Aku dan Nur berkenalan sebab kami dahulu berada ditadika yang sama. Dari kecil lagi, Nur sentiasa ingin tampak kuat.
" Jangan sepak kucing tu!" Nur menegur budak-budak enam tahun yang lebih tua daripadanya, walaupun badannya sangat kecil pada masa itu, dia berani melawan budak-budak yang lebih besar, aku kagum sangat dulu..aku tak berani seperti dia..
" Sibuk je!" " Nur pendek, Nur pendek!" " Blurghh!" " Diamlah!" Budak-budak itu mula mengacau Nur.
" M..Mana ada pendek!" Balas Nur sambil berlari kearah salah seorang budak disitu, mereka menolak Nur sehingga dia terjatuh, tangan Nur terheret dilantai yang berbatu itu. Dia berdiri dengan perlahan, aku terkejut, dia masih bangun lagi?
" Ahh!" Nur menumbuk-numbuk badan budak yang menolaknya tadi, tetapi tangannya terlalu kecil, budak itu tidak rasa apa-apa..
Aku tahu, Nur menangis sendirian dihadapan singki sambil membasuh tangannya yang terluka dan berdarah, aku nampak, tapi aku tak tahu bagaimana ingin bertindak..kalaulah aku boleh ulang balik masa, aku nak puji keberanian dia..
" Cukup tu..jangan bercakap semasa perhimpunan!" Nur menegur budak-budak darjah enam yang tadinya bersembang, semasa sekolah rendah, dia mula menjadi pengawas semasa darjah empat, dia tidak takut menegur mana-mana budak pun..Aku kagum lagi sekali, bukan senang nak melawan budak-budak sekolah rendah yang sangat menyukai kebebasan mereka..
Tapi…budak sekolah rendah lebih menakutkan daripada budak tadika…
" Syakir, diorang..buli Nur doh!" Kata Amir pada masa itu, dia kelihatan risau, aku segera bergegas untuk membantu Nur.
Setibanya aku disitu, pakaian Nur sudah basah lenjun dan berpasir, dia tertunduk sahaja, Amir dan aku terlambat ingin membantu dia pada masa itu…Aku rasa bersalah sangat..
" Kau..tak nak menangis ke?" Soal aku sedang aku berjalan bersama dengan Nur, dia dapat baju baharu selepas kami memberitahu kejadian yang berlaku pada guru yang masih berada disekolah.
" A..Aku tak boleh menangis.." Balas Nur.
" Kenapa?" Aku tertanya.
" Sebab kalau kita buat benda betul..kita tak boleh mengaku kita kalah!" Kata Nur, mata aku terbuka luas, bukan semua budak sekolah rendah mempunyai pandangan seperti Nur tapi aku tak setuju sangat..air mata bukannya bermaksud kita kalah tetapi..ialah sebuah tanda yang kita dah lakukan yang terbaik..
" Kalau nak nangis..nangis jelah..tak payahlah lap air mata yang nak mengalir dari tadi tu.." Tegur aku, mata Nur berkaca, akhirnya mata yang berkaca itu pecah dan air matanya mengalir perlahan..dia menutup wajahnya dibelakang aku, dia tidak ingin nampak lemah…
Tapi Nur, kau tak pernah lemah dimata aku, kau sentiasa ingin lakukan semua benda dengan betul..Aku kagum.
Bermulanya tahun pertama kami disekolah menengah, angin pagi bertiup kuat, aku menoleh kebelakang, kelihatan Nur yang sedang memakai uniform sekolah menengah sedang berdiri dibelakang aku…Angin meniupkan tudungnya yang labuh itu..
" Tak nak apply jadi pengawas ke?" Tanya aku sedang aku dan Nur berada dibawah pondok bersama.
" Aku..tak nak jadi pengawas..dekat sini." Balas Nur, aku menoleh kearahnya, aku tak terkejut, semasa sekolah rendah, dia dibuli, dicaci dan dipulaukan…Kehidupan sekolah menengah yang sebegitu bakal buat seseorang menjadi gila..
" Ikut kaulah..tapi aku teringin nak tengok kau pakai uniform biru~" Perli aku, aku tak suka topic yang sensitif ataupun masa lepas yang menyakitkan, aku tak nak ingatinya sebab aku takut…untuk nampak air mata Nur.
" Kau! Humph!, kalau nak sangat tengok..tahun depan Mairah jadi pengawas.." Kata Nur.
" Aku tak kisah pasal dia.." Keluh aku. Nur memandang aku lama, dia mengeluh kecil.
" Kalau aku pakai uniform kuning, tak nak tengok ke?" Soal Nur. Bahu aku terangkat.
" S..Semestinya aku nak tengok!" Aku teruja, Nur tersenyum pahit.
" Baiklah.." Balas dia, dari jauh, kelihatan Amir dan Aiman serta Mairah yang berjalan kearah kami, Nur menoleh kearah mereka dengan wajah yang gembira.
Kawan-kawan yang Nur punyai sekarang ialah semuanya bagi dia, dia sayangkan group kawan yang kecil ini, aku akan lakukan sebaik mungkin pertahankan kemahuan Nur dan benda yang dia sayang…
Aku takkan sentiasa terlambat dan tengok sahaja jika Nur disakiti..
Extra Page.1 Tamat.