Masa berlalu dan pergi, jika kau masih tersekat dimasalah semalam, maka kau akan bawanya ke esok hari dan menjadikannya masalah kau pada hari itu.
" Slide siap!" Syakir menekan butang save dengan wajah lega, aku menghirup air sejuk yang berada diatas meja, Nur pula mengeluh lega, Amir memerhati sahaja kami sambil tersenyum.
" Cepat betul korang siapkan.." Kata Amir.
" Well, aku malas nak kerja masa Sabtu dan Ahad…" Balas Syakir, Nur mengangguk setuju.
" Team aku baru start buat slidenya semalam…Aku sudahlah jadi mangsa ke present..aduhai.." Keluh Amir.
" Kalau kau team dengan kitorang lagi okay.." Kata Syakir.
" Eh? Asal dengan Mairah?" Soal Amir.
" Dia dengan Nur bergaduh…then dia tak nak buat kerja dengan kitorang lepas aku marah dia.." Cerita Syakir, Amir memegang kepalanya dengan wajah pelik.
" Mari jangan cakap pasal dia sekarang.." Kata Nur, dia kelihatan terganggu.
" Ah, baiklah.." Balas Syakir, aku mengisi semula cawan aku dengan air sejuk, aku terasa panas sangat pula…Mungkin sebab kipas diatas kami bergerak dengan sangat perlahan.
" Apapun..Sekarang slide dah siap, kita tak perlu risau pasal apa-apa.." Nur tersenyum semula.
" Itulah..nasiblah dapat siap awal." Balas aku. Kami masih belum dalam good term dengan Mairah, dia juga tidak cari jalan untuk baik semula dengan kami..Masing-masing ada ego sendiri.
***
" Aku ada nampak Akak Mairah dengan seorang lelaki date dekat Tealive.." Kata Iman, aku tersedak, kami sedang berada dimeja makan, aku hampir tercekik makanan aku sendiri tadi..
" Mu..Mungkin itu boyfriend dia.." Balas aku.
" Boyfriend, hah…Tunggu, boyfriend?! Seriuslah?!" Soal Iman, aku menyandarkan badan aku dikerusi.
" Iya, lelaki tu mungkin BF dia.." Keluh aku.
" Abang..kau biarkan je dia terlepas?!" Iman tiba-tiba mengetuk meja beberapa kal, nasi yang berada ditangan aku terjatuh semula keatas pinggan.
" Apa maksud kau?" Tanya aku.
" Kau suka dengan Akak Mairah kan? Habistu kau nak biarkan je dia kena rampas lelaki lain?" Iman suka masuk campur hal macam ni…Aduhai..
" Kau jangan menyibuklah..Aku tak boleh paksa dia suka aku, kau tahu..Bukan senang macam tu je.." Kata aku.
" Ruginya…lelaki macam kaulah lelaki yang selalu biarkan peluang diorang terlepas setiap masa sebab kecut sangat.." Keluh Iman, dia menongkatkan kepalanya menggunakan tangannya, aku mengeluh kecil.
" Bukan..senang aku nak confess dan couple dengan Mairah..Kau pun..ini hal aku tak perlu masuk campur.." Balas aku.
" Ikut kaulah.." Iman mengalihkan pandangannya. Dia baru tahu? Selama ni dia tak ambik tahu pasal kejadian yang berlaku selama dua minggu ni ke? Aduhai…
***
Tiada sesiapa pun mesej atau call aku…
Biasanya pada masa sebegini, Aiman akan ajak aku bermain game ataupun Nur akan bersembang pasal episode K-Drama yang baru dia tengok, Syakir mungkin akan hantar gambar bodoh dan cuba buat aku gelak, Amir…hum, dia jarang sembang dengan aku..
Kenapa..hanya mereka bertiga sahaja yang sentiasa bermain dikepala aku sekarang?
Sebab mereka kawan lama aku ke? Sebab aku selama ni terbiasa bersembang dan melayan mereka ke?
Jangan cakap dengan aku, yang aku rindu dengan diorang…
Telefon aku tiba-tiba berdering, aku segera mencapainya, bukan selalu, aku teruja untuk dengar telefon ni berdering. Terpapar nama 'Aswad' ditelefon aku, dia call aku?
" H..Hello?" Aku menjawab callnya itu, aku terdengar bunyi seperti kerusi digerakkan.
" Hello, ini Mairah kan?" Soal Aswad dihujung telefon, aku terasa lega pula tiba-tiba, malam ni..ada orang yang call aku.
Tunggu, kenapa aku rasa macam ni?
" Ya ini aku, kenapa kau call?" Tanya aku.
" Aku sengaja call, entah kenapa, aku rasa aku perlu call kau.." Balas Aswad, dia rasa dia perlu call aku? Pelik..Tapi aku masih tersenyum macam budak bodoh sekarang…Sejak bila, aku terlalu kesunyian ni?
Sejak aku dan Aiman mula berjauhan betul tak?
" A..Aswad, kau..tengah buat apa sekarang?" Soal aku sambil terduduk diatas katil aku sambil memeluk bantal.
" Baru selesai siapkan kerja sekolah..aku kena buat slide untuk sains.." Balas Aswad. Aku pun sepatutnya ada kerja slide yang sepatutnya aku buat bersama dengan kumpulan aku..
" Eh…Kau mesti bosan dan rindu aku kan? Baru sehari tak jumpa kat tuisyen, sebab tu kau call aku kan?" Aku…sengaja nak dengar jawapan daripada Aswad, aku..nak dengar dia cakap dia rindu aku, aku nak dia anggap aku penting.
" Mungkin jugak..aku asyik terfikir pasal kau je.." Kata Aswad, apa? Dia memang rindu aku betul-betul, aku ingat dia akan cakap ' Takdelah, bukan macam tu..'.
" A..Aku tak sangka kau bagi jawapan jujur.." Keluh aku sendiri, suara aku agak perlahan.
" Hah? Apa?" Aswad tidak dengar apa yang aku cakapkan tadi..
" Takde apa.." Balas aku.
Apa hal dengan aku ni? Sepatutnya dia yang malu-malu dan berubah merah bukannya aku. Selama ni. Aku date dengan banyak lelaki, mereka semua sama, dengar cakap, tak pernah marah dan tegur, tak pernah cakap mereka rindu aku..
Tapi Aswad berbeza, dia melawan, dia marah dan tegur aku..Dia cakap dia rindukan aku, kenapa kau lain? Aku..Aku tak tahu macam mana nak kalahkan Aswad dan buatkan dia menyerah..Aku tak boleh..
" Mairah, hello? Kenapa diam je ni?" Aswad kedengaran tertanya, aku mengeluh kecil.
" Aku still kat sinilah, bodoh.." Kata aku.
***
Kami akhirnya call sehingga hampir dua jam, aku meletakkan telefon aku diatas meja, sembang dengan Mairah boleh jadi seronok dan juga membosankan pada masa yang sama, kadang-kadang kami diam lama, mungkin ingin mencari topik…
" Eh…Kau mesti bosan dan rindu aku kan? Baru sehari tak jumpa kat tuisyen, sebab tu kau call aku kan?" Mairah ingin memerli aku pada masa itu, aku nampak cara dia, biasanya orang takkan bagi jawapan yang jujur pada soalan sebegini sebab mereka malu..tapi aku, aku tak nak kalah dengan Mairah.
" Mungkin jugak..aku asyik terfikir pasal kau je.." Balas aku, selepas aku cakap sebegitu, Mairah terdiam agak lama, aku sebenarnya agak risau.
" A..Aku tak sangka kau bagi jawapan jujur.." Aku terdengar suara malu-malu Mairah, aku terasa lega sedikit, kali ni aku menang..
Tapi…
M..Malunya..aku still rasa malu dan janggal hingga sekarang. Boleh ke aku kalahkan Mairah setiap masa? Aku tak mampu…
Mairah ada suara yang comel, wajah yang comel..hanya perangai yang buruk sahaja..Semua pasal dia hampir terlalu comel..Ahhhh!
Aku benci jatuh cinta, kau selalu jadi orang yang bodoh, cakapkan benda bodoh, terutamanya semasa kami masih remaja sebegini, semua benda ni baru, kadang-kadang kau tak sedar betapa bodohnya kau kelihatan sehingga semua benda dah berlalu lama…
Aku suka Mairah, sebab tu aku tak nak kalah dengan dia. Aku nak kawal dia, kalau itu apa yang aku nak, apa-apa jadi pun..aku tak boleh kalah sehingga dia dahulu yang betul-betul jatuh cinta dan patuhi aku..
Dalam hubungan sebegini, kau masih ada yang menang dan yang kalah, yang menang akan sentiasa dapat mengawal hubungan korang dan yang kalah hanya harus dengar cakap sahaja..Pride aku sebagai lelaki takkan benarkan aku kalah…Dalam permainan hubungan ni, aku pasti akan menang…
***
" Baiklah..sila berikan tepukan kepada kumpulan 2, Syakir, Aiman, Nur dan Humairah, slide yang sangat bagus dan presentation yang baik..terima kasih semua.." Cikgu Rozi menepuk tangannya diikuti rakan-rakan sekelas yang lain, kami hanya tertunduk sahaja.
Pada akhirnya, Mairah langsung tidak membantu atau buat apa-apa pun untuk kerja slide sains kami bersama,dia masih berjauhan daripada kami dan langsung tidak berbaik dengan sesiapa pun..
Aku tak dapat buat apa-apa dalam situasi sebegini…
" Slide korang lagi bagus daripada slide kumpulan aku…Diorang buat last minute, memang agak kelam-kabutlah.." Keluh Amir, dia kelihatan kecewa dan sedih.
" Sebab tu kau kena ada ketua kumpulan macam aku, hahaha!" Syakir bangga.
" Aku benci nak setuju dengan Syakir.." Kata Nur, aku tergelak kecil, aku ingin lupa seketika pasal Mairah tetapi, setiap kali aku nampak Mairah sendirian, aku terasa sesuatu yang tak kena..
" Mairah tak sepatutnya sendirian." " Dia sentiasa baik dan banyak kawan."
Itu sahaja yang bermain dikepala aku, imej aku terhadap Mairah terasa dicabar, ini bukan pertama kali dia bergaduh dengan sesiapa tetapi ini ialah pergaduhan terbesar pernah kami hadap selama kami berkawan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 4…
Perasaan yang aku rasa sekarang ialah kerisauan..bukan hanya risau tentang hubungan aku dan Mairah, aku juga risau akan hubungan dia dengan kawan-kawan yang lain sekarang.Aku sebab mereka bergaduh, jadi aku masih bertanggungjawab dalam hal ni…Aku kena fikirkan cara untuk baiki semua ni semula..
Aku kena tahu kenapa aku sebab mereka bergaduh..secepat mungkin!
Aku membuka pintu Pusat Sumber, kelihatan dua pengawas sedang berada didalam bilik ini sambil menyusun buku di rak dan menjalankan tugas mereka, Nur tak bertugaslah pulak hari ini..Aku mengeluh kecil.
" Aiman, apa kau buat kat sini?" Tegur seseorang.
" Ah!" Aku terkejut dan terus melompat ketepi, Nur tergelak melihat reaksi aku.
" Terkejut betul.." Kata Nur, aku mengeluh kecil dan memegang dada aku.
" Aku ingat…kau tak bertugas hari ni.." Keluh aku.
" Aku memang tak bertugas…tapi aku sengaja tolong.." Balas Nur, sambil menunjukkan kotak yang dibawanya, aku baru perasan kotak itu.
" Ah..aku nak tanya kau sesuatu…" Kata aku, Nur meletakkan kotak yang dibawanya kebawah dan mengibas bajunya beberapa kali.
" Apa?" Soal Nur.
" Aku..just nak tahu..kenapa aku sebab kau dengan Mairah bergaduh?" Tanya aku, Nur terdiam seketika, dia menoleh kearah aku.
" Kan aku dah cakap, jangan fikirkannya.." Balas Nur, dia nampak terganggu.
" Aku lagi tak tenang..kalau aku tak tahu apa jadi..Mairah, dia ada cakap apa-apa ke lepas aku keluar daripada Pusat Sumber haritu?" Soal aku.
" Kau tak perlu tahu!" Nur menaikkan suaranya, aku terkaku.
" Sorry…" Nur menyentuh mulutnya dengan wajah serba-salah.
" Nur..kalau kau sorokkan benda yang betul daripada aku sebab tak nak sakiti aku, aku nak cakap terima kasih sangat..tapi aku tak boleh biarkan kau pikul rasa marah dan sedih tu sendiri..Bagi aku sebab untuk marah Mairah juga.." Pinta aku sambil mengenggam tangan aku erat, Nur memandang aku lama kemudian cuba senyum, dia mengalihkan pandangannya.
" Aku…memang pandang rendah kau kadang-kadang, hah..Aiman." Keluh Nur, hah? Apa?
" Mairah..dia tahu yang kau suka dia selama ni.." Kata Nur, dia tahu?
" Dia sengaja tunggu kau tanya dulu..tentang hubungan dia dengan boyfriend dia..supaya kau sakit hati..dan give up untuk dapatkan dia..Bukan itu sahaja, dia tersenyum sambil buat kau sakit..aku takkan terimanya.." Terang Nur, dia nampak marah. Aku tertunduk dan berfikir seketika..Kenapa dia sanggup buat benda yang sama macam yang dia buat dekat lelaki lain pada aku juga, kami bukan kawan rapat ke? Selama ni aku cuba sorokkan dan tahan perasaan aku..itu yang dia bagi pada aku?
" Aiman..kita kawan lama kot..Sejak tingkatan 1 lagi..sebab tulah aku tak boleh terima apa dia buat..Aku tak kisah dia buat semua tu dekat lelaki lain..tapi jangan buatnya dekat kawan aku!" Tambah Nur, aku terasa lega selepas mendengar kata-kata Nur, aku tersenyum.
" Ah, terima kasih Nur…kau memang orang yang baik.." Balas aku.
" Tak jugak Aiman..Sebab aku takut, nanti kau sedih dan depressed..aku sorokkan benda yang berlaku haritu daripada kau..Maaflah, sebab aku pandangan rendah kau." Nur serba-salah.
" Jangan risaukannya..aku faham kau, biasalah kita tak nak sakiti kawan kita..Yang tak normal ialah, tersenyum sambil sakiti kawan kita sendiri.." Kata aku, Nur tersenyum sambil mengelap matanya.
Sekarang aku dah tahu kenapa aku sebab Nur dan Mairah bergaduh, aku sebenarnya tersedar selepas bercakap dengan Nur tadi, aku selalu dipertahankan kawan-kawan aku, mereka selalu bantu dan ceriakan aku…
Aku kena jadi matang dan hadap masalah aku sendiri..Aku tak boleh bebankan mereka selamanya..Aku tak nak buat mereka risau pasal aku setiap masa..
Walaupun kebenaran sentiasa akan menyakiti kita, kita kena terima kebenaran itu daripada hidup bahagia dalam penipuan..Itulah maknanya untuk menjadi kuat dan matang, sentiasa bersedia untuk sakit dan dapatkan kebenaran..
***
Aku..tak pernah dimanjakan mak ayah aku.
Mereka sentiasa sibuk dengan kerja, jadi aku sentiasa sendirian dihadapan laptop aku, aku obsess dengan social media, disitu aku boleh jumpa dan kenal pelbagai orang dan berkawan dengan ramai orang..
Tetapi, aku mula sedar, kawan di social media tidak sama seperti kawan yang 'betul' didunia betul, mereka lebih rapat dan sentiasa ada dengan kau..Kau kena belajar jaga hati mereka dan sentiasa menjaga percakapan sebab kau takkan dapat delete percakapan kau jika kau tersilap cakap..tidak seperti mesej yang kau boleh delete jika kau tersedar yang kau tersilap taip..
Aku masih tak faham..apa benda hubungan yang sebenar?
Sejak aku berada disekolah menengah, orang sentiasa puji aku 'cantik, 'comel' dan 'baik', mereka sentiasa dengar cakap aku, tetapi kawan-kawan yang lama berkawan dengan aku, mereka sentiasa tegur dan point out silap aku..Walaupun aku sedar apa mereka cakap tu betul, aku masih tak dapat terimanya, aku terasa dicabar..
Selama ni, aku diminati ramai orang dan couple dengan ramai orang…mereka sentiasa mendengar cakap aku namun kali ini, Aswad sentiasa serius dan tegur aku..dia tak pernah bagi aku menang kalau kami tak bersetuju..Walaupun aku terasa dicabar, aku tak dapat lawan dia balik..
Pertama kali, aku terasa dikawal…
Banyak je orang suka dan aku reject selama ni..tetapi selepas aku reject dan sakiti Aiman, Nur marah aku dan aku mula sentiada ragu-ragu dengan tindakan aku..
Ada sesuatu pasal diri aku terasa lain…aku tak tahu apa yang tengah terjadi..Aku takut.
" Mairah..kau nampak macam tak okay je..ada apa-apa terjadi ke?" Tanya Aswad, aku sentiasa seram macam mana dia boleh baca mood aku hanya dengan tengok wajah aku saja..Aku rasa aku dah sorokkannya sebaik mungkin.
Dia ni boleh baca minda aku ke?
" Kau selalu perasan, hah..Aku rasa aku taklah obvious sangat, kau menakutkan aku.." Balas aku, Aswad tergelak kecil.
" Tak obvious? Merepeklah…Kau antara orang paling obvious aku kenal.." Perli Aswad, aku terasa malu dan segera menutup wajah aku.
" Hanya aku seorang je yang kisah pasal masalah kau..sebab tulah, walaupun betapa obvious kau dalam masalah..Aku je yang datang dan dengar complain kau.." Bisik Aswad, dia tersenyum sinis, dia cakap benda yang teruk tapi aku terasa lega? Pelik betul…
" Kelas dah nak mula..nanti kita sembang." Aswad mengeluarkan pennya daripada kotak penselnya, aku pula menoleh kehadapan, guru tuisyen kami sedang berada dihadapan dan sudah ingin mula mengajar.
***
Aku perlukan sebab tu benci Mairah, sekarang aku dah ada sebabnya tapi aku tak terasa marah seperti yang sepatutnya, aku sepatutnya benci Mairah selepas dia sakiti hati aku dengan sengajanya…jadi kenapa, aku masih mencari jalan untuk memaafkan dia..
" Mungkin tindakan dia betul.." " Aku terlalu obvious sangat.."
" Aku sepatutnya sedar dari awal lagi.." " Mairah mesti ada sebab dia sendiri.."
Aku memang pelik…pelik sangat sehingga aku takut dengan diri sendiri..Mungkin aku memang tak normal..Apa benda yang normal?
Aku terasa seperti watak anime yang sedang melalui fasa emo mereka..cringenya..
" Hari ni hari istimewa sikit..sebab akhirnya Iman tolong ibu dekat dapur.." Ibu kelihatan bangga sambil menepuk tangannya, Iman memerhati ibu dengan pandangan malas.
" Woah….." Aku dan ayah menepuk tangan kami bersama. Lauk tengah hari kami hari ini ialah nasi ayam.
" Esok abang balik lambat sikit ya..ada mesyuarat.." Kata ayah kemudian menghirup kopinya.
" Baiklah, abang.." Balas ibu sambil memandang ayah dengan pandangan maut.
" N..Nanti abang belikan beg yang sayang nak haritu..jadi janganlah marah ya.." Pinta ayah, dia takut dengan ibu..Aku melihat sahaja gelagat mereka sambil menikmati nasi ayam yang terhidang ini, memang sedap.
" Sedap tak nasi dengan ayam tu?" Soal Iman.
" Disebabkan ibu, nasi dengan ayam ni sedap.." Balas aku.
" Biadap…penat aku buat sama-sama dengan ibu tadi tau..bukan sebab ibu je makanan tu sedap.." Kata Iman, dia ni mengingatkan aku pada seseorang kadang-kadang.
" Peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat kan? Korang dah study?" Tanya ibu, aku tersedak dan Iman pula terkaku.
" Iman…kamu PT3 tahun depan..Fokus.." Pesan ibu.
" B..Baik ibu.." Keluh Iman, well, tahun depan aku SPM pulak, hah…Tolong jangan ingat aku!
" Tahun depan anak-anak ayah semua periksan penting, hah..gerun pulak rasanya.." Kata ayah, tahun depan, ialah tahun terakhir aku sebagai budak sekolah menengah. Masa berlalu dengan cepatnya..Aku tak tahu aku sedia atau tidak untuk menghabiskan masa sekolah menengah aku.
Aku juga mula berfikir, aku masih tak ubah diri aku walaupun sudah tiga tahun setengah aku bersekolah menengah, aku dah nak habiskan masa muda yang terasa cepat ini..Aku tak nak habiskannya dengan rasa rugi tidak dapat melakukan apa-apa sangat..
Kalau aku ada masih lalui satu masalah semasa sekarang, aku harus selesaikannya sebelum aku hadap SPM nanti..Aku kena mula betul-betul kuatkan diri dan berani hadap ketakutan aku..
Indirect reject yang aku dapat daripada Humairah pada hari itu, aku tak mahu terimanya!
Aku..nak dia reject aku secara direct..Aku takkan lari lagi dan takut lagi, sekarang aku akan sedia untuk disakiti..
PAGE.5 TAMAT