang suaminya ini.

" Eyeyeyeye, ibu malu , Ena, tengok tu," kata Esmeray kepada adiknya sambil tangan menepuk bahu sang adik yang masih menutup mata saat adegan berciuman tadi. Sudahlah sang adik jenis yang pemali orangnya.