Hari-hari berlalu dengan baik dan manis. Seperti biasanya, Serena Thalia akan menghabiskan waktu di kedai bunga yang dia berkerja paruh waktu. Gadis itu menyiram pohon bunga ros yang berjujukan di samping meja kauter.
Pintu terbuka menonjolkan seorang lelaki dengan tubuh yang tinggi lampai.
Serena Thalia tidak menyedari kehadiran lelaki itu.
" Wangi! kan romantik kalau ada orang bagi bunga ni dekat aku," ujar Serena Thalia sambil menyelit rambut yang menghalangi wajah dirinya. Namun rambut itu degil dan lalu kembali menghalangi wajah cantik itu lagi. Dan Serena Thalia yang kesal itu meyelitkan lagi rambutnya ke belakang telinga lagi. Rambut itu tetap juga menghalangi muka si pelaku.
Serena Thalia yang kesal mengambil ikat rambut lalu mengikat rambutnya itu.
" Tak payah ikat, dah cantik macam tu," kata lelaki itu kepada Serena Thalia.
Aksi Serena Thalia terbantut di situ lalu menoleh gerangan suara yang bercakap dengannya. LELAKI itu. Lelaki yang membantunya menaiki bas tempoh hari.
"Huh?" Serena Thalia memandang mata coklat lelaki itu.
"Rambut tu, dah terletak cantik dah macam tu, tak perlu pun ikat," balas lelaki itu.
"Ya?" Serena Thalia menghadap lelaki itu.
"Eh, bukan ke awak yang dalam bas hari tu, kan?" Tanya Serena Thalia sambil jari menudingkan jarinya ke arah lelaki itu sambil tersenyum.
" Ehe, ya, saya lah tu," balas lelaki timggi lampai itu sambil tersenyum memegang leher.
" Saya Daniel Benjamin, nice to meet you," Lelaki yang bernama Daniel Benjamin itu menghulurkan salam perkenalan kepada Serena Thalia. Serena tanpa basa- basi menyambut perkenalan mereka dengan sebaria senyum.
" Serena Thalia Parker, nice to meet you too, again," balas Serena Thalia dengan seloroh di akhir kata. Inikan kali kedua mereka bertemu setelah masing-masing berpisah dalam bas tempoh hari.
" Jadi, awak nak beli bunga ke? Jenis yang macam mana awak nak?" Tanya Serena Thalia lalu menarik kembali tangan.
" What you have? The famous one?" Tanya Daniel Benjamin sambil mata melilau melihat kedai bunga kecil itu.
" Ada bunga ros? Tulips, marigold, baby- breath, dahlia?" Balas Serena Thalia sambil jari menuding ke arah bunga-bunga yang di sebut olehnya.
Daniel Benjamin memandang Serena Thalia yang sedang sibuk berceloteh tentang bunga.
"Can I have this flower instead?" Daniel Benjamin memandang Serena Thalia dengan dalam.
Serena Thalia yang tadi banyak berceloteh berhenti seketika. Lelaki tinggi itu memandang ke dalam dirinya dengan dalam. Satu perasaan aneh timbul dalam hatinya. Perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata dan perbuatan.
"Huh?" Daniel Benjamin mendekati Serena Thalia sehingga tiada lagi jarak antara mereka. Mata Daniel Benjamin menatap Serena Thalia yang dekat dengannya.
" Saya tahu kita baru saja jumpa, tapi boleh ke saya nak kenal awak dengan lebih dalam lagi? Saya okay je, kalau awak tak nak," Daniel Benjamin berbicara kepada Serena Thalia. Hati lelakinya itu berdebar menunggu jawapan si gadis itu. Hal ini kerana ini kali pertama dia cuba mendekati seorang perempuan.
Serena Thalia mengangguk.
"Kita kenal dulu," ujar Serena Thalia wajah nya mula memerah.
.
.
.
Setalah hati tu, Daniel Benjamin sering menemani Serena Thalia ke mana sahaja gadis itu pergi dengan menaiki bas.
Dua sejoli itu berhenti di kedai aiskrim yang agak terkenal di kawasan itu. Serena Thalia membeli dua aiskrim yang satunya coklat dan satu lagi ialah strawberi kegemaran Daniel lalu diberikan kepada Daniel Benjamin.
Daniel Benjamin sibuk dengan handphone di tangannya.
" Danny, jom pergi food fest dekat bandar?" Ajak Serena Thalia kepada Daniel Benjamin yang sedang sibuk itu.
" Alright, bila awak free? Kalau esok?" Daniel Benjamin memberi cadangan tarikh untuk dating time mereka.
" Okay, esok. Saya free esok. Kita jumpa dekat sini esok," kata Serena Thalia sampil memakan aiskrim berperisa coklat di tangan kanannya. Sisa coklat di bibir dilihat Daniel Benjamin. Serena Thalia terus menikmati makanan itu lalu menoleh memandang Daniel.
"Dani-"
"Chu-" Daniel memagut bibir seksi Serena Thalia setelah wanita itu menoleh. Serena Thalia terkaku saat itu.
"Sweet," kata Daniel Benjamin sambil mengelap bibirnya yang juga mempunyai kesan coklat itu.
Serena Thalia terkejut bahkan wajah mulus itu menunjukkan rona merah semerahnya.
" Awak ni kan, gatal! Ramai oranglah dekat sini. Kalau orang tengok macam mana? Malu lah, ish!" Ujar Serena lalu mencubit lembit siku si Daniel Benjamin itu.
" Aduh! Biarlah diorang tengok, awakkan milik saya seorang jer," balas Daniel dengan nakal lalu mengusap kepala Serena. Wajah Serena kembali merona merah.
.
.
.
Serena Thalia mengenakan jeans berwarna denim dan baju kemeja putih di badannya. Rambutnya diikat rapi. Dia menunggu di depan kedai aiskrim seperti yang dijanjikan kelmarin.
" Lia!!!" Serena Thalia menoleh ke arah suara yang memanggil dirinya. Itu adalah milik Daniel Benjamin yang memakai jaket kulit coklat dengan baju- T putih dan seluar jeans yang sedang melambai ke arahnya.
Pada saat yang sama, bas sampai dan mereka naik bersama bas tersebut untuk ke food fest. Bas tersebut telah penuh kerana mereka semua ingin ke destinasi yang sama, iaitu food fest. Kerusi di dalam bas itu telah penuh . Jadi, mereka terpaksa berdiri sehingga sampai ke sana.
Bas mula bergerak.
Tiba-tiba bas brek dengan mengejut. Hal ini kerena ada kereta yang memotong jalan mereka.Serena hampir terjatuh, alangkah baiknya pinggang ramping Serena dirangkul oleh Daniel untuk mengelakkan wanita itu jatuh. Mereka berpandangan.
Semua orang dalam bas tersebut kesal dengan keadaan berbahaya itu. Semua orang hampir sahaja tersadung akibat brek mengejut itu.
Setelah itu bas bergerak kembali.
.
.
.
Daniel Benjamin memegang kotak berwarna merah. Di dalamnya terdapat sebentuk cincin permata. Dia berniat untuk melamar Serena Thalia hari ini di food fest. Dia menutup kotak merah itu dan letakkanya dalam saku jaket kulit coklat itu.
.
.
.
Bas sampai ke destinasi, iaitu food fest. Semua orang turun dari bas dan berlalu pergi
Daniel menghulurkan tangan kepada Serena. Mereka berpegangan tangan bersama dan berjalan bersama di setiap booth di food fest.
"Danny, kita pergi sana?" Serena Thalia menudingkan jari ke arah ayunan bulat yang besar di sana.
Serena menarik lengan Daniel ke sana.
Daniel Benjamin membayar untuk memperoleh token untuk naik bendalah itu.
Mereka berdua naik bersama. Ayunan itu pun berpusing.
" Best nya! AHAHAHAHAH," Serena Thalia teruja kerana dapat naik. Sekarang mereka berada di puncak.
Daniel Benjamin tersenyum melihat telatah Serena Thalia yang seperti kanak-kanak itu.
Setelah tiga pusingan itu, mereka berdua turun dari bendalah itu dan bergerak ke booth gambar.
Daniel Benjamin menyeluk ke dalam saku baju jaket kulitnya dan mencapai kotak merah tadi. Di sini, di booth gambar ini, dia akan melamar Serena Thalia. Serena Thalia menarik lengan si Daniel Benjamin masuk ke dalam booth gambar itu.
Serena bersedia untuk melakukan beberapa pose bersama Daniel.
" Buat macam ni," Serena mengajar Daniel untuk membuat pose 'love' bersama.
Daniel Benjamin tanpa basa-basi mengeluarkan kotak cincin berwarna merah dihalakan kepada Serena Thalia.
Serena Thalia terkejut dengan perlakuan Daniel Benjamin yang tiba-tiba menghulurkan cincin kepadanya.
" Will you marry me, Serena Thalia Parker?" Tanya Daniel Benjamin sambil mengambil cincin dari kotak merah itu.
Serena Thalia yang terkejut menutup mulut kerana terkejut. Dia mengangguk tanda SETUJU dengan lamaran itu.
Serena memeluk Daniel. Dia sangat gembira.
Booth gambar yang secara automatik itu menangkap momen itu.
.
.
.
Vote and comments are free~