" Lebatnya hujan…" Aku sedang berada dihadapan rumah sambil melihat langit yang gelap, hujan turun dengan lebatnya, haritu pun baru hujan, asyik hujan je sekarang..tengah musim ke?
" Ahhh! Baju!" Kedengaran suara seseorang, aku berjalan kehadapan dan melihat sekeliling, kelihatan Nur sedang mengangkat bajunya dalam keadaan kelam-kabut.
" Er…" Aku perhatikan sahaja dia dari jauh. Dia tak sepatutnya laju-laju jalan macam tu, jatuh nanti..
" Ah!" Nur terjatuh. Aku…dah agak dah..
" Nur, kau okay?" Aku berlari kearahnya, baju-baju yang dibawa Nur tadi habis semuanya terjatuh, Nur mengangkat kepalanya dengan perlahan.
" Aduh…kena basuh balik semua baju ni…" Keluh Nur, hidungnya merah dek terjatuh tadi.
" Kau ni..bertenang lain kali.." Pesan aku sambil mengutip beberapa baju dan pakaian yang jatuh tadi.
" Ah! Jangan sentuh!" Arah Nur, aku tersentuh sesuatu, aku mengangkat benda itu, tunggu ini?!
" So..Sorry! Tak sengaja!" Aku segera membaling baju dalam yang aku terambil tadi, Nur mengembangkan pipinya.
" Gatal!" Nur menampar wajah aku. Heh, aku layak kena ni…
***
" Ah..hahahahaha!" Amir tergelak, dia suka dengar cerita Syakir tadi, hah..Aku juga tersenyum sambil menahan gelak aku, bodoh betul situasi tadi tu..
" Aku sumpah tak sengaja, doh…" Keluh Syakir, dia memegang kepalanya.
" Hum..aku dah terbiasa angkat dan sidai baju dalam semua orang dalam rumah aku, aku dah tak kisah..sangat.." Kata aku.
" Kalau keluarga punya baju dalam lain daripada orang luar punya..Aku pun sidai dengan angkat baju dalam keluarga aku.." Balas Syakir dengan wajah malas.
" Korang angkat dengan sidai baju?" Soal Amir.
" Kau memang tak pernah membantu dekat rumah pemalas, dasar beban keluarga.." Kata Syakir, senyuman Amir berubah pahit, nampaknya ayat Syakir tadi menusuk hati dia..
Beberapa hari lalu, satu kejadian yang pelik dan sering bermain dikepala aku berlaku, seorang lelaki dengan motor kuning, helmet yang menutup seluruh kepala dan wajahnya sedang merakan atau menangkap gambar aku dan Mairah yang sedang berada dihadapan pagar haritu..Wajah Mairah yang sedang dalam ketakutan dan senyuman palsunya, aku ingat semua itu dan sering fikirkannya..
Mairah, kau ada sorokkan sesuatu daripada aku lagi ke?
" Perhimpunan dah nak start..cepatlah turun korang.." Tegur Mairah, dia memerhati kami dari hadapan pintu kelas.
" Tak sedar dah nak dekat 7:30..Terima kasih Mairah sebab ingatkan.." Kata Amir sambil melihat jam tangannya, aku dan Syakir juga sudah memulakan langkah kami untuk keluar dari kelas. Aku lalu ditepi Humairah, bau perfume dia berbeza hari ni, hah..
Aku rasa diri aku seram sebab dapat tahu dan ingat bau perfume yang Mairah pakai tapi aku rasa..hampir semua orang punya bau aku tahu..mungkin sebab hidung aku kuat kot..jadi takdelah seram mana, kan?
***
" Nur, hari ni..kau boleh teman aku balik lagi ke?" Tanya Mairah, bisik dia sedang aku berada di dalam barisan perhimpunan, alamak…
" Hari ni..aku balik awal, ayah aku ambik pulak.." Balas aku, Mairah terus kelihatan risau, aduhai, aku harap sangat aku boleh tolong sekarang.
" Kau naik dengan ayah aku, nak?" Ajak aku.
" Tapi motor aku?" Soal Mairah.
" Satu hal lagi tu, hum…Ayah aku pun nak kerja cepat lepas tu.." Keluh aku sambil memegang dagu.
" Takpelah..nanti aku fikirkan.." Balas Mairah, dia berjalan pergi, aku perhatikan sahaja dia. Aku faham kenapa dia takut..Dia masih tak tahu siapa stalker tu dan sebab kenapa dia stalk Mairah.
***
" Sejuk pagi ni..brrr.." Kata Zakir sambil mengetap giginya, aku menoleh kehadapan, kelihatan cikgu sedang memberi pengumuman tapi aku tak dengar sangat sebab aku paling belakang bersama dengan Zakir.
" Semalam hujan, kan?" Tanya aku.
" Ha ah..sebab tulah sejuk semacam ni.." Balas Zakir.
Mairah ada kata pagi tadi dia pergi ke sekolah dengan naik motor dan dia risau takde orang nak teman dia balik..Lepas habis sekolah ni, baik aku pergi sekolah dia dan teman dia balik, aku sepatutnya mesej dia dan beritahu dia masa sebelum pergi sekolah tadi tapi sekarang baru aku terfikirkannya..
Aku pergi jelah sekolah dia..kalau dia takde..aku pergi rumah dia pulak..untuk pastikan dia balik dengan selamat..
" Kau asal Aswad? Termenung je.." Tegur Zakir.
" Takde apa..Zakir, kau datang sekolah tadi naik apa?" Soal aku.
" Aku naik motorlah…" Kata Zakir.
" Masa habis sekolah nanti..teman aku kejap.." Pinta aku.
***
" Siapa balik bawak motor lagi ya?" Keluh Mairah sendirian, dia sedang terduduk ditangga sambil menongkatkan kepalanya menggunakan tangannya, angin pagi bertiup perlahan, dia menutup matanya.
Dia teringatkan mesej dan gambar yang dihantar kepadanya oleh nombor yang tidak dikenalinya, lelaki yang sedang menangkap gambar dari jauh semasa dia dan Aiman sedang berada dihadapan pagar.
" Siapa kau?" Soal Mairah. Dia tidak dapat fikirkan, siapa yang ingin atau kenapa stalker itu mengacaunya.
" Kau buat apa sini, Mairah?" Tegur seseorang, Mairah menoleh kehadapan, Aiman dan Amir sedang berada dihadapannya.
" Perhimpunan dah habis?" Mairah kaget.
" Ha ah..Kau pulak kenapa nampak depressed semacam? Gaduh dengan pakwe ke?" Soal Amir.
" Bukan..ada sesuatu menganggu kepala aku je.." Balas Mairah.
" Maksud kau?" Tanya Aiman pula, Mairah teringat, dia tidak ingin buat Aiman atau sesiapa lagi masuk campur dalam masalahnya ini.
" T..Takde apalah..Korang pergilah kelas dulu, aku still ada tugas jap.." Arah Mairah.
" Okay.." Amir mengangguk sahaja dan berjalan pergi namun Aiman masih memandang Mairah, dia kelihatan risau.
" Mairah..ada apa-apa jadi ke?" Tanya Aiman lagi, Mairah terdiam sahaja, dia mengalihkan pandangannya.
" Jangan risaulah, aku okay." Mairah tersenyum, Aiman menggaru kepalanya.
" Nur kata..kau perlukan seseorang untuk teman kau balik nanti..Ak..Aku boleh teman kau, sebab aku bawak basikal aku.." Kata Aiman.
" Eh? Nur bagitau kau?" Soal Mairah.
" Dia tak bagitau aku apa-apa tapi dia just minta aku teman kau je.." Balas Aiman, Mairah mengeluh kecil.
" Hum..aku perlukan seseorang teman aku balik.." Kata Mairah, dia kelihatan lega.
***
" Usop tu tak datang sekolah hari ni?" Roznam tertanya, dia sedang berada dihadapan kelas Usop, 4 Sastera. Kelihatan pelajar-pelajar didalam kelas itu sedang berjalan dan duduk ditempat mereka.
" Ha ah..dia baru masuk minggu lepas tapi dah banyak hari jugak dia ponteng..Kau kawan dia kan, Roz? Harap kau boleh pujuk dia datanglah. Cikgu banyak bising.." Kata Rizal, ketua kelas 4 Sastera.
" Dia tu…dengar ke kalau orang pujuk dia sekalipun?" Keluh Roznam.
" Hahaha. Oh ya, Roz..aku bukan nak pandang dia hina ke apa, tapi aku dengar dia bekas budak juvana jadi aku tak peliklah dia ponteng kelas.." Terang Rizal, Roznam terus menjeling Rizal.
" Apa maksud kau tu? Kau nak kata, kalau seseorang asal juvana automatic dia tu teruk ke?" Soal Roznam, Rizal terus kelihatan takut.
" B..bukan macam tu!" Kata Rizal.
" Usop tu, dia ada masalah..banyak masalah tapi takde orang boleh tolong dia..sebab dia sendiri tak mahu terima dan selamatkan diri dia sendiri.." Keluh Roznam, dia tertunduk, Rizal mengangguk sahaja, dia takut dengan Roznam.
" B..Begitu.." Balas Rizal
***
" Nampak macam nak hujan.." Usop memakai baju sekolahnya namun dia hanya duduk diatas motornya sendirian sambil melihat langit yang makin gelap dek awan hitam, dia mengeluarkan telefonnya, jam menunjukkan 12 tengah hari.
" Dia keluar sekolah masa 1.20 tengah hari…lambat lagi, hah.." Keluh Usop. Dia menghembuskan nafas yang panjang.
" Aku memang tak boleh fahami kau, Usop..Kau fikir macam mana lagi aku nak faham kau?" Wajah Roznam muncul semasa Usop menutup matanya, dia mengenggam tangannya dengan erat.
" Biarlah aku nak buat apa aku nak buat.." Kata Usop, dia membuka matanya sambil mengetap giginya.
***
" Aku balik dengan kawan aku ya, hati-hati abang.." Kata Iman, dia sedang berjalan ditepi aku sambil membawa begnya, aku mengangguk sahaja.
" Apapun..good luck jugak." Iman menunjukkan thumbs-up.
" Kenapa aku perlukan good luck?" Soal aku.
" Kau ni.." Iman kelihatan kecewa, dia melajukan langkahnya dan berjalan pergi, aku perhatikan sahaja dia. Langit kelihatan sedikit gelap dan angin bertiup kuat, nampaknya hujan akan turun tak lama lagi..
" Aiman, marilah.." Ajak Mairah, dia mendekati aku.
" Oh..hum, jom." Balas aku.
Kami berdua berjalan kearah motor Mairah dan basikal aku, aku ada lesen tapi takde motor, rasa pelik pulak teman orang yang bawa motor tapi…
" Kau kena teman dia balik tau, Aiman! Aku harapkan kau!" Itulah apa yang Nur katakana pada aku, dia mungkin tahu apa yang terjadi sebenarnya, sejujurnya aku pun nak tahu tapi kalau diorang nak rahsiakan..Aku tak boleh buat apa-apalah..Tak boleh paksa..
" Aku bawak slow-slow supaya kau boleh catch-up.." Kata Mairah.
" Jangan risau..aku bawak basikal pun laju jugak.." Aku tersenyum bangga.
" Ikut kaulah.." Balas Mairah, dia mengalihkan pandangannya, kami berdua mula bergerak keluar daripada perkarangan sekolah, angin yang bertiup kuat membuatkan perjalanan ini agak sejuk..
Aku ikut sahaja Mairah dari belakang, setitik air hujan terkena pada wajah aku, nampaknya memang akan hujan, hah..Sudah mula hujan rintik-rintik, kena cepat sikit..Aku mengayuh basikal aku dengan kuat, aku terus memecut kehadapan.
" Lajunya!" Mairah kaget.
" Dah nak hujan!" Aku menguatkan suara aku kerana kami agak jauh, Mairah mengangguk sahaja, dia juga melajukan motornya.
Kami tiba diselekoh untuk memasuki perumahan Mairah, sedang aku mengayuh basikal, aku menoleh kehadapan, kelihatan satu motor kuning yang pernah aku nampak menuju laju kearah kami berdua, dia sedang memegang batang besi, apakah?
" Ergh!" Orang yang menaiki motor kuning itu terus menghayunkan batang besi yang dibawanya itu kearah kepala aku, aku terjatuh daripada basikal aku, sakitnya! Aku tak faham apa yang tengah berlaku, pandangan aku sedikit kabur, badan aku terjatuh ke jalan.
" Aiman!" Terdengar jeritan Mairah, dia terus memberhentikan motornya, apa jadi? Sedar-sedar sahaja, aku sudah berada di atas jalan dan kepala aku terasa berat. Aku menoleh kearah tapak tangan aku, darah yang pekat sedang berada ditangan aku…
" Nampaknya korang pun rapat, hah..Aiman.." Kata seseorang, Mairah sedang ketakutan, dia menoleh kearah orang yang memukul kepala aku tadi, dia membuka helmetnya.
Mata Mairah terus terbeliak, sial! Siapa? Siapa? Aku tak nampak…mata aku kabur sangat..
" Ingat aku lagi, Mairah?" Soal Usop, rambutnya yang panjang ditiupkan oleh angin, dia tersenyum sinis, Mairah mengambil langkah kebelakang.
" Yusuf…kau bukan ke.." Mairah kaget. Yusuf? Usop ke tu? Dia?
" Aku dah lama tunggu masa ni.." Kata Usop.
***
" Dia dah balik tadi?" Soal Aswad, kelihatan beberapa pelajar perempuan sedang berada bercakap dengannya, dia sedang berada dihadapan sekolah Mairah.
" Hum..Mairah dah balik tadi.." Kata salah seorang daripada pelajar perempuan yang berkumpul itu, Aswad mengeluh kecil.
" Kita ke rumah dialah.." Kata Aswad kepada Zakir.
" Okay...tapi cepat sikit tau, dah hujan rintik ni.." Balas Zakir.
" Iya..jangan risaulah, aku nak pastikan dia balik je.." Aswad memakai semula helmetnya. Dia terus menghidupkan motornya.
" Hensemlah dia?" " Budak sekolah mana tu?" " Boyfriend Mairah ke?" " Waah! Totally hot!" Pelajar-pelajar perempuan yang berada disitu teruja dan suka melihat Aswad, Zakir tersenyum pahit.
" Popular dah dia ni..just tunjuk muka je..Haih.." Monolog Zakir.
***
" A..Apa kau nak?" Tanya Mairah, Usop berjalan kearahnya, Aiman cuba bangun tetapi badannya terasa lemah, darah mengalir daripada kepalanya.
" Aku nak bagi kau menderita pulak.." Balas Usop, dia mengambil tangan Mairah.
" Lepaskan!" Pinta Mairah, Usop tiba-tiba terus memijak badan Aiman, Mairah terkejut, matanya terbeliak sahaja dalam ketakutan.
" Argh!" Aiman meraung kesakitan.
" Kalau kau tak nak dengar cakap aku…Dia ni yang aku bantai." Kata Usop,dia kelihatan sedang bergembira.
" Cukuplah..jangan..buat Aiman.." Keluh Mairah, dia tertunduk sahaja.
" Dengar cakap aku..ikut aku sekarang.." Arah Usop, Mairah menoleh kearah Aiman, matanya berkaca, pandangan Aiman dah kembali pulih semula walaupun tidak sepenuhnya.
" Jangan Mairah!" Jerit Aiman, dia masih cuba untuk bangun, Usop menjelingnya, dia menyepak perut Aiman.
" Aiman!" Jerit Mairah pula, Aiman tergolek sehingga hampir terjatuh kedalam longkang, dia sedang berada didalam kesakitan.
" Jadi inilah masalahnya selama ni? Usop, dia stalk Mairah, hah..Dialah orang yang menangkap gambar haritu..Aku dah lama fikir, ada yang tak kena pasal dia..dan Mairah.." Monolog Aiman, kakinya terasa lemah,banyak darahnya sudah terkeluar dek dipukul dikepala oleh Usop menggunakan batang besi tadi.
" Aku ikut kau..jadi tolonglah jangan buat apa-apa pada Aiman lagi!" Kata Mairah, Usop tersenyum semula.
" Bagus..naik motor aku sekarang.." Usop berjalan kearah motornya, Mairah ikut sahaja, Aiman tidak dalam berbuat apa-apa.
" M..Mairah.." Aiman cuba merangkak kehadapan, Mairah berada dibelakang motor Usop, dia menangis sahaja.
Usop terus memecut laju pergi sambil membawa Mairah, Aiman memerhatikan sahaja mereka pergi, dia berjalan menggunakan lututnya. Dia mencapai basikalnya dan cuba berpaut menggunakan basikal itu.
" Aku…kena selamatkan..Mairah.." Aiman hampir terjatuh tetapi dia masih menguatkan badannya..Dia menoleh kehadapan, motor Usop masih kelihatan dari jauh, dia cuba menaiki basikalnya.
" Hah..ergh! Hah.." Aiman mengelap darah yang berada dikepalanya, dia mula mengayuh basikalnya, walaupun perlahan, dia masih bergerak kehadapan.
PAGE.13 Tamat