Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 13 - PAGE.12 : Takkan Faham

Chapter 13 - PAGE.12 : Takkan Faham

Semuanya salah kau..

" Cukuplah tu, Usop!" Terdengar suara jeritan Roznam, Syakir berlari kehadapan, kelihatan Usop sedang berada diatas seorang budak lelaki, dia menghayunkan tangannya dan menumbuk wajah budak lelaki itu, terdapat darah berada ditangannya.

" Usop!" Roznam memegang tangan Usop, Syakir terus berhenti berlari, dia memerhati sahaja Roznam dan Usop. Nur sedang memerhati mereka daripada jauh, dia ketakutan.

" Kenapa kau pukul dia sampai macam tu? Kau gila ke?!" Soal Roznam.

" Dia…berani sentuh Mairah..aku hanya pertahankan Mairah sahaja…daripada dia ni." Balas Usop, matanya kelihatan mati. Mata Roznam terbuka luas, dia tidak percaya apa yang sedang dilihatnya.

" Kau gila..Usop.." Keluh Roznam, dia menolak Usop jauh daripada budak lelaki itu.

" Teruk sangat tu..nak aku call sesiapa ke?" Tanya Syakir.

" Mari minta tolong Pak Karim.." Balas Roznam, dia mendukung budak lelaki itu, Usop berdiri dengan perlahan, dia menjeling tajam Syakir dan Roznam.

" Kau..kenapa kau tolong dia, Roznam!" Jerit Usop, dia ingin menumbuk Roznam namun tangannya ditahan oleh Syakir.

" Kau nak aku pukul kau pulak, Usop!" Syakir kelihatan bengang, Usop mengetap giginya.

" Sudahlah..jangan gaduh.." Keluh Nur, dia menutup wajahnya, Syakir melepaskan tangan Usop. Mereka menjeling sesama sendiri.

" Apa jadi?" Amir mendekati Nur, dia menoleh pula kearah Syakir dan Usop, kelihatan darah yang mengalir daripada tangan Usop dan juga darah yang berada dilantai.

" Nur..mari pergi dari sini.." Ajak Amir, Nur mengangguk perlahan, mereka berdua segera berlari dari belakang surau itu, Syakir mengeluh kecil.

" Aku susah nak percaya kita kawan lama Usop..sebab perempuan tu kau sanggup buat macam ni..gila betul.." Kata Syakir.

" Diamlah!" Balas Usop, Syakir mengambil langkah kebelakang, dia kelihatan kecewa.

Aku masih ingat kejadian itu…Sejak haritulah, aku mula tak suka sangat dengan Mairah, sebabkan janji manis..muka dan diri dia, seorang kawan yang lama aku kenal menjadi orang gila macam ni..

Lelaki seperti Usop, yang mengharapkan kasih sayang, dia senang terpedaya dan mula jatuh, dia sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk kekal dan pertahankan Mairah tapi cara dia salah sangat..

Apa aku cakap ni? Aku sendiri, hampir lakukan benda yang sama juga…

Sejak Usop pulang ke kampung ni, aku mula terfikirkan, yang aku hampir buat kesilapan yang sama dia lakukan..Aku hampir melepaskan tangan aku pada Humairah sebabkan dia sakiti Nur. Aku sendiri tak faham kenapa aku lakukan tindakan sebegitu..sebab marah? Bengang?

Sebab aku sayang Nur?

Aku terasa seperti ditumbuk diri tingkatan 2 aku..

" Kau pun sama je macam dia! Aku susah nak percaya yang kita ialah orang yang sama!" Aku boleh bayangkan dia berada dihadapan aku dan bercakap sebegitu…

Aku sepatutnya berterima kasih pada Aiman sebab dia tumbuk muka aku pada masa itu..Berterima kasih pada Nur sebab pastikan nama aku bersih dan beri aku pelbagai pesanan..

Akhirnya, aku tak pertahankan apa-apa pun..aku sahaja yang dipertahankan orang lain..

***

" Cepat abang kita dah lambat! Ibu suruh kita bawak basikal!" Jerit Iman, aku segera mengambil beg dan berlari kearah dapur, aku mengisi cawan dengan air teh dan terus meminumnya. Panas! Tapi aku tetap kena cepat, roti aku ambil dan gigit.

" Aduh…ayah pun bangun lambat..semua bangun lambat hari ni!" Keluh Iman sambil mengikat tali kasutnya, aku hanya menyarung sahaja kasut tanpa mengikat tali aku. Roti yang berada dimulut aku dengan segeranya aku makan.

" Cepat Iman..perhimpunan start lagi 20 minit je ni…" Arah aku.

" Tak nampak ke aku tengah cepat ni!" Balas Iman. Kami berdua keluar daripada rumah, aku menaiki basikal aku, Iman melompat dan duduk ditempat duduk yang berada dibelakang basikal aku.

" Pegang kuat-kuat!" Kata aku, kaki aku diletakkan dipaddle basikal, dengan sekuatnya, aku mengayuh basikal.

25 minit kemudian…

" Hah…hah….hah.." Aku kepenatan, peluh membasahi dahi aku, Iman membaling paket tisunya kearah aku.

" Kita dah lambat dah pun..Lepak dululah.." Kata Iman.

" Haih…aku penat gila…" Keluh aku sambil mengelap peluh aku, seseorang sedang mendekati kami berdua.

" Lambat ya adik beradik ni.." Tegur Mairah, dia bertugas hari ni?

" Akak Mairah…lepaskanlah kami..tak sengaja bangun lambat!" Pinta Iman sambil mengenggam kedua-dua tangannya. Mairah mula berfikir, dia mencucuk kepalanya menggunakan jarinya beberapa kali.

" Iyalah-iyalah..Akak bagi peluang…cepat pergi perhimpunan tu sementara cikgu tengah takde.." Kata Mairah.

" Alright! Thank you!" Iman terus berlari pergi, aku masih sedang mengambil semula nafas dan mengelap peluh aku.

" Kau pulak…cepatlah.." Arah Mairah.

" Sabar jap..kau tak nampak aku tengah penat gila ni…Rumah aku tak dekat sangat macam korang.." Balas aku, Mairah tersenyum pahit.

" Jom duduk je sini..teman aku jaga pagar.." Ajak Mairah, aku menoleh kearahnya.

" Ah…baik.." Aku mengangguk dan ikut sahaja.

" Kau tak kena marah ke kalau buat macam ni?" Tanya aku sambil berjalan dibelakang Mairah, dia menoleh kebelakang sambil tersenyum.

" Lepaklah..sekali sekala apa salahnya? Pengawas yang sepatutnya bertugas sama-sama dengan aku tak datang…" Balas Mairah, kami duduk sahaja dihadapan pagar, kelihatan beberapa kenderaan lalu lalang dihadapan sekolah.

" Ada ke orang datang lambat masa-masa macam ni?" Soal aku.

" Ikutlah..kadang ada kadang takde…" Kata Mairah, dia mengeluarkan gula-gula daripada poketnya.

" Nak gula-gula?" Tawar Mairah.

" Boleh jugak.." Aku terus menghulurkan tangan aku tanpa ragu..

" Cepatnya!" Mairah terkejut, dia terus meletakkan gula-gula yang dikeluarkannya tadi keatas tangan aku. Paket gula-gula ini pelik, aku tak pernah nampak gula-gula macam ni sebelum ni..tapi apa aku kisah..aku buka paket dan terus memasukkan gula-gula itu ke dalam mulut aku..

" Pedas!" Mulut aku terasa pedas yang amat, Mairah kelihatan sedang menahan gelaknya.

" Dapat seorang..hehe.." Mairah menutup mulutnya sambil tersenyum sinis, aku mengeluarkan lidah aku.

" Aku harap..bahagian diri kau yang macam ni pun berubah Mairah…" Keluh aku.

" Tak nak..aku suka kacau orang dan buat benda bodoh..itulah hobi aku..hehe.." Mairah buat-buat gelak jahat, dia dah kembali jadi diri lama dia dari hari ke hari…Aku sepatutnya rasa lega tapi bila lihat dia tersenyum dan jadi diri lama dia semula..Aku teringat yang aku pernah suka dia..Haih..aku masih suka ke ataupun tak suka dia sekarang ni?

Aku menoleh kehadapan, mata aku tertumpu kearah seseorang yang sedang berada diatas motor, dia sedang memegang telefonnya dan seperti mengambil gambar kami, orang itu memakai helmet yang menutup seluruh wajahnya. Aku pelik, kenapa dia ambil gambar?

" Dah hilang dah rasa pedas tu?" Tanya Mairah.

" Ah..eh..ya..Ada rasa manis-manis jugak lepas tu..pelik gula-gula ni.." Balas aku.

" Gula-gula prank ni mahal jugak aku beli dekat Shopee, rasanya dalam 2 ringgit satu biji.." Mairah sedang bercakap dengan aku namun pandangan aku tertumpu sahaja kepada orang yang sedang menghadapkan telefonnya kearah kami.

" Oi..jangan palau aku.." Tegur Mairah, dia mencucuk pipi aku, kuku dia tajam!

" Aduh, sakitlah.." Aku memegang pipi aku.

" Kau asal termenung?" Soal Mairah, aku tertunduk dan mendekatkan sedikit diri aku dengan Mairah.

" Ada orang tengah rakam atau tangkap gambar kita..dia tengah ada depan sekolah, atas motor…" Bisik aku, bahu Mairah terus terangkat, dia menoleh kehadapan pagar, orang it uterus meletakkan telefonnya kebawah.

Dia menghidupkan motornya, mata Mairah terbuka luas, aku memerhati motor itu, warna kuning dengan jalur hitam, itu sahaja yang aku dapat tangkap sebelum dia memecut laju pergi..

" Apahal?" Aku keliru, bila Mairah memandang dia, orang itu terus pergi.

" A..Aiman.." Panggil Mairah, aku mengalihkan pandangan aku, Mairah kelihatan dalam ketakutan, dia memegang kedua-dua bahunya.

" Mairah?" Aku kaget, Mairah menutup kedua-dua matanya, kelihatan dia sedang berpeluh, apa tengah jadi ni?

Siapa orang tu tadi?

***

" Tak tahulah kalau kau ingat ke tak..Aku Usop.." Aku teringat senyuman Usop pada hari itu, walaupun dia nampak macam orang yang berbeza, aku hanya dapat fikirkan hari dimana dia belasah seorang budak lelaki yang mula mendekati Mairah.

" Aku..dapat satu mesej..daripada seseorang yang stalk aku..dia siap ambik gambar lagi..masa aku pergi tuisyen.."

Unknown : Aku dah balik sini, Mairah…jangan lari lagi kali ni.

Mesej yang Mairah screenshot dan beri aku itu, stalker ni muncul selepas Usop sudah balik semula ke sini, kebetulan? Tak mungkin..

Dalam banyak-banyak orang yang mungkin lakukan benda sebegini..Hanya Usop sahaja yang paling aku percaya..tapi aku tak boleh main tuduh sahaja tanpa bukti..Mairah pun tak beri aku nombor orang yang hantar mesej tu supaya aku tak call dia..demi keselamatan aku..

Ah…kepala aku yang kecil ni takkan dapat comprehend semua ni!

" Aku mengalah.." Aku meletakkan sahaja kepala diatas meja, kepala aku terasa sakit dan berat, informasi yang masuk kepala aku semuanya berat..

" Kenapa dengan kau Nur?" Tegur Syakir, dia memandang aku pelik.

" Takde apa..aku okay.." Balas aku.

" Kau tak nampak okay langsung.." Kata Syakir, dia mengangkat bulu mata kanannya, aku mengeluh kecil.

" Syakir, sejak bila Usop balik kampung balik? Bukan dia masih ada kat juvana ke?" Tanya aku.

" Apa?! Macam mana kau tahu Usop dah balik sini?" Syakir kelihata terkejut. Eh? Kenapa dengan reaksi dia ni?

" K…Kami terjumpa..masa aku balik rumah hari tu.." Kata aku, Syakir menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Siallah..Dia tu.." Keluh Syakir, wajahnya kelihatan terganggu.

" Dengar ni Nur, mulai hari ni..kita balik sama-sama.." Kata Syakir, dia nampak serius..

" Eh? Kenapa?" Soal aku.

" Usop tu..Kau kena jauhi dia..Kau takkan tahu apa yang dia bakal buat..Haritu aku jumpa dia juga dekat masjid..Dia tak nampak berubah langsung walaupun dah keluar juvana..Dia tu bahaya.." Pesan Syakir, aku kaget, memang Usop bahaya sampai sebegitu ke?

***

" Aku dah okay sekarang…sorry, buat kau risau tadi.." Mairah menepuk tangannya, aku mengalihkan pandangan aku.

" Takpe-takpe.." Kata aku.

" Aiman..kau tak perlu risau sangat tau..takde apa pun sebenarnya..Perut aku just rasa sakit je.." Mairah tersenyum sahaja tapi aku tahu senyuman itu ialah senyuman yang palsu..Kau takkan dapat menipu seseorang yang sering menipu perasaannya sendiri..

" Ah..baik." Aku mengangguk sahaja.

" Cepatlah, jom ke kelas.." Mairah memulakan langkahnya, aku memerhati Mairah pergi.

Orang yang menangkap atau merakam kami tadi..apa yang dia buat sebenarnya? Itulah apa yang orang panggil stalking kan? Seramnya…

Aku mula tenggelam dalam fikiran aku..bentuk badan orang itu, motornya, telefonnya, reaksi Mairah tadi. Semua itu bermain dikepala aku..

" Itu pun kau Aiman..mana kau hilang masa perhimpunan?" Tegur Amir, dia sedang berada dihadapan kelas.

" Tadi kitorang berdua jaga pagar sama-sama.." Balas Mairah, dia mengenyitkan matanya, Amir terus tersenyum sinis sambil memandang aku.

" Kau jangan fikir bukan-bukan ya..Mairah ada BF.." Kata aku.

" Iyolah…." Amir menepuk bahu aku beberapa kali, sakit hati pula lihat senyuman dia tu..aku terasa diri aku berada didalam bahaya.

" Assalammualaikum, Nur..Um..Syakir.." Mairah tertunduk apabila dia memberi salam kepasa Syakir.

" Haih..Waalaikumusalam.." Balas Syakir.

" Waalaikummusalam, Mairah.." Kata pula Nur, Mairah duduk ditempat duduknya, Nur memusingkan kerusinya kearah Mairah, Syakir berjalan kearah aku dan Amir.

" Dah nak start kelas..jomlah duduk.." Ajak Syakir, dia berjalan kearah tempat duduknya, Amir dan aku memandang sesama sendiri.

" Dia nampak okay sikit sekarang.." Kata Amir, dia kelihatan lega. Aku mengangguk sahaja, walaupun mungkin dia masih ada masalah dengan Mairah, dia tetap terima sahaja dan lalui hari-hari seperti biasa..

Terima kasih, Syakir..sebab mengalah..

***

" Banyaknya kawan lelaki kau sekarang Mairah..Aku cemburu, kau tahu.." Usop mengenggam telefonnya erat, gambar Aiman terpapar ditelefonnya, dia menatal telefonnya keatas, gambar Aswad pula yang muncul.

" Kenapa kau panggil aku, Usop?" Tegur seseorang, Usop menoleh ketepi, Roznam sedang berada dihadapannya.

" Dah lama tak lepakkan, Roz?" Balas Usop.

" Kau nak ajak lepak je ke?" Soal Roznam, dia kelihatan malas, Usop menyimpan telefonnya kedalam poket seluarnya.

" Dah lama kot..duduk-duduklah dulu..Aku ada rokok.." Kata Usop, dia mengeluarkan kotak rokoknya, Roznam mengeluh kecil.

" Aku tak merokok dah..Aku ada asma.." Balas Roznam, Usop mengeluarkan sepucuk rokok, dia tetap membakar rokok itu.

" Aduhai..bosannya…" Keluh Usop, Roznam duduk berjauhan daripadanya, mereka berdua tidak memandang sesama sendiri.

" Mesti ada sebab lain kau panggil aku selain daripada nak melepak kan? Straight to the pointlah..apa kau nak?" Tanya Roznam lagi, Usop menghembuskan asap rokoknya.

" Kau tahu..Aku dapat keluar daripada juvana ni pun..sebab bantuan orang lain..kalau tidak, aku rasa aku mungkin ada kat situ selama aku masih bersekolah menengah..Macam sial kan?" Terang Usop, Roznam menoleh kearahnya.

" Sebabkan Mairah..aku menghabiskan kehidupan sekolah menengah biasa aku dalam sekolah yang seumpama dengan penjara..hidup dengan seksanya..hubungan keluarga aku hancur..Semuanya salah dia..tapi dia tak pernah minta maaf dan jumpa aku pun..lepas apa yang terjadi.." Cerita Usop, dia mengenggam tangannya dengan erat.

" Bodoh..jangan salahkan orang lain..Kau yang-" Roznam belum menghabiskan ayatnya, Usop terus berdiri dan menjelingnya tajam.

" Haih…kau yang bawa masalah ni pada diri kau sendiri.." Sambung Roznam.

" Salah dia jugak…dia sepatutnya sedar betapa aku kisah dan sayang dia pada masa tu..Dia tak kisah langsung pasal aku sebenarnya dan permainkan aku..Hancurkan kehidupan aku. Aku akan buat dia sengsara pulak..itu apa yang aku nak lakukan sekarang.." Usop tersenyum sinis, Roznam menelan air liurnya.

" Usop..kau tak perlu buat semua ni..Move on jelah..benda dah lama berlalu, 2 tahun wei..Kau nak sekatkan diri kau dalam masalah yang dah selesai 2 tahun lepas?" Roznam memegang kedua-dua bahu Usop, rokok dimulut Usop terjatuh ketanah.

" Inilah satu-satunya cara aku nak move on..dengan hancurkan pulak kehidupan Mairah..kau tak fahamnya, Roz..kau tak faham apa-apa!" Balas Usop, Roznam melepaskan bahu Usop.

" Aku memang tak boleh fahami kau, Usop..Kau fikir macam mana lagi aku nak faham kau? Masuk dalam kepala kau? Mana boleh seseorang fahami orang lain sepenuhnya.." Kata Roznam, Usop mengetap giginya.

" Sekurang-kurangnya..cubalah faham aku..Kau akhirnya tinggalkan sahaja aku..dan biarkan aku pergi ke sekolah lahanat tu..Korang semua tinggalkan aku.." Usop tertunduk, Roznam melangkah kebelakang.

" Maaflah..aku tak boleh buat apa-apa.." Keluh Roznam, Usop menoleh semula kearah Roznam.

" Jangan halang aku, Roz…Dia pun dah tinggalkan kau kan? Kau mesti nak tengok dia sengsara jugakkan?" Pinta Usop, Roznam menutup matanya seketika.

" Sebab tak menghalalkan cara, Usop.." Pesan Roznam, Usop meludah ketepi.

" Kalau kau halang aku..aku buatkan kau pun sengsara sekali.." Kata Usop, dia memasukkan tangannya kedalam poket seluarnya dan berjalan pergi.

***

"Roz..kau tak faham apa-apa!"

" Takde sesiapa faham aku!" Jerit Usop, bajunya sudah koyak-koyak, darah mengalir daripada hidungnya, dia menangis berseorangan dibelakang surau, aku turun daripada basikal aku dan berjalan perlahan kearahnya.

" Kenapa dengan kau?" Tanya aku. Usop menoleh kearah aku, air matanya masih mengalir perlahan, inilah semasa kali pertama aku berjumpa dengan Usop, pada masa itu kami masih budak sekolah rendah.

Usop..ada banyak masalah keluarga. Ayah dia baran, ibu dia pula tidak dapat bekerja, Usop selalu menjadi mangsa, ayah dia sering melepaskan kemarahan dan kekecewaannya pada Usop..anaknya sendiri.

Aku dan Syakir mengajak dia untuk menjadi kawan kami supaya dia dapat menjauhkan diri dia daripada keluarganya yang bermasalah. Kami sering bermain bersama dahulu, buat benda jahat bersama, sorok-sorok beli rokok, isap rokok, main game…

Syakir jenis budak yang baik dahulu jadi dia tak ikut sangat kerja jahat kami, hanya aku dan Usop yang lakukan benda-benda macam tu…Semasa sekolah menengah, Syakir, Nur dan Amir bersekolah disekolah yang berbeza dengan aku dan Usop..

" Kau ada masalah dengan aku ke?" Soal Usop, dia sedang menarik baju seorang senior yang mengacau dia tadi, sejak masuk ke sekolah menengah, Usop berubah menjadi seseorang yang baran seperti ayahnya sendiri. Mungkin kerana stress yang dialaminya..dia jadi sebegitu..

Namun dia mula berjumpa dengan seseorang, aku ingat haritu, Syakir mengajak kami datang ke rumahnya semasa hari raya, Usop berjumpa dengan seorang budak perempuan, Humairah..

Mereka menjadi kawan yang rapat tanpa aku sedar dan selepas setahun, mereka mula bercouple, Usop gembira sangat, dirinya yang baran mula menjadi lebih tenang.

" Sebabkan Mairah..aku rasa aku boleh perlahan-lahan elokkan hubungan aku dengan keluarga aku mengikut pesanan dia.." Aku ingat kata-kata Usop pada hari itu, aku sepatutnya tahu yang Mairah sendiri punyai keluarga yang tidak sempurna juga..

Pada satu masa, semasa Usop mengikut Mairah keluar bersama dengan kawan-kawannya, ada salah seorang daripada kawan Mairah itu terlalu rapat dan mengorat dengan Mairah, Usop bengang sangat dengan budak itu..

Kemudian kami dapat tahu..yang budak tu duduk sama kampung dengan kami..

Akhirnya, Usop..kerana rasa cemburu dan marah, membelasah budak itu sehingga dia harus dihospitalkan..

Keadaan budak yang dibelasah Usop itu terlalu serius sehingga dia di masukkan ke juvana, hubungan keluarga Usop yang makin baik it uterus runtuh, kehidupan dia terus jadi huru hara..Aku tak mampu nak buat apa-apa..

Pada hari dia masuk kedalam bas sambil membawa barang-barangnya untuk ke sekolah barunya, aku hanya diam dan lihat sahaja, tiada apa-apa yang dapat aku lakukan untuk bantu Usop..

Dia dah jadi seseorang yang bukannya aku kenali..hanya sebab dia jatuh cinta dan terlalu obses dengan seseorang…

Kalaulah aku dapat ulangi semula masa..Aku akan elakkan daripada Usop dan Mairah berkenalan..

***

Kau menyesal? Kau tak dapat lakukan apa-apa? Kau tak faham?

Orang sekeliling ialah seperti bunga, pelbagai jenis dan warna, ada yang cantik, buruk, berduri, beracun, jika kau tersalah pegang bunga, kau akan kesakitan, kalau kau pilih bunga yang tidak sesuai, kau akan terseksa..

Dalam kehidupan, kau perlu memilih, pastikan pilihan kau betul..Tapi kau tidak selalu juga memilih bunga yang betul..Kadang-kadang, kau tetap memilih bunga yang menyakiti dan berduri..

" Ouch!" Aku menarik tangan aku, darah mengalir dengan perlahan daripada jari aku, nampaknya, aku tersalah pilih lagi..Sakit..sakit sangat..

" Kau tak faham apa-apa!"

Mampu ke kita fahami seseorang sepenuhnya dan bantu mereka? Aku tak dapat fahami dia betul-betul..Aku tak tahu tindakan atau ayat yang betul..apa patut aku cakap atau lakukan?

" Maafkan aku!"

Mata aku terbuka, air mata mengalir perlahan daripada mata kanan aku, terasa seperti aku baru sahaja melalui mimpi yang sedih, dada aku terasa berat dan sakit..

" Apa bendalah.." Keluh aku sendiri sambil membetulkan posisi aku tidur aku, mimpi macam tadi tu..Aku harap aku tak mimpi sama seperti itu lagi..

PAGE.12 TAMAT