Aku tahu yang aku dah tekad untuk direject secara direct oleh Humairah tapi…keadaan sekarang buat aku susah nak approach Mairah dan bercakap dengan dia..sebab dia memulaukan dirinya sendiri daripada aku dan yang lain…
Jadi aku dah dapat idea…untuk baiki semula hubungan kami semua.
" Kau nak elok balik dengan Mairah?" Soal Amir.
" Ini…bukan sebab aku suka dia lagi tapi..aku just rasa tak betul kalau kita terus je bergaduh macam ni.." Balas aku, Amir tersenyum.
" Aku ikut je..Betul jugak cakap kau, walaupun perangai Mairah sebegitu, dia masih kawan lama kita..aku tak suka jugak bergaduh macam ni lama-lama.." Kata Amir, nasiblah Amir ialah seseorang yang senang memahami dan baik..
Aku menghabiskan seharian berfikir, bagaiman ingin baiki semula hubungan kami seperti dahulu? Mairah takkan minta maaf pada sesiapa, ego dia takkan benarkan dia kalah dengan kami. Tapi kalau kami minta maaf pada dia..mungkin ada peluang..
Tak adil betul tak, kalau sebegitu?
Dia yang sebabkan semua ni berlaku…sekarang kami pula yang harus minta maaf sebab marah dan benci tindakan dia?
" Percaya dengan aku…aku bukan benci Mairah, aku hanya benci tindakan dia sahaja..Aku nak dia minta maaf..dan lakukan semua benda dengan betul.." Kata Nur, dia tertunduk sambil mengenggam tangannya.
" Aku takkan minta maaf pada Mairah..Maaflah, Aiman. Hubungan aku dengan Humairah hanyalah kawan kepada kawan..sebab tu aku tak terkesan sangat pun." Balas Syakir, dia sedang duduk ditempat duduknya sambil menyandarkan kepalanya didinding.
Aku…apa patut aku buat sebenarnya?
Semua orang ada ego masing-masing, kita takkan nak kalah, kita akan pastikan diri kita selalu betul dan menang..sebab itulah orang selalu bergaduh dan berbalah, sebab ego mereka sendiri..
Langkah aku terhenti, begitu juga Mairah yang terkaku dihadapan aku. Kami memandang sesama sendiri lama, entah kenapa, aku terasa sudah lama aku tidak nampak wajah Humairah..dan sudah lama juga kami tidak bercakap..
" K..Ketepi boleh tak?" Pinta Mairah.
" Er..ah..baik." Aku memberi dia laluan, Mairah berjalan ditepi aku,bau pewanginya berbeza hari ini, aku memerhati sahaja dia pergi.
Aku pengecut.
***
" Mairah..hari lahir aku dah nak dekat.." Kata Aswad sambil menyilang tangannya, aku menoleh kearahnya dengan wajah tertanya.
" Ah..kenapa?" Soal aku.
" Aku nak kau ikut aku sambut hari lahir aku bersama..Mari date pada haritu.." Ajak Aswad, aku memandangnya pelik kemudian mengeluh kecil.
" Dah nak dekat peperiksaan pertengahan tahun kau tahu…aku takde masa untuk date.." Balas aku, Aswad kelihatan kecewa, janganlah buat muka macam tu…aku rasa bersalah pula…
" K..Kita date lepas habis peperiksaan, boleh?" Tanya aku, Aswad kembali tersenyum, dia mengangguk perlahan.
" Nampaknya…kau pun nak pergi date rupanya..hum, hum.." Perli Aswad, dia ni! Sengaja je betul tak?!
" Tak payahlah kalau macam tu!" Balas aku.
" Eh…sorry-sorry." Aswad mengangkat tangannya, kami memandang sesama sendiri kemudian tergelak bersama, aku tak tahu kenapa, tapi aku terasa lawak pula, gelagat kami tadi…
Aku…takut nak mengaku tapi aku rasa aku dah mula…selesa sangat dengan Aswad ni..
Dia macam boleh mengisi sementara perasaan aku yang kosong selepas aku bergaduh dengan Nur dan yang lain haritu..
***
" Kau terfikir tak..kenapa Aiman nak sangat kita berkawan dengan Mairah seperti dahulu? Dia takkanlah tak marah Mairah selepas apa yang dia kena?" Keluh Syakir, dia tertunduk dan berjalan sambil tangannya berada didalam poket seluar.
" Aku rasa…dia bukan nak berkawan dengan Mairah sebab dia masih suka dengan Mairah..dia hanya nak semua benda kembali seperti sedia kala je.." Balas Nur, Syakir mengetap giginya.
" Tch, dia tu bodoh sangat…" Kata Syakir, Nur tersenyum pahit.
" Dia baik sangat..sebab tu dia bodoh..tapi itu yang bagus pasal dia.." Kata Nur pula, Syakir memandang Nur seketika kemudian kembali tertunduk.
" Jadi baik sangat…dan kau bakal sakit, aku takkan dapat maafkan Mairah..apa yang dia buat pada Aiman dan kau..jangan harap aku terima dia sebagai kawan aku.." Terang Syakir, dia kelihatan marah.
" Syakir!" Panggil Nur, mereka berdua berhenti berjalan, Syakir terus menoleh kearah Nur.
" Aku..aku pun tak suka bergaduh macam ni..Aku nak semua benda kembali macam dulu..aku nak sembang dan main-main dengan Mairah..aku nak kami berdua sama-sama layan kebodohan korang bertiga..Aku..nak.." Mata Nur berair, Syakir terasa serba-salah.
" J..Jangan nangis, Nur..aku fahamnya sekarang..kalau kau nak kawan dengan dia..Aku tetap akan sokong kau..jadi..janganlah nangis dah.." Syakir cuba memujuk Nur.
" Hum..o..okay.." Nur mengelap air matanya, Syakir kelihatan terganggu.
***
Kenapa kau dan Aiman nak sangat berkawan dengan perempuan pukimak tu?
" Aku..cuba fikirkannya..tapi aku tak tahu macam mana aku nak terima Mairah sebagai kawan kita lagi.." Syakir mengetuk kepalanya menggunakan ibu jarinya beberapa kali, Amir yang sedang berada ditepinya menghirup air kotak milonya sehingga habis.
" Kenapa kau beritahu aku pasal ni? Aku bukannya terlibat pun dalam hal ni, kan?" Soal Amir, Syakir mengeluh penat.
"Sebab kau tak terlibatlah…aku boleh complaint dekat kau.." Balas Syakir, Amir membaling air kotak milonya yang sudah habis tadi kedalam tong sampah ditepi bangku mereka.
" Sejujurnya, aku pun nak korang berhenti bergaduh..Takde guna gaduh lama-lama sebegini.." Keluh Amir.
" Kau still nak kawan jugak dengan bitch tu ke?" Soal Syakir, dia mengenggam tangannya erat. Amir terkebelakang.
" Tenang doh..Selama ni pun, kita tetap berkawan dengan Mairah walaupun tahu perangai buruk dia..apa masalahnya kalau nak berkawan semula? Mana tahu, dia mungkin berubah sedikit lepas hampir sebulan bergaduh.." Terang Amir, Syakir mengalihkan pandangannya dalam kekecewaan.
" Mairah ada kebaikan dan keburukkan dia..sama sahaja seperti kita..Dia pun layak kemaafan, Syakir." Amir menepuk bahu Syakir kemudian berdiri dengan perlahan.
" Mari sambung jogging..peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat…nanti kita takde masa nak jogging dah.." Ajak Amir sambil tersenyum, Syakir berdiri dan berjalan kearah Amir.
"Cepatlah..aku balik 6:30 nanti.." Balas Syakir.
***
" Penatnya~" Aku terbaring diatas katil, selesaikan pun sesi study 30 minit yang terasa seperti berjam-berjam..Aku still rasa penat jadi bagilah aku baring-baring sekejap…
Peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat…Itu lagi satu masalah yang aku kena hadap.
Aku ingat, makin kami besar dan matang, kami takkan bergaduh lagi, kami takkan sakiti sesama sendiri dan bertindak dingin terhadap sesama sendiri..tetapi akhirnya, kami tetap akan gaduh, kami tetap akan pulaukan sesama sendiri..Aku penat..penat nak gaduh dan melawan semula..
Susah ke untuk faham sesama sendiri?
" Sial.." Aku mengelap mata aku. Kami mungkin bergaduh sebab kami faham sesama sendiri namun kami tak dapat terima sesama sendiri..
Aku menipu ke, semasa aku cakap yang aku sanggup terima Mairah seadanya walaupun dia ada perangai yang teruk?
Telefon aku tiba-tiba berdering, ada orang call aku, masa-masa sebegini? Aku segera mencapainya, terpapar nama 'Nur' diskrin telefon aku, Nur rupanya, kenapa dia call sekarang?
" A..Assalammualaikum?" Kata aku sejurus menjawab telefon, terdengar bunyi seseorang menggerakkan kerusi.
" Waalaikummusalam, Aiman..tengah busy ke?" Soal Nur.
" Ah..takde, aku takde buat apa.." Balas aku.
" Hum..baguslah, ada benda aku nak beritahu kau.." Kata Nur, aku mendekatkan lagi telefon dengan telinga aku.
" Apa dia, Nur?" Tanya aku. Nur berdehem beberapa kali, dia mengambil nafas yang panjang sehingga aku pun boleh dengar dari hujung talian.
" Ingat tak…pagi tadi kau ada cakap yang kau nak mengalah dan nak minta maaf pada Mairah?" Nur membalas pertanyaan aku dengan pertanyaannya sendiri.
" Uhm..semestinya aku ingat." Kata aku.
" Aku mula fikirkannya..kenapa kau nak baik sangat semula dengan Mairah selepas apa yang dia buat..aku tak suka tindakan kau sejujurnya tapi..pada masa sama, aku rasa kau betul..Aku tak suka gaduh lama-lama sebegini..Kepala aku bercelaru.." Terang Nur, dia kedengaran sedih, aku mengenggam telefon aku erat.
" I..Itulah. Masalahnya, Mairah takkan minta maaf pada kita..jadi sebab itulah, walaupun aku mungkin tak bersalah…aku just nak minta maaf je..dan maafkan sahaja Mairah..Aku dah tak kisah pasal kejadian haritu dah." Aku..sudah tekad, untuk direject oleh Mairah secara direct, untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala, aku akan mengalah.
" Aiman..kau baik sangat kau tahu..itu yang aku suka pasal kau, aku tak faham macam mana Mairah tak boleh pilih kau.." Keluh Nur dalam nada memerli.
" Ergh…aku takdelah baik mana pun.." Aku rasa malu pula.
" Baiklah..Aiman, aku nak minta maaf pada Mairah, aku ada cakap benda-benda teruk pada Mairah, supaya dia terima aku sebagai kawan dia balik, aku akan jatuhkan ego aku..Ego yang menjauhkan kita." Balas Nur, aku tersenyum lega, aku bersyukur sangat..Nur ingin ikut plan aku..
" Terima kasih, Nur…" Kata aku perlahan.
***
" Hum..begitu. Ah? Takpelah..ikut kau jelah..Ya-ya, aku tak marah..Jangan risaulah, aku dah cakap aku tetap sokong kau kan?..Hum..ah, baik, bye.." Syakir meletakkan telefonnya kebawah, dia menoleh kearah cermin tandas, wajahnya kelihatan kecewa dan sedih.
" Nur..kenapa?" Syakir membasuh wajahnya kemudian keluar daripada tandas masjid, Amir dan Roznam sedang bersembang.
" Oh..itu pun dia..Lama call awek.." Perli Roznam, Syakir menyimpan telefonnya dan mendekati mereka berdua.
" Sudahlah tu..aku dengan Nur bukan macam tu.." Balas Syakir.
" Lama betul..ustaz kali ni ceramah…" Keluh Amir, mereka bertiga duduk dibelakang masjid sambil bermain permainan video ditelefon mereka.
" Game keberapa sekarang ni?" Tanya Syakir.
" Game kelima. Dah nak dekat pukul 10 pun belum habis, hah…Aku tengah lapar ni.." Kata Roznam, Syakir mengeluh kecil.
" Enemy ada kat bush tu…hati-hati, Roz." Pesan Amir.
" Lambatlah..aku dah kena serang dah pun.." Roznam ingin melarikan dirinya daripada musuh, nyawanya makin sedikit.
' You have been slain.'
" Bab- Astaghfirullah…" Roznam menahan dirinya dan tersandar didinding, Amir tergelak kecil.
" Korang, kalau korang benci sangat seorang perempuan, korang sanggup tak tampar muka dia?" Tanya Syakir tiba-tiba, Roznam dan Amir terus menoleh kearah Amir.
" K..Kenapa tiba-tiba je?" Soal Amir.
" Jawab jelah.." Kata Syakir, tangannya masih laju menekan skrin telefonnya.
" Aku akan tampar..kalau diorang main tangan dengan aku jelah.." Balas Roznam, dia tersenyum sinis.
" Kau akan tampar diorang?!" Amir kaget.
" Begitu….humm.." Syakir mengangguk beberapa kali, Amir memandang mereka dengan pandangan risau.
" Kau pulak Amir, kau sanggup tampar perempuan ke?" Tanya Roznam kepada Amir.
" J..Jangan haraplah, macam mana teruk perempuan buat aku pun..Rasanya tak perlulah angkat tangan.." Kata Amir, dia tertunduk risau.
" Tch..membosankan.." Balas Roznam.
" M…membosankan?" Monolog Amir.
" Aku setuju…" Syakir membuat thumbs-up, Amir terkejut.
" Ka..kau setuju?" Monolog Amir lagi.
' Victory!'
" Ustaz tu still ceramah lagi ke?" Tanya Roznam sambil menoleh kearah pintu masjid.
" Allahuakbar, Allahuakbar.." Terdengar suara seseorang melaungkan iqamah.
" Mari solat.." Ajak Syakir sambil menyimpan telefonnya, Amir berdiri diikuti dengan Roznam.
***
Aku sedang berjalan kearah kelas, angin pagi bertiup agak kuat dan langit juga sedikit gelap daripada biasa, pagi ni akan hujan. Aku pun datang lambat sebab pagi tadi aku bangun lambat, aku kena tukar alarm yang kuat lagilah…susah nak dengar alarm yang aku pakai sekarang…
" Peperiksaan pertengahan tahun.." Monolog aku sendiri, minggu depan, hah…semalam pun aku study sekejap je..haih..
" Mairah!" Terdengar suara seseorang menjerit dari dalam kelas aku, kaki aku terhenti. Apa jadi?
Aku segera bergegas ke arah kelas aku, sejurus aku berada dihadapan kelas, mata aku terus terbeliak, Nur sedang menangis sambil menutup wajahnya, Amir sedang menahan tangan Syakir, Mairah pula berada didinding dan baju serta tudungnya dipegang erat oleh Syakir yang kelihatan sedang bengang.
" Berhenti, Syakir..cukup!" Kata Amir.
" S..Sudah, Sya..kir.." Pinta Nur juga, Syakir mendekatkan wajahnya dengan Mairah.
" Kau…memang suka buat orang macam ni kan, Mairah?!" Jerit Syakir, Mairah ketakutan dan diam sahaja.
" T..Ta..Tak..A..Aku.." Mairah menggigil, aku mengenggam tangan aku.
" Apa kau fikir kau buat, Syakir!" Aku berlari kearah Syakir dan menumbuk wajahnya, dia tertolak kebelakang diikuti dengan Amir, aku menghalang Syakir mendekati Mairah dengan meletakkan tangannya aku dihadapan Mairah.
" Aiman..kenapa kau nak sangat pertahankan anjing tu?" Soal Syakir, dia menjeling aku tajam, aku menelan air liur aku. Aku tak faham apa yang tengah terjadi..Mairah menutup wajahnya dibelakang badan aku, tangannya menggigil.
" Su..dah tu, Syakir.." Kata aku.
" Dia buat Nur menangis kau tahu! Padahal Nur, sanggup maafkan dia!" Keluh Syakir, Amir masih menahannya.
" Syakir…tolonglah..cukup!" Arah Amir, Syakir mengetap giginya, aku tak pernah nampak dia sebengang ni sebelum ni…
Apa yang terjadi sampai sebegini?
" Bawak Mairah keluar, Aiman!" Kata ketua kelas kami, aku mengangguk dan berjalan keluar dari kelas sambil membawa Mairah, dia tertunduk dan diam sahaja..Aku menoleh kebelakang seketika, Syakir terduduk, dia kelihatan penat.
Hujan turun dengan perlahannya,aku berjalan dibelakang Mairah, dia diam sahaja, aku pula hanya ikut sahaja dia berjalan.
" Mairah..apa jadi?" Tanya aku, langkah kami berdua terhenti. Mairah menoleh kearah aku, dia betul-betul ketakutan, aku tak mampu nak berkata apa-apa.
" A..ku..ta..tak pun semua..benda jadi macam ni…Aku..ma..maafkan aku.." Mairah tergagap-gagap, hujan turun dengan perlahannya, baru sahaja semalam, Nur kata dia ingin ikut plan aku untuk baiki semula hubungan kami dengan Mairah.
Tapi pagi ni, Syakir dah mengamuk, Nur menangis, Mairah ketakutan sebegini, aku pula..tak mampu buat apa-apa…
Apa semua ni?!
PAGE.6 TAMAT