Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 11 - PAGE.10 : Minta maaf

Chapter 11 - PAGE.10 : Minta maaf

"Mairah..orang pertama yang kau perlu baiki semula hubungan bersama ialah Syakir.."

Aku tahu aku yang cadangkan plan itu tapi, aku dan Mairah buntu macam mana kami nak bercakap dengan Syakir, satu hari ni pun, dia menjarakkan dirinya daripada aku, dia nampak marah yang aku kawan semula dengan Mairah..well, aku faham dia tapi..

" Aku dengar ada makanan sedap dekat kantin, jom, Syakir, Aiman!" Ajak Amir, Syakir mengeluarkan roti daripada bawah mejanya.

" Korang pergilah, aku dah ada makanan.." Balas Syakir, Amir memandang aku dengan wajah kecewa, manalah aku tahu, jangan pandang aku macam tu!

Aku dan Amir keluar daripada kelas bersama, keluhan kecil dilepaskan, aku tak sangka bila Syakir betul-betul marah, dia memang ambil semua benda serius sampai tak nak pergi rehat bersama dengan kami, biasanya dia yang beria ajak…

" Aiman..kau dengan Humairah, dah elok balik ke?" Tanya Amir.

" Ah! Ya-ya, kami dah elok balik.." Balas aku, Amir mengangguk beberapa kali.

" Patutlah Syakir macam tak kena dengan kau..dua kemenjak ni.." Kata Amir, aku mengalihkan pandangan aku.

" Mairah, kalau dia nak berbaik semula dengan semua, dia kena buatkan Syakir tak benci dia, sekurang-kurangnyalah.." Keluh aku, Amir menoleh kearah aku sambil tersenyum pahit.

" Kau..tak perlu tolong dia sangat, Aiman..Kalau dia nak baiki situasi ini, dia kena cari jalan baikinya sendiri, dia yang sebabkan situasi jadi lagi teruk, betul tak?" Soal Amir, aku tertunduk, aku masih bertanggungjawab pasal apa yang berlaku tapi..aku tak boleh nafikan yang Mairah pun..

Terdengar tapak kaki yang kuat pergi daripada kami, aku dan Amir memandang kebelakang, tiada sesiapa pun. Kami berdua keliru.

***

" Ah, Aiman.." Aku berjalan kearah Aiman, dia sedang bersama dengan Amir, mereka kelihatan sedang bersembang pasal sesuatu. Aku baru sahaja ingin menegur mereka..

" Kau..tak perlu tolong dia sangat, Aiman..Kalau dia nak baiki situasi ini, dia kena cari jalan baikinya sendiri, dia yang sebabkan situasi jadi lagi teruk, betul tak?" Kata Amir, Aiman terus terdiam, langkah aku terhenti, kenapa aku rasa macam ni?

Aku segera berlari daripada mereka, aku hanya memandang kebawah sahaja tanpa berkata apa-apa, akhirnya kerana tidak tahu ingin ke mana, aku berjalan masuk ke dalam kelas, sunyi sahaja kelas ini tanpa bunyi namun kelihatan satu kipas sedang terbuka.

Syakir seorang sahaja yang masih berada didalam kelas, wajahnya tampak seperti dia sedang terganggu. Aiman kata, dia ialah orang pertama yang patut aku hadap dahulu, kalau dia terima aku sebagai kawan dia semula, yang lain pasti takde masalah…

Tapi..aku takut..nak cakap dengan dia..selepas kejadian haritu..

" Apa pandang-padang aku macam tu?" Tegur Syakir, dia terus menjeling aku, er..aku tak pandang pun dia.Aku segera mengalihkan pandangan aku.

" Kenapalah kau dengan Aiman elok balik.." Keluh Syakir, dia kedengaran kecewa, nampaknya dia yang mula bercakap dengan aku dahulu..

" Sebab Aiman..dia kata dia akan tolong aku baiki balik keadaan ni.." Balas aku, tak pasti sama ada itu jawapan yang betul, aku jawab secara spontan.

" Heh! Lagi sekali kau mesti bagi ayat-ayat manis kau pada dia..Aiman tu naïf sebab tu dia dengar sahaja.." Keluh Syakir, aku mengenggam tangan aku erat.

" Aku..tak macam tu.." Kata aku. Syakir diam sahaja.

" Jangan…main buat sangkaan kau sendiri je..Aku nak berubah macam korang jugak.." Aku cuba melawan semula, rasa tak sedap hati pula..

" Berubah?" Syakir kelihatan keliru.

" Maksud aku..sama-sama jadi kawan supaya aku boleh berubah jadi baik.." Nasiblah aku ada peluang untuk maniskan sikit ayat aku..

" Hah?!" Syakir terus kelihatan marah, aku terkebelakang kerana terkejut dengan reaksi Syakir.

" Haritu, Nur ingin minta maaf dan maafkan kau..kau tolak dan sakiti hati dia..sekarang kau nak jadi kawan balik? Kau melawak ke sekarang ni?" Jelingan Syakir bertambah tajam, aku menelan air liur aku.

" T..Tak, aku serius.." Aku terlalu nervous sehingga suara aku menjadi perlahan.

" Aku…takkan maafkan kau Mairah, apa yang kau buat pada Nur haritu, aku bencinya.." Balas Syakir, kami langsung tak boleh pandang mata ke mata sekarang..

Susah nak bayangkan Syakir yang sentiasa melawak dan bodoh-bodoh, jadi marah dan serius pada aku..Nampaknya aku memang tak kenal seseorang sepenuhnya..sebab itulah hubungan-hubungan aku semuanya rasa palsu. Orang yang dah lama aku kenal pun aku tak tahu pasal diri mereka sepenuhnya.

" Maafkan aku..sejujurnya, aku gembira sangat masa hari Nur minta maaf dan nak jadi kawan aku haritu tapi aku biarkan ego aku mengawal tindakan aku..aku betul-betul menyesal.." Keluh aku sambil tertunduk, tolonglah, beri aku peluang, aku nampak salah aku sekarang..aku sedar sekarang jadi tolonglah..

" Kalau kau dapat kemaafan daripada Nur..aku akan fikirkannya.." Arah Syakir, aku mengangkatkan kepala aku semula. Syakir tidak memandang aku, dia menutup wajahnya dan melepaskan nafas yang panjang.

Aku sendiri tak faham emosi aku sangat…aku baru sahaja mahu melangkah dan mula nampak kesilapan diri aku. Semua benda yang berlaku sekarang semuanya berpunca daripada ego dan sifat buruk aku…walaupun sudah terlambat baru aku sedar, aku tetap akan cuba baiki balik semua benda..

***

" Begitu, hah..dia nak kau minta maaf pada Nur dulu.." Aku mengangguk beberapa kali selepas mendengar cerita Mairah, dia menoleh kearah aku dengan wajah ragu-ragu. Kenapa dengan Mairah pandang aku macam ni?

" Aku ni menyusahkan ke?" Soal Mairah, aku terangkatkan bahu aku.

" K..Kenapa kau tanya?" Tanya aku pula, Mairah mengalihkan pandangannya.

" Aku..dengar apa yang kau dengan Amir cakap..tadi.." Balas Mairah, jadi dialah orang yang berlari daripada kami tadi..aku mengeluh.

" Jangan risaukannya..kau tak menyusahkan pun..kalau ada orang nak buat benda yang betul, apa salahnya kita sokong dan tolong mereka?" Kata aku, itu sahaja yang boleh aku cakapkan, susah nak sugarcoatkan kata-kata Amir tadi..

Loceng berbunyi dengan kuat, aku dan Mairah menoleh kearah loceng sekolah yang terletak berdekatan dengan kami, aku menutup telinga aku.

" Marilah ke kelas.." Ajak Mairah, dia melangkah pergi dahulu, aku memerhati Mairah dengan lama.

Sejujurnya, aku harap Mairah berubah sebab dia ingin berubah demi dirinya sendiri bukan sebab orang lain. Kalau kau berubah demi orang lain..kau bakal rosak sebab kau terlalu obsess ingin menjadi ideal seseorang..

***

" Selesai pun susun.." Nur mengelap peluhnya, dia berdiri dengan perlahan sambil memegang pinggangnya.

" Akak Nur seorang je yang rajin susun buku-buku ni dekat rak, hah.." Tegur Iman, dia tersenyum kearah Nur.

" Ada yang lain jugak..Kalau kamu nak jadi pengawas Pusat Sumber tahun depan..kenalah banyak tolong akak.." Balas Nur, Iman mengangguk faham. Pintu bilik Pusat Sumber tiba-tiba terbuka, Nur dan Iman menoleh ke pintu itu, kelihatan Aiman dan Mairah masuk ke dalam Pusat Sumber sambil menoleh kearah Nur.

" Aiman dengan Mairah?" Nur kaget. Mairah mengambil nafas yang panjang dan berjalan kearah Nur, Iman memerhati mereka berdua dan melangkah perlahan kearah Aiman.

" Apahal, abang?" Bisik Iman.

" Kenapa kau ada kat sini?" Soal Aiman balik.

" Sebab aku nak tolong Akak Nur, kau?" Balas Iman.

" Tolong Mairah.." Kata Aiman, Iman buat muka pelik kemudian memandang pula Nur dan Mairah, mereka berdua diam agak lama, Nur tertunduk manakala Mairah cuba menenangkan dirinya.

" Uhm..Nur.." Tegur Mairah, Nur menoleh kearah Mairah, dia kelihatan tidak selesa, Mairah terasa serba-salah, tangannya terjatuh.

" Aku..nak minta maaf..pasal haritu dan selama ni.." Pinta Mairah, riak wajah Nur terus berubah, Mairah meletakkan kedua-dua tangannya kebelakang dan mengusap tangan kirinya menggunakan jari ibu tangan kanannya.

" Sekarang..aku sedar salah aku..apa yang aku buat pada Aiman haritu salah, apa aku buat pada kau haritu tak betul..walaupun aku sedar dah terlambat juga sekarang, aku still nak minta maaf..Takpelah kalau kau tak nak kawan aku..aku faha-" Ayat Mairah terhenti, Nur tiba-tiba terus memeluk Mairah dengan erat.

" Ah…" Iman kagum, Aiman mengambil tangannya.

" Iman ikut aku..jangan masuk campur.." Aiman menarik Iman pergi keluar bersama, Iman mengembangkan sahaja pipinya.

" Takpe..asalkan kau minta maaf..pun dah cukup, Mairah..Aku maafkan kau.." Kata Nur, dia membelai kepala Mairah daripada belakang. Mata Mairah berkaca, Nur tersenyum sahaja.

" Aku…rindu kau, Nur!" Keluh Mairah, mereka berdua terduduk bersama, Mairah menangis, Nur kelihatan lega.

" Aku pun sama, Mairah..Aku pun..ah..ah..aku tak nak nangis.." Mata Nur juga mula berair, dia segera mengelap matanya. Aiman dan Iman berada di luar Pusat Sumber tetapi mereka masih mendengar suara Mairah dan Nur tadi.

" Orang perempuan..memang cepat nangis, hah.." Aiman menyandarkan kepalanya didinding.

" Heh, tengoklah siapa cakap tu..macam aku tak tahu, kau menangis tengok anime.." Balas Iman, Aiman terasa seperti ditusuk panah, dia memegang dadanya kemudian mengalihkan pandangannya, dia melihat kearah Nur dan Mairah yang sedang mengelap air mata sesama sendiri, sambil itu mereka tergelak bersama, Aiman tersenyum.

***

Mairah dan Nur keluar daripada Pusat Sumber bersama, masing-masing mata merah dan pipi merah, aku perhatikan sahaja mereka sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal, Iman mendekati Nur.

" Basuhlah muka akak-akak berdua..nampak buruk sangat.." Kata Iman, aku terus menutup mulut Iman.

" Kau ni..janganlah cakap macam tu.." Keluh aku, Nur dan Mairah tergelak kecil melihat gelagat kami.

" Marilah basuh muka..wajah menangis kau buruk sangat, Mairah." Perli Nur.

" Oh-oh..aku yang sepatutnya menangis..tapi kau menangis sekali..kau memang tisu, Nur.." Balas Mairah, mereka menepuk sesama sendiri dan kembali seperti dahulu. Aku tak pernah faham perempuan, mereka senang bergaduh tapi mereka juga senang elok semula, mereka senang kembali seperti dahulu..

Ada sesuatu pasal perempuan yang menarik perhatian aku..dan buatkan aku tertanya..

Aku menoleh keatas, kelihatan seseorang sedang memerhati kami daripada tingkat atas, dia segera pergi apabila aku memandangnya, nampak macam lelaki, siapa ya? Aku tak nampak sangat..

" Abang..baik kita pergi sekarang.." Tegur Iman.

" Ah! Betul jugak..dah lambat ni, bye Mairah, Nur." Aku mengangkat tangan aku dan segera pergi bersama dengan Iman.

" Dia tu…" Keluh Mairah sambil tersenyum, dia memerhati sahaja aku berlari. Nur mengambil tangan Mairah.

" Mari basuh muka.." Ajak Nur, Mairah mengangguk sambil menoleh kearah Nur.

***

Dari tingkat atas, aku dapat lihat Nur dan Mairah berkawan semula, Aiman dan adiknya juga berada disitu, Aiman tu, dia menoleh kearah aku, aku segera berjalan pergi sejurus dia nampak aku..

Mereka dah berbaik semula? Macam tu je?

Kenapa aku..rasa macam ni sekarang? Aku rasa kecewa sangat. Ada limit untuk setiap kebaikan seseorang..Aiman dan Nur tu, aku rasa mereka terlalu baik sangat pada Mairah selepas apa yang terjadi..aku tak faham betul..

" Maafkan aku..sejujurnya, aku gembira sangat masa hari Nur minta maaf dan nak jadi kawan aku haritu tapi aku biarkan ego aku mengawal tindakan aku..aku betul-betul menyesal.."

" Kalau kau dapat kemaafan daripada Nur..aku akan fikirkannya.."

Aku pun bodoh.

Pintu rumah aku diketuk beberapa kali, siapa pulak datang ni, mungkin barang yang ibu beli daripada Shopee, malasnya nak ambik seluar panjang, takpelah..sekejap je..Aku berjalan kearah pintu dan membukanya, perut aku terus terkena tumbukan sejurus aku membuka pintu.

" Assa- Ahaa!" Nur yang berada dihadapan pintu rumah aku terus terkejut melihat aku berada dihadapannya, aku memegang perut aku sambil menahan kesakitan.

" K..kerasnya perut." Monolog Nur.

" Oh, Nur..kenapa datang lagi hari ni?" Tanya aku, Nur menoleh kearah aku semula.

" Sorry tau..Um, aku nak bagi ni.." Nur menyerahkan bekal makanan lagi.

" Eh..kau bagi makanan lagi? Susah-susah je.." Balas aku.

" M..Makcik belum lagi betul tak? Aku risau kalau kau tak makan jadi..aku ambiklah sikit makanan dan bagi dekat kau.." Kata Nur, dia terfikirkan aku? Ah, malunya..tapi aku gembira pada masa yang sama.

" Terima kasih, Nur.." Aku tersenyum tetapi tiba-tiba aku teringat Nur dan Humairah yang tergelak dan bersembang bersama-sama tadi.

" Syakir?" Nur kelihatan kaget selepas riak wajah aku berubah.

" Nur..kau dengan Mairah, dah okay balik ke?" Soal aku, Nur mengalihkan pandangannya.

" Ah, kami dah okay sekarang…tadi kitorang siap bersembang panjang lagi.." Balas Nur, aku mengenggam bekal yang diberi Nur tadi.

" Kau…still tak suka dia ke?" Tanya Nur, dia memandang aku tepat kearah mata.

" Ya..aku..still benci dia..selepas apa yang dia buat, bukan senang aku nak terima macam tu je.." Keluh aku, Nur menumbuk dada aku perlahan, dia tersenyum manis.

" Kau..tak perlu paksa diri kau..Aku nak kawan Mairah demi diri sendiri jadi kau tak perlu terpaksa jadi kawan dia kalau kau tak nak..Aku still kawan kau macam biasa jugak..aku faham kau, Syakir.." Kata Nur, aku mengeluh kecil, sebenarnya, aku rasa lega sangat Nur cakap begitu. Tak boleh sorokkan lagi senyuman ni..

" Oh ya..aku yang masak kari dalam bekal tu..habiskan ya, bye!" Nur mengangkat tangannya dan berjalan pergi, tidak sempat aku mengatakan apa-apa lagi, Nur memecut laju kearah rumahnya.

Masakan Nur? Kari, hah..

Aku membuka bekal itu, kelihatan kari ayam dan kuah berada didalam bekal itu, baunya pun sudah cukup memikat hati, eh, apa ni? Dia masak untuk aku? Ah..aku gembira sangat!

Aku hampir lupa semua masalah aku tadi..

***

Aku terduduk dihadapan pintu rumah aku, nasiblah aku sempat pergi sebelum Syakir cakap apa-apa, wajah aku terasa panas dan mula kemerah-merahan, dah lama sebenarnya aku selesai masak, yang buatkan jadi lama ialah sebab aku nak sediakan diri aku untuk bagi kari tu pada Syakir..

Aku harap dia sukakannya.

" Kamu buat apa depan ni?" Tegur ibu, dia memandang aku pelik.

" Ah..takde apa!" Balas aku.

" Ara~ Dah bagi kari tu dekat Syakir ke?" Ibu tersenyum sinis, aku terus mengalihkan pandangan aku.

" I..Iya, dia nampak gembira jugak tadi.." Kata aku dengan bangganya.

" Demi Syakir kamu sanggup nak belajar masak, hah…Cemburunya dengan orang muda~" Ibu memegang pipinya. Aku memuncungkan mulut aku.

" Terima kasih ibu..ajarlah Nur masak lagi.." Aku berdiri dengan perlahan, ibu menunjukkan thumbs-up.

" Semestinya!" Balas ibu.

***

" Yo Aswad!" Tegur Mairah sambil tersenyum dan bersinar, Aswad kelihatan terkejut melihat keadaan Mairah yang kembali ceria itu.

" Kau..nampak gembira hari ni.." Kata Aswad.

" Aku dapat kawan semula dengan kawan baik aku…dah lama tak sembang dengan diorang..aku rasa happy sangat! Tak sangka kawan semula dengan seseorang rasa seseronok ini.." Balas Mairah, Aswad mengangkat bulu mata kanannya sambil tersenyum.

" Kau ni..ini kali pertama kau minta maaf pada seseorang ke?" Soal Aswad.

" Bukan yang pertama kali tapi ini ialah minta maaf paling ikhlas aku pernah minta..walaupun susah rasanya..tapi aku dah dapat lakukannya..Aku rasa aku patut berterima kasih pada kau dengan Aiman.." Terang Mairah, apabila Aswad mendengar nama Aiman, senyumannya berubah perit.

" Nampaknya Aiman tu banyak tolong juga, hah.." Keluh Aswad.

" Itulah..sebab tulah aku ambik satu keputusan, aku tak boleh selama-lamanya susahkan kau dengan dia, aku kena mula bertindak demi diri sendiri.." Kata Mairah, dia meletakkan tangannya didada, Aswad mengeluh lega.

" Buat sesuatu demi diri sendiri memang penting tapi..kalau mula hilang arah dan dalam kesusahan.Carilah bantuan, aku selalu ada untuk kau.." Pesan Aswad, mereka menaiki tangga kearah tuisyen mereka.

" Semestinya..kau boyfriend aku..semestinya aku akan harapkan kau.." Balas Mairah, Aswad tersenyum. Tiba-tiba telefon notifikasi Mairah berbunyi, dia segera mengeluarkan telefonnya.

" Siapa mesej ni?" Soal Mairah sambil mengeluarkan telefonnya.

" Masuk dalam kelas tuisyen dululah, baru check.." Tegur Aswad, mata Mairah terbeliak, telefonnya terjatuh, dia kelihatan ketakutan, Aswad terus mendekatinya.

" Kenapa, Mairah?" Aswad kerisauan, dia mengambil telefon Mairah yang terjatuh tadi, terpapar satu mesej diskrin telefon itu.

Unknown : Aku dah balik sini, Mairah…jangan lari lagi kali ni. Mesej itu diikuti dengan gambar Mairah dan Aswad masuk ke tangga bersama tadi, Aswad melihat sekeliling.

" Sial..siapa dia ni?" Monolog Aswad.

***

" A..Aiman pun datang masjid?" Syakir terkejut, kelihatan Aiman berada dihadapannya sambil memakai baju melayu putih dengan kopiah hitam.

" Ayah aku nak datang ceramah hari ni..sebab ustaz yang bagi ceramah tu kawan dia..dia bawak aku sekali.." Balas Aiman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Kita bolehlah main ML sama-sama..dah lama tak main game dengan korang.." Kata Amir.

" Kau ni..asyik main game je.." Keluh Syakir.

" Muka dah lama tak datang masjid ada kat sini, hah.." Tegur Roznam, dia mendekati mereka bertiga.

" Ah, Roznam..dah lama tak jumpa.." Kata Aiman.

" Uhm..kau nampak lain kali ni, Aiman..Last kau datang masjid masa solat sunat hari raya.." Balas Roznam.

" Hola, semua…ingat aku tak?" Datang lagi seorang budak lelaki, dia berambut panjang, Roznam menoleh kebelakang, matanya terus terbuka luas, Syakir kelihatan kaget, Amir pula mengambil langkah kebelakang.

" Usop?" Soal Roznam.

" Ya, aku dah dapat keluar daripada sekolah setan tu.." Balas Usop, dia tersenyum sahaja, Amir terus menarik tangan Aiman.

" Aiman, kau tak nak kena mengena dengan dia tu.." Kata Amir.

" Kenapa, siapa dia tu?" Soal Aiman, dia kekeliruan.

" Dia..ialah ex Mairah yang dimasukkan ke juvana..sebab belasah seseorang sampai dihospitalkan..Dia ni bahaya." Bisik Amir, Aiman terkejut.

" Ex Mairah yang lain?" Monolog Aiman. Usop memerhati sahaja Amir ingin berjalan pergi bersama dengan Aiman, dia terus memeluk bahu Aiman.

" Siapa kau ni? Apa nama?" Tanya Usop.

" Ah..eh..Aku Aiman.." Balas Aiman, dia berpeluh, Usop tersenyum sahaja.

" Nama aku Yusuf..orang panggil Usop. Selamat berkenalan Aiman.." Kata Usop, Aiman mengangguk sahaja.

" Aku ingat dia keluar tahun depan..tapi kenapa sekarang?" Soal Syakir sendirian. Usop memeluk sahaja bahu Aiman sambil membawanya pergi. Amir, Syakir dan Roznam mengikuti sahaja mereka..

" Kau..sekolah sama dengan Amir dan Syakir, kan? Maksudnya mesti kau kenal Mairah, kan?" Soal Usop.

" Ah..ya..aku kawan dia, kami sama kelas." Kata Aiman, Usop memegang dagunya.

" Begitu…dia cantikkan. Buat kau rasa macam nak buat benda yang teruk pada dia.." Senyuman Usop melekat sahaja diwajahnya tetapi nada suaranya berubah sinis, Aiman mula rasa tidak selesa.

" Apa kau rasa, Aiman?" Usop memandang sahaja Aiman.

" Ah…dia kawan je..jadi.." Aiman tidak tahu bagaimana mahu memilih ayatnya, bahu Usop dipegang oleh Roznam.

" Sudah tu, Usop..kau nampak dia tak selesakan, jangan kacau dia.." Kata Roznam,dia menarik Usop.

" Kau ni..menyibuk." Keluh Usop, dia mengeluh kecil kemudian berjalan pergi, Aiman memerhati sahaja dia pergi.

" Elakkan diri kau dekat dengan dia tu..Lelaki tu lebih teruk daripada aku..Bila dia serius, kau takkan tahu apa bakal dia buat..Baran dia teruk." Pesan Roznam.

" O..Okay, aku akan hati-hati.." Balas Aiman, dia menelan air liurnya.

***

" Maaflah..buat kau teman hingga ke depan rumah aku.." Kata Mairah, selepas mendapat mesej yang seram tadi, aku ikut Mairah pulang supaya dia selamat, kami tak tahu siapa yang hantar mesej itu..

" Jangan risaukannya..Bahaya kalau kau pergi sendiri. Mairah, jangan keluar rumah sangat tau." Pesan aku, Mairah mengangguk faham, dia memasukkan motornya ke dalam pagar rumah, aku masih berada dihadapan rumahnya dan melihat sekeliling.

" Terima kasih Aswad..kau dah boleh balik dah..Mak dengan ayah aku ada kat rumah." Balas Mairah, aku mengangguk faham.

" Jaga diri .."Aku menghidupkan semula motor aku, Mairah masih tertunduk tetapi dia mengangguk sambil tersenyum.

Aku pergi daripada Mairah, aku tak pernah nampak stalker dalam dunia yang betul, ini kali pertama dalam hidup aku, aku nampak seseorang kena stalk..memang menyeramkan..

Benda macam ni…kena ada orang dewasa tolong bersama tapi Mairah tak nak susahkan mak ayah dia pula..Siapa lagi yang kami boleh harapkan kalau bukan orang dewasa..Kepala aku terasa berat..

Apa yang kami boleh lakukan sekarang, ialah berhati-hati..

PAGE.10 TAMAT