Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 17 - Page.16 : Hilang

Chapter 17 - Page.16 : Hilang

PAGE.16 : Hilang

" Kau..tak nampak ke? Dia..terlalu ambik kisah pasal orang lain..dan tak fikir pasal diri dia sendiri..Makin orang dekat dengan kau, makin banyak malang mereka lalui..Kau sakiti orang sekeliling kau.." Kata-kata Zakir pada hari itu, bermain dikepala aku dari hari ke hari, ke minggu ke minggu.

Aiman yang sanggup mengayuh basikalnya untuk mencapai aku walaupun cedera teruk, Aswad yang datang menyelamatkan aku dan akhirnya juga cedera, wajah-wajah kecewa orang sekeliling aku..

Walaupun aku nak berubah, pada akhirnya..aku hanya sakiti orang lagi dan lagi..Orang yang selama ni bantu dan jagakan aku..Aku tak mampu buat apa-apa pun demi mereka..

Aku..tak sanggup hadap mereka lagi…

***

" Bukak balutan tu, abang.." Arah Iman. Dengan perlahan, aku membuka balutan kepala aku dan menoleh kearah cermin, terdapat kesan parut didahi aku, jahitan sudah dibuka dan aku tak perlukan lagi balutan kepala ni..

" Kesan ni akan kekal, hah…" Keluh aku.

" Nampak cool, apa salahnya?" Soal Iman sambil tersenyum, aku tergelak kecil.

" Mungkin juga.." Balas aku. Kami mengambil beg dan barangan kami, akhirnya selepas beberapa minggu didalam wad, aku dapat keluar. Aku dan Iman berjalan keluar daripada wad itu.

" Akhirnya dapat kembali tidur bawah aircond.." Kata Iman.

" Kau yang beria nak tidur dekat wad sama-sama..Balik jelah.." Tegur aku.

" Tak boleh..Kalau aku balik, aku rasa tak sedap hati pulak.." Balas Iman.

" Eh…aku ni abang ke adik?" Tanya aku, langkah kami terhenti, Mairah tiba-tiba berada dihadapan kami, dia juga terkejut bertembung dengan kami.

" Kau dah keluar?" Soal Mairah.

" Hum..ya." Aku mengangguk, Mairah mengeluh kecil sambil memegang kepalanya.

" Sorry, aku lupa..Oh ya, aku nak bagi ni pada kau.." Mairah menyerahkan kotak kepada aku, aku mengambil kotak itu.

" Hadiah daripada aku..Anggaplah hadiah sebab dapat keluar wad.." Mairah tersenyum sahaja, aku memandang kotak hadiah yang diberikan Mairah itu.

" Untuk Iman pun ada, nah.." Dia juga memberi hadiah kepada Iman

" Waah! Terima kasih.." Iman teruja sambil mengambil hadiah itu.

" Boleh ke aku bukak kotak ni?" Tanya aku.

" Silakan.." Balas Mairah, aku membuka kotak hadiah itu, terdapat sehelai baju dan kasut sukan berada didalam kotak hadiah itu.

" Dua-dua tu jenama mahal jadi jaga elok-elok ya..baju dengan kasut tu.." Pesan Mairah.

" Seriuslah? Aku ni bukannya selalu bersukan pun.." Aku tersenyum pahit.

" Ambik jelah…Mesti kau akan guna jugak nanti.." Kata Mairah.

" Saya punya…rantai?" Iman mengeluarkan rantai daripada kotak hadiahnya yang kecil itu.

" Comelkan? Sesuai untuk kamu.." Puji Mairah.

" C..Comel? Uhm…mungkin.." Iman cuba menyorokkan wajah malunya dengan senyum bangga, aku memerhati sahaja mereka.

" Oklah..kalau kau dah keluar daripada wad…aku balik jelah dulu.." Mairah mengambil langkah kebelakang.

" Oh..hum, baik..Jumpa di sekolah..hari Isnin ni.." Kata aku. Mairah terdiam lama, dia menoleh semula kearah aku.

" Jumpa nanti..Aiman.." Mairah tersenyum namun senyumannya terasa lain. Dia mengalihkan pandangannya dan berjalan pergi, aku memerhati sahaja.

" Abang..aku rasa dia dah mula suka dengan kau.." Bisik Iman sambil menyiku perut aku.

" Kau ni…Aswad tu lebih baik untuk dia…" Keluh aku.

" Tch! Abang..kau kenalah banyak berharap.." Kata Iman.

" Aku takde masa nak bercinta sekarang…" Balas aku, Iman memuncungkan mulutnya, aku menutup semula kotak hadiah itu. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

***

" Syakir!" Pintu rumah aku diketuk beberapa kali, aku segera berjalan kearah pintu itu dan membukanya, Nur berada dihadapan pintu rumah aku dalam keadaan kelam-kabut.

" Nur? Kenapa?" Soal aku.

" Kau ada dapat kotak hadiah tak?" Tanya Nur, aku melihat sekeliling.

" Hadiah?" Aku keliru, Nur berjalan kearah peti surat rumah aku, dia membuka pintu kecil peti surat itu, matanya terbuka luas, dia mengeluarkan kotak hadiah daripada peti surat itu, aku bergegas kearah Nur.

" Kepada Syakir." Tertulis diatas kotak hadiah itu.

" Aku pun dapat kotak hadiah..daripada Mairah.." Kata Nur sambil menunjukkan kotak hadiahnya, aku membuka kotak hadiah itu dengan perlahan, terdapat sehelai baju sukan dan kasut sukan, aku mengambil surat yang terletak diatas baju itu.

" Aku tak tahu apa yang lelaki suka sangat jadi aku just belikan kasut dengan baju je, harap korang suka dan boleh guna. Terima kasih untuk selama ni, Syakir.

Daripada Humairah."

" Kenapa tiba-tiba dia bagi hadiah?" Aku pelik dan keliru.

" Dia bagi aku handbag yang boleh tahan juga harganya dan tulis surat yang pada aku.." Nur menunjukkan surat yang diberikan Mairah kepadanya, aku mengambil surat itu.

" Aku bersyukur kau nak berkawan dan maafkan aku, Nur. Aku harap kau dengan aku kawan sampai bila-bila, semoga kita berjumpa lagi.

Daripada Humairah."

Apa yang tengah terjadi ni?

***

" Kau selalu buat aku tergelak tanpa aku sedar, walaupun kau selalu bodoh-bodoh, aku tahu, kau hanya nak berikan semua orang mood yang baik betul tak? Terima kqsih, Amir.

Daripada Humairah."

Amir duduk diatas sofanya sambil meletakkan surat itu semula kedalam kotak hadiahnya, dia mengambil nafas yang panjang.

" Ada benda berlaku lagi ke?" Soal Amir.

***

" Dah lama aku tak pakai uniform sekolah..Rasa lain pula bila dah pakai balik…" Aku memandang diri aku dicermin bilik aku. Uniform sekolah yang hampir sebulan tidak aku pakai, parut didahi aku tutup dengan rambut aku.

" Alright..mari." Aku keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Kelihatan ayah sedang meminum air kopinya, ibu pula sedang berada didapur, Iman mengisi mangkuknya dengan bijirin, aku mendekati mereka.

" Sini makan, Aiman…cepat sikit tau, ayah nak pergi kerja pukul 7:30 ni.." Ajak ayah, sejak kejadian hari itu, ibu tak benarkan aku menaiki basikal lagi.

" Hum..baiklah.." Aku mengangguk sahaja.

***

" Aku pergi kelas aku dulu.." Iman berjalan kearah kawan-kawannya, aku tersenyum dan memerhati sahaja dia pergi, tiba-tiba dari belakang, seseorang menepuk belakang badan aku dengan kuat.

" Assalammualaikum, Aiman."Tegur Amir.

" Waalaikumusalam, kau rupanya, Amir.." Aku memegang belakang badan aku.

" Hai, korang.." Syakir pula yang muncul, kami bertiga berjalan bersama-sama dikoridor sekolah ini, angin pagi bertiup kuat.

" Wei, Aiman..Mairah ada bagi kau hadiah tak?" Tanya Syakir, aku menoleh kearahnya.

" Kami ada jumpa masa hari aku keluar wad..Dia bagi aku hadiah masa tu.." Balas aku.

" Dia ada kata apa-apa pada kau?" Soal Syakir.

" Hum.." Aku cuba ingat balik apa yang dikatakan Mairah haritu.

" Jumpa nanti..Aiman.."

" Takde apa-apa yang tak kena masa haritu..rasanya.." Kata aku sambil mengalihkan pandangan aku, senyuman Mairah masa haritu masih menganggu aku.

" Takpelah…" Syakir menoleh semula kehadapan.

Aku masuk ke dalam kelas, ramai rakan-rakan sekelas menyambut aku, mereka agak terkejut untuk melihat keadaan aku pulih semula. Tempat duduk Mairah kosong sahaja, aku pelik, bukan dia selalu dah ada ke masa-masa sebegini.

Nur lalu ditepi tempat Mairah dengan wajah risau, dia mendekati aku selepas keadaan jadi reda.

" Aiman..kau ada jumpa Mairah haritu kan? Ada apa-apa pelik tak dengan dia?" Soal Nur, dia dan Syakir bertanyakan soalan yang sama.

" Takde.." Balas aku.

" Bertenang Nur, takde apa-apalah..dia mungkin datang lambat je.." Kata Amir, Nur tertunduk. Loceng berbunyi, guru kelas kami memasuki kelas sambil membawa beg kerjanya.

" Aiman, keadaan kamu dah okay sekarang?" Tanya Cikgu Farah.

" Ah! S..Saya okay.." Balas aku, janggalnya bila kena panggil depan semua orang dalam kelas, aku duduk semula dengan perlahan.

" Cikgu ada pengumuman untuk semua, ini agak mengejutkan ya. Humairah…baru sahaja berhenti sekolah disini dan dia akan pindah ke sekolah lain, dia meminta doa daripada rakan-rakannya disini katanya..so doakan dia semoga maju jaya ya.." Kata Cikgu Farah dihadapan kami, aku terkaku, mata Nur terbuka luas, Syakir menoleh kearah mejanya, Amir juga kelihatan terkejut, ramai rakan-rakan sekelas semua berada didalam kekeliruan, masing-masing tertanya.

" Mairah pindah?" Aku memegang kepala aku.

***

" Kenapa tiba-tiba je…Dia pun block nombor kita semua..kita tak dapat contact dia sekarang.." Keluh Nur, dia tertunduk dengan wajah yang sedih.

" Jadi…hadiah dan surat yang dia bagi ialah untuk ucapkan selamat tinggal je, hah.." Amir kelihatan kecewa.

" Mesti ada sesuatu kita boleh buat…mari pergi rumah Mairah..petang ni.." Ajak aku.

" Jangan..kalau dia nak pindah..itu ialah hak dia..Kita tak boleh halang dia sebegitu sahaja.." Kata Syakir, kami menoleh kearahnya.

" Dia mungkin rasa bersalah..dan ingin jauhkan diri daripada kau, Aiman.." Tambah Syakir lagi.

" Selama ni..dia okay je jumpa aku diwad aku..kitorang sembang okay je dekat WhatsApp jadi..kenapa?" Soal aku sambil mengenggam tangan aku.

" Tak boleh buat apa…biarkan jelah dia, ini bagus jugak, untuk kita..dan untuk Mairah.." Balas Syakir, dia berjalan pergi sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.

Nur, Amir dan aku diam sahaja, apa yang berlaku ini agak mengejutkan dan tiba-tiba, kami tak tahu bagaimana ingin kami bertindak.

***

" Jumpa nanti, Aiman."

Nombor aku telah diblock oleh Mairah, aku mengenggam telefon aku dengan kuat, Nur, Amir dan Syakir pun tidak dapat menghubungi dia.

Kenapa Mairah? Kau tak bagitau apa-apa pun pada kami..Aku baru ingat yang kita boleh kembali seperti sedia kala tapi kenapa situasi jadi sebegini?

Aku menoleh kearah kasut sukan dan baju sukan yang diberikan Mairah, inilah hadiah pertama dan mungkin yang terakhir aku terima daripada Mairah. Aku dah berhenti suka kau Mairah, aku just kita stay sebagai kawan je..pun dah cukup. Kau bersama dengan Nur, aku, Amit dan Syakir pula akan buat bodoh sama-sama, kita gelak sama-sama..

Bila aku bayangkan, masa-masa kami bersama tanpa Mairah, aku terasa sesuatu kurang dan hilang..

Hilang..

" Abang mana kau nak pergi?! Ibu tak bagi kau naik basikal lagi!" Kata Iman, aku buat tak endah sahaja dan keluar daripada pintu rumah aku.

" Abang!" Panggil Iman, dia berada dihadapan pintu rumah, dia kelihatan risau, aku menoleh kearahnya seketika.

" Iman..sorry." Kata aku kemudian mengayuh laju. Aku akan pergi ke rumah Mairah, dan bercakap dengan dia sendiri.

Aku akan pujuk dia untuk kekal sekolah bersama kami..Syakir tak benci dia lagi..Nur mahu kekal bersama..

Jangan hilang Mairah! Jangan!

Aku tiba dijalan dimana aku dipukul oleh Usop dengan batang besi pada hari itu, aku teringat wajah Mairah yang ketakutan pada masa itu..Aku ingat darah yang memenuhi tangan aku pada masa itu!

Aku berada dihadapan rumah Mairah, mata aku terbeliak, rumahnya kosong, tiada kereta, kasut, atau apa-apa tinggal lagi dihadapan rumahnya.

" Mairah!" Jerit aku, aku menumbuk perlahan pagar rumah Mairah, dia pindah juga daripada taman ni? Dia pindah daripada bandar ni ke?

" Aiman?" Tegur seseorang, aku menoleh ketepi, Aswad memandang aku dengan wajah tertanya, dia memegang kotak yang hampir sama seperti kotak hadiah yang diberikan Mairah kepada aku.

" Aswad..mana Mairah?" Tanya aku.

" Kau..pun tak tahu?" Aswad memegang kepalanya, dia kelihatan terganggu. Mairah, mana kau?

Apa jadi ni?!

Page.16 Tamat.