Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 15 - PAGE.14 : Buat Kau Menderita

Chapter 15 - PAGE.14 : Buat Kau Menderita

Page.14 : Buat kau menderita

" Kenapa abang belum balik lagi ni?" Soal Iman, dia sedang berada dihadapan pagar rumah, hujan sedang turun namun tidak terlalu lebat. Dia mengeluarkan telefonnya dan segera mencari nombor Mairah.

" Alright jumpa nombor Akak Mairah.." Kata Iman dan terus menelefon nombor itu, dia tunggu dengan lama namun tiada sesiapa menjawab, dia mencuba lagi..

" Haik? Dia pun takde kat rumah ke?" Iman menggigit ibu jarinya, dia menoleh semula kearah telefonnya.

" Aiman belum balik lagi? Kamu call Mairah pun tak dapat?" Nur kedengaran terkejut. Iman menyandarkan badannya.

" Tadi diorang keluar sama-sama, kan?" Tanya Iman.

" Iya..Aduhai, kenapa pulak ni?" Keluh Nur.

" Diorang belum balik? Ada apa-apa terjadi ke? Rasa tak sedap hati sangat sekarang.." Monolog Nur, dia mengetuk dahinya beberapa kali.

***

" Dia takde kat rumah.." Kata ayah Usop, Pakcik Yusri, dia membuat riak wajah malas, aku berdiri sahaja dihadapan pintu rumah ini sambil memegang payung aku dengan erat.

" Tapi..dia tak datang sekolah tadi…mana dia pergi?" Tanya aku.

" Kenapa kau tanya aku..Lantak mampus dialah nak buat apa.." Balas Pakcik Yusri, genggaman aku makin erat. Orang tua ni…dia tak kisah langsung pasal anak dia..Aku terasa nak sahaja melepaskan tangan setiap kali aku nampak wajah dia..Dasar lahanat..

" Saya pergi cari dia.." Kata aku.

" Erg? Tak payahlah..baik kau balik..Tak payah fikir pasal Yusuf tu.." Keluh Pakcik Yusri, sial, aku tak dapat hentikan diri aku daripada menjeling orang tua ni!

" Sebagai kawan dia..saya kisah pasal keadaan dia..Mana tahu ada-apa jadi? Dia perlukan pertolongan ke? Saya harap pakcik tolong dia juga.." Pesan aku.

" Tch! Aku tak nak dengar tu daripada mulut budak-budak..Tambahan pula, Yusuf tu dah besar..lantaklah dia nak buat apa!" Pakcik Yusuf kedengaran marah.

Itu pandangan kau orang tua? Orang dewasa selalu layan kami macam budak-budak tapi anggap kami bertindak macam orang yang matang dan dewasa..Disebabkan orang-orang dewasa sebeginilah..Banyak remaja..anak-anak yang menderita..

" Ikut kaulah orang tua!" Itulah apa yang aku nak lepaskan tapi…

" Saya pergi dulu.." Aku mengalihkan pandangan aku dan berjalan pergi menuju kearah motor aku, payung aku tutup semula, air hujan terkena pada wajah dan pakaian aku, melihat langit yang gelap ini..mengingatkan aku..betapa gelapnya kehidupan aku ni..

Biarkan kawan baik aku ditangkap polis dan masuki juvana, couple dengan orang yang menipu kawan baik aku dulu..Sekarang, baru aku sedar dan menyesal…

Usop..aku akan cari kau dan kali ini, aku akan betulkan balik semua benda..Aku akan cuba faham, aku akan cakapkan maaf aku dan..tak tinggalkan kau lagi..

***

" Arah sini rumah, Mairah-" Kata Aswad namun ayatnya terus terhenti begitu juga motornya, Zakir terkejut, dia segera menekan brake motornya.

" Asal tiba-tiba je berhenti?" Soal Zakir, Aswad terus turun dari motornya, matanya terbeliak, kelihatan motor Humairah sedang terbaring ditepi jalan, Zakir mendekatinya.

" Motor Mairah?" Zakir keliru, Aswad melihat sekeliling, kelihatan terdapat kesan darah dan juga batang besi terbiar di jalan itu, dia mengambil batang besi itu, ada juga kesan darah dibatang besi yang diambilnya tadi. Aswad terus mengetap giginya.

" Bertenang Aswad..mana tahu Mairah dapatkan lari diri dia? Mari pergi tengok kat rumah dia dulu untuk pastikan.." Kata Zakir.

" Kalau stalker babi tu sentuh Mairah..aku akan pecahkan kepala dia.." Balas Aswad, dia kelihatan bengis.

" Zakir..kau pergi rumah Mairah untuk tengok sama ada dia ada kat rumah atau tak..Aku akan pusing satu perumahan dan pergi kawasan kampung, kalau Mairah kena ambil dengan stalker tu sekalipun…mereka takkan jauh.." Terang Aswad, Zakir mengangguk faham.

" Hat-hati Aswad.." Pesan Zakir kemudian menaiki semula motornya, Aswad juga berjalan kearah motornya.

" Sabar Mairah..aku akan ada untuk kau!" Monolog Aswad sambil menghidupkan enjin motornya.

***

" Jangan menangis Mairah..kau buatkan aku lagi nak buat sesuatu pada kau.." Kata Usop, dia terduduk sahaja diatas kerusi kayu yang sudah sedikit rapuh, tangan Mairah diikat dengan tali, dia berada dihujung bilik sambil menutup wajahnya.

" Aku nak seseorang jumpa kita disini..supaya aku boleh pukul dia dengan batang besi ni..Banyak batang besi kena tinggal dekat bangunan lama ni..Sedap juga guna untuk pukul orang.." Usop menunjukkan batang besi yang berat dan panjang, Mairah menoleh kearahnya.

" Apa kau nak?" Soal Mairah.

" Aku dah cakap betul tak? Aku nak buat hidup kau menderita..Aku nak ajar kau..apa rasanya untuk rasa bersalah padahal kau tak salah pun..Tak kisahlah sesiapa pun..mereka datang ke sini untuk tolong kau..Hyung! Aku hayun batang ni dekat kepala mereka..dan berseronok dengan kau pula lepastu.." Terang Usop, Mairah mengenggam kedua-dua tangannya, dia cuba bergerak, Usop terus memukul lantai menggunakan batang besi yang dipegangnya, Mairah terus berhenti bergerak.

Mereka berdua sedang berada didalam sebuah bangunan rumah yang sudah ditinggalkan, kelihatan amat usang dan lama, lumut memenuhi sekitar rumah itu, air hujan juga dapat masuk kerana bumbung yang sudah berlubang dan usang.

" Ergh!..Hah!..Eh!" Aiman mengayuh basikalnya dalam keadaan sakit, darah masih mengalir daripada dahinya namun dia segera mengelapnya, hujan makin lebat, darah yang berada ditangannya dibersihkan hujan.

" M..Mairah.." Dia hampir terjatuh namun menahan dirinya untuk mengayuh basikalnya.

" Mereka masuk..ke sini!" Dia memasuki kawasan kampung yang gelap, kiri dan kanannya hanya dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

***

Aku dah habis pusing satu perumahan ni tapi dia takde disini! Jawapannya aku kena ke kawasan kampung, tiada pilihan lain, aku kena cari Mairah sampai jumpa..atau sehinggalah Zakir dapat pastikan Mairah selamat!

" Minyak! Ini bukan masanya!" Keluh aku, kelihatan minyak aku sudah makin sedikit, takpe! Masih cukup untuk pusing satu kampung ni!

Aku memecut dengan motor aku, jalan yang licin ini aku endahkan sahaja, hujan sudah semakin lebat, pakaian aku habis basah lenjun, rambut aku ditiupkan oleh angin.

***

" Memang takde orang kat rumah dia..aduhai..macam mana aku nak beritahu Aswad? Kena cari dia ke?" Keluh Zakir, dia berjalan dihadapan rumah Humairah sambil menggaru kepalanya dengan wajah terganggu.

Dua motor tiba-tiba mendekati rumah Humairah, Zakir menoleh kehadapan, kelihatan Nur dan Syakir datang ke rumah Mairah, Nur terus memberhentikan motornya sejurus melihat Zakir.

" Ah..Assalammualaikum.." Tegur Zakir.

" Waalaikummusalam..s..siapa eh?" Tanya Nur, dia kelihatan ragu-ragu.

" Hum..macam mana nak cakap eh..kawan kepada kawan Humairah." Balas Zakir sambil tersenyum pahit.

" Kenapa kau ada kat sini?" Soal Syakir.

" Kawan aku suruh aku check Mairah ada kat rumah atau tak..tapi dia takde..tadi bagi salam pun takde orang jawab.." Kata Zakir, mata Nur terus terbuka luas. Zakir perasan bahawa riak wajah Nur berubah.

" Sebenarnya..sebelum aku ke sini..motor Humairah terbiar sahaja dekat tepi jalan, di selekoh sebelum masuk ke perumahan ni..dan ada batang besi dengan kesan darah tertinggal ditanah..Kawan aku lagi seorang..boyfriend Mairah..tengah cari dia.." Terang Zakir, Nur menutup mulutnya, dia kelihatan sangat risau.

" Apa?" Syakir mengetap giginya.

" Kita kena cari dia dan Aiman, Syakir.." Kata Nur sambil menoleh kearah Syakir.

" Iya..mari cari Aiman.." Balas Syakir.

" Aku tolong korang..kalau ada apa-apa berlaku nanti..lagi banyak orang, lagi bagus.." Zakir menawarkan bantuan.

" Baiklah..terima kasih, Aku Syakir, ini Nur.." Syakir menerima bantuan itu sambil memperkenalkan dirinya dan Nur.

" Nama aku Zakir.." Balas Zakir.

***

Jalan lama yang dulunya ada sebuah rumah yang sedang dibina namun sudah ditinggalkan, aku selalu lepak disini bersama dengan Usop dahulu, jalan ini agak gelap mungkin kerana hujan.

Aku membawa motor aku masuk ke jalan itu, mungkin Usop akan berada disini, ini tempat yang selalu dia pergi juga..Mata aku tertumpu kepada seseorang yang sedang berada dihadapan aku, dia mengayuh basikalnya. Apa dia buat disini?

Tiba-tiba orang yang mengayuh basikal itu terjatuh dari basikalnya, aku terkejut dan segera bergegas kearahnya.

" Hei, okay tak?" Aku turun dari basikal aku, orang itu menoleh kearah aku, mata aku terbeliak, rupanya dia ialah Aiman, ada darah didahi dan kepalanya.

" Roz..nam.." Kata Aiman, aku cuba mengangkat badannya.

" Apa jadi dengan kau?" Soal aku.

" Usop..dia..ambik Mairah.." Balas Aiman, sial!

Apa Usop lakukan? Dia pukul kepala Aiman dengan apa?

" Sabar dulu..kepala kau masih berdarah kau tahu…" Aku membuka baju sekolah aku dan cuba menghentikan pendarahan dikepala Aiman, banyaknya darah, aku rasa tak sedap badan tengok. Terdapat lampu yang dihalakan kepada kami, aku menoleh ketepi, terdapat lagi satu motor sedang berada dihadapan aku dan Aiman.

" Aiman?" Kata dia sejurus melihat Aiman terbaring diatas peha aku. Dia kenal Aiman? Siapa dia ni?

" Aiman..kau tahu mana Mairah?" Soal budak lelaki itu. Aiman mengalihkan pandangan kearah lelaki itu.

" A..Aswad..cepat..tolong Mairah..dia.." Aiman tidak dapat menyambung ayatnya, Aswad itu mengangguk perlahan.

" Terima kasih Aiman.." Balas Aswad dan terus berdiri, dia berjalan kehadapan.

" Ada..bangunan lama dekat hujung jalan ni..dia mungkin berada disitu.." Kata aku, Aswad meoleh kebelakang seketika.

" Baiklah..tengokkan keadaan Aiman ya.." Dia terus berlari daripada kami, apa kau fikir aku tengah buat sekarang?

Aswad tu, dia mungkin boyfriend Mairah, benda yang sama akan berulang lagi ke? Aku tak mampu buat apa-apa untuk bantu Usop..

" Aiman…apa patut aku buat?" Keluh aku sendirian.

" Ti..Tinggalkan je aku..Kau kena elakkan..benda teruk berlaku..Roznam.." Arah Aiman, aku kaget, dia cuba tersenyum.

" Aku akan okay.." Kata dia lagi.

" Bodoh..jangan cakap macam tu dalam keadaan macam ni..Aku..jagakan kau dulu.." Balas aku.

***

" Ini hanyalah tekaan aku..tapi aku rasa aku mungkin tahu mana mereka sekarang.." Kata Syakir, Nur dan Zakir menoleh kearahnya, mereka bertiga sedang berhenti ditepi jalan.

" Dekat mana?" Soal Nur.

" Nur..sebenarnya..ada seseorang ekori Mairah selama ni betul tak?" Tanya Syakir. Nur mengangkat bahunya.

" Ah..ada orang stalk dia..Aswad cerita pada aku.." Kata Zakir.

" Aku tahu siapa stalker dia tu..Stalker dia ialah Usop.." Balas Syakir.

" Usop?" Nur teringatkan perjumpaannya dengan Usop tempoh hari.

" Dia seorang je yang berani buat kerja gila macam ni..dan sakiti orang lain..Bukan itu sahaja, aku pasti..aku tahu dimana dia mungkin bawa Mairah dan Aiman.." Syakir memegang dagunya, dia menutup matanya.

Sebelum ini, Syakir pernah ke bangunan lama yang terletak dijalan lama kampung itu, dia teringat terjumpa beberapa flavour vape dan plastic yang baru terbiar disitu dan juga beberapa batang besi yang terbiar..

" Dah lama tak kesini…kan? Tapi dulu pun kita tak selalu lepak dengan Usop dan Roznam.." Amir melihat sekeliling.

" Itulah..diorang je lepak sini.." Balas Syakir, hari itu, dia dan Amir sengaja berjalan kesitu kerana mereka kebosanan.

" Tak sia-sia keluar haritu.." Monolog Syakir.

***

Kelihatan rumah yang belum siap dan sudah ditinggalkan berada dihadapan aku, ini rumah yang dia katakan tadi, aku tak sangka perkampungan ni ada kawasan dalam sebegini tapi ini bukan masa untuk fikir pasal tu…Aku kena cepat-cepat dapatkan Mairah.

Aku berlari masuk, sesuatu mendekati aku dari belakang.

" Hek!" Aku menahan batang besi yang dihayun kearah aku, sikit saja lagi! Kalau aku lambat bertindak, habis kepala aku..

" Ah, macam mana kau tahu tempat ni?" Soal lelaki yang menghayun batang besi itu, dia mempunyai rambut yang panjang, aku menjelingnya, dialah stalker Mairah selama ni..

" Mana Humairah?!" Tanya aku.

" Hum..cuba teka." Balas lelaki itu, aku mengambil langkah kebelakang, dia masih memegang batang besi itu, sakit juga tangan aku..dia hayun memang kuat betul tadi..sial!

" Kau gila kau tahu..Kau memang sengaja nak susahkan kehidupan kau ke?" Aku mengangkat tangan aku dan sedia untuk bertumbuk.

" Hidup aku dah macam sial..jadi apa aku nak kisah pun.." Kata lelaki itu. Dia betul-betul buat aku bengang.

" Hiyargh!" Aku menghayunkan tangan aku, dia mengelak dan ingin memukul aku lagi, kali ini batang besi itu terkena dibelakang badan aku.

" Argh.." Rasanya sakit betul…Aku memegang belakang badan aku.

" Siapa kat situ?!" Terdengar suara Mairah.

" Ini aku, Aswad! Mana kau?!" Soal aku sejurus mendengar suara Mairah, lelaki itu tiba-tiba menuju kearah aku.

" Sabar dulu..aku belum habis dengan kau..lepas kepala kau pecah, aku bagi kau jumpa Mairah!" Dia memandang aku tepat kearah mata, aku memegang kedua-dua tangannya sebelum sempat dia menggunakan batang besinya, dia kaget. Aku genggam tangannya dengan kuat.

" Berani..kau sentuh dia!" Aku menghentak kepala aku dengan kuat kearah dahi lelaki itu, kedengaran bunyi dentuman yang kuat, kami berdua tertolak kebelakang dengan kesan didahi masing-masing.

Aku menoleh ketepi, kelihatan Mairah sedang terbaring diatas lantai dihujung bangunan rumah tidak siap ini, tangannya diikat, matanya terbeliak, terdengar tapak kaki mendekati aku, lelaki itu menuju laju kearah aku.

" Sial!" Aku mengelak batang besi yang dihayunnya dan melepaskan satu tumbukan tepat kearah wajahnya, dia terpelanting kebelakang dan jatuh ke lantai, rambutnya yang panjang menutup wajahnya.

" Aswad!" Panggil Mairah, aku segera berlari kearahnya.

" Dia ada buat apa-apa pada kau ke?" Soal aku.

" A..Aiman..macam mana keadaan dia? Kau ada nampak dia tak?!" Tanya Mairah sambil memegang baju aku, kenapa kau kisah pasal dia sekarang? Ini bukan masanya!

" Dia..akan okay..tadi ada kawan dia tolong tengokkan dia.." Balas aku, riak wajah Mairah tiba-tiba berubah semula, aku memandang kebelakang, lelaki itu tersenyum sinis, darah mengalir perlahan daripada mulutnya, dia memukul aku dengan kuat menggunakan batang besi tadi, aku menepis namun pukulannya terlalu kuat sehingga aku juga tertolak kebelakang.

" Sudahlah tu Usop!" Jerit Mairah, Usop menarik tudung Mairah dan mengheretnya kearah aku, aku tak dapat rasakan tangan aku…Aku pasti aku dah tumbuk muka dia sekuat mungkin tadi..Dia ni memang gila!

" Aku dah bosan main dengan kau.." Kata Usop, dia menghayun batang besi itu tepat kearah lutut aku.

" Arghh!" Sakit! Dia memang pukul sekuat hati dia!

" Aswad! Lepaskan! Lepas…" Mairah cuba melepaskan tudungnya yang digenggam Usop.

" Diamlah kau!" Usop menyepak Mairah ketepi.

" Kau-" Belum sempat aku bertindak, dia melepaskan juga kakinya kearah wajah aku. Aku terheret kebelakang, darah mengalir keluar dari hidung aku.

" Aku..asal dari juvana..jadi gaduh macam ni..dan kena tumbuk macam tadi..biasa je bagi aku.." Dia berjalan kearah aku, dia ni dah melampau! Lutut aku dan tangan aku terasa sakit yang amat sekarang, kepala aku jugak..

Macam mana dia boleh bergerak laju macam tadi lagi?

***

Roznam menoleh kehadapan, dia kelihatan terkejut, tiga motor sedang mendekatinya dan Aiman, Syakir terus memberhentikan motornya sejurus melihat Roznam dan Aiman yang sedang berada ditepi jalan lama itu, dia turun dari motornya diikuti Nur dan Zakir.

" Nasiblah tekaan aku tepat.." Kata Syakir.

" Aiman? Kepala dia berdarah banyak!" Nur ketakutan, Zakir pula berjalan kehadapan, dia menoleh kearah motor Aswad yang tertinggal disitu.

" Mana budak lelaki yang pakai motor ni?" Tanya Zakir.

" Pergi straight kesana..ada rumah terbiar, cepat tolong dia..Mairah pun ada kat situ..Syakir, callkan ambulans." Arah Roznam.

" Terima kasih." Zakir segera berlari pergi, Syakir pula mengeluarkan telefonnya, Nur tiba-tiba melangkah kehadapan, Syakir menoleh kearahnya.

" Mana kau nak pergi Nur?" Soal Syakir.

" Aku..kena tengokkan Mairah jugak.." Balas Nur.

" Jangan..serahkan pada boyfriend dia dan kawan dia tu je…Kita kena tengokkan keadaan Aiman.." Kata Syakir, Nur tertunduk, dia memegang bahunya.

" Benda sama berulang lagi…" Keluh dia. Roznam mengalihkan pandangannya, riak wajahnya berubah sedih.

" Ergh!" Mulut Aiman bergerak, Nur memandangnya.

" N..Nur.." Mata Aiman terbuka perlahan.

" Aiman..jangan paksa diri kau.." Pesan Nur, dia kerisauan, nafas Aiman kelihatan lemah, dia menahan kesakitannya.

" Ambulans akan datang..aku akan ada dekat depan jalan tu supaya diorang tahu kena ikut jalan ni..Aku serahkan Aiman pada kau dan Nur ya." Syakir menyimpan telefonnya.

" Nur..jagakan Aiman..Aku akan pergi ke Usop.." Kata Roznam.

" Ah..baik.." Nur mengangguk sahaja.

" Apa kau nak buat?" Tanya Syakir, Roznam berdiri dengan perlahan, Nur meletakkan kepala Aiman diatas pehanya, Roznam dan Syakir memandang sesama sendiri.

" Kali ni..aku takkan tinggalkan dia.." Balas Roznam, Syakir mengenggam tangannya erat.

" Baiklah.." Syakir mengalihkan pandangannya.

***

Mairah memegang kaki Usop dengan kuat, langkah Usop terhenti, Aswad mengambil langkah kebelakang, tangan dan lututnya cedera dek dipukul dengan batang besi tadi.

" Mairah.." Aswad cuba berdiri namun dia tidak mampu, Usop menjeling sahaja Mairah yang memegang kakinya itu.

" Jangan…buat apa-apa pada orang lain lagi dah!" Kata Mairah, Usop menarik kakinya, wajah Mairah terkena pada lantai.

" Baiklah…kalau macam tu.." Tangan Usop mendekati Mairah, dia menarik tudung Mairah, mata Aswad terbeliak.

" Hentikannya!" Jerit Aswad, Mairah menutup sahaja matanya, rambut Mairah kelihatan, rambut hitamnya menutup belah mata kirinya.

" Ah..aku suka style rambut kau Mairah.." Kata Usop, Mairah diam sahaja, air mata mengalir perlahan mengalir dari wajahnya, Usop cuba mencapainya lagi.Aswad menyepak kaki Usop, hanya kaki kirinya sahaja yang tidak kesakitan. Mereka berdua menjeling sesama sendiri, Usop mengangkat batang besi yang dipegangnya, Aswad tidak kelihatan takut sedikit pun.

" Menyampahnya.." Keluh Usop, dia menghayun batang besinya kearah wajah Aswad, Mairah menutup matanya.

" Apa?" Usop terkejut, Aswad menahan batang besi itu, dia juga berdiri dengan perlahan, wajahnya bengis.

" Aku dah cakap! Jangan sentuh Mairah!" Aswad terus menumbuk wajah Usop lagi, mereka berdua terjatuh, Aswad menahan tangan Usop dengan menguncinya menggunakan kedua-dua lutut kakinya.

" Ah!" Aswad bertubi-tubi melepaskan tumbukan kearah wajah Usop yang terbaring diatas lantai itu, darah mengalir ketepi, tangannya tidak berhenti menumbuk. Mairah terdiam sahaja.

" Sudah tu, Aswad!" Zakir menarik Aswad kebelakang, dia menahan Aswad agar dia tidak bergerak.

" Hah…hah..hah!" Nafas Aswad tidak menentu, tangannya terjatuh kebawah. Darah mengalir dari wajah Usop sehingga ke lantai.

" Usop!" Roznam masuk ke dalam rumah itu, langkahnya terhenti, Usop terbaring dilantai dan darah berlumuran diwajahnya.

" Apa…jadi..?" Roznam terduduk, Aswad sudah sedikit bertenang, Zakir melepaskannya dengan perlahan,Aswad terjatuh dengan perlahan,Mairah pula menutup wajah dan kepalanya menggunakan tudungnya yang terbuka tadi. Keadaan mula jadi sunyi..dan bunyi yang didengari hanyalah nafas Aswad yang kepenatan sahaja.

PAGE.14 TAMAT.