Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 8 - PAGE.7 : Jujur dan terima

Chapter 8 - PAGE.7 : Jujur dan terima

" Nur..kau seriuslah nak elok semula dengan Mairah?" Tanya Syakir, dia berdiri dihadapan tempat duduk Nur, Amir memerhati mereka berdua dari tempat duduknya. Nur menoleh kearah Syakir sambil tersenyum.

" Hum..aku nak kawan dengan Mairah semula.." Balas Nur, Syakir mengeluh kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Ikut kaulah..aku..akan terus sokong kau je.." Kata Syakir.

" Terima kasih, Syakir..aku hargainya." Nur tersenyum manis, Syakir mengalihkan pandangannya, telinganya merah-merah.

" Heh..obvious sangatlah kau ni, Syakir.." Keluh Amir sendirian, terdengar tapak kaki berjalan masuk ke dalam kelas, Amir terus menoleh kehadapan, Mairah berjalan masuk ke dalam kelas, Nur segera berdiri dan berjalan kearah Mairah.

Mereka memandang sesama sendiri, Nur dengan wajah bersemangatnya, Mairah pula dengan pandangan malas dan tidak selesanya. Syakir memandang mereka dari jauh, dia memegang dadanya.

" Mairah…aku..nak cakap sesuatu.." Kata Nur, dia cuba tersenyum.

" Hum..apa dia?" Tanya Mairah. Nur mengambil nafas panjang.

" Aku..nak minta maaf dengan kau..pasal haritu..Aku terlalu marah sebab aku tak dapat faham kau..tapi Aiman pun kata..dia okay..dan dia nak kita kawan seperti dulu jadi..Mairah, kau boleh tak maafkan aku?" Pinta Nur, Mairah terus menjeling Nur, dia membuat wajah jijiknya.

" Minta maaf dengan aku? Aiman nak kawan macam dulu..merepek..Boleh ke dia kawan dengan aku macam dulu..lepas semua benda yang terjadi? Jangan haraplah.." Balas Mairah, Syakir ingin berjalan pergi kesitu namun tangannya dipegang erat oleh Amir.

" Sabar, Syakir..jangan bertindak dulu.." Pesan Amir.

" Tapi…" Syaki mula kelihatan marah.

" Mairah..kami..tak suka bergaduh lama-lama sebegini..Marilah baiki balik hubungan kita..Kami maafkan kau..jadi tolonglah maafkan kami.." Kata Nur lagi, Mairah menyampah.

" Maafkan aku? Sejak bila pulak aku buat silap!" Mairah menolak Nur, semua orang yang berada didalam kelas terus menoleh kearah mereka dalam kekeliruan dan tertanya.

" Mairah..sorry, itu bukan maksud aku.." Nur cuba mencapai Mairah, tangannya ditolak oleh Mairah, lagi sekali, Nur ditolak kuat oleh Mairah sehingga meja dan kerusi tertolak bersama dengannya.

" Aku tak buat silap pun dengan kau! Masalah aku dengan Aiman je, korang yang sibuk dan pulaukan aku! Korang memang patut melutut minta maaf pun!" Mairah menaikkan suaranya, mata Nur berkaca, air mata mengalir perlahan.

"M..Maafkan aku..Mairah.." Nur tertunduk, Mairah terdiam, dia tidak bersedia dengan reaksi Nur itu, Syakir mendekati mereka.

" Mairah!" Jerit Syakir, Mairah menoleh kehadapan, Syakir mengenggam baju dan tudung Mairah, dia menolak Mairah kedinding dengan kuat.

" S..Sakitlah…" Keluh Mairah.

" Kau memang sial!" Kata Syakir, wajahnya kelihatan bengang, mata Mairah terbeliak, dia mula ketakutan, badannya menggigil.

" Berhenti, Syakir..cukup!" Amir menahan tangan Syaki yang ingin dia lepaskan kearah Mairah

" S..Sudah, Sya..kir.." Nur menutup wajahnya, dia juga ketakutan.

" Kau…memang suka buat orang macam ni kan, Mairah?!" Jerit Syakir lagi, tangannya makin erat menolak dan memegang tudung serta baju Mairah.

" T..Ta..Tak..A..Aku.." Mairah tergagap, matanya mula berkaca.

" Apa kau fikir kau buat, Syakir!" Aiman tiba-tiba berlari kearah Syakir dan menumbuk wajahnya dengan kuat, Mairah terkaku, matanya tertumpu sahaja kearah wajah Aiman.

***

" Apa jadi, Aiman?" Tanya Cikgu Ali. Aku menoleh kearah sambil meletakkan tangan aku dibelakang leher aku.

" Saya tak tahu sangat apa jadi…" Balas aku, Cikgu Ali memandang aku pelik kemudian menggaru kepalanya.

" Macam-macamlah korang ni.." Keluh Cikgu Ali, aku tersenyum pahit sambil mengalihkan pandangan aku.

Mairah masih sedang bertenang, dia berada didalam tandas sendirian sambil membasuh wajahnya, dia tak beritahu aku pasal apa yang jadi tadi..tapi rasanya memang serius hal ni..sehingga Syakir mengamuk sebegitu, dia tak pernah marah seseorang sampai macam tu sebelum ni..

" Mairah..kita masih ada kelas.." Kata aku, Mairah menutup pintu hadapan tandas perempuan.

" P..Pergilah dulu.." Balas Mairah.

" Aku tunggu kau…" Aku duduk ditepi tandas itu, hujan membuat pagi ini agak sejuk, aku memegang kedua-dua bahu aku sambil menghembuskan nafas yang panjang. Pintu tandas itu terbuka, Mairah keluar dari tandas, wajahnya kelihatan terganggu dan matanya merah.

" Kau boleh masuk kelas ke dalam keadaan sebegitu?" Soal aku.

" Kau yang nak cepat sangat masuk kelas tadi.." Keluh Mairah. Aku bergerak ketepi dengan perlahan.

" Duduklah dulu..tak perlu paksa diri kau.." Ajak aku, Mairah memandang aku lama, dia berjalan kearah aku dan duduk ditepi aku.

" Apa jadi, Mairah?" Tanya aku. Mairah terdiam lama, dia tak nak bagitau ke?

" Aiman..kenapa kau nak kami berbaik semula?" Mairah tidak menjawab pertanyaan aku.

" Kau dengar daripada Nur ke?, Hum..aku just rasa tak elok gaduh lama-lama..itu sahaja sebabnya..aku nak semua orang berbaik semula.." Kata aku, Mairah menutup wajahnya, dia memeluk lututnya.

" Bodoh betul…" Balas Mairah, suaranya kedengaran perlahan dan serak, aku menoleh kearah Mairah.

" Aku..memang ada buat silap ke?" Soal Mairah lagi.

" Kau ada.." Balas aku, Mairah terdiam.

" Aku..still tak faham..kenapa kau tak reject je aku secara berdepan.." Keluh aku pula, Mairah memandang aku, kami menatap wajah masing-masing, rasanya sudah lama, kami tak pandang mata ke mata..

" Mairah…aku suka dengan kau selama ni.." Aku luahkan perasaan aku, mata Mairah terbuka luas, angin pagi bertiup lagi diikuti air hujan, aku terasa wajah aku terkena beberapa titik air hujan.

" K..Kau tahu aku ada boyfriend betul tak?" Mairah kembali memandang aku pelik.

" Aku tahu…aku just nak lepaskan je.." Aku tersenyum.

" Kau..memang bodoh, Aiman..bodoh sangat…" Mairah tertunduk, aku mengalihkan pandangan aku.

M..Malunya..aku dan confessed betul-betul kali ni..C..Cepatlah reject aku, Mairah, aku dah sedia.

" Maaflah..aku takut nak suka kau, Aiman.." Balas Mairah, takut?

" Aku…tak faham..apa maksudnya untuk suka seseorang betul-betul, Aiman..Aku takut, aku keliru..sebab..aku tak pernah rasa sakit dan berseorangan macam ni sebelum ni…" Tambah Mairah lagi, dia menangis, aku rasa serba-salah pula tanpa sebab…aku terasa aku yang buatkan dia menangis…

" R..Reject jelah aku…" Kata aku. Mairah terdiam lama lagi, air mata masih mengalir laju.

"Aiman, aku tak..suka dengan kau macam tu.." Mairah mengelap air matanya, suaranya kedengaran sedih, akhirnya dia reject aku secara berdepan, ini apa yang aku nak selama ni betul tak?

Aku puas ke dengan rejection ni?

***

" Kau serius dah bertenang sekarang?" Tanya aku, kami berdua sedang berjalan kearah kelas, aku mengikuti Mairah dari belakang.

" Ya..jangan risau.." Balas Mairah, dia tersenyum kearah aku, senyumannya pahit sahaja, dia paksa diri dia untuk senyum. Aku dah cakap, kau tak perlu paksa diri kau, Mairah…

Kelas dijalankan seperti biasa, tetapi, Syakir langsung tidak menegur sesiapa, dia diam sahaja, Nur juga tidak bercakap apa-apa sepanjang hari itu, Mairah pula menjauhkan dirinya daripada semua orang didalam kelas.

" Syakir, maafkan aku..sebab tumbuk kau pagi tadi.." Kata aku, Syakir menjeling aku, dia mengenggam tangannya.

" Aiman..bagi aku tumbuk muka kau..dan aku akan maafkan kau..Mairah buat Nur menangis, sekurang-kurangnya bagi aku tumbuk kau, orang yang berpihak pada dia.." Terang Syakir.

" Aku..bukan berpihak pada dia.." Balas aku.

" Kau takut nak kena tumbuk ke, Aiman? Padahal kau tak takut pun..tumbuk wajah orang lain.." Soal Syakir, dia mengangkat tangannya, aku mengambil nafas panjang.

" Silakan, Syakir..tumbuk aku.." Tawar aku, Syakir mengetap giginya, dia menumbuk wajah aku dengan kuat sehingga aku terduduk.

" Ergh!" Aku memegang pipi aku dan menahan kesakitan tumbukan Syakir tadi.

" Aiman..aku benci Mairah, aku benci juga orang yang tolong dan berpihak pada dia.." Kata Syakir, dia mengelap tangannya dan berjalan pergi. Aku memerhati sahaja dia pergi daripada aku.

" Hidung aku darah…" Keluh aku sendiri, darah mengalir perlahan daripada hidung aku, aku menutupnya dan berdiri dengan perlahan.

***

Marah demi mempertahankan seseorang yang kau sayangi..

Memaafkan seseorang walaupun kau tak salah..

Terima satu penolakan dengan seadanya..

Aku tak fahamnya, sebab itulah, aku rasa marah dan keliru, sebab itulah aku jauhkan diri aku, aku terlalu takut sebenarnya..Aku tak pernah nampak sisi mereka yang sebegitu sebelum ini…

Aku rasa aku ketinggalan dan tidak berubah…Aku terasa seperti terpaksa untuk mengejar mereka..sedang aku jauh ketinggalan..

" Aswad, kau datang?" Aku terkejut, Aswad berada dihadapan pintu rumah aku, dia mengangkat beg plastik yang dibawanya.

" Aku..ada belikan Tealive..jomlah minum.." Kata Aswad.

" K..Kau nak masuk rumah aku?" Soal aku.

" Apa salahnya? Mak ayah kau takde sekarang, kan?" Balas Aswad.

" Mana..mana boleh!" Keluh aku sambil menolak dada Aswad.

" Aku datang sebab aku risaukan kau, kau tahu.." Aswad meletakkan tangannya diatas kepala aku, dia membelai aku perlahan, a..apa dia buat?

" Jangan risau..aku takde buat apapun..just nak temani kau je.." Aswad tersenyum, aku mengalihkan pandangan aku.

" Baiklah…" Balas aku, dia selalu menang, aku bencinya..

Kami berdua berada diruang tamu, aku duduk diatas sofa manakala Aswad berada dilantai, dia sedang mencari movie untuk kami tonton di Netflix, aku memerhati sahaja dia..

" Kau…nak teman aku ke? Tengok movie?" Tanya aku.

" Aku nak bukak movie supaya rumah ni tak sunyi sangat…" Kata Aswad, dia membuka satu filem Korea di televisyen pintar aku menggunakan Netflix, aku mengambil air teh Tealive yang dibawa Aswad tadi dan mula menghirup airnya dengan perlahan.

" Mairah…kau suka sangat ke kalau rumah kau senyap sangat?" Soal Aswad, aku menoleh kearahnya.

" Mungkin jugak..aku senang nak berfikir.." Balas aku, Aswad mengangguk faham.

" Begitu…" Dia kembali menoleh kearah tv. Aku meletakkan semula air teh Tealive tadi, airnya sedap, aku tak nak rugikannya dengan menghabiskan air ni terus selepas sekali hirup.

" Mairah, kau nak tak aku pukul budak yang serang kau tu?" Aswad langsung tidak mengalihkan pandangannya tetapi aku dapat rasakan sesuatu yang tidak kena.

" T..Tak payahlah cari pasal lagi.." Kata aku, Aswad tiba-tiba berdiri dan mengeluarkan telefonnya.

" Aku ke tandas jap.." Aswad memasukkan tangan kirinya kedalam poket seluarnya.

" Guna tandas yang ada kat dapur.." Balas aku, Aswad berjalan pergi tanpa berkata apa-apa, kenapa dengan dia tu? Dia sanggup nak bergaduh demi aku, hah..

Lelaki bodoh betul..suka sakitkan diri sendiri…

***

Aku meletakkan kepala Mairah perlahan diatas bantal sofa, dia sudah tertidur nyenyak, wajah tidurnya agak tenang, aku memandang sahaja wajahnya itu. Sejujurnya, kalau Mairah biarkan aku pukul budak tu, aku akan lakukannya…

" A..iman." Mairah mengigau, Aiman?

" M..Maafkan..aku.." Daripada riak wajahnya, mimpi buruk, hah…Mairah masih terfikirkan lelaki lain selain aku?

Aku..takkan benarkannya.

Wajah kami berdua dekat, aku dapat merasakan nafas Mairah, apa aku buat ni? Aku terlalu obses dengan menawan Mairah sangat ke? Aku bukan dah cakap yang aku takkan sentuh dia ke? Apa aku fikir ni?

Aku meninggalkan nota diatas meja, televisyen aku tutup, dengan segeranya aku berjalan keluar daripada rumah Mairah, langit petang sudah berubah jingga, aku berjalan kearah motor yang aku parkirkan dihadapan rumah ini.

" A..Abang Mairah ke?" Tegur seseorang, aku menoleh kearahnya, seorang budak lelaki yang sedang membawa basikal berada juga dihadapan rumah Mairah, dia baru sahaja ingin menekan butang loceng rumah Mairah.

" Siapa kau?" Soal aku.

" Kawan Mairah, Aiman..dia ada tertinggal buku atas meja dia..tadi masa bertugas saya ambiklah dan saya nak pulangkan.." Balas aku, dia guna 'saya', dia ingat aku abang Mairah?

" Mairah tengah tidur..jangan tekan loceng tu..Bagi aku buku tu..aku bagi dekat dia nanti.." Kata aku sambil menghulurkan tangan aku.

" Ah, baiklah.." Aiman itu menyerahkan buku Mairah yang dibawanya itu.

" Kau..Aiman?" Aku memandangnya lagi, dia nilah nama budak yang Mairah kata masa mengigau tadikan?

" I..Iya." Dia mengangguk perlahan.

" Aku..sebenarnya ialah boyfriend Mairah, nama aku Aswad." Aku perkenalkan diri aku, wajah Aiman terus berubah merah.

" Hah?" Dia kelihatan kaget.

" Kau fikir bukan-bukan sebab aku datang rumah dia ke? Jangan risau, aku tak sentuh dia pun.." Kata aku.

" Tak-tak.." Aiman mengangkat kedua-dua tangannya dan menggeleng beberapa kali.

" Aiman..kau ke budak yang tarik baju dan tudung Mairah semasa di sekolah haritu?" Tanya aku.

" Eh? B..bukan.." Balas dia sambil tersenyum pahit. Dia tak nampak macam seseorang yang akan lakukannya.

" Aku..tak boleh tolong Mairah semasa dia di sekolah..Kau kawan diakan? Tolong jagakan dia.." Pesan aku, Aiman mengangguk faham.

" B..Baiklah.." Kata dia.

" Tapi..jangan buat dia suka dengan kau..jangan rapat sangat dengan dia..tahu limit kau." Kata aku lagi, Aiman mengalihkan pandangannya.

" Jangan risaukannya..aku dah kena reject dengan Mairah..Aku takkan kacau hubungan korang.." Aiman tersenyum, tapi kali ini berbeza, dia tersenyum seperti seseorang yang sudah melepaskan beban yang berat.

Dialah budak yang Mairah reject tu, hah…

" Kau..menarik, mana ada orang tersenyum macam tu..lepas kena reject.." Balas aku.

" Rasanya..kita senang nak terima sesuatu..kalau seseorang tu lebih jujur..Bukan nak cakap apa tapi, kesilapan Mairah yang menyebabkan pergaduhan ni ialah..ketidak jujuran." Terang Aiman, nampaknya, dia pun tahu diri sebenar Mairah.

" Ah, aku faham apa yang kau cakapkan.." Keluh aku.

***

" Aku..sebenarnya ialah boyfriend Mairah, nama aku Aswad."

Aswad tu, dia nampak lebih matang dan lebih tua daripada kami tetapi dia juga rupanya budak tingkatan 4, aku susah nak percaya, aku ingat dia sekurang-kurangnya 17 tahun atau 18 tahun…Aku rasa senang sikit, sebab boyfriend Mairah sekarang, dia nampak kisah dan faham Mairah..

Mungkin Mairah suka dengan dia betul-betul kali ni..

Kelihatan buku-buku yang sudah bersepah diatas meja aku, sesi study aku telah berubah daripada 30 minit menjadi 45 minit, penat rasanya, aku terbaring sahaja diatas katil sambil melihat mesej-mesej yang masuk ke dalam WhatsApp aku, hanyalah beberapa mesej daripada group keluarga.

Sejak haritu, Syakir dah mula jauhkan dirinya..nampaknya dia memang marah yang aku pertahankan Mairah, hah…

" Abang..tolong aku tengok soalan BI ni.." Iman masuk kedalam bilik aku dan terus menunjukkan buku aktiviti Bahasa Inggerisnya.

" Jawapannya 'your'lah..' you're' tu singkatan untuk 'you are'." Kata aku. Iman mengangguk faham, dia memuncungkan mulutnya dan meletakkan pen diatas bibirnya.

"Peliklah..bahasa asing ni.." Keluh Iman.

" Tak pelik pun…" Balas aku.

" Apa-apa jelah, terima kasih abang.." Iman berdiri dan ingin berjalan pergi tetapi dia menghentikan langkahnya dihadapan pintu bilik aku.

" Abang..kau okay je kan?" Tanya Iman.

" Heh? Mestilah aku okay..kenapa tiba-tiba tanya?" Jarang-jarang dia tanya pasal aku.

" Takde sebab pun…just nak pastian je.." Balas Iman, dia keluar daripada bilik aku dan menutup semula pintu.

Keluhan yang panjang aku lepaskan, aku perlu tolong Mairah, hah..Masalahnya, Aswad, rasa janggal sangat nak dekati dia seperti dulu dan kami gaduh teruk pula, sehingga bertumbuk semua…Haih…

Aku ada tersilap langkah ke?

PAGE.7 TAMAT