Belum selesaikan masalah yang sedang dihadapi sekarang, masalah baru sudah muncul. Tapi itulah lumrah kehidupan, menghadapi dan menyelesaikan satu demi satu masalah..
Pages Of My Lying Youth 2nd COUR
***************************************************************************************
"Dia cantikkan. Buat kau rasa macam nak buat benda yang teruk pada dia.." Kata-kata Usop pada haritu buatkan aku rasa dia ialah seseorang yang pelik. Bukan itu sahaja, dia pernah lakukan sesuatu yang teruk sehingga menyebabkan dia masuk ke juvana..Macam mana pun dia keluar daripada situ walaupun baru berada disitu selama dua tahun?
Dia ialah satu misteri..
" Dia..ialah ex Mairah yang dimasukkan ke juvana..sebab belasah seseorang sampai dihospitalkan..Dia ni bahaya." Banyak orang berhati-hati dengan dia, aku tak pernah tahu sangat pasal kejadian-kejadian yang berlaku di belah kampung perumahan aku ni..
Tapi, Usop tu buat aku rasa lebih baik kalau aku tak kena mengena dengan apa-apa…
Awan kelihatan gelap, musim hujan sudah tiba semula, asyik hujan sahaja sejak dua kemenjak ni, aku melihat sahaja keatas udara sambil mengangkat baju yang disidai diluar rumah.
***
Unknown : Aku dah balik sini, Mairah…jangan lari lagi kali ni.
Mesej ini, sehingga sekarang aku masih tak tahu siapa yang hantar ataupun sama ada mesej ini betul ataupun hanya sekadar troll. Tetapi sesiapa yang hantar mesej ini tetap seram, dia tangkap gambar aku dengan Aswad tanpa kami sedar…
" Masih tak tahu siapa yang hantar mesej tu?" Tanya Aswad.
" Aku..tak tahu nak cakap dengan siapa..pasal mesej ni..Kalau aku bagitau mak ayah aku pun, mereka just akan cakap ignore sahaja mesej ni…Nak bagitau kawan-kawan sekolah pula, aku rasa bersalah nak minta tolong mereka..hubungan kami masih perlu dibaiki.." Keluh aku sambil meletakkan kepala aku diatas meja, Aswad meletakkan kedua-dua tangannya dibelakang kepalanya.
" Jangan risau, aku ada…sampailah kita tahu siapa stalker tu..Aku akan ikut dan pastikan kau selamat." Balas Aswad.
" Terima kasih, Aswad..aku betul-betul bersyukur.." Kata aku. Aswad tersenyum sahaja. Aku menoleh kearah tingkap, kelihatan hujan sedang turun dengan lebatnya. Musim hujan semula, hah….susah nak balik kalau naik motor, haih…
***
" Brr..Sejuknya~!" Nur memegang kedua-dua bahunya, angin pagi lebih sejuk daripada biasa kerana hujan yang turun semalam.
" Semalam hujan agak lebat jugakkan?" Tanya Mairah.
" Itulah.." Aku mengangguk beberapa kali, kami bertiga berjalan bersama-sama kearah kelas, entah kenapa, aku berada dihadapan pagar tepat-tepat semasa Nur dan Mairah juga sampai, Iman seperti biasa tinggalkan aku, jadi aku hanya ikut sahajalah mereka berdua ni.
" Mairah…kau tengok gambar aku bagi semalam?" Nur mendekati Mairah.
" Humph! Nampak sedap jugak.." Balas Mairah, mereka berdua mula bersembang, aku rasa lega melihat hubungan Nur dan Mairah kembali seperti biasa.
" Tch!" Langkah kami bertiga terhenti, terdengar suara seseorang tidak puas hati, kami menoleh kehadapan, Syakir memandang kami dengan wajah tidak selesa, Nur tersenyum pahit.
" Assalammualaikum..selamat pagi, Syakir.." Tegur Nur.
" Waalaikummusalam.." Balas Syakir, dia mengeluh kecil dan berjalan kearah kami. Dia memerhati Mairah, mereka berdua memandang sesama sendiri.
" Lantaklah…aku dah tak kisah.." Syakir mengalihkan pandangannya, Nur menepuk belakang Syakir dengan perlahan.
" Jom ke kelas.." Ajak Nur, Syakir mengangguk dan mengikuti Nur.
" Nampaknya dia masih tak suka aku.." Keluh Mairah.
" Jangan risaulah..Dia akan okay nanti.." Balas aku.
" Harapnyalah.." Mairah berjalan semula, dia menaiki tangga bersama dengan Nur, Syakir masih tidak memandang kearah mereka.
Keadaan masih belum kembali seperti sedia kala, tapi ini progress yang baik, tadi Syakir pun, dia hanya pandang Mairah dengan pandangan tidak selesa dan bukannya pandangan jijik yang sering dia buat dahulu, aku percaya, dia sedang perlahan-lahan cuba terima Mairah..
***
" Kenapa kau duduk jauh-jauh, Syakir?" Soal Amir, dia memandang Syakir dengan pandangan pelik, Nur tersenyum pahit, Mairah hanya memakan sahaja roti coklatnya manakala aku menghirup air kotak teh ais limau aku.
" Takde sebab.." Balas Syakir, dia menyilang tangannya, dia duduk berjauhan daripada kami, Amir mengeluh kecil.
" Nur..pujukkan pakwe kau tu.." Perli Amir.
" P..Pakwe?" Nur mengalihkan pandangannya, dia kelihatan malu.
" Sial kau, Amir!" Syakir mencekik dan menggoyang-goyangkan Amir.
" O..Oi bertenang!" Aku terus berdiri.
" Heh!" Amir tersenyum puas, Syakir melepaskan Amir dan duduk semula ke tempat asalnya.
" Dia masih duduk jauh.." Keluh Nur.
" Nur..dia malu sebenarnya.." Balas Amir. Syakir membaling tin airnya.
" Jangan merepek, bodoh." Kata Syakir, tin itu tepat-tepat terkena didahi Amir.
" Aduh-aduh.." Amir memegang dahinya dan mengambil tin air yang kosong itu dengan perlahan.
" Buang sampah dalam tong sampahlah.." Kata Amir.
" Tch!" Syakir memuncungkan mulutnya.
" Ah..sedapnya roti tu…" Mairah berdiri dengan perlahan, dia memandang aku dan Amir.
" Aiman, Amir..ikut aku sekejap.." Ajak Mairah, aku menoleh kearahnya dengan wajah keliru, Mairah berjalan kearah aku dan Amir kemudian menarik lengan baju kami..Tak..dia heret kami pergi daripada Nur dan Syakir.
" Korang bincanglah sesama sendiri..aku tak kisah pasal keputusan kau, Syakir..aku tetap akan jadi kawan korang.." Kata Mairah, dia langsung tidak memandang Syakir, dia membawa aku dan Amir.
Syakir menjeling sahaja Mairah, dia mengeluh kecil, Nur menoleh kearah Syakir, mereka berdua memandang sesama sendiri. Aku, Mairah dan Amir pula memerhati mereka daripada jauh.
" Kau ni obvious sangatlah Amir..menyorok sikit.." Mairah menolak kepala Amir kebelakang.
" Apa..maksud kau tadi, Mairah?" Tanya aku.
" Nur kata, dia nak buat Syakir terima aku sebagai kawan dia semula..Dia masih tak suka aku..obvious sangat..tapi dia ada soft spot untuk Nur jadi..ini sahaja caranya.." Balas Mairah.
" Takde orang kisah pasal apa aku rasa pada korang ke?" Soal Amir.
" Kau tak suka aku jugak ke?" Mairah menoleh kearah Amir.
" Aku takde masalah dengan sesiapa.." Balas Amir sambil tersenyum.
" Jadi..kenapa kau nak kitorang tahu pasal apa kau rasa..kalau kau takde masalah?" Mairah memandang Amir pelik.
" Kau tetap kejam macam dulu Mairah…aku tak terkejut sebenarnya.." Keluh Amir, senyumannya berubah pahit.
***
" Kau..memang tak boleh nak kawan semula dengan Mairah ke?" Tanya Nur, dia tertunduk sahaja, Syakir menggaru kepalanya, dia kelihatan rimas.
" Nur..kalau kau nak kawan dengan dia..kawan jelah..Tak perlu kisah pasal aku.." Balas Syakir.
" Tapi..aku tak suka bila tengok kau tak selesa macam tadi..jadi aku kena cari jalan..supaya kau terima Mairah.." Kata Nur, Syakir menumbuk meja pondoknya dengan perlahan, Nur kaget.
" Sudahlah tu…aku memang tak pernah rasa dia sebagai kawan aku pun..aku ni hanyalah kawan kepada kawan sahaja…" Keluh Syakir.
" Kali ni..kawanlah dengan Mairah betul-betul!" Pinta Nur, Syakir mengetap giginya.
" Aku penatlah..Kita bincang pasal benda sama daripada haritu lagi..Aku tak percaya dia berubah..Kenapalah korang..terlalu percayakan dia?" Soal Syakir.
" Sebab aku percaya..semua orang boleh berubah jadi lebih baik..kalau Mairah nak jadi berubah jadi lebih bagus..aku akan sokong dan berada disisi dia.." Balas Nur, dia tersenyum, Syakir mengalihkan pandangannya.
" Korang ni..terlalu baik jugak untuk aku.." Syakir berdiri dengan perlahan, dia ingin berjalan pergi.
" Alamak, kenapa Syakir tu?" Keluh Amir.
" Nur..pun tak boleh ubah fikiran dia, hah.." Riak wajah Mairah berubah sedih, Aiman memerhati sahaja Mairah.
" Aku fikirkan..Syakir mungkin sedang perlahan-lahan ingin terima Mairah..tapi mungkin apa aku fikirkan salah..mungkin dia sebenarnya, dah mengalah..dan ikut sahaja kami.." Monolog Aiman.
" Syakir..sabar!" Nur memegang tangan Syakir, langkahnya terus terhenti, telinga Syakir terus berubah merah, Nur menutup kedua-dua matanya.
" A..Aku..belum habis cakap lagi!" Kata Nur, dia melepaskan tangan Syakir dengan perlahan.
" Aku tahu..kau buat semua ni demi aku..jadi aku nak cakap..terima kasih, Syakir..Aku rasa aku suka dengan kau..tiada orang yang aku kenal..sanggup pertahankan aku..Dan..aku akan lebih suka kau..kalau kau pun boleh kawan dengan Mairah..serta bantu dia bersama!" Terang Nur, Syakir terus memandang Nur dengan wajah terkejut, wajahnya kemerah-merahan, jantungnya berdegup kencang.
" Hah?!" Mata Amir terbeliak.
" T..Tunggu…Nur..dia.." Mairah juga terkejut. Aku terdiam sahaja.
" K..Kau suka aku?" Tanya Syakir kepada Nur.
" Ah! S..Sebagai kawan!" Kata Nur.
" Alaaaa….." Amir tertunduk, dia kelihatan kecewa tetapi Mairah pula mengeluh lega, kenapa dengan reaksi mereka berdua ni?
" Kau buat aku salah faham kau tahu.." Syakir menutup wajahnya, Nur juga kelihatan malu-malu, dia menumbuk lututnya beberapa kali.
" Nur..aku..akan cuba..kawan dengan Mairah..aku akan cuba terima dia.." Kata Syakir perlahan, Nur terus tersenyum manis, Syakir menoleh kearah Nur.
***
" Senangnya nak baca kau ni, Syakir.." Kata Amir, dia tersenyum sinis, Syakir diam sahaja, dia menarik-narik rambutnya dengan perlahan.
" D..Diamlah…Puas ke sekarang? Korang dapat apa korang nak?" Keluh Syakir.
" Terima kasih Syakir.." Aku tersenyum kearah Syakir.
" Senyuman kau takkan buat aku rasa apa-apa, Aiman…" Balas Syakir, aku tertunduk, nampaknya dia marah sedikit.
" Aku harap sangat Nur confess betul-betul dekat kau tadi..aku dah excited.." Amir mengelap matanya, ada air mata ke?
" Janganlah ingatkan aku…" Syakir menghentak kepalanya di mejanya, matanya memandang Nur yang sedang duduk bersama dengan Mairah dan beberapa kawan yang lain, mereka sedang bersembang dengan sesama sendiri.
" Aku suka kau, Syakir~ Tapi sebagai kawan je~ Hahahaha!" Perli Amir lagi, nampaknya dia suka situasi ni.
" Ada mayat jugak masa balik sekolah nanti ni.." Syakir tersenyum namun matanya tajam dan tangannya digenggam erat.
" Takut..tolong aku, Aiman~" Amir menyorok dibelakang aku namun selepas itu dia tergelak, dia memang sengaja…
" S..Sabar.." Aku mengangkat tangan aku sambil berpeluh, Syakir kelihatan dia sedia untuk melepaskan sahaja tangannya.
***
" Syakir..Aku rasa aku suka dengan kau." Buku yang Nur pegang tadi terjatuh ke lantai, dia mengambil nafas yang panjang dan meletakkan tangannya didadanya.
" Aku ni pengecut.." Keluh Nur, dia mengambil semula buku yang terjatuh tadi, pintu bilik Pusat Sumber terbuka, Mairah berjalan masuk dan melihat sekeliling.
" Ah, Nur!" Mairah terus berjalan kearah Nur.
" Belum balik lagi?" Soal Nur.
" Hari ni takde tuisyen..so aku nak lepak dalam Pusat Sumber sampai kau balik..jom balik sama-sama nanti. Aku bawak motor aku..kau bawak motor kau jugakkan?" Balas Mairah, Nur tersenyum.
" Boleh je..aku selesai pukul 3 ni.." Kata Nur.
" Lama lagi,hah…Boleh ke bukak TV tu?" Mairah menunjukkan jari telunjuknya kearah televisyen yang berada didalam Pusat Sumber.
" Gunalah..takde siapa pun masuk Pusat Sumber masa-masa macam ni.." Nur sedang menyusun buku-buku dirak tertentu.
" Oh ya, Nur…apa kau cakap dengan Syakir tadi?" Tanya Mairah, tangan Nur terus berhenti bergerak.
" Eh! Ah, takde apa…aku just pujuk dia je.." Nur kelam, Mairah tersenyum sinis sambil menutup mulutnya.
" Uh-hu..ada apa-apa terjadi ni.." Perli Mairah.
" T..Takde.." Nur tertunduk malu.
" Aku dah tahu..tapi dah lama tak kacau dia macam ni..hehe.." Monolog Mairah, Nur selesai menyusun buku, dia berjalan kearah Mairah sambil membawa satu buku novel yang ingin dibacanya.
" Seronok jugak jadi pengawas Pusat Sumber.." Kata Mairah.
" Tak jugak..asyik aku seorang je buat kerja.." Balas Nur, dia membuka buku novel dan mula membacanya.
" Kalaulah boleh tukar pangkat…Jadi pengawas sekolah tak best langsung.." Keluh Mairah, Nur tersenyum pahit.
" Nur..aku sebenarnya takut nak balik sendiri..sebab tu aku nak balik dengan kau..Hari ni mak ayah aku busy, jadi diorang tak dapat hantar aku..sebab tu aku naik motor datang sekolah.." Terang Mairah, Nur menoleh kearahnya.
" Takut?" Soal Nur.
" Aku..dapat satu mesej..daripada seseorang yang stalk aku..dia siap ambik gambar lagi..masa aku pergi tuisyen.." Balas Mairah, riak wajah Nur terus berubah.
" Seriuslah? Seramnya…siapa yang stalk kau?" Tanya Nur, dia kelihatan takut dan risau.
" Aku still tak tahu…tapi aku takut sangat..terasa macam aku ni diperhati sahaja.." Mairah memeluk kedua-dua lututnya.
" Risau pulak aku dengar.." Keluh Nur.
" Aku bagitau kau je dulu..jangan bagitau yang lain..Aku..dah cukup menyusahkan diorang..Jadi kali ni, aku kena selesaikan masalah ni..tanpa bantuan diorang." Pinta Mairah. Nur mengangkat kedua-dua bahunya.
" Bahaya macam tu Mairah..ini pasal keselamatan kau.." Kata Nur.
" Takpe..boyfriend aku ada..jadi aku just susahkan dia sahajalah..tapi kalau keadaan jadi teruk, aku akan minta tolong korang jadi jangan risau…Mungkin tak serius mana pun.." Mairah tersenyum, Nur masih dalam kerisauan, dia memerhati sahaja wajah Mairah.
***
" Terima kasih teman aku..takpe kau balik sorang-sorang?" Soal Mairah, dia menongkatkan motornya, Nur menggelengkan kepalanya.
" Takpe..aku okay je..helmet ni keras..kalau diorang nak lawan..aku hentak kepala diorang, hiyah!" Nur mengetuk helmet yang dipakainya sambil mengenggam tangan kirinya, Mairah tergelak kecil.
" Jaga diri..hati-hati tau.." Pesan Mairah, dia berjalan masuk sambil menutup pagarnya.
" Okay! Bye-bye.." Nur melambai tangannya, dia menghidupkan semula motornya dan berjalan pergi, Mairah membalas lambaian Nur sambil memerhati Nur pergi.
" Bye…" Mairah melihat sekeliling, tiada apa-apa yang pelik berada atau berlaku berdekatan dengannya, dia menghembuskan nafas lega dan berjalan kearah pintu rumahnya.
" Stalker, hah..Macam susah nak bayangkan ada stalker dekat sini.." Keluh Nur sendirian, dia memberhentikan motornya, dihadapannya terdapat kereta yang sudah usang yang bergerak dengan perlahannya, Nur mengeluh kecil.
Terdapat seorang lelaki yang sedang menaiki motor berhenti ditepi Nur, dia menoleh ketepi, lelaki itu memakai helmet yang menutup wajahnya. Nur menelan air liurnya, dia rasa tidak sedap hati.
" Macam kenal muka kau ni..siapa ya?" Lelaki itu meletakkan tangannya didagu, Nur kaget.
" Oh ya! Kau jiran Syakir..Nur kan?" Soal lelaki itu.
" A..Ah, ya..saya Nur..siapa ya?" Tanya Nur pular, lelaki itu membuka helmetnya, rambutnya yang panjang menutup sebahagian wajahnya.
" Tak tahulah kalau kau ingat ke tak..Aku Usop.." Balas Usop sambil tersenyum.
" Usop?" Nur keliru pada awalnya namun dia teringat sesuatu,matanya terus terbeliak. Dia teringatkan tangan yang berlemuran dengan darah, seorang budak lelaki yang sedang menumbuk wajah budak lelaki yang lain, Syakir dan Roznam cuba menghentikannya.
" Eh? Kenapa tiba-tiba tengok aku macam tu? Teringat sesuatu ke?" Tegur Usop.
" Kau…" Nur kelihatan takut, dia terus memecut laju pergi daripada Usop.
" Alahai..dia teringat ke? Dia ada ke masa tu?" Usop memegang kepalanya, dia mengembangkan pipinya dengan wajah kecewa.
" Dia..dia tu..bahaya.." Monolog Nur, dia menggigil selepas teringatkan kisah lama Usop itu, motornya diparkir ditepi rumah, Nur turun dari motornya sambil tertunduk sahaja.
" Lambatnya balik hari ni, Nur?" Tegur ibunya, Nur mengangkat kepalanya dengan perlahan.
" Sorry-sorry…Nur mandi dulu ya.." Nur tersenyum, dia berjalan masuk ke dalam rumahnya.
" Kenapa tu?" Ibu Nur memandangnya pelik.
***
" Haih…aku ingat ada peluang nak jumpa dia..tapi dia berteman pulak..." Keluh Usop, angin petang bertiup dengan perlahan, rambutnya juga diterbangkan angin. Usop memerhati tangannya, terdapat beberapa parut berada dijari-jarinya.
" Oh, Mairah…kau fikir kau boleh lari selepas apa yang terjadi? Dua tahun berlalu dengan cepat tapi tetap terasa lama.." Kata Usop, dia tersenyum sinis, tangannya digenggam erat
" Budak Nur tadi pun, dia macam tahu pasal aku..bahaya-bahaya kalau dia bagitau Mairah..Syakir dan Amir pun lebih berhati-hati bila berada berdekatan dengan aku..Roznam pun macam tak selesa..Haih, menyusahkan betul…aku ingat mereka akan sambut aku bila aku kembali tapi akhirnya mereka bagi aku cold shoulder.." Monolog Usop, dia tertunduk.
" Menyusahkan betul.." Suara Usop sedikit perlahan, dia memerhati sahaja air longkang yang bergerak dengan laju dan kotor itu.
***
" Terasa macam kita pulak yang stalk dia.." Keluh Zakir. Aswad duduk diatas motornya sambil menghembuskan asap vapenya, dia melihat sekeliling.
" Aku just nak pastikan Mairah selamat je..bukannya ada apa-apa kita nak buat sekarang betul tak? Apa salahnya?" Soal Aswad.
" Sekurang-kurangnya jomlah duduk dekat taman permainan tu..selesa sikit bontot aku.." Balas Zakir, dia menoleh kearah taman permainan yang berada berdekatan dengan perumahan Mairah.
" Tak boleh..kalau kat situ..kita tak dapat nampak rumah Mairah.." Kata Aswad, Zakir mengeluh penat, dia mengambil botol air colanya dan mula menghirupnya.
" Mesej yang Mairah dapat haritu..dan gambar tu..Kami langsung tak perasan ada orang perhatikan kami dari jauh..Aku tak boleh fikir pasal benda lain selain daripada risaukan Mairah..aku nak pastikan dia selamat.." Monolog Aswad, dia meletakkan vapenya kebawah.
" Jangan bagi asap vape kau kena aku sangat boleh tak?" Tanya Zakir.
" Tak mati pun kalau kena asap vape.." Balas Aswad.
" Aku tak suka bayangkan yang aku hidu asap yag keluar daripada mulut kau.." Kata Zakir, Aswad tergelak.
" Ahaha! Bendalah…" Aswad memegang perutnya, Zakir pula buat muka malas.
" Kenapalah aku ada kawan bodoh macam kau ni?" Soal Zakir, dia tertunduk kecewa.
PAGE.11 TAMAT