" Maafkan aku Aswad.." Seorang perempuan sedang berdiri dihadapan aku, tudungnya ditiup oleh angin yang kuat, air matanya mengalir perlahan, aku cuba mendekatinya tetapi makin aku dekat, makin jauh juga perempuan itu daripada capaian aku..
" Aku..takkan dapat sayang kau..macam mana kau sayang aku.." Dia jauh..daripada aku.
Nama dia..sial, apa nama dia..ingat nama dia! Nama kau..
" Sabar..sabar.." Keluh aku, tangan tiba-tiba terasa sakit, apa ni? Sakitnya..sakit..
Terdapat sekuntum bunga ros ditangan aku, darah mengalir perlahan kerana aku mengenggam dan terkena duri-duri bunga itu..
" Hah!" Aku terjaga, mata aku terbeliak, aku…aku rasa aku baru sahaja melalui satu mimpi yang buruk. Sakitnya kepala…aku menoleh membuka telefon aku, masih 4 pagi dan aku dah terjaga sebab mimpi ngeri…biar betul..
Aku tidur jelah balik…
***
" Oh, assalammualaikum, Aswad…" Tegur Zakir, dia sedang berjalan sambil memakai sweaternya, aku mendekatinya dan berjalan bersama dengannya.
" Waalaikummusalam.." Balas aku.
" Minggu periksa, hah….Aku tak study sangat semalam tapi hari ni Bahasa Melayu…so tak payah risau sangatlah.." Kata Zakir, aku melihat sekeliling, banyak pelajar yang sedang berjalan dengan rakan-rakan mereka, ada juga yang sendirian, ada yang sedang berjalan sambil membaca buku, ada yang bersembang bodoh…
Suasana pagi sekolah, hah..
" Sengaja tanya…kau dengan Mairah tu..okay ke?" Tanya Zakir.
"Haih….kami okay, jangan risaulah.." Keluh aku, Zakir mengalihkan pandangannya.
" Nampaknya..kau memang bertahan lamalah dengan dia..Kau rasa kau buat dia jatuh cinta ke?" Soal Zakir lagi.
" Itu..aku tak pasti, tapi dua kemenjak ni..dia banyak kali datang kearah aku sendiri." Kata aku, terasa seperti ada sesuatu pasal Humairah berubah..mungkin sebab pergaduhan dia dengan kawan-kawan dia haritu..
Ataupun…
" Jangan risaukannya..aku dah kena reject dengan Mairah..Aku takkan kacau hubungan korang.."
" A..iman.M..Maafkan..aku.."
Aiman..kau, aku harap kau pegang kata-kata kau..dan tak kacau hubungan aku dan Mairah, aku takkan benarkan kau kalahkan aku..
***
Minggu periksa sekolah aku sudah bermula, kertas pertama yang harus kami jawab untuk hari pertama ialah dua kertas Bahasa Melayu, pemahaman dan penulisan dan waktu kedua pula ada Sejarah.
" Dah study korang?" Tanya Amir.
" Sudah..tapi aku masih tak yakin.." Balas aku.
" Sejarah banyak soalan susah..baik kau study jugak sekarang.." Pesan Syakir, wajahnya melekat dihadapan buku rujukan Sejarahnya.
Hubungan kami bertiga tidak berubah sangat tapi aku dapat rasa yang Syakir terasa sedikit janggal dan jauh daripada aku, dia tak banyak bersembang dan melawak dengan aku seperti biasa..
Aku melihat sekeliling, kelihatan Nur sedang mengulang kaji bersama beberapa kawan perempuannya yang lain, mereka tergelak-gelak bersama, Humairah pula sendirian sahaja sambil membaca buku teks Sejarah.
Pada akhirnya..kami tak dapat baiki apapun..malah mungkin, kami hanya merosakkan sahaja lagi hubungan kami…
Takde cara lain lagi ke?
" Baiklah..semua pelajar sudah boleh mula menjawab..semoga berjaya semua, mula dengan bismillah ya." Arah pengawas peperiksaan, aku membuka kertas peperiksaan dengan terus menulis nama aku..
Kertas pertama, Bahasa Melayu pemahaman..mungkin tak susah mana pun..takkanlah gagal dalam peperiksaan pasal bahasa sendiri, kan? Teruk sangat tu…
***
Loceng berbunyi dengan kuatnya, kami baru sahaja selesai menjawab kedua-dua kertas peperiksaan BM kami, agak susah daripada jangkaan kami…tapi aku rasa aku takde masalah dengan mana-mana jawapan aku tadi…
" Korang..jom pergi kantin." Ajak Amir.
" Boleh jugak..jom." Balas aku sambil berdiri.
" Aku tak ikut…nak study untuk Sejarah.." Kata pula Syakir, dia langsung tidak memandang kami.
" Alaaah, lepaklah, kau pandai..Cepatlah, jom!" Amir mengajak Syakir lagi, tiba-tiba Syakir menjeling kami.
" Amir..kau tak perlu bermain pendamai untuk kami…" Balas Syakir, dia mengalihkan pandangannya, Amir terdiam.
" Maafkan aku…" Keluh Syakir. Aku memerhati sahaja mereka, apa..tadi tu?
" Aiman..marilah.." Amir tersenyum kearah aku, dia mula melangkah pergi, aku mengikutinya daripada belakang, senyuman Amir tadi, terasa kosong sangat…
***
" Syakir…apa jadi tadi? Kau nampak marah.." Tegur Nur, Syakir menutup bukunya dan menoleh kearah Nur.
" Takde apa jadi, bukan hal kau, Nur.." Balas Syakir, Nur tersenyum pahit.
" Aku…bersyukur kau marah untuk aku..haritu tapi..janganlah..lepaskan marah kau pada orang lain.." Pesan Nur.
" Aku tak lepas-" Ayat Syakir terhenti, matanya terbeliak, wajah Nur kelihatan sangat sedih, Syakir segera menumbuk lututnya.
" Nur…jangan pandang aku macam tu.." Keluh Syakir.
" Maaflah..aku pergi makan dulu ya.." Nur bergegas pergi daripada Syakir.
Syakir hanya melihat sahaja Nur pergi, dia mengenggam tangannya erat, Syakir berdiri dengan perlahan, dia memandang kearah Mairah yang sedang membaca bukunya sendirian, Syakir mula mendekatinya.
" Mairah..kau ikut aku sekarang.." Arah Syakir.
" Apa kau nak?" Soal Mairah.
" Kalau tak nak sakit..ikut sekarang." Syakir kedengaran geram, Mairah menoleh kearahnya dengan pandangan takut.
***
" Kau..suka ke situasi kita sekarang?" Tanya Syakir, Mairah diam sahaja sambil memegang tangannya, dia langsung tidak memandang Syakir.
" Janganlah diam, Mairah!" Syakir menaikkan suaranya.
" Aku tak!" Balas Mairah, dia teringat-ingat, wajah Syakir yang bengang dan menarik tudung serta bajunya hari itu.
" Kau tahu..aku hampir kena gantung sekolah..pasal kes haritu tapi..Nur, dia pertahankan aku.." Keluh Syakir, dia mengetap giginya, Mairah cuba memandang wajah Syakir.
" Aku..tak boleh buat apa-apa pun untuk dia..aku tak dapat tunaikan apa dia nak..Aku biarkan dia menangis..Tapi kau..kau buat dia macam tu tanpa rasa apapun! Aku takkan terimanya!" Marah Syakir, Mairah kembali tertunduk.
" Kau..daripada pertama kali aku kenal kau, kau dah buat aku menyampah..aku tahu semua cerita kau, aku tak pernah suka kau..Nur yang nak kawan dengan kau sebab dia percaya diri baik kau..tapi kau khianati dia..." Terang Syakir lagi.
" A..Aku rasa bersalah jugak! Kau tak tahu apa-apa.." Balas Mairah, Syakir berjalan kehadapan mendekati Mairah.
" Rasa bersalah? Kau merepek apa sekarang ni? Kalau kau rasa bersalah..apa gunanya kau cakap dengan Nur macam tu haritu!" Syakir menolak Mairah dengan kuat, dia terjatuh kelantai, Mairah terus menjauhkan dirinya.
" Mairah…kau kuman, kau tahu.." Kata Syakir. Mairah tak mampu melawan balik, dia merasakan rasa takut yang tidak pernah dia rasai sebelum ini..
" K..Kenapa..aku takut sangat..nak tengok muka Syakir.." Monolog Mairah.
" Baiki balik semua ni, tolonglah, jangan sakiti kawan-kawan aku.." Pinta Syakir, Mairah terkejut, dia menoleh kearah Syakir.
***
Kenapa..kau nampak sedih sangat macam tu..padahal baru sahaja tadi, kau nampak menakutkan sangat..
Aku tak fahamnya..kenapa diorang..sayang sangat dengan sesama sendiri. Diorang sanggup buat apa-apa demi orang yang mereka kisah, diorang boleh marah untuk seseorang yang mereka sayang. Mereka cuba maafkan seseorang walaupun mereka tak salah..
Kenapa mereka sanggup terima kebenaran yang pahit daripada penipuan..Aku tak pernah rasa, ketinggalan macam ni..
Aku seorang sahaja ke, yang masih macam ni?
Orang lain, mereka terasa jauh sangat daripada aku..
" Baiklah semua..hari ni korang dah jawab semua kertas, balik rumah sambung study ya..esok banyak kertas susah.." Pesan pengawas peperiksaan kami, dia hanyalah guru kelas kami sahaja, aku sudah menyimpan semua barang-barang sekolah dan buku aku.
Kelihatan Aiman, Amir dan Syakir masih berjalan bersama, nampaknya lelaki tak bergaduh lama, hah..Nur pula berjalan dengan pengawas-pengawas Pusat Sumber lain yang bertugas dengannya..aku sahaja yang berjalan sendirian.
Orang yang tahu siapa aku sebenarnya..mereka jauhkan diri daripada aku..Budak-budak sekelas dengan aku pun, kebanyakkan mereka kawan dengan Nur maka bila aku tak kawan dengan Nur, mereka pun tak dekat dengan aku.
Aku ni sebenarnya agak bersendirian juga…
Aku takde kawan pun sebenarnya…Aku takde seseorang yang kisahkan aku macam Syakir kisah pada Nur, dulu aku ada seseorang yang suka sangat dengan aku, tapi aku sakitkan dia..
Aku ada boyfriend dan kawan luar serta online tapi aku tak dapat rasa perasaan yang sama sebegitu..semuanya palsu..Aku ingat aku akan okay tapi tak..aku tak okay langsung..
***
You : Sorry, Aswad..aku takde mood hari ni..esoklah kita sembang dengan call, sorry, bye.
Aku memandang sahaja skrin telefon aku, terpapar mesej yang aku berikan kepada Aswad selepas dia mengajak aku call tadi, aku mula ragu-ragu, Aswad, apa niat dia sebenarnya bila couple dengan aku?
Sebab aku comel sahaja ke? Sebab dia memang suka dengan aku ke? Aswad, dia tahu perangai aku yang sebenar, tapi dia masih kekal dengan aku, dia seseorang yang sepatutnya tak sesuai dengan aku walaupun begitu kami masih bersama lagi..
Aku macam susah nak percaya sebenarnya..
Aswad..kau..apa perasaan sebenar kau pada aku?
Macam Aiman ke? Seseorang yang tetap suka aku walaupun tahu perangai buruk aku.
Ataupun kau ada niat lain juga? Aku takut bila aku fikirkannya..aku mula takut sebab..aku tersedar semua hubungan aku selama ni palsu dan..dengan tangan aku sendiri, aku rosakkan hubungan baik aku dengan rakan-rakan sekolah aku..
" Aku ni teruk.." Pertama kali dalam hidup aku..aku hina diri aku sendiri…
" Mairah…kau kuman, kau tahu.." Kenapa aku rasa sakit sangat bila teringat semua benda yang Syakir cakap, selama ni aku bukan tak kisah ke?
Ini ke..rasa sendirian yang sebenarnya?
***
" Jadi…dia tak nak call kau sekarang kau call aku pulaklah.." Keluh Zakir, kepala aku berkerut.
" Kalau kau tak nak aku call kau..aku end sekarang.." Balas aku.
" Lepaklah kau ni…" Kata Zakir, aku mengangkat wajah aku dengan perlahan dan menoleh kearah telefon aku, aku sebenarnya nak Mairah tolong aku pasal jawapan BI ni tapi dia tak nak call pula, terpaksalah call Zakir ni…
" Aku..nak kau tolong aku satu soalan BI ni..boleh?" Tanya aku.
" Kau..sebenarnya nak orang tolong kau jawab je betul tak?" Balas Zakir.
" Oh diamlah..cepat tolong, aku send gambar dekat kau.." Aku menangkap gambar soalan yang ingin aku jawab itu.Zakir ada membantu aku sedikit dan akhirnya aku dapat menjawab soalan itu.
" Aswad..sengaja tanya..macam mana sebenarnya hubungan kau dengan Mairah?" Soal Zakir, pen aku terus berhenti.
" Kami okay je..haih..tapi rasanya Mairah..ada sesuatu pasal dia berubah.." Balas aku.
" Berubah? Mairah berubah?" Dia kedengaran betul-betul terkejut, menyampah pula..
" Iya..dia macam lebih..banyak mengalah.." Keluh aku.
" Mungkin..dia betul-betul mula jatuh cinta dengan kau, Aswad.." Kata Zakir, kenapa kau yang lebih teruja daripada aku?
" Aku tak tahu..tapi dia ada cerita yang dia bergaduh dengan rakan sekolahnya..sampai fizikal juga..lelaki pulak tu yang tarik baju dia.." Setiap kali aku teringat wajah Mairah menceritakan aku pasal kejadian itu, aku terasa geram sangat.
" Teruk betul tu..Kejadian tu mungkin ganggu sikit ego dia, mungkin.." Balas Zakir.
" Boleh jadi…tapi sebagai boyfriend dia..aku tak nak biarkan dia sebegitu je..lagi elok kalau dia ceria walaupun ego sikit.." Rasa cringy pula kalau aku phrasenya sebegitu..
" Oh-ho..begitu.." Perli Zakir. Aku tak mampu melawan lagi dan diam sahaja..
Dalam keadaan Mairah sekarang, aku tak nak kalahkan dia dalam keadaan sebegitu, aku tak rasa adil, dia tengah ada masalah yang banyak…aku terasa, sebagai boyfriend dia..aku tetap kena cari jalan untuk tolong dia..
" Sudahlah Zakir..aku ada call lain aku kena buat sekarang.." Aku membuka mata aku dan mengambil nafas yang panjang.
***
" K..Kenapa kau call? Kan aku cakap..aku takde mood.." Keluh Mairah, dia mengenggam telefonnya erat,Aswad menyandarkan badannya dikerusinya.
" Aku..terasa macam kau perlukan aku..Ada apa-apa terjadi disekolah tadi ke?" Tanya Aswad.
" Bukan hal kau.." Kata Mairah.
" Mairah, ianya hal aku..beritahu aku, apa jadi?" Pinta Aswad.
" Sudahlah..jangan masuk campur..kau just boyfriend aku je!" Balas Mairah. Aswad tertunduk.
" Sebabkan aku boyfriend kaulah, aku ambik kisah. Mairah, kau comel tapi punya ego yang besar jadi..walaupun kau sedang dalam kesakitan..kau acah kuat..aku tahu tu, sebab tulah, aku nak tolong kau, masalah kau..bukannya masalah yang kau boleh selesaikan sendiri." Terang Aswad, dia kedengaran serius, Mairah menggigit kukunya.
" A..Aku tak lemah." Suara Mairah kedengaran perlahan.
" Lemah?" Aswad keliru.
" Semua orang..diorang berubah sendiri..tanpa orang lain..Aku je..aku je yang tak berubah..Aku nak usaha sendiri.." Kata Mairah, dia menutup matanya.
" Tak boleh Mairah…kau tak boleh ubah diri kau sendiri, kau perlukan seseorang…" Balas Aswad, Mairah mengelap matanya.
" Kalau kau fikir, kau boleh ubah diri sendiri..kau hanya akan berpusing sahaja tanpa jumpa jawapan yang betul..orang sekeliling kau yang berubah tu, mereka semua berubah..sebab orang lain..kau perlukan seseorang untuk berubah. Kau perlukan seseorang..yang nampak kelemahan kau..supaya mereka boleh point out kelemahan tu.." Tambah Aswad lagi, Mairah memegang kepalanya.
" Jadi..kalau macam tu..
Tolonglah aku..Aswad..Tolong ubah aku.." Pinta Mairah, Aswad terdiam seketika, dia tersenyum.
" Ah..itulah sebab aku call kau sebenarnya.." Kata Aswad.
" Esok..periksa kau tahu..tak boleh lama-lama call." Balas Mairah.
" Lepaklah..baru pukul 9 malam.." Keluh Aswad, dia membetulkan posisi duduknya, Mairah mengambil bantal dan memeluknya. Mereka berdua memegang telefon mereka dengan erat.
***
" Aswad…aku ni..teruk sangat ke?" Soal Mairah, dia melihat kearah cermin, kelihatan bunga ros yang mati dan berduri terpapar dicermin itu, kelihatan darah mengalir perlahan daripada duri-duri itu.
" Mairah..kau terlalu ego sangat..sebab itulah kau tak tahu..apa itu hubungan dengan seseorang sebenarnya..Sebab tu kau keliru..kenapa seseorang sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan demi seseorang yang mereka kisah.." Balas Aswad, dia melihat sahaja bunga ros yang berduri dan buruk itu, dia memakai sarung tangan dan mengambil bunga itu.
" Aku..tak tahu..apa patut aku buat sebenarnya?" Keluh Mairah, dia berada diatas sebuah katil yang putih sambil memeluk lututnya dan menutup wajahnya.
" Kau..kena cermin diri kau..Lihat keburukkan kau..dan mula fikir, bagaimana nak ubah keburukkan kau.." Aswad mengambil gunting dan mula menggunting duri-duri yang berada dibunga ros yang diambilnya tadi.
" Aku..tahu keburukkan aku..tapi aku tak tahu..macam mana nak ubahnya..aku takut nak berubah sebenarnya..orang terima ke aku walaupun aku dah berubah.." Mairah menoleh kearah cermin lagi, bunga ros tadi sudah tidak berduri namun kelompoknya masih buruk.
" Kita tak boleh ubah masa..sejarah buruk kau masih akan orang ingati tapi..bagi aku apa yang penting ialah diri kau sekarang.." Aswad meletakkan bunga yang tadi dia ambil dan meletakkanya dipasu yang kecil, dia menyiram bunga ros itu.
" Aku..nak mula..jadi seseorang yang lebih bagus..Aku nak elok balik dengan kawan-kawan yang aku sakiti..Aku dah penat dengan diri aku sekarang..aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang berubah menjadi seseorang yang lebih bagus daripada aku.." Air mata mengalir perlahan daripada mata Mairah, kelompok bunga ros yang terpapar dicermin itu mula jatuh dan keluarnya kelompok yang baru, yang lebih cantik.
" Berubah..bukannya satu proses yang cepat..ianya satu proses yang sangat lambat, Mairah..kau takkan tahu, mungkin ada juga yang tak terima kau..dan masih menghina kau tapi takpe, percayalah..kalau kau nak jadi orang yang baik, orang yang baik akan berada dibelakang kau.." Aswad tersenyum melihat bunga yang tadi disiramnya makin cantik semula, terdapat juga bunga-bunga yang lain yang menahan bunga itu dan mengekalkannya tegak dengan megah.
" Aswad..kenapa..kau nak tolong aku berubah sangat?" Tanya Mairah lagi, mereka berdua memandang sesama sendiri..Aswad memegang bunga ros yang cantik, dia menghulurkannya kearah Mairah.
" Sebab aku sayangkan kaulah, bodoh.." Balas Aswad sambil tersenyum.
***
" S..Sayang?" Wajah Mairah berubah merah, Aswad tergelak kecil.
" Eh? Takkanlah kau malu? Selama ni tak pun.." Kata Aswad dalam nada memerli, Mairah menutup wajahnya dengan bantal.
" J..Janganlah cakap benda-benda cringy macam tu.." Keluh Mairah.
" Sorry-sorry.." Balas Aswad.
" Aswad..kau tahu, hubungan kita couple je..kau tahu. Kita tak mungkin kekal.." Kata Mairah, dia tertunduk, wajahnya kelihatan sedih.
" Mari kekal Mairah..walaupun apa-apa yang orang lain cakap..mari kekal bersama." AswAD kedengaran bersemangat, wajah Mairah kembali merah.
" A..Aku serius, sayang kau..sebab tulah..aku nak kau berubah jugak jadi orang baik..dan marah sangat..bila orang sentuh kau..Aku..nak kau pun jatuh cinta dengan aku!" Terang Aswad, mata Mairah terbuka luas. Mereka berdua terdiam lama.
***
" Sebab aku sayangkan kaulah, bodoh.."
Aku terbaring sambil menutupkan wajah aku dengan selimut dan menyepak-nyepak kaki aku keudara beberapa kali, itu ialah confession pertama yang buatkan jantung aku berdegup kencang..
Masa Aswad confessed perasaan dia masa ingin couple dengan aku..hanyalah..'Mairah, aku suka kau, mari try couple?'..sama sahaja seperti confession aku pernah dapat selama ni tapi kali ini berbeza, kali ini..aku terasa seperti..aku tak tahu macam mana nak terangkannya..
Aku rasa..aku memang jatuh cinta dengan Aswad, aku tersenyum sendiri, sudah lama aku tak rasa macam ni..Aku gembira bila dia cakap dia akan bantu aku berubah..dan dia selalu ada disisi dan sayang aku..adakah ini..rasanya bila kau mula jatuh cinta..rasa gembira ini..
Aku bersyukur..yang aku tak berseorangan lagi…
PAGE.8 TAMAT