Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 10 - PAGE.9 : Terima kasih

Chapter 10 - PAGE.9 : Terima kasih

" Tahniah semua, tadi tu ialah kertas terakhir peperiksaan pertengahan kamu semua..Semoga kamu semua maju jaya ya.." Kata Cikgu Ali, kelihatan suasana kelas yang lega dan tenang, walaupun peperiksaan yang baru sahaja kami hadapi ialah peperiksaan pertengahan tahun..ianya masih satu halangan yang besar bagi kami kerana tahun depan, kami akan mengambil SPM.

Jadi apa-apa peperiksaan pun penting untuk kami score..

" Selesai pun periksa…petang ni nak lepak-lepak tak?" Ajak Amir.

" Tak bolehlah..aku ada hal.." Balas Syakir, dia sedang menyimpan barang sekolah kedalam begnya.

" Bosannya…Aiman, on game petang ni?" Tanya Amir kepada aku pula.

" Eh..rasanya boleh je, tengoklah macam mana.." Kata aku, Syakir berdiri dengan perlahan, ada beberapa pelajar yang sudah berjalan keluar, Syakir berjalan pergi daripada kami.

" T..Tunggulah." Pinta Amir.

" Aku ada hal..jangan ikut aku.." Kata Syakir, dia meneruskan perjalanannya tanpa menoleh kearah kami.

" Kenapa dengan dia tu?" Soal Amir, dia kelihatan terganggu.

" Aiman.." Panggil seseorang, aku memandang kearahnya, Mairah sedang berada dibelakang aku, dia memegang beg kecilnya dengan erat.

" Kenapa, Mairah?" Tanya aku.

" Ikut aku sekejap, boleh?" Pinta Mairah.

" Er…boleh, boleh.." Balas aku, Mairah tersenyum lega, aku ada rasa tak kena pula..

" Diorang semua tinggalkan aku.." Keluh Amir sendiri sambil melihat aku dan Mairah berjalan pergi bersama.

" Kenapa Mairah dengan Aiman tu?" Soal Nur, dia memerhati sahaja kami berdua pergi dengan wajah keliru.

" Manalah aku tahu.."Balas Amir, Nur tertanya.

***

" Aku..nak jadi kawan dengan korang balik dan..baiki balik semua kesilapan aku..pada korang." Kata Mairah, kami sedang berada dikoridor tingkat paling atas sekolah, aku memandang kearahnya sambil mengangguk faham.

" Baik kau cakap pada kitorang tadi.." Balas aku.

" Aku…susah nak hadap Nur dengan yang lain..kau seorang je yang aku boleh pandang.." Keluh Mairah.

" B..Begitu.." Aku menggaru kepala yang tidak gatal, kenapa aku rasa gembira dengan ayat yang sebegitu, tambahan pula, tak pernah aku nampak Mairah bercakap dan nampak selembut ni..apa yang terjadi?

" Mairah..ada apa-apa berlaku ke?" Tanya aku.

" Kenapa?" Soal Mairah.

" Kau..just nampak pelik pada aku sekarang.." Kata aku, Mairah terus terkaku.

" Pelik ke..aku cakap dan bertindak macam ni? Aku..just nak berubah..sikit je.." Balas Mairah.

" B..Berubah?!" Aku terkejut.

" Kau betul-betul nak buat aku tampar kau sekarang.." Mairah mengenggam tangannya erat dengan wajah geram.

" Kenapa tiba-tiba je ni? Sebab kejadian haritu ke?" Soal aku lagi.

" Mungkin jugak..aku just tersedar, yang aku ni sebenarnya sendirian sangat..semua kawan-kawan yang aku ada semuanya palsu je..Tapi korang berbeza, kawan yang ada bersama dengan aku sejak awal sekolah menengah..Aku rasa ketinggalan, korang semua dah berubah jadi seseorang yang matang tapi aku seorang sahaja masih tersekat ditempat yang sama..sebab tulah, aku nak catch up pada korang…itulah apa yang aku fikirkan selama seminggu peperiksaan ni." Terang Mairah, dia tersenyum pahit, aku mengalihkan pandangan aku.

" Aku akan sokong kau, Mairah..aku akan cuba dengan baik untuk tolong kau.." Balas aku.

" Terima kasih.." Mairah mengangkat kepalanya, dia nampak gembira.

Dari sudut dalam hati aku, aku dapat rasakannya, Mairah berubah sebab seseorang berada disisinya dan orang itu..bukan aku.

Aku masih dalam proses move on daripada Mairah tetapi aku masih terasa, seperti diri aku lemah sangat, aku tak mampu nak buatkan Mairah rasa apa yang dia rasakan sekarang, Aswad tu, macam mana dia mampu buat Mairah sebegini?

Ada sesuatu pasal dia..yang nak ingin aku mahukan tetapi aku takde..Kenapa aku rasa lemah sebegini?

" Macam mana periksa tadi, abang?" Tanya Iman, kami berdua sedang berada didalam kereta.

" Diorang memang simpan yang susah untuk akhir..aku dapat jawab tapi itulah susah sikit.." Balas aku.

" Nak makan sedap tak hari ni, ayah belanja?" Tawar ayah.

" Jom! McD!" Iman teruja, dia terus mengangkat tangannya.

" Baiklah..mari!" Balas ayah, mereka berdua teruja bersama, aku tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.

***

Seperti yang kami janjikan, kami akan keluar date selepas minggu peperiksaan, bagus untuk hilangkan stress selepas peperiksaan dan beberapa kejadian yang berlaku minggu ini, hari ni, goal aku hanyalah untuk berseronok bersama dengan Humairah sahaja..

" Kau selalu awal, Aswad…" Tegur Humairah, aku menoleh kearahnya, dia memakai dress muslimah hitam dan juga tudung shawl berwarna putih.

" C..cantik baju kau tu.." Kata aku.

" Mestilah…aku beli online." Balas Humairah sambil tersenyum, aku lega, nampaknya mood Humairah baik hari ini.

Kami berjalan disekeliling shopping mall yang besar ini, Humairah sentiasa melihat sekeliling, aku memerhati sahaja dia, kami berhenti dihadapan satu tangki ikan yang besar.

" Aku still kagum diorang boleh letak akuarium sebesar ni dekat dalam mall ni.." Kata Mairah, aku memasukkan tangan aku kedalam poket seluar aku.

" Crepe..humm!" Kemudian kami membeli crepe, nampaknya Mairah sukakannya, aku kurang suka benda manis..memang bukan untuk akulah makanan macam ni..

" Benda ni scam.." Keluh Mairah selepas tidak mendapat anak patung daripada claw machine yang dimainkannya tadi, aku mengeluh kecil.

" Ada lagi satu token, kan? Biar aku try.." Kata aku sambil menyerahkan tangan aku.

" Silakan…" Mairah meletakkan token diatas tangan aku.

" Baiklah..tengok dan belajar.." Aku bangga sedikit, Mairah hanya menepuk tangannya dengan perlahan. Aku memasukkan token itu dan mula menggunakan claw machine itu.

" Wah! Dapat!" Mairah kelihatan teruja, anak patung yang aku ambil itu kekal sahaja di claw mesin ini sehinggalah ia dijatuhkan.

" Kau..suka ke anak patung tu?" Soal aku, anak patung monyet..siapa nak anak patung monyet.

" Comellah.." Balas Mairah, comel? Apa benda pasal anak patung tu comel?

Kami berdua duduk dibangku selepas penat berjalan, Mairah menghirup air teh Tealive yang dibelinya tadi, pergi mana-mana sahaja, dia akan beli juga air teh itu, dia memang suka dengan benda tu, hah..

" Aswad..aku..dah mulakan langkah pertama aku..aku bercakap dengan Aiman pasal apa yang aku nak, dan dia cakap, dia akan sokong aku.." Kata Mairah, dia memandang sahaja Tealivenya itu.

" Baguslah..Aiman tu..aku ada jumpa dia, seseorang yang menarik.." Balas aku.

" Dia tu pelik..tapi aku rasa..kepelikan dia tulah yang tarik orang pada dia..Aku pasti aka nada orang suka dia satu masa nanti.." Mairah tersenyum. Aku menoleh kearahnya.

" Kau..tak suka Aiman tu ke? Tak pernah ada perasaan dekat dia?" Soal aku, entah kenapa, aku rasa aku perlu tanya.

" Hum..aku rasa aku takde perasaan macam tu pada dia…tapi dia ubah cara aku pandang dia sikit.." Mairah mengangguk beberapa kali.

" Maksud kau?" Aku tak faham sangat.

" Aku rasa..dia nampak point baik dia sekarang.." Mairah mengangkat jari telunjuknya.

" Bahaya ni…jangan dekat sangat dengan dia.." Pesan aku, Mairah tergelak kecil.

" Kau ni…risau sangat.." Mairah menutup wajahnya, aku mengalihkan pandangan aku, semestinya aku risau sikit tapi pada masa sama, aku nak percaya apa yang Aiman kata pada aku haritu..dia hormati hubungan aku dengan Mairah..yang paling baik aku boleh buat, ialah percaya pada dia..

***

Seseorang boleh datang dalam hidup kita bila-bila masa sahaja dan seseorang boleh pergi daripada hidup kita tiba-tiba, hubungan dengan seseoranng ialah sesuatu yang menakutkan…Kau takkan tahu, sama ada mereka akan kekal bersama atau pergi daripada kau..

Sebab itulah, seseorang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan hubungan mereka..kehilangan seseorang boleh menyebabkan rasa sakit yang susah difahami..ditinggalkan buatkan kau rasa berseorangan..

Tiada yang selamat daripada perasaan ini..

" Terima kasih.." Senyuman Mairah pada hari itu, melekat dalam kepala aku..sehingga sekarang..

Macam mana aku nak tolong Mairah capai apa yang dia nak..berkawan dan baiki balik semua ni..aku sendiri tak pasti..dulu aku ingat aku berjaya tapi akhirnya aku hanya merosakkan lagi sahaja keadaan..haih…

" Abang…aku dah selesai guna bilik air.." Iman membuka pintu bilik aku, aku menoleh kearahnya.

" Oi..kaki kau basah lagi kau tahu.." Tegur aku, kelihatan lantai dibahagian pintu bilik aku basah.

" Sikit je pun..mandilah cepat busuk.." Balas Iman, dia terus menutup semula pintu aku, aku bangun daripada katil aku.

***

" Syakir..ada orang ketuk pintu itu, tengokkan.." Arah mak, aku sedang terbaring disofa sambil melihat Instagram, tangan aku terus berhenti menatal skrin telefon aku.

" Ba..ik.." Aku berdiri dengan perlahan dan segera menuju kearah pintu hadapan, aku terus membuka pintu itu.

" Ah! Syakir!" Nur berada dihadapan pintu aku, dia membawa satu bekal makanan.

" Nur?" Aku terkebelakang.

" Hum..maaf ganggu, ibu aku ada buat banyak sangat karipap, dia suruh kongsi dengan jiran-jiran.." Nur menunjukkan bekal makanan yang dibawanya itu, dengan perlahan tangan aku mencapai kearahnya.

" T..Terima kasih.." Aku tertunduk, kenapa aku rasa janggal pulak ni? Nur pun nampak macam lain sekarang ni…Kami tidak memandang sesama sendiri.

" Oh, Nur..kenapa datang?" Mak tiba-tiba muncul dari belakang, aku terkejut dan terus terangkatkan bahu aku.

" A..Assalammualaikum, makcik..saya hantar karipap yang ibu buat tadi je.." Balas Nur.

" Waalaikummusalam..karipap, hah..bukak bekal tu, Syakir.." Kata mak, seriuslah mak ni…aku mengeluh kecil dan membuka bekal makanan itu, kelihatan masih ada asap yang keluar daripada bekal itu, karipap yang berada didalamnya pula tersusun cantik dan nampak sedap.

" Waah..kamu ada tolong buat ke, Nur?" Soal mak.

" A..Adalah sikit.." Kata Nur, dia mengangguk perlahan.

" Mesti sedap ni!" Puji mak lagi, Nur tersenyum.

" Takdelah, makcik.." Mereka berdua terus sahaja bersembang, aku tersenyum lega melihat mereka, syukur sangat, aku ada mak macam mak..

Selepas seketika bersembang, akhirnya Nur pun pulang, aku berjalan ke dapur dan meletakkan bekal makanan itu diatas meja makan, mak kembali ke dapu, aku membuka semula bekal itu dan mengambil satu karipap.

" Sedap.." Kata aku perlahan, karipap ni sedap sangat..

***

Syakir : Nur,aku nak minta maaf kalau aku macam lain semasa seminggu ni, aku hilang mood sebenarnya, tapi aku dah okay sekarang dan terima kasih sebab bagi karipap tadi, semuanya sedap.

Aku melihat sahaja mesej yang diberikan Syakir tadi, aku tersenyum sendirian dan mula menaip untuk membalas mesej Syakir ini.

You : Sama-sama, memanglah karipap tu yang sedap, aku yang buat sama-sama dengan ibu!

Balas aku, terdapat juga beberapa emoji yang ditambah selepas ayat yang aku tulis itu, Syakir membalas dengan satu emoji thumbs-up.

Aku sebenarnya rasa bersalah sangat pada Syakir. Sebabkan aku terlalu lemah, dia yang harus pertahankan aku, dia yang marah untuk aku dan disebabkan itu..dia menahan sakit sendirian..aku tak mampu nak buat apa-apa untuk bantu Syakir.

Ada apa-apa boleh aku buat untuk dia ke? Aku..nak balas sangat jasa Syakir selama ni..tapi aku tak tahu macam mana aku mahu lakukannya…

Terima kasih sebab bagi karipap tadi, semuanya sedap.

" Nak belajar masak?" Ibu kelihatan tertanya.

" Hum..saya dah 16 tahun tapi..still tak tahu sangat pasal memasak macam kawan lain..saya asyik tolong je..saya rasa, saya nak masak sendiri pula.." Balas aku, ibu tersenyum sambil menutup mulutnya.

" Syakir puji ke karipap yang sama-sama kita buat tu?" Soal ibu.

" B…Bu…Bukan macam tulah, ibu!" Kata aku.

" Senang betul nak baca anak ibu ni..hehe.." Ibu tergelak kecil, aku tertunduk malu.

" Boleh je..ibu pun rasa kamu kena tahu jugak masak-masak..Ibu dah tua sikit sekarang.." Keluh ibu, aku terus bersemangat.

***

Mana scenes character development untuk aku?

" Amir..kau asyik main game je! Apa kata tolong bapak dekat kebun tu!?' Soal bapak, kelihatan dia memakai topi sawahnya, aku menoleh perlahan kearah bapak.

" Malasnya bapak.." Keluh aku.

" Dasar anak tak guna!..hari ni kau tolong dekat kebun!" Bapak mengambil kaki aku dan mengheret aku keluar.

" Tidak!!!" Aku terasa seperti berada didalam filem hantu yang seram.

***

Aku sedang menoleh kearah tapak tangan aku, bunga yang dahulunya berduri dan beracun, tidak lagi punya duri-duri yang beracunnya itu lagi, aku keliru..bunga yang aku pegang ini..bunga yang betul ke?

Kelihatan kelompok-kelompok bunga itu gugur dan kelompok yang cantik dan baru mula tumbuh, tiba-tiba muncul tangan yang lain dan mengambil bunga itu daripada tangan aku, aku terkejut dan terus menoleh kehadapan.

Seorang lelaki yang aku kenali sedang berada dihadapan aku, dia memandang aku sambil tersenyum.

" Bukan milik kau, Aiman..akulah yang buang duri dan racunnya, aku akan jadikannya bunga yang indah..jadi jangan ambilnya daripada aku..dia bukan milik kau.." Kata lelaki itu, tak-tak! Aku yang pegang bunga itu dahulu, bukan kau!

Bukan kau!

Angin pagi bertiup perlahan, aku sedang berjalan dikoridor sekolah, kelihatan Iman berlari kearah seorang kawannya yang berada dihadapan kami, aku dan dia berpisah, aku meneruskan perlahan aku.

" Assalammualaikum, Aiman.." Tegur seseorang, sudah lama dia tidak menegur aku semasa awal pagi, Humairah berada dibelakang aku, dia tersenyum kecil.

" W..waalaikummusalam.." Balas aku. Susahnya! Aku cuba ingin bertindak normal tapi susah nak bertindak normal bila kau bercakap dengan bekas crush kau yang sekarang ada boyfriend dan minta tolong kau supaya dia dapat baiki semula hubungan dia dengan kawan-kawan yang lain..

" Aiman..kau tak selesa dengan aku ke?" Tanya Mairah, aku kaget.

" B..Bukan macam tu..tapi kau tahu..lepas semua yang terjadi..agak janggallah.." Kata aku. Alamak! Patut ke aku cakap macam tu..

" Betul jugak..aku patut fikir pasal perasaan kau.." Keluh Mairah, aduh, total miss ni!

" Tak perlu risaukannya..kita kawan kan, jadi aku takde masalah…jangan risau..kau boleh je bersembang dan minta tolong aku.." Aku kena elakkan kejanggalan aku buatkan Mairah rasa macam aku tak selesa dengan dia..

" B..Begitu..baiklah." Mairah mengangguk perlahan.

" Tch.." Aku terdengar bunyi suara seseorang, kami berdua menoleh kearah tangga, Syakir sedang memandang kami berdua, dia menjeling kami dan terus mengalihkan pandangannya.

" Aku..memang buat dia marah betul, hah.." Mairah kelihatan risau.

" Dia takkan benarkan kau dekat dengan Nur selepas kejadian hari tu.." Tiba-tiba aku mendapatkan satu idea yang bagus tapi berisiko tinggi.

" Mairah..orang pertama yang kau perlu baiki semula hubungan bersama ialah Syakir.." Cadang aku, mulut Mairah terbuka luas.

" K..Kau nak tengok aku kena pukul ke, Aiman?" Soal Mairah.

" Syakir takdelah teruk sampai dia pukul kau.." Balas aku.

" Dia..tak pernah marah orang sebelum ni..aku orang pertama yang buat dia mengamuk macam tu..Dia memang benci aku betul-betul, aku..takut dengan dia.." Mairah tertunduk, aku mengambil nafas yang panjang.

" Mairah..kita kena sedia hadapi penolakan orang lain..bila berada dalam satu hubungan, tak kisahlah kawan ke, apa ke..biasalah bila ada yang tak terima kau sepenuhnya..dan benci kau.." Terang aku, Mairah menoleh kearah aku semula.

" K..Kita kena hadap benda yang kita takut, itu satu kunci perubahan jugak kau tahu.." Tambah aku lagi, cringynya ayat..tapi itu sahaja yang aku boleh fikirkan.

" Aiman kau..mengejutkan aku kadang-kadang.." Kata Mairah.

" M..Maksud kau?" Tanya aku.

" Kau bercakap pasal sesuatu yang aku tak sangka kau akan cakap..tak sangka langsung, ada sisi diri kau yang macam ni..selama ni aku rasa, kau ikut orang je.." Balas Mairah.

" Well, mungkin sebab selama ni aku memang ikut orang je.." Keluh aku, entah kenapa, ayat tadi menusuk hati aku..

" Ah! Aku bukan nak sakitkan hati kau ke apa.." Mairah kelam-kabut, dia tak pernah nampak serba-salah macam tu sebelum ni, aku tersenyum pahit.

" Takpe, elok jugak kau point out benda tu pada aku, Mairah, aku pun nak berubah..jadi seseorang yang lebih bagus lagi..Aku selalu biarkan orang lain kesankan hidup aku, aku kena start berubah jadi seseorang yang boleh fikirkan untuk diri sendiri.." Aku menganggam tangan aku.

" Aiman." Panggil Mairah, aku mengalihkan pandangan aku kearahnya.

" Kau..memang lebih menarik daripada sangkaan aku.." Kata Mairah, dia terus berjalan kearah tangga sambil tersenyum, aku memerhati sahaja dia pergi..

" M..enarik?" Aku terus menutup wajah aku, jangan fikir bukan-bukan Aiman, dia just nak naikkan semangat kau je..itu sahaja niat dia..jangan teruja sangat…

" Apa ni? Kau malu ke kena puji?" Perli Mairah.

" M..Mana ada.." Balas aku sambil mengikutinya daripada belakang, Mairah tergelak kecil, Mairah masih punyai sisi dirinya yang lama, cuma yang bezanya hanyalah, yang aku nampak sekarang hanyalah sisi baiknya yang kekal dari dulu..

Aku susah nak percaya ni tapi..Mairah memang ada berubah walaupun sedikit..

Kenapa..jantung aku berdegup macam ni?

***

" Apa yang Aiman fikirkan..jalan dengan perempuan tu?" Keluh Syakir sendirian, dia memandang langkah kakinya yang menaiki tangga satu persatu.

" Jangan cakap dengan aku..yang mereka dah berbaik sepenuhnya.." Syakir mengetap giginya, tiba-tiba bahunya terlanggar dengan seseorang, dia terus menoleh kearah orang yang dia terlanggar tadi.

" Ah, sorry!" Kata Syakir.

" Takpe-takpe..bukan salah kau.." Balas orang itu, rupanya dia ialah Nur.

" Nur..kau rupanya.." Syakir mengeluh kecil, Nur menoleh kearah Syakir.

" Kau nak pergi mana?" Soal Syakir, Nur baru teringat.

" Ah! Aku kena ambik barang daripada bilik guru!" Kata Nur, dia ingin bergegas pergi.

" Sabar Nur!" Arah Syakir, Nur terus memberhentikan langkahnya, dia memandang semula Syakir.

" Biar aku ikut dengan tolong.." Syakir cuba tersenyum, Nur kelihatan risau, dia mengalihkan pandangannya.

" Baik.." Balas Nur perlahan.

PAGE.9 TAMAT.